You are on page 1of 10

BIL.

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KES 1 3

3.0 KES 2 4

4.0 PANDANGAN TERHADAP KES-KES YANG


DIBINCANGKAN 5

5.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 9

KES MAHKAMAH BERKAITAN UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI


2

1.0 PENGENALAN

Dunia pada abad ke-21 telah mencetuskan fenomena secara global dengan sesiapa
sahaja boleh menerbitkan apa jua jenis informasi di medan media sosial. Ia seolah-seolah
seperti sebuah bank yang padat dengan informasi dan maklumat yang begitu besar
sehingga mampu mewujudkan pelbagai tanggapan terhadapnya. Para pengguna media
sosial dilihat menghargai segala informasi yang melambak ini, namun terdapat juga
segelintir yang bijak menguruskannya. Lambakkan informasi di alam maya adalah suatu
keadaan yang sememangnya tidak dapat dielakkan kerana kemudahan teknologi semakin
hari semakin hebat dengan memudahkan informasi atau maklumat disimpan, diurus,
dicari, dibawa serta dikongsikan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dalam
fenomena berita, penyataan dan maklumat yang datang dari pelbagai sumber, pastinya
membawa jua bermacam perspektif dan bercampur baur antara yang benar dan juga
sebaliknya. Semua perkara juga boleh tersebar dengan mudah, termasuklah maklumat
palsu dan propaganda yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak tertentu. Malah
kandungan maklumat tersebut boleh menimbulkan keraguan dan sukar untuk diterima
serta dipercayai oleh pengguna (Ali Salman et al., 2018). Ia boleh mendatangkan fitnah
kepada masyarakat kerana mereka boleh menjadi tidak selesa dengan kebanjiran ini yang
menyebabkan berlaku kekeliruan dan bertindak secara tidak matang. Ia berasaskan
kepada maklumat yang banyak ini boleh menyebabkan pengguna tidak sempat
mendapatkan keseluruhan maklumat berkaitan, mengaksesnya dan membuat penilaian
terhadap keseluruhannya kerana maklumat terlalu banyak. Dengan ini, kebanjiran
maklumat boleh mendorong kepada kecelaruan, kekeliruan, salah faham dan prejudis
yang membawa kepada keburukan, perpecahan dan permusuhan.

2.0 KES 1: Zamihan Mat Zin memfitnah Syria Care sebagai salah satu daripada
kumpulan-kumpulan Syiah yang bersembunyi di belakang pertubuhan-
pertubuhan bukan Kerajaan.
3

Defendan Pertama iaitu Zamihan Mat Zin telah didapati bertanggungan


berikutan kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama yang memfitnah Plaintif sebuah
pertubuhan yang dikenali sebagai Syria Care. Kenyataan fitnah tersebut ringkasnya
menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan Syiah bersembunyi di belakang pertubuhan-
pertubuhan bukan Kerajaan dan menamakan pertubuhan seperti Syria Care salah satu
daripadanya. Oleh itu Plaintif telah mengemukakan permohonan taksiran ganti rugi dan
perbicaraan melalui afidavit. Plaintif memohon sejumlah ganti rugi am, ganti rugi teladan
dan ganti rugi khas. Di dalam afidavit sokongan, Plaintif telah menyatakan di antaranya
seperti berikut:
2.1 Syria Care sebuah pertubuhan berdaftar dan mengutip dana untuk membantu
rakyat Syria yang menjadi mangsa peperangan di negara tersebut dan telah
menyalurkansumbangan sebanyak RM17,000,000.00.
2.2 Plaintif bekerjasama erat dengan agensi-agensi Kerajaan termasuk Kementerian
Dalam Negeri sendiri dan dikenali umum serta mempunyai reputasi yang baik
serta dipercayai dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta sektor korporat.
2.3 Ia mempunyai rangkaian kebajikan antarabangsa dengan pertubuhan
seumpamanya di Turki dan Syria yang telah disaring oleh pihak berkuasa dan
disahkan tiada melibatkan unsur keganasan.
2.4 Kenyataan yang dibuat oleh Plaintif telah tersebar dengan meluas melalui berita
dalam talian milik Defendan Kedua iaitu STAR MEDIA GROUP BERHAD serta
applikasi media sosial seperti Twitter dan portal berita antarabangsa seperti
AsiaOne.
2.5 Kenyataan tersebut hanya dipadamkan setelah berada dalam talian pada hari
perbicaraan bermula.
2.6 Defendan Pertama tidak meminta maaf dan memberi penjelasan mengenai
kenyataannya. Sebagai seorang yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri dan
juga Presiden sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta
seorang penceramah bebas, Defendan Pertama mempunyai pengaruh yang besar
dan ini memberi kesan negatif yang besar kepada Plaintif.
2.7 Reputasi Plaintif terjejas akibat kenyataan Defendan Pertama.

Penyelesaian Mahkamah - Setelah mempertimbangkan alasan-alasan yang


dinyatakan, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam iaitu Abd
Majid Tun Hamzah berpendapat adalah wajar bagi satu jumlah global diberikan dan
4

menurut beliau lagi, ganti rugi sejumlah RM50,000.00 adalah memadai dan faedah
sehingga pembayaran penuh. Tiada kos memandangkan kos RM30,000 telah diberikan
oleh hakim bicara.

3.0 KES 2: Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin menghasilkan karya kerja expresi
seni untuk mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa.

Komunikasi dalam bentuk kerja expresi seni yang dicipta oleh tertuduh untuk
mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa yang bersifat palsu serta berniat untuk
menyakitkan orang lain tidak boleh dianggap sebagai suatu bentuk parodi dan
komunikasi tersebut adalah melanggar peruntukan s. 233(1)(a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.

UNDANG-UNDANG SIBER: Penyalahgunaan fasiliti laman web sosial -


Muatnaik kata-kata yang menghina - Rayuan terhadap sabitan dan hukuman di bawah s.
233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Penghantaran komunikasi yang palsu
sifatnya melalui laman profil facebook - Kritikan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa
melalui kerja seni - Sama ada komunikasi yang dibuat adalah suatu bentuk ejekan atau
penghinaan - Sama ada komunikasi berniat untuk menyakitkan orang lain - Sama ada
komunikasi yang dibuat boleh dianggap sebagai suatu bentuk parodi.

Perayu iaitu Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin yang tidak berpuas hati terhadap
keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (“HMS”) pada 20/2/2018 yang
mensabitkan Perayu dengan pertuduhan di bawah s. 233(1)(a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588) (“Akta KMM”), dan menjatuhkan hukuman satu (1) bulan
penjara dan denda RM30,000.00. Setelah meneliti fakta kes serta peruntukan undang-
undang berkaitan, serta setelah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak
iaitu Mohd Radzi Harun meneliti semua Rekod Rayuan dan juga Hujahan Bertulis
Peguam Perayu dan Pihak Pendakwa Raya, beliau memutuskan bahawa segala dapatan
fakta dan undang-undang oleh HMS adalah betul. Maka beliau mengekalkan sabitan
terhadap Perayu bagi pertuduhan di bawah s. 233(1)(a) Akta KMM. Namun setelah
5

mengambil kira pelbagai faktor, beliau membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan
oleh HMS dan menggantikannya dengan hukuman denda RM10,000.00, jika tidak bayar
satu (1) bulan penjara. Perayu sekarang memfailkan rayuan ini kerana tidak berpuas hati
terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan terhadapnya. Alasan
Penghakiman tersebut hanya memfokus kepada alasan-alasan yang membawa kepada
keputusan yang mengekalkan sabitan sahaja dan tidak menyentuh secara mendalam
alasan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak mengenai hukuman.

Keputusan Mahkamah - Komunikasi yang melanggar peruntukan s. 233(1)(a)


Akta KMM. Rayuan perayu terhadap sabitan ditolak. Rayuan perayu terhadap hukuman
dibenarkan. Hukuman digantikan dengan denda RM10,000, jika tidak bayar, 1 bulan
penjara.

4.0 PANDANGAN TERHADAP KES-KES YANG DIBINCANGKAN

Bagi kes pertama, Plaintif merupakan satu badan/pertubuhan yang menjanakan


derma dan sumbangan daripada pihak awam bagi membantu mangsa konflik di Syria.
Tidak dinafikan Plaintif dikenali dan mempunyai prestasi yang mantap dan tidak
dicurigai akan aktivitinya. Kegiatan Plaintif mendapat sokongan daripada pelbagai pihak
termasuk Kerajaan dan juga dapat meraih sumbangan derma yang agak tinggi. Namun
begitu, tindakan Defendan Pertama yang melakukan perbuatan fitnah terhadap Plaintif
merupakan kesalahan yang tidak seharusnya berlaku. Malah Defendan pertama tidak
membuat apa-apa permohonan maaf mahupun meminta penerbitan tuduhannya
dipadamkan. Walaupun beliau tidak boleh mengawal Defendan Kedua namun ternyata
beliau gagal untuk memaklumkan Defendan Kedua bahawa tuduhan yang dibuatnya
tidak benar sama sekali. Pengataan fitnah yang diungkapkan oleh Defendan Pertama
amat serius berdasarkan sejak beberapa tahun kegiatan Syiah didapati makin menjalar
dan Kerajaan sentiasa mengambil tindakan ke atas pengikut Syiah yang menyeleweng
daripada mazhab yang diterima dan diamal oleh masyarakat Islam di Malaysia.
6

Secara peribadi, Defendan turut berkemungkinan boleh disabitkan dengan Akta


Fitnah 1957 [Akta 286] terhadap kesalahan yang dibuat dan disebarkan itu. Kesalahan
fitnah merupakan suatu kesalahan yang berat dan perlu diberikan pengajaran yang
sewajarnya kepada pesalah agar tidak akan mengulanginya lagi kelak, disamping
mendidik masyarakat supaya menjauhi perbuatan terkutuk tersebut kerana banyak
implikasi yang akan terkesan. Kajian oleh Rusyda dan Suhaimee (2012), juga merujuk
kepada Akta Fitnah 1957 disamping melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 bertujuan bagi mengenalpasti
akta manakah yang menyebut dan menyentuh secara khusus dan mendalam berkaitan
kesalahan dan hukuman terhadap pesalah-pesalah fitnah siber. Menurut Ruzian et al.
(2019), pengamal media lebih cenderung untuk disabitkan kesalahan menerusi akta ini
sekiranya menerbitkan sebarang laporan yang berunsur fitnah dan berupaya
mengakibatkan reputasi mana-mana pihak terjejas akibat pelaporan itu. Bahkan, menurut
mantan peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pengamal media perlulah sentiasa
berhati-hati daripada menerbitkan sebarang bentuk tulisan yang mempunyai
kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian (Anon, 2017). Dalam erti
kata yang lain, kebebasan bersuara dalam kalangan pengamal media di negara ini
mahupun setiap individu bukanlah bersifat mutlak, sebaliknya masih tertakluk dan terikat
dengan perundangan (Ruzian et al., 2019).

Walau bagaimanapun mahkamah perlu juga mempertimbangkan walaupun


tuduhan/kata-kata Defendan disiarkan di The Star Online dan di “tweet” berleluasanya
terbitan tersebut tidak dibuktikan dengan nyata. Sekurang-kurangnya Plaintif boleh
menunjukkan berapa banyak “likes”, komen dan “retweet” akan penyataan tersebut.
Defendan merupakan seorang pegawai Kerajaan ketika itu di bawah Kementerian Dalam
Negeri. Tiada keterangan menunjukkan akibat kata-kata fitnah tersebut menyebabkan
kegiatan Plaintif dipantau atau siasatan dilakukan oleh pihak polis yang terletak di bawah
kementerian tersebut. Walau bagaimanapun faktor ini pada masa yang sama terpakai
terhadap Defendan Pertama memandangkan beliau mempunyai akses kepada kegiatan
ekstrimis dan pengganas dimana penyataan fitnah tersebut mudah dipercayai oleh umum.

Bagi kes kedua pula, bentuk komunikasi yang dihasilkan oleh Perayu adalah
komunikasi palsu dan berniat menyakitkan hati orang lain. Ia bukan suatu parodi. Ia
adalah komunikasi yang melanggar peruntukan s. 233(1)(a) Akta KMM. Atas alasan
7

tersebut maka sabitan terhadap Perayu sememangnya wajar dikekalkan. Keterbukaan


dalam media baharu telah memberi pendedahan langsung kepada pelbagai kandungan
media. Beberapa pengkaji seperti Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud dan
Maizatul Haizan Mahbob. (2016) serta Fauziah dan Dafrizal (2017) menjelaskan bahawa
media sosial mewujudkan pengaruh kesedaran dari sudut kognitif dan pemikiran. Kajian
lepas menunjukkan bahawa maklumat di alam maya telah mempengaruhi cara
masyarakat berfikir (Saiful Fariq et al., 2013) dan memberi persepsi kepercayaan yang
berlainan dalam diri mereka (Norizah et al., 2016).

Mengenai hukuman, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan


Perayu setelah Pihak Pendakwaan menarik balik kes terhadap Perayu yang dituduh bagi
pertuduhan di bawah peruntukan undang-undang yang sama bagi kesalahan melibatkan
komunikasi yang sama. Mahkamah juga mengambil maklum akan beberapa laporan
media yang menyebut tentang maklumat dari YB Menteri Komunikasi dan Multimedia
mengenai pindaan yang sedang dibuat terhadap s. 233 Akta Multimedia dan Komunikasi
bagi memansuhkan unsur-unsur yang dikatakan oleh beliau sebagai bersifat “draconian”.

5.0 KESIMPULAN

Media sosial sememangnya medium yang sangat berguna terutamanya dikala


mengharungi dunia teknologi tanpa sempadan. Ia boleh memberi banyak kelebihan
kepada semua penggunanya, namun ia perlulah dimanfaatkan secara waras dan
berhemah. Setiap pengguna media sosial mestilah bertanggungjawab agar tidak sesekali
menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sediaada tersebut. Walaupun terdapat
kebebasan dalam menyatakan pandangan atau pendapat secara peribadi, namun ia
tidaklah sehingga menghalalkan pengguna media sosial bertindak sesuka hati
memuatnaik apa sahaja pernyataan yang difikir atau dirasakan kerana dengan
memuatnaik apa-apa sahaja pernyataan adalah tertakluk mengikut peruntukan undang-
undang negara yang mana digubal secara keseluruhannya bagi melindungi kepentingan
awam. Seterusnya perkara yang menjadi kebimbangan bagi mengekalkan kemakmuran
sesebuah negara seperti Malaysia iaitu sikap segelintir pengguna media sosial yang suka
8

menularkan isu-isu hangat yang tidak pasti kesahihannya. Dengan tujuan bagi
memperoleh trending di dunia media sosial, sanggup melakukan dosa memfitnah dan
menjatuhkan saudara sesama Islam. Sekiranya ia gagal dibendung diperingkat awal,
dikhuatiri bakal mendatangkan bah yang cukup besar kelak disamping memberikan lebih
banyak kesan kurang baik kepada masyarakat.

RUJUKAN
9

Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Mohd Yusof
Abdullah. (2018). Penggunaan media sosial untuk sokongan politik di Malaysia.
Journal of Nusantara Studies, 3(1), 51-63.

Anon. (2017). Pengurusan risiko media sosial. Slaid. Selangor: Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia.

Fauziah Ahmad, & Dafrizal Samsudin. (2017). Kebergantungan media sosial terhadap
isu Arab Spring dalam kalangan khalayak di Malaysia. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication, 33(1), 423–437.

Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud, & Maizatul Haizan Mahbob. (2016).
Peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya
di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 1–
17.

Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar Keselamatan Siber
Malaysia: Tinjauan Awal Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang,
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 35(1) 2019: 103

Nazli Nawang & Aminuddin Mustaffa. (2017). Online News Portals in Malaysia; Should
They be Subjected to the Existing Traditional Media Laws? World Applied
Sciences Journal, 35((): 1718-1722.

Noor, N. A. M., Abd Aziz, A. S., & Ahmad, R. (2020). Social Media Misuse:
Institutional and Legal Framework In Malaysia. International Journal of Law,
Government and Communication, 5(18), 57-67.

Norizah Aripin Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, Nik Adzrieman Abdul Rahman, Mohd
Nizho Abdul Rahman Mat Madon, & Mohd Faisal Mustaffa. (2016). YouTube
dan generasi muda Islam: Satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan
pelajar universiti. Journal al-‘Abqari, 32(1), 165-188.
10

Ramachandra Ponnan & Mohd Nor Shahizan Ali. (2016). Social media issues embedded
in broadcasting: Malaysian experience. Journal of Social Sciences and
Humanities 10(1): 29-43.

Rusyda Helma Mohd & Suhaimee Saahar. (2012). Fitnah siber: Satu tinjauan dari sudut
Islam, perlembagaan dan undang-undang. Legal Network Series, 1(1).

Ruzian Markom, Zinatul Ashiqin Zainol & Nurhidayah Ahmad Fuad. (2019). Literasi
Perundangan Media Baharu dalam Kalangan Belia. Jurnal Komunikasi:Malaysian
Journal of Communication. Jilid 35(3) 2019: 372-389.

Saiful Fariq Mat Yatin, Mohd Zairul Masron, Husain Hashim, & Abd Rashid Abd
Rahman. (2013). Menangani cabaran penyebaran maklumat dikalangan Gen-Y.
SEMAI 2013: Meneroka Modal Insan Generasi Y (hlm 1-10).

Schmitt, J. B., Debbelt, C. A., & Schneider, F. M. (2018). Too much information?
Predictors of information overload in the context of online news exposure.
Information, Communication & Society, 21(8), 1151-1167.

Siti Suriani Othman, Liana Mat Nayan, Lee Kuok Tiung, & Nik Norma Nik Hassan.
(2018). Masa hadapan akhbar Malaysia dalam masyarakat jaringan. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 124-231.

Tandoc Jr, E. C., Lim, Z. W., & Ling, R. (2018). Defining “fake news” a typology of
scholarly definitions. Digital Journalism, 6(2), 137-153.

You might also like