You are on page 1of 4

DUNIA KONTRAKTOR

Asas Kontraktor Binaan,Tips, Panduan, Rahsia & Kongsi Pengalaman Kepada


Kontraktor-kontraktor Beginner Yang Baru Memulakan/Mewarisi Perniagaan
Dalam Bidang Pembinaan

Sunday, 23 August 2015

LUKISAN R.C
Pernahkah kita mendengar istilah Lukisan R.C ? Apakah yang di maksudkan dengan
Lukisan R.C? Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ? Apakah yang terdapat di dalam
sesuatu Lukisan R.C ?

Pada paparan yang lepas penulis berkongsi serba sedikit berkenaan dengan topik konkrit.
Secara asasnya Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam
pembinaan. Ia merupakan campuran di antara simen dan aggregat seperti pasir, batu baur
halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti
yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting
untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan.

Pada paparan kali ini penulis akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan konkrit
bertetulang. Apakah yang di maksudkan dengan konkrit bertetulang? Jika di lihat di mana-
mana tapak pembinaan, besi tetulang dan bancuhan konkrit tidak dapat di pisahkan di
dalam pembinaan sesuatu struktur pembinaan.Gabungan kedua-dua bahan pembinaan ini
akan membentuk satu struktur pembinaan sebagaimana yang di tunjukkan di dalam pelan
pembinaan. (Construction Drawing). Bidang pembinaan adalah sesuatu yang amat unik
kerana tindakan manusia yang menterjemahkan sesuatu kehendak di atas kertas contohnya
pembinaan rumah kepada bentuk fizikal di atas muka bumi yang melibatkan kerja-kerja
konkrit bertetulang.

Secara asasnya Konkrit Bertetulang merupakan satu gabungan di antara konkrit dan besi
tetulang yang akan membentuk suatu struktur pembinaan yang padu di dalam sesuatu
projek pembinaan. Konkrit terdiri daripada pelbagai gred seperti G20,G25,G30,G35 & G40
dengan kekuatan masing-masing pada hari yang ke -7 dan hari ke- 28 selepas konkrit.
Manakala besi tetulang samada dari jenis Mild Steel Bar (R) ataupun High Tesile Bar (T)
terdiri daripada pelbagai saiz seperti 6mm,8mm,10mm, 12mm,16mm, 20mm,25mm &
32mm yang masing-masing mempunyai kekuatan tegasan 250N/mm2 dan 460N/mm2.
LUKISAN R.C

Lukisan R.C adalah istilah yang biasa di guna pakai di tapak bina. Ianya amat penting di
sesuatu tapak projek pembinaan kerana di sinilah sebenarnya bermula sesuatu projek
pembinaan sebelum di terjemahkan di tapak bina. Lukisan R.C juga di kenali sebagai
Lukisan Struktur (Structural Drawing).

Apakah Lukisan R.C..?


Perhatikan gambarajah di bawah :-

Gambar 1 : Contoh Lukisan R.C

Gambar 1 menunjukkan salah satu contoh Lukisan R.C . Ianya bermaksud bahawa sesuatu
lukisan yang menunjukkan perincian besi tetulang di dalam sesuatu struktur bangunan.
Sebagaimana yang telah di terangkan dalam dalam paparan terdahulu, komponen-
komponen struktur adalah terdiri daripada pad footing, stump, beam, slab, column dan
sebagainya lagi. Setiap komponen struktur berkenaan akan mempunyai perincian besi
tetulang masing-masig dan ianya akan berbeza pada setiap komponen bergantung kepada
pengiraan dan analisis Jurutera Rekabentuk.

Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ini ...??

Lukisan R.C ini di hasilkan oleh Jurutera Rekabentuk ( Design Engineer ) berpandukan
kepada Lukisan-lukisan Arkiter sesuatu projek. Jurutera akan membuat pengiraan dan
analisis struktur samada secara manual ataupun menggunakan perisian rekabentuk
tertentu untuk menghasilkan rekabentuk struktur. Perlu di ingatkan bahawa pihak jurutera
tidak sama sekali mengubah sesuatu rekabentuk asal daripada arkitek tetapi apa yang di
maksudkan adalah jurutera berperanan untuk mengenal pasti dan menyemak bahawa
sesuatu rekabentuk daripada pihak arkitek selamat di gunakan ataupun tidak. Jurutera
Rekabentuk akan mengambil kira kesemua faktor di dalam rekabentuknya . Antaranya
adalah beban hidup,beban mati, beban angin, faktor keselamatan (factor safety),
persekitaran projek, teknologi pembinaan dan pelbagai faktor yang di fikirkan perlu.
Jurutera Rekabentuk akan merujuk kepada kod-kod etika rekabentuk yang telah di
tetapkan seperti contoh perlu merujuk kepada BS8110 & CP114 untuk kerja-kerja
rekabentuk konkrit, BS5950 untuk kerja-kerja rekabentuk struktur besi dan MS544 untuk
kerja-kerja yang melibatkan perkayuan contohnya kekuda kayu. Setiap faktor dan elemen
akan di ambil kira dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk struktur sebelum terhasilnya
Lukisan Struktur. Setiap rekabentuk struktur yang di hasilkan hendaklah di semak dan di
akui sah selamat oleh seorang Jurutera Profesional ( Ir ) sebelum sesuatu Lukisan R.C di
keluarkan.

Apakah yang terdapat di dalam sesuatu Lukisan R.C ?

Lazimnya di dalam sesuatu Lukisan R.C, perkara asas yang dapat di lihat adalah pelan
susun atur sesuatu struktur samada susunatur pad footing, ground beam, cloumn dan
sebagainya lagi. Pada pelan susun atur mengandungi jarak-jarak dan ukuran-ukuran
tertentu sesuatu struktur. Dengan mengambil contoh pembinaan sebuah rumah, pelan
susunatur ini amat penting kerana di sinilah bermulanya kerja-kerja pembinaan melalui
proses pegging di tapak bina.

Pelan susunatur sesuatu struktur juga akan menunjukkan keratan-keratan tertentu seperti
X-X dan Y-Y ( Section X-X & Section Y-Y ). Keratan-keratan ini akan menunjukkan
beberapa perincian bahagian komponen struktur. Dengan mengambil contoh pelan susun
atur beam, beberapa perician akan di tunjukkan di dalam lukisan berkenaan, antaranya
adalah : -
1) Ukuran panjang keseluruhan beam
2) Label beam, contoh : GB1,GB2,GB3 dan sebagainya.
3) Keratan rentas ( section ) beam ( Rujuk Gambar 1 )
4) Saiz beam, contoh : GB1 150mmx450mm, GB2;200mmx60mm.
5) Jenis dan saiz besi tetulang, contoh 2T20, R10-200 yang masing-masing mempunyai
maksud tertentu. Gambar 1 boleh memberikan gambaran terhadap penerangan ini.
6) Kedudukan tiang (column )
7) Kedalaman penggalian (biasanya pada pelan susun atur pad footing & pile cap )
8) Aras siap konkrit.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang terdapat di dalam pelan susun atur Lukisan
R.C. Mungki penulis tertinggal beberapa lagi item yang boleh di kongsikan oleh para
pembaca melalui ruangan komen di bawah.

Bagaimana mengira kuantiti besi tetulang di tapak bina ?

Pernah dengar istilah buka order ???

Jadual 1 : Weight Table

Apa kaitan Jadual 1 dengan Buka Order????...


Paparan akan datang akan di bincangkan berkenaan dengan Buka Order dan Jadual 1.

You might also like