You are on page 1of 1

Keberkesanan Kursus ETeMS dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru Sains

Sekolah Menengah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kursus ETeMS dalam


meningkatkan profesionalisme guru di salah sebuah sekolah menengah di Daerah
Tawau, Sabah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kursus
ETeMS bagi guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains
di sekolah di samping meninjau tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran
Sains dalam bahasa Inggeris. Seramai 20 orang guru-guru yang telah menjalani kursus
ETeMS dan sedang mengajar subjek Sains di dalam Bahasa Inggeris. Sementara
instrument kajian pula terdiri daripada soal selidik yang merangkumi dua bahagian iaitu
bahagian A yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang guru manakala
bahagian B yang mengandungi 20 item yang bertujuan untuk mendapatkan persepsi
guru terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam
Bahasa Inggeris (ETeMS). Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program
SPSS (Statistical Procedure for the Social Science). Statistik yang digunakan adalah
deskriptif yang menunjukkan nilai min dan sisihan lazim serta statistik inferensi untuk
menguji hipotesis para paras signifikan.

You might also like