You are on page 1of 1

. Apakah perbezaan antara disleksia visual dan disleksia auditori?

Disleksia visual ialah kesukaran yang utama untuk mengingati dan mengenali abjab
serta konfugirasi perkataan malah simbol- simbol perkataan yang dicetak juga sukar
untuk untuk diterjemahkan. Oleh hal yang demikian, ini berkemungkinan untuk melihat
abjab-abjab tertentu atau sebahgian perkataan adalah secara terbalik manakala
disleksia auditori ialah kesukaran unutk mengingati bunyi abjab, menganalisis bunyi
mengikut suku kata perkataan serta menyusun atau menggabungkan suku kata untuk
menyembunyikan perkataan. Malah, pengidap disleksia ini juga sukar membezakan bunyi
perkataan yang dituturkan secara halus dan masalah bagi membezakan bunyi vokal dan
konsonan juga dihadapi oleh dislesia auditori.
b. Seorang pelajar anda menghidap disleksia visual. Kemukakan kaedah pembelajaran
bacaan yang sesuai untuk murid tersebut.
Kaedah pembelajaran bacaan yang sesuai untuk murid yang menghidap disleksia visual
ialah pendekatan yang berbentuk fonetik dalam pembelajaran bacaan. Sehubungan
dengan itu, Program Gillingham dan Stillham (1979) adalah didapati sesuai untuk
penghidap disleksia visual. Hal ini demikian kerana ciri penting dalam program ini
mengajar fonetik secara langsung iaitu memperkenalkan nama-nama huruf dan bunyi dan
diikuti kemahiran pengadunan huruf dengan bunyi. Selain itu, program ini
menggunakan teknik kepelbagaian deria iaitu yang merangkumi pengajaran melalui
visual, auditori dan modus kinestetik serta pendekatan yang menekankan langkah-
langkah daripada yang mudah bergerak kepada peringkat yang paling sukar.
Justeru, pada dasarnya pemulihan bagi disleksia visual merangkumi langkah-langkah
yang berikut iaitu mengajar bunyi huruf, mengajar huruf yang bermula dengan setiap
bunyi, mengajar mengenal huruf berdasarkan bunyi, mengajar perkataan, bunyi, huruf,
pengadunan bunyi menjadi perkataan yang bermakna, menunjukkan perkataan dalam
kumpulan yang sama, memperkenalkan adunan bunyi daripada dua konsonan,
memperkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vokal dan terakhir ialah bermula
dengan ayat, perenggan dan cerita yang mudah difahami tetapi menarik.Selain itu,
adaptasi pembelajran bacaan bermula dengan guru menyediakan rajah atau bentuk yang
kemas, dan bahan bercetak perlu jelas dan disusun dengan baik. Misalnya, aktiviti
persepsi visual, murid menggunakan blok kayu untuk bina corak sama dengan contoh
yang diberikan oleh guru.
Seterusnya, guru mengunakan pelbagai stimulasi deria dengan menggemblengkan
auditori dengan penglihatan mahu pun kombinasi kinestesis dengan visual untuk
tentukan kaedah pembelajaran yang paling berkesan. Selanjutnya, guru boleh
menggunakan bentuk am dan konfigurasi berdasarkan teori Strauss dan Lehtinen
(1947), dengan menghubungan keseluruhan bentuk dengan bahagian-bahagiannya.
Misalnya, murid diajar dengan mengguakan bentuk prahuruf dan gambar seperti suaikan
objek dengan rangka dan lukis corak atau bentuk prahuruf. Guru juga boleh
menggunakan pembelajaran urutan visual iaitu menyediakan bentuk dan gambar bagi
menguatkan lagi urutan visual murid. Misalnya, aktiviti memori visual dengan murid
perlu menyusun satu set gambar mengikut siri ditunjukkan. Oleh itu, guru boleh
menggunakan blok berwarna mahu pun blok mahjung dalam aktiviti ini.

You might also like