You are on page 1of 19

SISTEM PERNAFASAN

& ASFIKSIA
NAMA PELAJAR:
•AISYAH BINTI NOR AMRAN
2012817378
•PUTERI NORHAZIQAH BT AHMAD
2012602342
•NURSYAZANA BT HUSIN
2012677496
•NUR HIDAYAH BT MOHD RAZIF
2012816724
•NUR ALIA BINTI MOHD ABD MUSTHALIB
2012897418
•PUTRI SYAZWINA BT MEGAT ABDUL LATIF 2012297666
DETACHMENT: 1
GROUP: 3
SISTEM
PERNAFASAN
DEFINISI SISTEM PERNAFASAN
• Sistem pernafasan (respirasi) ialah proses pengambilan oksigen
dari udara melalui tarikan pernafasan untuk diedarkan ke
seluruh badan bagi membolehkan proses metabolisma berlaku di
dalam sel dan
penyingkiran karbon dioksida
dari badan melalui hembusan
pernafasan.
KOMPONEN SISTEM
PERNAFASAN
• Paru-Paru

• Salur Udara

• Otot-Otot Pernafasan
ANATOMI & FISIOLOGI
PARU-PARU

• Terletak di dalam rongga


dada/toraks (thoracic cavity).

• Berbentuk kon.

• Dilindungi oleh tulang rusuk(ribs) ,otot interkostal/otot rangka,tulang


vertebra dan tulang dada (sternum).

• Bahagian bawah paru-paru dibatasi oleh diafragma.

• Diafragma membantu proses inspirasi dan expirasi udara.


•Terbahagi kepada dua bahagian :

❖ Paru-paru kanan (pulmo dekster)-3 cuping.


❖ Paru-paru kiri (pulmo sinister)-2 cuping.

•Diselaputi oleh dua lapisan selaput(pleura) iaitu :

❖ Pleura dalam (pleura visceralis)-menyelaputi para-paru.


❖ Pleura luar (pleura parietalis)-menyelaputi rongga dada
bersebelahan tulang rusuk.

•Terdapat berjuta-juta alveolus(gelembung udara) yang diselaputi oleh


kapilari di mana berlakunya pertukaran gas.

•Gas oksigen memasuki salur darah manakala gas karbon dioksida


keluar daripada salur darah di sekeliling alveolus.
SALUR UDARA
Fungsi salur udara :

• Menapis,memanas serta melembabkan udara yang masuk(rongga


hidung).
• Mempunyai otot-otot yang berbentuk gegelang untuk mengawal
kemasukan isipadu udara yang tetap.
• Rawan-rawan mengelakkan tiub trakea daripada runtuh.

• Terdiri daripada :
Rongga hidung
Naso faring
Laring
Trakea
Bronkus
Bronkiol
▪ Rongga hidung (cavum nasalis)
✔ Udara masuk melalui rongga hidung sekitar 15 liter sehari.
✔ Dilapisi oleh selaput lendir yang berfungsi untuk menangkap benda
asing yang masuk melalui saluran pernafasan.

▪ Naso faring
✔ Terbahagi kepada dua saluran iaitu:
- saluran pernafasan (nasofaring)
di bahagian depan
- saluranpencernaan (orofaring)
di bahagian belakang

▪ Laring
✔ Terletak di belakang faring dan terdapat pita suara(pita vocalis)
✔ Tersusun atas kepingan tulang rawan yang membentuk jakun
▪ Trakea
✔ Terletak antara leher dan rongga dada/toraks.
✔ Dikelilingi oleh cincin tulang rawan.

▪ Bronkus
✔ Percabangan dari trakea membentuk
dua bahagian iaitu bronkus kanan
dan bronkus kiri.
✔ Mempunyai tulang rawan yang
berbentuk tidak teratur.

▪ Bronkiol
✔ Setiap bronkus terbahagi kepada beberapa saluran iaitu bronkiol.
✔ Bronkiol berakhir dengan sekumpulan pundi udara iaitu alveolus.
OTOT-OTOT PERNAFASAN

• Terdiri daripada otot interkostal dan otot diafragma.

• Otot interkostal ialah otot yang berada


di antara tulang-tulang rusuk-berfungsi
untuk mengerakkan tulang rusuk.

• Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru-berfungsi untuk


perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.

• Otot-otot ini membantu pergerakan rongga toraks untuk mengembang


dan menguncup.
MEKANISMA PERNAFASAN

• INSPIRASI

• EKSPIRASI

• REHAT
INSPIRASI

(INHALATION)
Pergerakan aktif
• Semasa inspirasi :

Otot interkostal luar mengecut dan menyebabkan tulang rusuk


bergerak ke atas dan ke hadapan.
Diafragma mengecut dan mendatar.
Pergerakan tulang rusuk dan
diafragma meningkatkan
isipadu rongga toraks.
Tekanan udara dalam paru-paru
lebih rendah dari tekanan udara
atmosfera luar.
Udara dari luar dipaksa masuk
ke dalam paru-paru.
EKSPIRASI
(EXHALATION)
• Pergerakan pasif
• Semasa ekspirasi :

Otot interkostal luar mengendur dan menyebabkan kedudukan


tulang rusuk kembali ke kedudukan asal.
Diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas.
Pergerakan tulang dan diafragma mengurangkan
isipadu rongga toraks.
Tekanan udara dalam rongga
toraks bertambah dan melebihi
tekanan atmosfera luar.
Udara di dalam paru-paru
dipaksa keluar.
REHAT
• Peringkat akhir pada setiap ekspirasi iaitu sebelum tarikan nafas
yang berikutnya.
FUNGSI SISTEM PERNAFASAN
❖ Membekalkan oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon
dioksida dari darah.

❖ Paru-paru sebagai lokasi pertukaran gas iaitu resapan melalui


alveolus antara oksigen dan karbon dioksida.

❖ Untuk respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan


oksigen dalam sel-sel badan.
❖ Komposisi udara adalah seperti berikut:
78 % nitrogen
21 % oksigen
1% lain-lain

❖ Daripada 21 % oksigen yang masuk ke


dalam paru-paru, hanya 5 % sahaja
digunakan oleh badan manusia

❖ Kadar pernafasan

✔ Dewasa = 12 hingga 16 kali/minit


✔ Kanak-kanak bawah 12 tahun = 2 hingga 30 kali/minit
✔ Bayi bawah 1 tahun = 30 hingga 50 kali/minit
THANK YOU

You might also like