You are on page 1of 3

Perpaduan bermaksud satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,

agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi
komitmen yang penuh kepada identiti kenagsaan berlandaskan kepada Perlembangaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh
individu. Justeru, perpaduan kaum adalah satu perkataan yang membawa makna yang amat
jelas kepada pembangunan negara yang harmoni. Oleh itu, hubungan etnik yang harmoni
adalah sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan kaum. Sehubungan itu, persoalan
mengenai hubungan etnik, dan perpaduan adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara yang lancar dan konsisten
tanpa sebarang gangguan. Namun, perpaduan di Malaysia dikatakan tidak mantap dan masih
terdedah kepada ketegangan pada bila-bila masa.

Antara punca perpaduan di negara ini tidak mantap lagi ialah tidak memahami adat
resam dan budaya kaum lain. Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum
sendiri sahaja. Mereka jarang bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Justeru, kefahaman
mereka terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain menjadi dangkal. Kebanyakkan
kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja.
Melayu akan berasa selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal berhampiran
dengannya, walaupun Melayu yang hampir dengannya itu bukan saudara-mara atau sahabat-
andainya. Begitu juga perihalnya dengan Cina dan India, mempunyai rasa yang serupa. Apabila
tiada interaksi antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap
budaya dan adat resam kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, ada kaum-kaum lain yang
bukan Islam di negara ini yang mungkin tertanya-tanya mengapa perlunya azan
dikumandangkan di corong-corong pembesar suara di masjid-masjid dan surau-surau,
sehinggakan wujud tanggapan ekstrem (walaupun mungkin tidak begitu ketara) yang
mengatakan bahawa ia (mengumandangkan azan) suatu bentuk pencemaran bunyi serta
mengganggu keselesaan dan ketenteraman kaum lain yang bukan beragama Islam yang
tinggal berhampiran masjid dan surau dalam satu-satu kawasan perumahan

Selain itu, proses sosialisasi yang terhad. Rakyat berbilang kaum di Malaysia terutama
golongan muda dibesarkan dalam kepompong budaya dan persekitaran etnik yang berlainan.
Mereka tidak bersosialisasi bersama. Menurut Ting Chew Peh, sosialisasi merupakan suatu
proses sosial yang dilalui oleh seseorang individu dalam usaha untuk menjadi ahli sesuatu
kelompok kaum dengan mempelajari budaya dan adat resam kelompok kaum itu, serta
peranannya dalam kelompok kaum tersebut. Proses sosialisasi bermula sejak seseorang
individu itu dilahirkan. Seseorang individu itu mempelajari dan menerima nilai-nilai, sikap,
kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya, dan seterusnya menyatukannya
ke dalam kelompok kaum atau masyarakat seorang pelajar atau individu itu akan melalui
proses sosialisasi, mempelajari tugas-tugas, peranan, nilai-nilai, budaya dan kefahaman
barunya. Sosialisasi adalah suatu proses sepanjang hayat yang dilalui oleh seseorang individu.
seorang pelajar atau individu itu akan melalui proses sosialisasi, mempelajari tugas-tugas,
peranan, nilai-nilai, budaya dan kefahaman baru.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai implikasi wujud jika perpaduan tidak
wujud. Salah satu implikasinya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara
terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak
mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan
keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan,
kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta
disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya
keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.

Tambahan pula, keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju
dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada
perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi
menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad.
Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya
mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk
kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam
arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai
nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan ladang dan kaum cina pula bekerja di
bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum
disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting
perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.
Seterusnya, pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Sekiranya hubungan etnik dan
perpaduan tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas.
Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya stereotaip di
kalangan etnik pada masa itu. Hal ini jelas dimana perpaduan rakyat adalah amat penting untuk
memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan konsisten.

Kesimpulannya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik


dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Namun, hubungan yang harmoni
sesama kaum serta perpaduan dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita.
Langkah proaktif perlu diambil bagi menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat
meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

You might also like