You are on page 1of 6

TATACARA MELAPOR KES

POSITIF COVID-19/Person Under Investigation (PUI) / Person Under


Surveillance (PUS) Warga Sekolah JPN SELANGOR

Maklumat Penting

1. Laporan ini hendaklah disediakan dan dihantar oleh sekolah kepada


pegawai di PPD. PPD akan membantu untuk menyemak, dan
membimbing sekolah bagi kes yang diterima. Setelah semakan dibuat,
PPD melalui Timbalan SPM akan menghantar laporan tersebut kepada
kumpulan whatapps TF Bencana JPNS PPD.

2. Seterusnya urusetia di JPNS akan mengisi laporan ini di dalam


dashboard KPM dan Pengarah JPNS akan memanjangkan Laporan
Awal kepada pihak BPSH dan Pengurusaan Tertinggi KPM dalam 1Stop
Center KPM.

3. Sila pastikan laporan awal dibuat dengan teliti, cermat dan betul
Sekiranya pihak sekolah mendapat laporan daripada
Murid/Guru/AKP/Kakitangan sekolah yang POSITIF COVID-19/Person
Under Investigation (PUI) / Person Under Surveillance (PUS) mohon ikuti
langkah-langkah berikut untuk membuat laporan.
TATACARA MELAPOR KES
POSITIF COVID-19/
Person Under Investigation (PUI) /
Person Under Surveillance (PUS) Warga Sekolah JPN SELANGOR

Maksud istilah digunakan:

1. Positif (Kuarantin Dirumah atau dibawa ke Hospital) :


Individu yang telah disahkan positif oleh KKM sama ada bergejala atau
tidak;

2. Person Under Investigation (PUI) Kuarantin Wajib:

Individu dalam kriteria seperti berikut


a. Kontak rapat pesakit positif
b. Diarahkan menjalani kuarantin wajib oleh KKM
c. Kontak rapat pesakit positif dan telah menjalani ujian SWAB dan
sedang menunggu keputusan
d. Kontak rapat pesakit positif dan telah menjalani ujian SWAB dan
keputusan negatif dan perlu menamatkan tempoh kuarantin
e. Individu yang bukan kontak rapat, melakukan ujian saringan
covid secara sukarela dan sedang menungu keputusan

3. Person Under Surveillance (PUS) Kuarantin:


Individu yang diarahkan menjalani kuarantin oleh KKM atau kuarantin
kendiri.
Mulai 28 Januari 2021, pengisian adalah melalui Dashboard

PANDUAN MENGISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:

*JPNSELANGOR*
*PPD (NYATAKAN)*

*SULIT*

Makluman Segera📌

LAPORAN AWAL KES COVID19

Tajuk: Murid/Guru/AKP (Positif/Kuarantin - PUI atau PUS) Covid-19


Pilih salah satu
Sila Nyatakan Jika Murid Itu Murid Pra Sekolah
contoh : Murid Tingkatan 5 2020 Positif Covid-19

Punca Jangkitan: (taip “tidak diketahui” jika tiada maklumat)


contoh : Jangkitan dari ibu/ tempat kerja/sekolah/ kontak sosial / bergejala dan
lain-lain

Kluster: (taip “tidak diketahui” jika tiada maklumat)


contoh : Kluster Sri Petaling

Nama Sekolah :
Kod Sekolah :
Daerah :
Tarikh Kes : Tarikh sah positif ATAU tarikh mula kuarantin
Lokasi Kejadian : Alamat tempat tinggal / tempat disahkan positif

Maklumat Individu Terlibat


Nama :
No. KP : sila isi tanpa (-) contoh 141011121234 dan pastikan betul
Tahun/Tingkatan : (Sekiranya murid) - jika tingkatan 5 masukkan tahun 2020/2021
Umur :
Jantina :
Jawatan : (Sekiranya guru/AKP/Lain-Lain)

Status Kes : Sila nyatakan POSITIF / Kuarantin (PUI/PUS)


Jika ramai dikuarantinkan (PUI/PUI) (contohnya 1 kelas), boleh nyatakan jumlah
sahaja. Jika ada lampiran senarai nama PUI/PUS boleh disertakan.
Keterangan Ringkas (Kronologi Kes): merujuk kepada pesakit (warga sekolah)

1. Murid/guru/AKP mengalami gejala apa / bila atau murid adalah kontak


rapat pesakit COVID 19 (siapa)

2. Murid/guru/AKP menjalani ujian swab bila dan disahkan Positif Covid 19 pada
tarikh ? oleh ? (Nyatakan hospital/klinik yang membuat pengesahan).

3. Murid/guru/AKP telah diarahkan oleh KKM untuk kuarantin kendiri di rumah


(nyatakan tarikh mula kuarantin) / dibawa ke hospital (nyatakan dimana dan
bila) / sedang menunggu ambulan/ tindakan lanjut daripada KKM.

4. Murid/guru/AKP dipercayai mendapat jangkitan daripada siapa? (jika ada


maklumat).

5. Nyatakan bilangan murid dan guru yang terlibat dikuarantin bagi kelas yang
ditutup, tarikh mula dan tamat.

6. Nyatakan juga jika murid/guru/AKP hadir ke sekolah (nyatakan tarikh


kehadiran terakhir) dan jika ada contact rapat dengan warga sekolah yang
lain (senaraikan).

Tindakan:
(Nyatakan tindakan PGB)
Contoh:
1. Telah / akan melakukan sanitasi (nyatakan tarikhnya)….../
2. Mengarahkan kontak rapat BDR / kuarantin / lain2 yang bersesuaian
3. Mendapatkan nasihat daripada PKD & PPD untuk tindakan selanjutnya
4. Melaporkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah pada (tarikh).

Sumber:
(Nyatakan nama pelapor kes kepada pihak sekolah - ibu bapa/murid sendiri/kakak
/adik)

Disediakan Oleh:
Guru Kelas / PK HEM
No HP

Disemak oleh:
Pengetua/Guru Besar
No HP

Disahkan Oleh:
(akan diisi oleh PPD/JPN)
Contoh Laporan :

JPN SELANGOR
PPD XXX

SULIT

Makluman Segera:📌

TAJUK : KES MURID POSITIF COVID-19

Punca Jangkitan : Bergejala


Kluster : Tidak diketahui

Nama Sekolah : SMK PANGLIMA ALI, HULU LANGAT


Kod Sekolah : BMA1234
Daerah : XXXX
Mukim : XXXXX
Tarikh Kes : 1 FEBRUARI 2021
Lokasi Kejadian : LOT 1905, JALAN PERMAI 2 7, AMPANG, SELANGOR

Maklumat Individu Terlibat:


Nama : Mia Fazura binti Farid Ishak
No KP : 030428-14-1212
Tingkatan / Tahun : 5 Jaya (tahun 2020)
Umur : 18 tahun
Jantina : Perempuan
Jawatan : Murid

Status Kes : Positif Covid19

Keterangan Ringkas:
1. Murid bergejala dan telah menjalani swab test (RTK dan PCR) di
Hospital Pantai pada jam 5.30 petang dan telah didapati positif covid
pada 1hb Februari 2021
2. Murid ini kali terakhir datang ke sekolah ialah pada 22hb Januari 2021.

Tindakan Sekolah:
1. Menutup kelas sementara dan menyenaraikan murid dan guru yang
menjadi kontak kepada murid yang dijangkiti
2. Kelas yang ditutup ialah kelas 5 Jaya (30 murid, 6 guru) bermula 2
hingga 8 Februari 2021 atas saranan PKD.
3. Menyebarkan makluman tentang langkah berjaga-jaga terhadap
bahaya COVID-19, elakkan 3S dan amalkan 3W kepada semua murid
melalui group WhatApps kelas.
4. Pihak sekolah akan melakukan kerja-kerja pembersihan menggunakan
cecair pembasmi kuman di sekolah pada 2 Februari 2021.
5. Pihak sekolah telah menghubungi PPD bagi mendapatkan maklumat
tindakan lanjut serta melaporkan kes.
6. Pihak sekolah akan berhubung denngan PKD melalui PPD untuk
mendapatkan nasihat lanjut dan perkembangan kes.

Sumber: Ibu Pesakit (Mariam Zabeda – 011-91912012)

Disediakan Oleh:
Nama : CIK NOOR ADINDA BINTI ABANG ADUKA
Jawatan : PK HEM
No HP : 013-2627896

Disemak Oleh:
Nama : RIZMAN BIN RAZALI
Jawatan : PENGETUA
No HP : 019-3109874

Disahkan Oleh:
Nama : PUTERA INDERA BIN PUTERA MEGAT
Jawatan : TIMBALAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
PPD XXXX
No HP : 019215711

Disediakan oleh :

Urusetia
Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Dikemaskini pada 5 petang; 4 Feb 2021

You might also like