You are on page 1of 2

SKRIP UNTUK RAKAMAN VIDEO KERTAS KERJA

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Tujuan rakaman video ini adalah bagi memenuhi kriteria kursus OUM:
HBEC 3703
HUBUNGAN KELUARGA DAN MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Dalam Anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,


memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam memperkasakan
sekolah.

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu


antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru.

Saya akan menerangkan beberapa faedah yang dapat diberikan oleh ibu bapa dan komuniti
kepada prasekolah dalam penglibatan aktif mereka dalam Program Sukaneka Prasekolah.

Faedah-faedah tersebut adalah:

1. Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak


Penglibatan ibu bapa akan meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak
terutamanya keyakinan dari segi komunikasi, bergaul dengan rakan-rakan dan
interaksi dengan guru. Aktiviti yang melibatkan penyertaan bersama ibu bapa
sebenarnya akan memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk tidak berasa takut
dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasana baharu mereka. Aktiviti
yang dijalankan juga akan lebih menyeronokkan kerana bukan guru sahaja terlibat
secara langsung di dalam aktiviti malah melibatkan penyertaan ibu bapa juga.
Keyakinan dalam diri adalah elemen penting yang perlu ditonjolkan oleh seseorang
kanak-kanak kerana keyakinan diri yang ada pada seseorang kanak-kanak akan
membantu dalam pembentukkan personaliti individu itu sendiri. Hal ini secara tidak
langsung menepati kehendak pendidikan yang inginkan perkembangan kanak-kanak
secara holistik tercapai.

2. Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza


Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-kanak di prasekolah juga membolehkan
kanak-kanak dapat melihat peranan yang berbeza daripada ibu bapa. Ibu bapa yang
selalu di lihat oleh kanak-kanak di rumah adalah sebagai penjaga atau pengasuh
mereka bertukar peranan menjadi guru apabila ibu bapa mereka terlibat secara
langsung dalam aktiviti mereka di prasekolah. Melalui penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti ini akan merubah persepsi kanak-kanak akan peranan ibu bapa itu sendiri.
Kanak-kanak akan mempelajari sedikit demi sedikit bahawa ibu bapa mereka juga
boleh menjadi guru bukan sahaja di sekolah malah di rumah juga. Pelbagai peranan
yang dilihat pada ibu bapa ini membantu memberikan keyakinan kepada kanak-kanak
untuk menyertai aktiviti di prasekolah dan juga aktiviti di rumah.

3. Meningkatkan permuafakatan dan kualiti kerja


Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung memberi peluang ibu bapa dan guru saling
berbincang dan berkongsi pendapat mengenai perancangan dan pelaksanaan aktiviti.
Ibu bapa dan guru boleh bertukar pandangan yang membina bagi membantu dalam
kelancaran pelaksanaan aktiviti. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam sukaneka
prasekolah ini juga membantu meningkatkan kualiti prasekolah dengan menyumbang
tenaga dan berkongsi kebolehan masing-masing dalam program pendidikan awal
kanak-kanak.

4. Mengeratkan hubungan ibu bapa, komuniti, guru dan kanak-kanak


Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pastinya dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan antara ibu bapa, anak-anak dan guru. Secara tidak langsung, program
yang dianjurkan oleh prasekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui
dan memahami perkembangan anak mereka di prasekolah selain dapat beramah mesra
dan mengenali pendidik anak mereka dengan lebih rapat.

5. Motivasi kepada warga sekolah


Sokongan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah dapat meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan dalam kalangan guru terhadap terhadap ibu bapa serta pembangunan
prasekolah itu sendiri. Guru akan lebih bermotivasi dan seronok dalam
mengendalikan kanak-kanak sepanjang berlangsungnya aktiviti, juga lebih kreatif
dalam mengadakan program yang lebih menarik di masa akan datang.

6. Kegembiraan kepada kanak-kanak


Pastinya kanak-kanak akan berasa gembira akan kehadiran dan penglibatan ibu bapa
dalam apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak prasekolah. Kanak-kanak akan
rasa dihargai dan selamat sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kerana
kehadiran orang yang mereka percaya dan sayangi di sisi mereka selain guru.

Secara kesimpulannya, program seumpama ini perlu dibuat dari semasa ke semasa demi
meransang penglibatan ibu bapa dan komuniti bagi kebaikan bersama secara menyeluruh.
Sekian, terima kasih.

You might also like