You are on page 1of 2

PERANAN AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP MANUSIA DALAM BIDANG SOSIAL

Al-Quran ialah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan
malaikat Jibril A.S.Justeru baginda diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia
dengan panduan kitab suci tersebut.Al-Quran bukanlah kitab baharu yang tidak berasas,dan tidak
ditulis oleh Rasulullah sendiri,ianya merupakan mukjizat agung yakni Kalam Allah.Ia tidak
memansuhkan atau bertentangan kitab-kitab dahulu iaitu kitab Zabur,Taurat dan Injil,malah Al-
Quran ialah kitab yang terlengkap dan paling benar

Oleh itu,Al-Quran ialah kitab yang paling sempurna dan dipercayai dan boleh menjadi panduan
kepada seluruh umat manusia.Peranannya dalam membimbing manusia boleh dibahagikan kepada
beberapa aspek seperti aspek politik,social dan ekonomi.Di sini,kami akan memfokuskan kepada
peranan Al-Quran dalam bidang sosial.

1.Peranan Al-Quran dalam mengatasi masalah kebejatan sosial

Antara contoh kebejatan sosial yang berlaku ialah zina,sumbang mahram dan mencuri.Di dalam Al-
Quran batas-batas ini telah dijelaskan kepada kita untuk menghindarinya daripada berlaku.Sebagai
contoh Allah telah melarang kita daripada mendekati zina,justeru perkara-perkara yang boleh
mendekatkan diri kita kepada zina seperti berdua-duaan di tempat sunyi haruslah dielakkan.Contoh
lain ialah Allah telah memerihalkan larangan mencuri di dalam kitab sucinya Al-Quran.Hukuman
keatas pencuri adalah dipotong tangannya.Oleh itu,jika benar kita menitikberatkan Al-Quran sebagai
panduan,kita akan takut dengan azab-Nya dan tidak lagi melakukan perkara-perkara terkutuk seperti
mencuri.

2.Peranan Al-Quran dalam bidang Pendidikan

Seperti yang kita tahu,Al-Quran ialah antara sumber ilmu utama yang paling benar dalam dunia
Pendidikan selain daripada melakukan eksperimen dan lain-lain lagi.Al-Quran dan Sains amat berkait
rapat jika diteliti.Semua penemuan sains yang ajaib,langsung tidak bercanggah dengan kebenaran
Al-Quran.Bayangkan bagaimana kita yang wujud sejak 1400 tahun yang lepas dapat mengesahkan
fenomena-fenomena ajaib yang berlaku pada hari ini.Maka tidak hairan lagi,Al-Quran ialah kitab
yang benar dan tidak ditulis oleh tangan manusia,malah ia merupakan kalam Allah yang Maha
Bijaksana.Contoh fenomena yang berlaku ialah tentang tekanan udara di lapisan atmosfera yang
tinggi.Perkara ini selari dengan apa yang tersurat pada Al-Quran di surah Al-an’am.

3.Peranan Al-Quran dalam memupuk perpaduan

Al-Quran merupakan kitab suci yang sempurna dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai
kemanusian,ianya selari dengan norma-norma kehidupan kita yang berlandaskan fitrah.Seperti yang
kita tahu,perpaduan ialah satu aspek penting dalam menjamin keharmonian suatu komuniti,justeru
ianya dititikberatkan oleh semua orang malah nilai ini dipelajari juga dalam subjek sivik dan
kewrganegaraan.Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat yang bermaksud
mukmin itu bersaudara,maka jelas dari ayat ini bahawa ia memupuk hubungan persaudaraan,dan
persaudaraan merupakan asas perpaduan.Oleh itu,jika kita benar-benar menghayati mesej-mesej
yang terdapat dalam Al-Quran nescaya hidup kita kan menjadi lebih baik dan bahagia.

Sumber-sumber:-

1.Al-Quran Al-Karim

2. https://nuruladibah2012.blogspot.com/2019/10/peranan-al-quran-dalam-mengatasi.html?m=1

3.https://www.academia.edu/23909644/PERANAN_AL_QURAN_DALAM_KEHIDUPAN_MUSLIM_DAL
AM_BIDANG_PENDIDIKAN

You might also like