You are on page 1of 12

Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Disediakan Oleh:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
2020

FKISS KPM / 1
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN NASYID
DALAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

A. PENDAHULUAN
Keperluan manusia kepada hiburan tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai
bentuk hiburan di luar sana mampu mencorak generasi yang bakal dilahirkan
nanti. Oleh itu, perlu ada satu hiburan yang dapat membentuk masyarakat
yang positif dan holistik. Hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi
kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif
dalam kalangan mereka yang menghayatinya. Genre Nasyid dilihat sebagai
satu bentuk hiburan yang dapat memenuhi kriteria ini. Di samping berhibur,
murid-murid dapat mengambil manfaat daripada lirik-lirik nasyid yang
mengajak kepada perkara positif.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk


menganjurkan Pertandingan Nasyid dalam Festival Kesenian Islam Sekolah-
Sekolah KPM pada tahun 2020 bertujuan untuk memupuk minat sambil
mengasah bakat seni hiburan nasyid dalam kalangan murid-murid melalui
pertandingan ini. Sehubungan dengan itu, KPM telah menyusun dan
menyelaras Peraturan dan Syarat Pertandingan Nasyid sebagai asas panduan
dalam penganjuran pertandingan tersebut pada semua peringkat.

B. PERATURAN NASYID

1. PENYERTAAN
1.1. Penyertaan kumpulan

1.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah


tahun 1 hingga tahun 6 (berusia 7 tahun hingga 12 tahun) dan
Sekolah Menengah tingkatan peralihan hingga tingkatan 5
sahaja (berusia 13 hingga 17 tahun) dari Sekolah/Kolej di bawah
kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia SAHAJA.
1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan
nasyid yang terdiri daripada LAPAN (8) orang ahli termasuk
pemain muzik.
1.1.3. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid di sekolah
yang sama.

FKISS KPM / 2
1.1.4. Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada
satu kumpulan jantina sahaja.
1.1.5. Sekolah yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri
berkenaan ke peringkat kebangsaan.
1.1.6. Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada ibubapa/penjaga.
1.2. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid
1.2.1. Penyertaan ciptaan lagu dan lirik adalah terbuka kepada semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia SAHAJA yang masih
berkhidmat. Borang Akuan Ciptaan (Borang FKISS/1)
hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebagai bukti
perkhidmatan.
1.2.2. Pertandingan penciptaan lagu dan lirik nasyid adalah penyertaan
secara individu.
1.2.3 Penggunaan ayat al-Quran di dalam pertandingan nasyid adalah
DILARANG sama sekali bagi menghormati keagungan al-Quran.
1.2.3. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak menggunakan
rakaman pertandingan nasyid ini untuk tujuan penyiaran atau
penerbitan.

2. BORANG PENYERTAAN
2.1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan
sebagaimana Borang Penyertaan FKISS/2.
2.2. Borang penyertaan yang lengkap dan telah disahkan oleh Guru
Besar/Pengetua/Ketua Jabatan hendaklah diserahkan kepada pihak
urus setia pada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur sama ada
di peringkat zon/daerah/negeri/kebangsaan.
2.3. Semua dokumen yang perlu diserahkan kepada urus setia pendaftaran
adalah seperti berikut:
2.3.1. Borang FKISS/1 : Borang Akuan Penggubah Lagu/
Pencipta Lirik
2.3.2. Borang FKISS/2 : Borang Penyertaan
2.3.3. Borang FKISS/3 : Borang Akuan Peralatan/Perkusi
2.3.4. Teks lirik sebanyak 4 SALINAN
(Kumpulan adalah DILARANG menulis sebarang bentuk
tulisan/gambar/logo yang menggambarkan identiti kumpulan)

FKISS KPM / 3
3. TEMA
“AKIDAH MAMPAN INSAN CEMERLANG”

4. SUARA
4.1 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic,
nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.
4.2 Penilaian suara bermula apabila peserta menyanyikan lagu pertama
dan berakhir penilaian dengan tamatnya lagu kedua. Sebarang intro dan
outro lagu tidak dibenarkan.
4.3 Penasyid solo yang mendominasi persembahan boleh menjejaskan
aspek pemarkahan.
4.4 Penasyid solo terbaik dinilai oleh juri suara, lagu dan persembahan
terhadap keupayaannya menyampaikan kedua-dua buah lagu.

5. LAGU
5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan DUA buah lagu.
5.2 Lagu pertama dan lagu kedua hendaklah ciptaan baharu. Gubahan lagu
baharu adalah diwajibkan di peringkat kebangsaan SAHAJA.
5.2.1 Lagu dan lirik yang dibawa oleh kumpulan yang telah mendapat
tempat pertama, kedua, ketiga dan telah memenangi anugerah
lagu terbaik dan lirik terbaik di peringkat kebangsaan anjuran
KPM atau agensi luar TIDAK boleh dinyanyikan lagi oleh mana-
mana pasukan.
5.2.2 Lagu yang menyerupai mana-mana lagu lain yang pernah
diterbitkan atau disiarkan secara komersial melebihi EMPAT bar
melodi dianggap sebagai lagu ciplak dan tidak akan dinilai.
5.3 Lagu Pertama hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang
mengandungi unsur-unsur lagu Tarannum seperti Bayyati, Soba,
Nahawand, Hijaz dan lain-lain. Alunan Qasidah adalah WAJIB untuk
lagu ini.
5.4 Lagu Kedua hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari yang TIADA
unsur-unsur seperti hip-hop, metal dan seumpamanya.

FKISS KPM / 4
6. LIRIK
6.1 Lirik kedua-dua buah lagu hendaklah ciptaan baharu dan asli. Ciptaan
lirik baharu adalah WAJIB di peringkat kebangsaan SAHAJA.
6.2 Lirik lagu pertama hendaklah menepati Tema FKISS.
6.3 Lirik lagu pertama WAJIB menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
dan alunan Qasidah WAJIB dalam Bahasa Arab. Penggunaan zikir dan
selawat adalah DIBENARKAN untuk kedua-dua lagu.
6.4 Lirik lagu kedua BOLEH menggunakan Bahasa Melayu/ Bahasa Arab/
Bahasa Inggeris secara sepenuhnya atau secara gabungan antara
ketiga-tiga bahasa tersebut.
6.5 Lirik Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris hendaklah disertakan
terjemahannya secara bertulis. Lirik yang TIDAK disertakan terjemahan
akan menjejaskan markah.
6.6 Lirik bagi kedua-dua lagu yang dihantar TIDAK dibenarkan sebarang
bentuk huraian.
6.7 Lirik lagu kedua hendaklah berdasarkan butiran sebagaimana berikut :
6.7.1 Kategori Sekolah Rendah hendaklah berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan Tahun 1
hingga Tahun 4 dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KSSR
Tahun 5 hingga Tahun 6.
6.7.2 Kategori Sekolah Menengah hendaklah berdasarkan Sukatan
Pelajaran/ Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) KSSM Pendidikan Islam/ Pendidikan Syariah Islamiah/
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usuluddin/ Syariah/
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta KBSM Tingkatan 5.
6.8 Kedua-dua lirik lagu TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
6.9 Tema TIDAK semestinya menjadi tajuk lagu.
6.10 Semua bunyian yang berbentuk PERKATAAN perlu ditulis dalam lirik.
Lirik yang ditulis WAJIB dinyanyikan sepenuhnya.

7. PERSEMBAHAN
7.1 Persembahan sesebuah kumpulan bermula daripada naik pentas
hinggalah turun dari pentas (berdasarkan ketetapan yang ditentukan
oleh juri).
7.2 Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang
disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan formasi
dinilai sebagai kreativiti persembahan dengan mengambil kira aspek
keseragaman dan tidak keterlaluan. Pergerakan yang tidak keterlaluan
FKISS KPM / 5
bermaksud tiada unsur tarian dan unsur yang mengganggu sensitiviti
agama Islam.
7.3 Setiap kumpulan DILARANG mempersembahkan unsur puisi, sajak,
pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.
7.4 Setiap kumpulan DILARANG memperkenalkan atau mempamerkan
nama atau identiti kumpulan/negeri dalam bentuk tulisan atau
percakapan kepada jemaah hakim sebelum dan semasa pertandingan.

8. MUZIK
8.1 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi yang
dibenarkan SAHAJA iaitu kompang, bongo, conga, darbuka,
shaker, tamborine, drum stick (kayu pemukul), djembe, cabasa,
cajon, maracas, riq, tar frame drum, rebana dan chime. Borang
Akuan Peralatan (Borang Akuan Alatan dan Perkusi FKISS/3)
hendaklah dikemukakan kepada urusetia pendaftaran.
8.2 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live).
8.3 Susunan muzik (music arrangement) yang kreatif dan menarik serta ton
dan kesepaduan permainan akan dinilai.
8.4 Aksi pemain alat perkusi hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan.

9. PAKAIAN
9.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan berdasarkan
kriteria seperti berikut:
9.1.1 Peserta lelaki memakai pakaian kebangsaan (baju melayu “cekak
musang” versi tradisional atau moden) yang lengkap (bersampin dan
bersongkok hitam) dan berkasut. Pemakaian sandal atau selipar TIDAK
dibenarkan.
9.1.2 Peserta perempuan berbaju kurung kebangsaan dan bertudung
sempurna serta berkasut. Pemakaian sandal atau selipar TIDAK
dibenarkan. Hiasan dan solekan hendaklah tidak keterlaluan. .
9.1.3 Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan
sahaja yang dibenarkan. Pakaian, hiasan dan solekan boleh
mempengaruhi pemarkahan.

FKISS KPM / 6
10. MASA
10.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit sahaja untuk
mempersembahkan kedua-dua buah lagu.
10.2 Masa dikira apabila peserta pertama mula menaiki pentas.
10.3 Masa keseluruhan persembahan hendaklah tidak kurang dari 10 minit
10.4 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari
yang telah ditetapkan.

11. PEMARKAHAN
11.1 Penghakiman dibahagikan kepada lima bahagian iaitu :
11.1.1 Suara - 30 markah
11.1.2 Lagu - 25 markah
11.1.3 Persembahan - 20 markah
11.1.4 Muzik - 15 markah
11.1.5 Lirik - 10 markah

12. PENENTUAN KEPUTUSAN


12.1 Kumpulan Nasyid Terbaik
12.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan
sebagai Johan.
12.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan
diumumkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.
12.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan
dirujuk mengikut keutamaan berikut:
Pertama : Suara
Kedua : Lagu
Ketiga : Persembahan
Keempat : Muzik
Kelima : Lirik
12.1.4 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bermuzakarah
untuk membuat keputusan.
12.1.5 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

FKISS KPM / 7
12.2 Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik
12.2.1 Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk
dipilih sebagai Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik.
12.2.2 Lagu Terbaik tidak semestinya akan dipilih sebagai Lirik Terbaik
dan sebaliknya.
12.2.3 Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan
sebagai pemenang.
12.2.4 Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bermuzakarah untuk
membuat keputusan.

13 HADIAH PERTANDINGAN (RENDAH DAN MENENGAH)


13.1 Hadiah yang disediakan di Peringkat Kebangsaan seperti berikut:
13.1.1 Hadiah Utama
13.1.1.1 Johan (Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil Pencapaian,
Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan )
13.1.1.2 Naib Johan (Piala Iringan, Sijil Pencapaian, Sijil
Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
13.1.1.3 Ketiga (Piala Iringan, Sijil Pencapaian, Sijil
Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
13.1.1.4 Hadiah Saguhati tempat ke 4 dan ke 5
(Cenderamata dan Sijil Penyertaan)
13.1.2 Penggubah Lagu Terbaik (Tradisional)
13.1.2.1 Johan ( Piala Iringan Sijil Pencapaian)
13.1.2.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.2.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.3 Penggubah Lagu Terbaik (Kontemporari)
13.1.3.1 Johan ( Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.3.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.3.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.4 Pencipta Lirik Terbaik (Tradisional)
13.1.4.1 Johan ( Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.4.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.4.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)

FKISS KPM / 8
13.1.5 Pencipta Lirik Terbaik (Kontemporari)
13.1.5.1 Johan ( Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.5.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.5.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Pencapaian)
13.1.6 Penasyid Solo Terbaik
13.1.6.1 Piala Iringan dan Sijil Pencapaian
13.2 Hadiah di Peringkat Sekolah/Daerah/Negeri adalah tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Pelaksana Sekolah/Peringkat Daerah/Negeri
masing-masing.

14 BANTAHAN PERTANDINGAN
14.1 Sebarang bentuk bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis
kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan
Rasmi (Borang FKISS/4) yang disediakan.
14.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
14.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah
Hakim sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima
selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
14.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah
Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.

C. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN


1. Penghakiman Suara (30 markah)
1.1. 30 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FKISS/6.1).
1.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:
1.2.1 Ketepatan pic, nada dan frasa - 8 markah
1.2.2 Keseimbangan/harmoni - 8 markah
1.2.3 Dinamik - 6 markah
1.2.4 Kualiti ton - 4 markah
1.2.5 Kejelasan sebutan - 4 markah

FKISS KPM / 9
2 Penghakiman Lagu (25 markah)
2.1 25 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FKISS/6.2).
2.2 Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:
2.2.1 Keaslian melodi lagu - 9 markah
2.2.2 Irama masri/kontemporari - 8 markah
2.2.3 Alunan qasidah/Kreativiti - 6 markah
2.2.4 Bonus - 2 markah

3 Penghakiman Persembahan (20 markah):


3.1 20 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan
(Borang FKISS/6.3).
3.2 Setiap persembahan dinilai daripada aspek berikut:
3.2.1 Koreografi - 7 markah
3.2.2 Ketepatan gaya - 5 markah
3.2.3 Ekspresi - 3 markah
3.2.4 Pakaian dan Aksesori - 3 markah
3.2.5 Bonus - 2 markah

4 Penghakiman Muzik (15 markah) :


4.1 15 markah diperuntukkan bagi bahagian muzik (Borang FKISS/6.4).
4.2 Muzik dinilai daripada aspek berikut :
4.2.1 Susunan muzik - 5 markah
4.2.2 Kualiti ton - 4 markah
4.2.3 Dinamik - 3 markah
4.2.4 Kesepaduan bunyi - 3 markah

FKISS KPM / 10
5 Penghakiman Lirik (10 markah)
5.1 10 markah diperuntukan bagi setiap lirik (Borang FKISS/6.5).
5.2 Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:
5.2.1 Kejelasan mesej - 4 markah
5.2.2 Kesinambungan isi - 3 markah
5.2.3 Bahasa - 3 markah

D. JEMAAH HAKIM
1. Jemaah hakim terdiri daripada:
1.1 Pengerusi Jemaah Hakim - 1
1.2 Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim - 1
1.3 Naib Pengerusi Jemaah Hakim - 2
1.4 Ketua Jemaah Hakim - 1
1.5 Ketua Hakim Rendah - 1
1.6 Ketua Hakim Menengah - 1
1.7 Hakim Suara - 2
1.8 Hakim Persembahan - 2
1.9 Hakim Muzik - 2
1.10 Hakim Lagu Nasyid Tradisional - 2
1.11 Hakim Lagu Nasyid Kontemporari - 2
1.12 Hakim Lirik - 2
1.13 Hakim Masa - 1
1.14 Urusetia Kehakiman - 2
JUMLAH BESAR - 22

FKISS KPM / 11
TEMA FESTIVAL KESENIAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN TEMA
2004 Akhlak Mulia Wawasan Negara
2005 Penghayatan Islam Hadhari Membentuk Jatidiri
2006 Pelajar Mulia Negara Maju
2007 Insan Cemerlang Ummah Terbilang
2008 Minda Hadhari Insan Bestari
2009 Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang
2010 Tiada pertandingan
2011 Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji
2012 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah
2013 Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah
2014 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah
2015 Al-Quran Nadi Transformasi Ummah
2016 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2017 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan
2018
Negara
2019 Al-Quran Pembawa Rahmat Untuk Umat
2020 Akidah Mampan Insan Cemerlang

Disediakan oleh :
Unit Akhlak dan Syiar Islam
Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM
Rujukan : Mohd Zamri bin Mohamed Noor
Tel : 03 8321 7200
Faks : 03 8321 7293
Email : zamri.noor@moe.gov.my

FKISS KPM / 12

You might also like