You are on page 1of 1

REFLEKSI

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) telah menyertai Pertandingan Robotik


peringkat negeri namun tidak mendapat keputusan yang membanggakan. Oleh itu, guru
pembimbing telah mengorak langkah yang proaktif untuk mengadakan bengkel latihan robotik
supaya pelajar-pelajar mempunyai ilmu yang lengkap untuk bertanding pada peringkat negeri
dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Mesyuarat untuk aktiviti perlaksanaan telah dilakukan bagi memastikan kelancaran


pogram bengkel robotic ini. Segala bentuk idea diperolehi dan diambil untuk dijadikan sebagai
pengorak langkah. Semua guru yang terlibat sangat komited didalam perlaksanaanya.

Perlaksanaan bengkel berjalan lancar pada setiap hari rabu yang telah ditetapkan.
Pelajar tampak gembira dan bersemangat semasa bengkel dijalankan. Satu demi satu ilmu yang
disampaikan oleh fasilitator diterapkan kepada pelajar. Setiap aktiviti yang dijalankan direkod
dan di dokumentasikan dalam bentuk foto dan video.

Latihan robotik yang diadakan secara berkala ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar
mencapai tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam pertandingan National Robotic
Championship yang akan diadakan Kkelak. Pasukan Robotik SKPP14(1) akan cuba untuk
memenangi pertandingan peringkat Putrajaya dan seterusnya akan mewakili Putrajaya ke
pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di masa akan datang.

Dimasa akan datang kelab kognitif bercita-cita akan mengorak langkah kehadapan bagi
memberi kejayaan kepada pelajar-pelajar dan membawa nama sekolang ke pringkat
antarabangsa.

DI SEDIAKAN OLEH :

_________________________
(MUHAMAD NAZRUL BIN ZAINOL ABIDIN)
Setiausaha Pasukan Robotik SKPP 14(1)

You might also like