You are on page 1of 1

PENGGUNAAN

PETA
PEMIKIRAN
GERGASI DALAM
AKTIVITI
KUMPULAN

Peta pemikiran
merupakan peta
yang boleh
meningkatkan
kemahiran berfikir
murid. Oleh itu,
saya telah menyediakan satu peta pemikiran gergasi untuk mata pelajaran Bahasa
Malaysia. Peta ini memerlukan murid mengkategorikan aktiviti kesihatan mengikut
kumpulan yang tertentu. Peta pemikiran ini digunakan secara berkumpulan di mana
murid-murid perlu memilih fakta yang sesuai dengan tugasan.

Antara kebaikan peta pemikiran gergasi ini ialah murid-murid dapat


meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Mereka dapat menganalisis fakta yang
sesuai untuk tugasan yang diberikan. Selain itu, peta ini juga dapat meningkatkan
kerjasama di antara murid. Murid-murid akan bekerjasama dalam kumpulan untuk
melengkapkan peta pemikiran kumpulan mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan bagai membina peta pemikiran gergasi ini ialah
sekeping papan dan kad-kad perkataan. Kos yang digunakan adalah rendah. Peta
pemikiran ini juga mudah diselenggara dan disimpan.

You might also like