You are on page 1of 1

Arahan : Baca karangan yang telah disediakan.

Gariskan faedah-faedah
menanbung yang terdapat dalam karangan ini. Tulis faedah menabung dalam
buku latihan.

Faedah Menabung.

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi
banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan
harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru,
baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu
kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan
berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan.


Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau
ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan
atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan
masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan
orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak


manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum
habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-
lama jadi bukit.

You might also like