You are on page 1of 5

LATIH TUBI KESALAHAN ISTILAH

Dalam setiap ayat berikut mempunyai satu kesalahan istilah. Sila baiki kesalahan
tersebut. Anda boleh merujuk pilihan istilah yang sesuai dalam lembaran kerja ini
untuk membantu anda mendapat jawapan yang tepat.

SET 1
AYAT PEMBETULAN
1. Setiap murid mesti membaiki kesilapan-kesilapan yang
telah dilakukan oleh mereka dalam latihan Matematik.
2. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu telah diberhentikan
pada pukul 3.00 petang.
3. Kehebatan penduduk di kawasan bandar raya
merupakan salah satu faktor masalah sosial.
4. Adik saya telah melanjutkan pelajaran dalam saliran
perubatan.
5. Perajurit negara telah berjuang berhidup-hidupan
untuk mempertahankan tanah air daripada serangan
tentera Jepun.
6. Penyokong pasukan Harimau Selatan telah berarak ke
stadium dengan semangat yang berdebar-debar.
7. Pihak PIBG telah bergotong-royong menanam pokok-
pokok bunga untuk mengendahkan kawasan sekolah.
8. Hampir lima belas ribu peserta telah menyertai
perkumpulan raksasa di Stadium Merdeka.
9. Pokok-pokok kelapa sawit di ladang datuk terpaksa
dipotong kerana sudah tidak mengeluarkan hasil lagi.
10. Saya menonton filem terbaharu lakonan M. Nasir di
pentas wayang.

bermati-
ditebang mengindahkan ditangguhkan kepadatan
matian
berkobar-
panggung perhimpunan membetulkan aliran
kobar

1
SET 2

AYAT PEMBETULAN
1. Golongan remaja janganlah terpengaruh oleh budaya
biru dari luar negara.
2. Ayah merungut kerana kereta barunya tidak dapat
dihidupkan pagi tadi.
3. Urusan pengakuan dokumen itu telah dilakukan oleh
pengetua di pejabatnya.
4. Ketua kampung sedang menyampaikan
percakapannya di balai raya.
5. Program menyekat kemiskinan sedang giat
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
6. Ayah tidak betah tinggal di bandar kerana
pencemaran bising.
7. Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kehadiran pelawat asing dari luar
negara.
8. Setiap pelajar perlu melanggan majalah resmi
sekolah.
9. Segerombolan pelajar dari Indonesia telah melawat
sekolah kami.
10. Penduduk kampung telah menebang semak-samun
untuk menceriakan kawasan kampung.

kuning menebas ucapannya kuning sekumpulan


pelancong bising membasmi pengesahan rasmi

2
SET 3

AYAT PEMBETULAN
1. Setiap rakyat Malaysia perlu pandai bertutur dalam
Bahasa Melayu.
2. Saya telah membentangkan lembaran kerja dalam
seminar itu.
3. Para pengikut seminar diminta untuk mengisi borang
kehadiran di pintu masuk dewan.
4. Orang ramai telah menghulurkan derma untuk
membantu mangsa gegar bumi di Indonesia.
5. Projek pembangunan telah meranapkan baki sejarah
di kawasan tersebut.
6. Seminar itu telah dikendalikan oleh pemidato yang
tersohor.
7. Dato’ Abu telah dijemput untuk mengsiytiharkan
majlis Anugerah Kecemerlangan di SMK Mohd Khalid.
8. “Hargailah masa dengan baik,” wasiat pengetua
kepada anak-anak murid.
9. Perniagaan atas talian telah mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat pada zaman moden.
10. Yang Berusaha wakil rakyat itu telah memberikan
sumbangan wang tunai untuk menceriakan kawasan
sekolah.

warisan /
penceramah fasih merasmikan dalam
tinggalan
Yang
gempa peserta kertas kerja pesan
Berhormat

3
SET 4

AYAT PEMBETULAN
1. Ibu mencuci ikan siakap yang baru dibeli oleh ayah.
2. Hobi ayah saya ialah menjajah negera-negara di Asia
Tenggara dengan menunggang motosikal berkuasa
tinggi.
3. Saya berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang
bakal dibuat pada minggu hadapan.
4. Ayah menggunakan perkhidmatan pos segera untuk
menghantar dokumen kepada abang yang tinggal di
Kelantan.
5. Pihak sekolah perlu memupuk semangat cinta akan
alam sekitar untuk mengatasi masalah pencemaran
alam sekeliling.
6. Pengetua mengucapkan takziah atas kemenangan
pasukan bola sepak sekolah dalam kejohanan
peringkat MSSD minggu lalu.
7. Dato’ Teo telah merasmikan majlis pelancaran
pembinaan rumah kos murah di Indera Mahkota,
Kuantan.
8. Rakyat Malaysia perlu menghargai kemerdekaan dan
keamanan negara agar tidak dijelajah lagi.
9. Akibat kelalaian seorang penggembala lembu, seekor
lembunya telah mati digiling kereta api.
10. Petikan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu begitu
mengasyikkan.

gesekan digilis menjelajah diumumkan menyiang


sekitar tahniah pos laju rendah dijajah

4
SET 5

AYAT PEMBETULAN
1. Pelajaran sangat penting untuk merempuh kehidupan
pada masa hadapan.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa melakukan
kempen sumbang darah untuk memastikan bekalan
darah di hospital seluruh negara mencukupi.
3. Ayah membuka akuan simpanan untuk memudahkan
adik menyimpan wang pada setiap bulan.
4. Produk buatan Malaysia semakin mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat kerana kuantitinya yang
semakin baik.
5. Semasa sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah,
para pelajar berpeluang untuk menulis kareografi
Cina dengan menggunakan berus dan dakwat.
6. Pihak polis sentiasa membuat rondaan untuk
mengatasi kes jenayah roboh rumah sering berlaku di
kawasan Taman Perling.
7. Penduduk Sungai Tiram diminta untuk berhati-hati
kerana sekumpulan gajah liar sering berkeliaran pada
masa ini.
8. Urus setia program motivasi itu telah menyampaikan
syarahan tentang peraturan yang perlu dipatuhi oleh
para peserta.
9. Pelabuhan Tanjung Pelepas telah menjadi tumpuan
untuk kapal-kapal berhenti dan memunggah barang
dagangan.
10. Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan
inisiatif kepada atlet-atlet yang berjaya dalam Sukan
SEA yang lepas sebagai motivasi supaya mereka terus
berusaha mengharumkan nama negara.

insentif menempuh derma sekawan taklimat


berlabuh kualitinya akaun pecah kaligrafi

You might also like