You are on page 1of 5

SAINS TAHUN 4 : BUMI

Tajuk : Bumi dan daya tarikan gravitinya


9.1.1 Graviti Bumi
Teori tentang daya graviti Bumi telah dipelopori atau
dikaji oleh saintis yang Bernama Sir Isaac Newton,
semasa dia sedang berehat di bawah sebatang pokok
epal. Dia mendapat idea apabila sebiji epal jatuh
menimpa kepalanya dan mula mengkaji mengapa semua
objek di Bumi jatuh ke bawah dan bukannya ke atas.

1. Setiap objek yang dilambung ke atas akan


jatuh semula ke bawah.
SAINS TAHUN 4 : BUMI

2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah


pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan
daya tarikan graviti bumi.

3. Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin


bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada
pada semua objek.

4. Tanpa graviti, angkasawan akan terapung di


udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu
memakai pakaian khas dan menggunakan
peralatan khas untuk urusan harian supaya
objek di sekelilingnya tidak terapung.
SAINS TAHUN 4 : BUMI

9.1.2 Daya Tarikan Graviti Bumi


1. Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke
arah pusat bumi.

2. Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek


akan terapung di udara.
SAINS TAHUN 4 : BUMI

3. Semua objek di Bumi dapat berada pada


kedudukannya kerana adanya daya tarikan
graviti bumi.
SAINS TAHUN 4 : BUMI

9.1.3 Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi


1. Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada
kedudukannya.
2. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di
udara dan kekal berada pada kedudukannya.

You might also like