You are on page 1of 8

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

SEMESTER 1 2008/2009

FALSAFAH DAN LOGIKA


MELAYU
JXEA 1104
kupasan dari aspek falsafah : petikan
daripada Hikayat Muhammad
hanafiyyah

NAMA PELAJAR:

NURUL SHAFINA BINTI SHA’ARI


(JEA 080109)

NAMA PENSYARAH:
DR. AMRAN MUHAMMAD

1
PENDAHULUAN

Falsafah boleh didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang

dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar bagi ilmu-ilmu lain. Ilmu

falsafah seperti juga ilmu-ilmu lain ini dianggap sebagai satu bidang penyelidikan serta

kajian yang mempunyai kaedah, matlamat, asas dan bahan kajian yang tertentu. Ilmu

falsafah ini juga mengambil data dan bahan kajian dari semua aspek alam semesta hasil

daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmu sains.

PENGENALAN

Perkataan hikayat berasal daripada bahasa Arab iaitu hikaya. Makna asal yang

didukung oleh perkataan Arab ini ialah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaran

zaman maksudnya berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dengan

kecenderungan menghibur yang ketara. Kesusasteraan hikayat lazimnya dihasilkan dalam

bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, tidak hairanlah jika karya berunsur hikayat ini banyak

membawakan cerita-cerita ajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi penulis

atau pengarangnya.

Hikayat Muhammad Hanafiyyah merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat

ini memerihalkan kisah percintaan dan mengandungi elemen-elemen lain antaranya

emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi iaitu pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai

'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan kandungan hikayat ini penuh dengan kisah

peperangan.

2
Hikayat ini mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih

menjadi khalifah atau pemimpin dan pemberontakan yang dilancarkan oleh Muawiyah

terhadapnya. Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah dilantik

sebagai khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah melantik puteranya yang

bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa pemerintahannya, Yazid merancang

pembunuhan terhadap dua putera Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku

beberapa peristiwa yang menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua

mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya membunuh kedua-dua

putera Sayidina Ali itu.

Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi amir

(pemimpin atau pemerintah) di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan

putera Husin bernama Ali Asghar (atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin) dan ahli

keluarga Rasulullah ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang

Yazid. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila

dia terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik sebagai raja.

Pada suatu hari, apabila Muhammad Hanafiyyah mendapat tahu terdapat pengikut

Yazid sedang berhimpun di dalam sebuah gua, dia menyerang mereka. Tanpa

menghiraukan suara ghaib yang melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan,

dia terus membunuh musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia

terkurung di dalamnya.

3
FALSAFAH KEMULIAAN HATI

‘Maka kata amir al-mu’minin Ali: “Mengapa pekerjaanmu dengan demikian

akan daku?” Maka katanya: “Ampuni dosa hambamu,karena sebab perempuan tua itu

hambamu dipergilanya!” Maka kata baginda Ali: “Hay anak Muljam! Pergilah engkau

lari, sementara orang belum tahu dan belum kedengaran kepada anakku Hasan dan

Husain!” Setelah sudah baginda Ali berkata demikian, maka ia pun larilah.’

Sumber: Intisari Karya Klasik


(Hlm. 271)

Merujuk kepada petikan tersebut, dapat diungkapkan persoalan mengenai

kepimpinan seorang pemimpin. Apakah itu pemimpin? Apakah kriteria yang menjamin

kreadibiliti seorang pemimpin? Pemimpin merujuk kepada seseorang yang berkuasa

memimpin, memerintah, mengawal dan menjaga rakyat berdasarkan elemen-elemen

tertentu yang mendasari sistem pentadbirannya. Merujuk kepada petikan tersebut juga,

terdapat falsafah yang boleh dikupas iaitu mengenai falsafah kemuliaan hati seorang

pemimpin.

Pemimpin yang dimaksudkan dalam petikan tersebut ialah Sayidina Ali bin Abi

Talib. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah ini, Sayidina Ali berperanan sebagai

seorang pemimpin yang bukan sahaja memiliki peribadi dan hati yang mulia, malah

memiliki keberanian dan kesabaran yang sangat tinggi kerana sanggup memangku

tanggungjawab yang besar dalam meneruskan tradisi kepimpinan (Khulafa’ Ar-

4
Rasyidin) walaupun ketika di bawah pemerintahannya, situasi di negara Madinah berada

dalam keadaan huru-hara. Berdasarkan petikan tersebut, kemuliaan hati Sayidina Ali bin

Abi Talib nyata terserlah kerana walaupun baginda ditikam, baginda dengan kelembutan

hatinya memaafkan anak Muljam itu dan memintanya supaya melarikan diri supaya anak

Muljam itu tidak dihukum atas kesalahannya itu. Mengapakah Sayidina Ali bin Abi Talib

tega memaafkan musuhnya yang telah menikamnya? Hal ini sudah tentulah berkait rapat

dengan nilai atau sifat kelembutan hati baginda sendiri yang mempengaruhi tindakannya.

Melalui tindakan baginda itu, tidak mustahil musuh-musuh baginda berasa malu atas

perbuatan mereka menganiaya Sayidina Ali r.a. Malah baginda langsung memaafkan

kesalahan musuhnya tanpa sekelumit rasa dendam di hati.

Seharusnya bagi tiap-tiap pemimpin itu memiliki sifat kemuliaan hati seperti yang

dipamerkan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a ini. Hal ini kerana seseorang ketua atau

pemimpin tertinggi tidak seharusnya memiliki sikap yang ego dan mementingkan diri

sendiri dan hanya tahu mengarah dan menghukum orang-orang bawahan tanpa berusaha

untuk beramah mesra, menjaga kebajikan serta hal ehwal mereka.

Merujuk kepada petikan tersebut juga, falsafah yang boleh diungkapkan adalah

mengenai falsafah kemuliaan hati seorang pemimpin terhadap rakyat atau musuhnya.

Falsafah kemuliaan hati ini mempunyai hubungkait dengan nilai-nilai etika yang

seharusnya ada dalam diri seseorang individu. Kemuliaan hati juga boleh didasarkan

dengan falsafah epistemologi (kajian mengenai ilmu pengetahuan). Pemerolehan ilmu

pengetahuan ini kemudiannya disalurkan ke dalam roh dan jasad manusia melalui saluran

5
hati yang mulia. Hal ini bermakna sesuatu ilmu yang disalurkan terus masuk ke hati dan

kemudiannya dan kemudiannya ilmu itu ditaakul dan ditafsir oleh akal atau minda

manusia. Setelah ilmu tersebut ditafsir, individu itu sendiri boleh menilai hal-hal yang

empirikal (nyata atau benar) atau sebaliknya sama ada ilmu menepati prinsip ilmu

antaranya sumber ilmu dan kesahihan ilmu. Jika ilmu tersebut benar, ilmu itu boleh

dijadikan sebagai suatu falsafah. Jika berlaku sebaliknya, maka sesuatu ilmu tersebut

tidak boleh dijadikan sebagai suatu falsafah. Secara ringkasnya, hasil darpda

pemerolehan ilmu tersebut, ianya mampu mempengaruhi tindak-tanduk seseorang

individu untuk melakukan hal-hal yang bermoral dan menepati nilai-nilai etika yang baik

bagi membentuk keperibadian yang berbudi pekerti. Dapat ditegaskan bahawa, saluran

hati yang mulia ini dapat dikaitkan dengan falsafah epistemologi.

Falsafah kemuliaan hati ini juga dapat ditafsir sebagai salah satu elemen

terpenting yang perlu ada dalam diri setiap insan kerana ianya berkait rapat dengan segala

tindak-tanduk individu itu sendiri. Dalam erti kata lain, falsafah ini mendukung nilai-nilai

etika dalam diri setiap insan. Falsafah kemuliaan hati ini boleh dikaitkan juga dengan

falsafah theoria dimana falsafah theoria dikenali juga dengan nama falsafah nazari

( dalam Islam). Falsafah theoria ini juga dipanggil falsafah ‘odos’ (dalam bahasa Yunani)

dimana falsafah ini berkait dengan elemen akal dan rasionalisme. Falsafah ini dilihat

banyak diterapkan dalam karya-karya Melayu klasik antaranya menerusi Hikayat

Muhammad Hanafiyyah ini.

6
PENUTUP

Akhir kata, dapat disimpulkan bahawa falsafah kemuliaan hati ini mempunyai

hubungkait dengan nilai-nilai etika di samping mempunyai kaitan dengan falsafah

epistemologi, theoria yang berasaskan aspek akal dan rasionalisme. Falsafah kemuliaan

hati ini dinilai sebagai salah satu elemen yang seharusnya disemai dan dipupuk dalam diri

seseorang individu itu bagi membentuk modal insan yang mulia dan berbudi pekerti.

Tanpa kehadiran falsafah ini dalam jiwa seseorang individu, tidak mungkin dapat

melahirkan seseorang individu yang berperibadi mulia serta berbudi pekerti. Jelas di sini

bahawa falsafah kemuliaan hati ini saling bergantungan dengan nilai-nilai etika positif

dalam diri setiap insan. Ketokohan Sayidina Ali juga dapat dinilai menerusi kehadiran

falsafah ini yang dalam diri baginda yang akhirnya mempengaruhi segala tindakan positif

baginda terhadap individu yang lain walaupun baginda dianiaya oleh mereka yang

bergelar musuh.

7
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

Hashim bin Haji Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu

Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Rogayah A. Hamid & Etty Zalita Zakaria, 2007. Inti Sari Karya Klasik. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.blogfalsafah.com

www.google.com.my

www.wikipedia.com/hikayat

You might also like