You are on page 1of 1

Pendahuluan

Urus tadbir sesebuah organisasi memerlukan sebuah pengurusan yang cekap, teratur dan sistematik
dalam memastikan kesinambungan operasi dan kelestarian pentadbiran mengikut perancangan
strategik sesebuah organisasi. Tatacara organisasi berkomunikasi merupakan salah satu daripada
elemen penting dalam menerangkan kedudukan organisasi malah bertindak lebih daripada itu sebagai
medium penyampai dan promosi terhadap aktiviti dan jenama sesebuah organisasi.

Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003) menerangkan bahawa komunikasi merupakan suatu yang asas
seumpama keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kakitangan sesebuah perniagaan
akan berkomunikasi sama ada antara rakan sepejabat atau dengan pihak atasan untuk melancarkan
tugas harian mereka. Kebiasaannya ia melibatkan proses pertukaran dan koordinasi maklumat. Justeru
itu, komunikasi merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam menentukan kecekapan dan
kemajuan sesebuah entiti perniagaan.

Definisi Komunikasi Korporat

Menurut Cornelissen (2008), istilah korporat dalam konteks organisasi merujuk kepada perkataan Latin
yang merujuk kepada “body‟ atau “corpus” dan istilah yang merujuk kepada pembentukan (forming
into a body) yang menekankan kepada organisasi secara keseluruhannya. Manakala bagi istilah
komunikasi pula merujuk kepada satu proses pembentukan makna bersama melalui penggunaan tanda
dan simbol. Oleh yang demikian ia boleh merujuk kepada aktiviti komunikasi keseluruhan korporat sama
ada dalaman mahupun luaran. Van Riel and Fombrum (2007) mentafsirkan komunikasi korporat adalah
merujuk kepada aktiviti yang terlibat dalam mengurus dan mentadbir semua komunikasi dalaman dan
luaran demi mewujudkan kerjasama yang baik antara organisasi dengan pihak berkepentingan yang
menyokong organisasi.

Fungsi Komunikasi Korporat

Komunikasi Korporat juga boleh didefinisikan sebagai satu proses atau tindakan menterjemah atau
mengubah identiti korporat yang berbentuk fizikal seperti logo, warna, perkataan dan sebagainya yang
melambangkan organisasi kepada imej korporat berbentuk mental atau pemikiran. Bermakna apabila
melihat kombinasi warna atau logo berkenaan, pemerhatinya akan secara automatik memikirkan dan
membayangkan organisasi tersebut. Contohnya melalui komunikasi korporat, sesebuah syarikat akan
melakukan proses „promotional mix‟. Proses ini melibatkan jenama dan kaedah promosi bagi
memperkenalkan jenama („brand‟ atau „trademark‟) sesebuah syarikat. Misalannya jenama Nescafe
merujuk kepada Syarikat Nestle.

You might also like