You are on page 1of 1

TRIAL ADVOCACY - LLB 41303 ASSIGNMENT 1 (OBJECTION OF REMAND)

A’ISYAH BINTI MD NOOR (046443)

Dengan izin Tuan, saya A’isyah Md Noor mewakili pihak Pembelaan. Tuan, hari ini
ditetapkan tarikh untuk untuk permohonan reman bagi OYDS. Pihak Pembelaan memohon
budi bicara Mahkamah yang mulia ini untuk mempertimbangkan permohonan reman di
bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ditolak. Dasar permohonan ini disokong oleh
hujahan-hujan berikut.

Tuan, kesalahan OYDS merupakan kesalahan yang berat di bawah Seksyen 39A (2) Akta
Dadah Berbahaya 1952. Walaubagaimanapun, Salinan Repot Pandan Indah RPT: 001008/17
menunjukkan bahawa OYDS tiada rekod kesalahan lampau hasil pemeriksaan kad
pengenalan OYDS melalui sistem KOMPOL PDRM. Selain itu, repot menunjukkan bahawa
OYDS telah bekerjasama semasa tangkapan dan siasatan yang telah dijalankan dan tidak
menunjukkan sebarang halangan untuk pihak Polis memperoleh barang-barang kes. Latar
belakang OYDS juga menunjukkan bahawa OYDS pencari nafkah bagi keluarganya dan
ibunya pula merupakan seorang suri rumah manakala. Tambahan pula, ibu OKT, menghidap
penyakit barah usus dan memerlukan rawatan kemoterapi dan bergantung kepada OKT untuk
membawanya ke tempat rawatan pada setiap minggu.

Di samping itu, repot menunjukkan bahawa Salinan Entri tidak disediakan dalam diari dan
hal ini telah diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Kanun Tatacara
Jenayah dan prinsip ini telah diterangkan di dalam kes Zafari bin Md Yunus v PP [2017] 10
MLJ 717. Mahkamah di dalam kes ini telah memutuskan bahawa kegagalan pegawai
penyiasat menyediakan Salinan Entri dalam diari untuk permohonan reman adalah adalah
satu kesalahan kerana Majistret sukar untuk mempertimbangkan faktor-faktor tertentu untuk
membenarkan permohonan reman atau tidak.

Tuan, berdasarkan alasan-alasan yang telah dimukakan, saya mewakili pihak Pembelaan
dengan rendah diri memohon agar Mahkamah mempertimbangkan permohonan reman
ditolak bagi OYDS. Terima kasih Tuan.

You might also like