You are on page 1of 1

Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai ‘Revolusi Pertanian’ di England.

Revolusi pertanian meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.

Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas revolusi pertanian,
pengeluaran makanan secara besar-besaran berlaku kerana Penggubahan dalam sistem pemilikan tanah;
Penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan Kaedah pemasaran produk yang berkesan.

Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu: Sistem pemilikan tanah
persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh golongan tuan-tuan tanah
yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Rakyat biasa dibenarkan
menggunakan tanah awam untuk: Bercucuk tanam, Memelihara ternakan, Memburu binatang dan Memancing

Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku pertambahan penduduk di England. Menjelang tahun 1801,
bilangan penduduk di England dan Wales adalah Sembilan juta orang. Tahun 1831 – Bilangan penduduk
meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang. Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah
memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran dan mendapat
kelulusan parlimen untuk memagari tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792 – hampir 500 000 ekar tanah
dipagari. Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul ladang
pertanian.

Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang pertanian. Kaedah yang
diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini diperkenalkan oleh Lord Townshend. Mengikut
kaedah ini, kaedah pertanian dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah baharu ini,
kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang
berlainan. Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu diperkenalkan.
Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang. Thomas William
Cake telah memperbaik sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian semakin meningkat
berlipat kali ganda.

Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan. Robert Bakewell
telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Dengan kaedah ini, binatang
ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat. Bekalan daging dan bulu binatang bertambah
menerusi kaedah baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk
tanaman mereka.

Kesimpulannya,Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan 18 adalah
disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah, akta pemagaran tanah, kaedah pertanian
baharu, kaedah penternakan baharu, pengenalan pertanian campuran, ciptaan baharu, penggunaan baja dan
sistem saliran.

You might also like