You are on page 1of 1

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sector

industri.Mereka terlibat dengan pengeluaran barang dan perkhidmatan menggunakan mesin dan
tenaga buruh.Revolusi perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri utama Revolusi
Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapal industri.Teknologi yang
digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan,sumber dan bentuk.Pada zaman
ini,muncul industry baharu seperti elektrik,kimia,petroleum,dan logam ringan.

Antara impak yg besar dari aspek ekonomi ialah kemajuan penyelidikan.Revolusi


perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang
perindustrian.Hasil daripada penyelidikan ini,pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-
ubatan dan bahan letupan.Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh
serangga perosak juga dihasilkan.

Selain itu, impak yang lain ialah pengeluaran besar-besaran.Revolusi Perindustrian


menyebabkan berlaku pengeluaran secara besar-besaran.Antara barangan yang dihasilkan dalam
skala besar ialah jam tangan ,mesin basuh,basikal dan kereta.Pengeluaran secara besar-besaran
menyebabkan berlaku peningkatan gaji pekerja.Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai
kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran.

Seterusnya,Imperialisme baharu memberi impak yang besar dari segi ekonomi.Revolusi


perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industry untuk menguasai
pasaran dan bahan mentah.Persaingan ini menyebabkan negara industry melakukan penjajahan bagi
mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika.Imperialisme baharu menyebabkan negara industry untuk
menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China.Menjelang abad ke -19, Jerman muncul sebagai
sebuah negara industry yang agresif dengan memulakan Perang dunia kedua.

Antara impak yang besar dari aspek sosial ialah Kemelesetan ekonomi.

You might also like