Muafakat Korporat Live Worksheet

You might also like

You are on page 1of 2

ARAHAN: SUSUN SEMULA MAKLUMAT DI BAWAH BERDASARKAN AUDIO YANG

TELAH DIKONGSIKAN.

MUAFAKAT KORPORAT

Kenali Program KKP di Sekolah

1
Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kemalangan dilaporkan di
sekolah yang melibatkan para guru, kakitangan dan murid.

2
Sebahagian daripada kemalangan tersebut turut melibatkan kecederaan dan
kematian.

3
Sehubungan dengan itu, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara telah
memperkenalkan Program Keselamatan dan Kesihatan di sekolah yakni Program KKP
di sekolah sejak tahun 2015.

4
Hingga tahun 2018, sebanyak 50 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam
program yang diadakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

5
Antara aktiviti KKP di sekolah ialah aktiviti ceramah, aktiviti menjejak ancaman, kuiz
mengecam ancaman dan pertandingan mewarna serta melukis poster.

6
Perlu diingat bahawa sesebuah sekolah dikatakan selamat bukan hanya bermaksud
sekolah tersebut bebas daripada masalah disiplin dan jenayah.

7
Malahan, sesebuah sekolah perlu memastikan bahawa semua kemudahannya juga
selamat.

8
Oleh itu, pihak sekolah sewajarnya mengambil bahagian dalam program KKP di
sekolah bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai keselamatan dan
kesihatan.

9
Warga sekolah perlu sedar tentang konsep keselamatan dan kesihatan yang baik
supaya mereka dapat menjadikannya sebagai suatu budaya.

10
Warga sekolah terutamanya murid-murid boleh bertindak sebagai mata dan telinga
pihak pengurusan sekolah dalam mengenal pasti ancaman dan menilai risiko.

11
Mari, sama-sama kita pastikan sekolah kita kondusif, selamat dan sihat.

You might also like