You are on page 1of 24

PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

1.0 Pengenalan

Anak merupakan amat yang dikurnikan oleh Allah SWT kepada seseorang. Tanggungjawab
yang diamanah kepada ibu bapa adalah berat dalam membentuk peribadi anak yang mulia.
Namun begitu, terdapat segenlintir manusia yang mempersia-siakan amanah Tuhan ini.
Ibubapa atau penjaga yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak bertindak
zalim terhadap kanak-kanak yang lemah. Sering kali menjadikan anak-anak sebagai sisa
kemarahan. Justeru itu, berlakulah fenomena penderaan kanak-kanak sama ada berbentuk
penderaan secara fizikal, seksual dan juga pengabaian kanak-kanak (Kasmini, 1992)

Seperti juga masalah keganasan rumahtangga yang lain, penderaan kanak-kanak juga
dikatakan sebagai suatu malah yang tersembunyi kerana ia dianggap satu malah peribadi.
Oleh yang demikian, tiada perangkaan atau statistic yang tepat tentang jumlah kes
penderaan kanak-kanak.

Masalah penderaan kanak-kanak juga dikatakan suatu masalah peribadi berikutan situasi
yang melibatkan pendera kanak-kanak yang terdiri daripada golongan yang terdekat dan
mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak seperti ibu bapa, penjaga, datuk, jiran ,
bapa tiri dan sebagainya. Wilson et al (1991) menyatakan bahawa serangan ke atas kanak-
kanak ini bukannya dilakukan oleh orang yang asing bagi kanak-kanak tetapi dilakukan oleh
orang yang bertanggungjawab dalam penjagaan terhadap kanak-kanak.

Keadaan ini mendorong anggota keluarga untuk merahsiakan penderaan kanak-kanak yang
berlaku pada keluarga mereka kerana menganggap ia adalah sesuatu yang boleh
mengaibkan pada pengetahuan ramai. Sekiranya mereka mendedahkan perkara tersebut
bermakna memalukan diri mereka sendiri seperti kata pepatah Melayu “menepuk air di
dulang, terpercik ke muka sendiri” (Khadijah Alavi,1994)

Paling menyedihkan ialah apabila kanak-kanak sendiri takut untuk memberitahu orang lain
bahawa mereka didera kerana bimbang ibu bapa mereka dipenjarakan. Situasi tersebut
akan menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung. Mereka juga bimbang sekiranya
mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain akan memberikan kesan yang buruk
kepada keluarga. Mereka juga lebih bertumpu untuk mempertahankan maruah keluarga
(Khadijah Alavi,1994)

Mengikut rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebanyak


4652 kes penderaan kanak-kanak di rekodkan sepanjang tahun 2015 dan 2016. Daripada
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

jumlah itu, penderaan fizikal mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2470 kes manakala 2012
kes penderan sekual selain penderaan emosi 170 kes.

2.0 Definisi Kanak-Kanak Dalam Undang-Undang Sivil

Akta Kanak-kanak 2001di bawah Seksyen 2 Akta 611 mendefinisikan kanak-kanak sebagai
seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Tahap umur ini turut termaktub dalam undang-
undang sivil di Malaysia yang lain seperti Akta Umur Dewasa 1971, Akta Membaharui
Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan Akta Keganasan Rumahtangga
1994. Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Nafkah) 1950 (disemak 1981), tidak
mentakrifkan istilah kanak-kanak. Namun begitu, dalam kes Kulasingam lwn Rasammah
[1981] 2 MLJ 36 diputuskan bahawa maksud kanak-kanak bagi tujuan nafkah adalah
sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Umur Dewasa 1971, iaitu seseorang yang
berusia di bawah lapan belas tahun.

Definisi kanak-kanak dalam seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 ini selaras dengan
peruntukan dalam Artikel 1 Konvensyen Hak Kanak-kanak 1991 yang mendefinisikan kanak-
kanak sebagai mereka yang berumur di bawah 18 tahun (Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2010).

Manakala mengikut Seksyen 17(2), seseorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah
didera dari segi fizikal jika terdapat kecederaan yang ketara dan boleh dilihat pada mana-
mana bahagian tubuh kanak-kanak itu. Keceraan ini boleh disebabkan oleh perbuatan
kekerasan yang disengajakan terhadap tubuhnya. Kecederaan ini boleh dibuktikan antara
lain dengan kewujudan laserasi, kontusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang
lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau
berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau gigi.

Bagi mereka yang telah melakukan kesalahan melakukan penderaan fizika; kanak-kanak di
bawah Seksyen 31 Akta 611 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mempunya
pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudianya mendera atau mengabaikan,
membuang atau memdedah kanak-kanak itu hingga dia mengalami kecederaan fizikal atau
emosi ataupin menganiaya seks atau pengabaian boleh dihukum penjara tidak lebih
daripada 10 tahun atau denda tidak melebihi 20 ribu ringgit jika disabitkan dengan
kesalahan (Jal Zabdi 2010).

3.0 Jenis-Jenis Penderaan

3.1 Penderaan Fizikal


PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Pendapat tradisi menganggapkan kanak-kanak adalah milik ibu bapa dan isu penderaan
atau penganiayaan kanak-kanak jarang diperkatakan masyarakat. Dalam menjalankan
tugas mereka sebagai ibu bapa yang bertangungjawab memelihara, menjaga dan mendidik
anak-anak, mereka berhak dalam keadaan-keadaan tertentu mengenakan hukuman fizikal
ke atas kanak-kanak seperti memukul dengan tangan atau merotan. Pada asanya, tujuan
hukuman dilakukan ke atas anak-anak bukan sahaja dengan tujuan menghukum mereka
kerana membuat sesuatu kesalahan tetapi juga dengan tujuan mengajar, mendisiplin atau
membetulkan tabiat dan tingkah laku anak-anak yang tidak baik bagi mengelakkan mereka
dari melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang (Khadijah Alavi, 1994).
Seseorang kanak-kanak dianggapkan didera secara fizikal oleh ibu bapa, penjaga atau
sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut apabila mereka
melakukan keganasan terhadap fizikal kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan
seperti pendarahan otak, lebam teruk, kecacatan akibat penderaan fizikal, retak dan patah
tulang, bekas gigitan, lecur dan terbakar dicucuh potong rokok ( Khadijah Alavi & Ann Wan
Seng, 2003)

Namun begitu banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera fizikal kanak-kanak.
Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain
memukul dengan menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas,
dicucuh dengan besi atau benda panas, punting rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat,
dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit
atau dipulas dan sebagainya.

3.2 Penderaan Seksual.

Penderaan seksual merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan
memenuhi nafsu seks orang dewasa melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem,
perakam video atau mengeksploitasi, dirogol dan dipaksa melacur (Khadijak Alavi &
Mohamed Fadzil Che Di, 2007; Khadijah Alavi & Ann Wan Seng, 2003).

Menurut Schechter Dan Roberge (1976) dalam setengah hal kanak-kanak menjadi mangsa
penderaan seksual di dalam keluarga seperti subang muhrim contohnya atau bagi upacara
ritual tertentu. Tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa kes penderaan seksual
yang berlaku dalam kalangan keluarga adalah masalah dalaman dan ini menyebabkan
ianya terpendam (Fizwani, Suhana, Mohammmed Sharif & Sulaiman, 2008) malah ada juga
mangsa yang tidak mahu mendedahkan perkara tersebut kepada ibu kerana khuatir ayah
atau saudara mereka mendapat kesusahan seperti dipenjarakan. Memandangkan
kebanyakan mangsa penderaan seksual tidak melaporkan kejadian yang berlaku, ia secara
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

tidak langsung menyebabkan kes tersebut berlarutan dalam tempoh lama tanpa
pengetahuan masyarakat di sekeliling (Zasmani, 2003). Ini telah menjadikan kes penderaan
seksual kanak-kanak sebagai jenayah yang paling banyak didiamkan (Havelin,2000).

Menurut Finkelhor pula (1979) factor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai
penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa
mengizinkan perlakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan
pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanak-kanak tersebut.
Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk
kepada perkembangan emosi seseorang kanak-kanak yang mangsa penderaan ( Davidson
& Nicol, 1993). Oleh yang demikian, penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan
penderaan emosional.

3.3 Penderaan Emosi

Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan
emosi, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa
dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan
sebagainya (Khadijah Alavi & Mohamed Fadzil Che Din, 2007: Khadijah Alavi & Ann Wan
Seng, 2003). Kanak –kanak yang secara berterusan terdedah kepada penderaan emosi
berkemungkinan besar mengalami kesan negative yang menjejaskan pembangunan emosi,
tingkah laku dan perasaan rendah diri. Antara ciri-ciri keluarga yang dikenalpasti lazim
menyebabkan kanak-kanak terdedah terhadap penderaan emosi ialah keganasan
rumahtangga, masalah mental dalam kalangan ahli keluarga dewasa dan penyalahgunaan
dadah dalam kalangan ahli keluarga (Lyon,2003)

Penderaan dari segi emosi yang dialami oleh kanak-kanak sukar dikesan dengan mata
kasar. Kebanyakan doctor perubatan yang merawat tidak mengenali aspek penderaan
emosi dan hanya menekankan rawatan terhadap kecederaan fizikal yang jelas kelihatan
oleh mata kasar. Ini kerana bagi mengesan penderaan bentuk ini, memerlukan kepakaran
dalam bidang sosiologi, psikologi dan psikiatri (Kasmini Kassim, 2004)

Antara cara yng digunakan bagi menilai kedudukan mental dan emosi seseorang kanak-
kanak adalah dengan mempertimbangkan sama ada keperluan asasi kanak-kanak tersebut
diberikan. Ini termasukklah penjagaan dan perlindungan fizikal yang wajar, kasih sayang
dan galakan, stimulasi dan tunjuk ajar, disiplin dan kawalan yang sesuai dan bantuan yang
mencukupi ke arah hidup berdikari (Lyon & Cruz,1993)
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Penderaan emosi diklasifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian apabila ianya


mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain. Menurut Whiting
(1976) punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibu
bapa, penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak
memberi rawatan yang sewajarnya oleh ibu bapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini
sukar dikenal pasti. Ianya dapat dilihat bertahap-tahap melalui tingkah laku mengikut
perkembangan umur kanak-kanak. Menurut Skuse (1993) penderaan emosi bermula sejak
mangsa bermula 6 hingga 8 bulan, umur pra-sekolah, umur persekolahan dan umur remaja.
Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang
aneh. Contohnya, pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat
terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan sebagainya. Implikasi
yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi adalah pengabaian ibu bapa atau
penderaan terhadap kanak-kanak tersebut.

3.4 Pengabaian.

Pengabaian kanak-kanak didefinsikan sebagai ketinggalan untuk memelihara atau lain-lain


tingkah laku yang mewujudkan ancaman kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak
(Jal Zabdi Mohd Yusoff,2010). Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap
penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan
berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen,1990). Salah satu
contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja.

Oleh itu, kanak-kanak yang diabaikan dari segi keperluannya kepada perkara-perkara asas
kehidupan seperti keselamatan, makan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal
(Khadijah Alawvi & Ann Wang Seng, 2003). Secara mudahnya pengabaian kanak-kanak
berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya
mereka lakukan terhadap kanak-kanak. Pengabaian juga menunjukkan kegagalan mereka
memenuhi keperluan minima terhadap penjagaan dan ini tidak termasuk kegagalan
memenuhi penjagaan yang ideal. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga yang memberi makanan
yang tidak tentu kualitinya kepada kanak-kanak, ia tidak dianggapkan sebagai mengabaikan
kanak-kanak (McCoy & Keen,2014). Bentuk pengabaian kanak-kanak yang paling ekstrem
adalah meninggalkan kanak-kanak (McCoy & Keen, 2014). Berbanding penderaan fizikal
yang kelihatan pada mata kasar, tetapi penderaan secara senyap seperti pengabaian
mendatangkan juga memberi kesan yang besar terhadap diri kanak-kanak. Pengabaian
melakukan sesuatu boleh menyebabkan kematian disebabkan kekurangan aspek penjagaan
fizikal, nutrisi, penjagaan kesihatan diri. Dalam kes-kes tertentu, pengabaian secara
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

perlahan-lahan dan berterusan memudaratkan kanak-kanak dari segi spiritual dan emosi
sehingga mereka berputus harap untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan orang lain
dan dunia luar (Myers,2011)

Daripada aspek psikologi, menurut Kieran Hagan (1993) keadaan seumpama itu
menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mangsa penganiayaan. Kanak-kanak yang
teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun ke atas selalunya mengalami gangguan
emosi dan personality. Kebanyakan pendera adalah ibu bapa kandung atau penjaga rapat
kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.

Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja menganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh


menganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut Skuse (1993) kanak-kanak didera
dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran dikenali
sebagai disorders of biological rhythms contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus.
Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini dipengaruhi oleh pelbagai factor.
Runtuhan factor-faktor itu dapat dikupas dalam kerangka teori dan ianya membantu analisis
data kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Merujuk kes R v Sheppard dan kes-kes yang dilaporkan terdahulu, punca pengabaian yang
boleh dihimpunkan dengan jumlah yang banyak. Antaranya ialah:

1. Kegagalan ibu bapa untuk menyediakan kemudahan perubatan atau dengan sengaja
melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan kanak-kanak dibawah jagaan
mereka.
2. Kegagalan ibubapa untuk memastikan kanak-kanak dibawah jagaan mereka tidak
terlibat dengan aktiviti-aktiviti berbentuk jenayah.
3. Kegagalan ibu bapa untuk melindungi kanak-kanak dibawah jagaan mereka daripada
objek-objek berbahaya yang terdapat di dalam rumah termasuklah bermain air, api
atau peralatan elektrik.
4. Kegagalan ibu bapa untuk menjaga kebersihan rumah sehingga mendedahkan
kanak-kanak di bawah jagaan mereka kepada bahaya akibat makanan yang
tercemar.
5. Kegagalan ibu bapa untuk menyediakan pakaian yang bersih serta menjaga
kebersihan diri kanak-kanak dibawah jagaan mereka.
6. Kegagalan ibu bapa untuk menyediakan makanan yang mencukupi dan berterusan
kepada kanak-kanak dibawah jagaan mereka.
7. Ibu bapa menggunakan kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebagai pengemis
atau penjaja barang.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

4.0 Punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak

4.1 Proses Urbanisasi

Proses Urbanisasi iaitu penghijrahan masyarakat ke bandar dan modenisasi iaitu proses
perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat menyebabkan berlakunya impak
migrasi luar bandar sehingga wujudnya fenomena kemiskinan bandar. Impak pembangunan
pantas ini menyebabkan wujud segelintir masyarakat tidak mampu mengikut arus
kemodenan yang serba pantas sehingga mereka tercicir dan dibelenggu kemiskinan.
Masalah kemiskinan bandar biasanya membabitkan persoalan pendapatan ekonomi yang
rendah dan kesukaran untuk mendapat peluang kerja dan wang. Apabila berada dalam
kesempitan hidup ini akan mendorong ibubapa bertindak diluar kawalan apabila
berhadapanan dengan masalah kewangan. Conger, Lorenz dan Simons (2002) mendapati
kekangan ekonomi yang dihadapi oleh ibu bapa dari sudut psikologi akan meningkatkan
emosi dimana mereka dikatakan akan cepat meradang, marah serta cenderung untuk
menyerang kanak-kanak apabila berada dalam keadan tertekan. Ini disokong oleh satu
kajian lain dimana tingkah laku ibu bapa dan status sosioekonomi adalah dilihat signifikan
menyumbang kepada risiko penderaan di kalangan golongan ibu ( Berger & Brooks-Gunn
2005). Manakala menurut Schuck dan Widom (2005) kebanyakan kes penderaan kanak-
kanak boleh dijelaskan puncanya dengan melihat kepada faktor sosioekonomi terutamanya
kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.

Faktor permasalahan ekonomi keluarga juga menjadi salah satu punca berlakunya
penderaan. Hal ini merujuk peningkatan harga barang dan pembayaran kos-kos yang
tertentu merupakan permasalahan yang memberi kesan negatif dalam rumahtangga. Hal ini
kerana, apabila ekonomi keluarga tidak seimbang, tekanan dalam kehidupan akan berlaku
kepada ibu bapa, sehingga mereka sanggup memaksa anak-anak melakukan perbuatan
mengemis dalam usia yang kecil bagi meringankan bebanan tanggungjawab mereka. Faktor
kemiskinan kekeluargaan itu sendiri disebabkan kesusahan, kesempitan dan kepayahan
yang terjadi menimbulkan tekanan kepada ibu bapa atas sebab kemiskinan yang berlaku
terhadap mereka, bahkan dengan kewujudan anak-anak tersebut akan menambahkan lagi
kepayahan dan kesempitan mereka mencari keperluan serta kelengkapan yang diperlukan
oleh kanak-kanak tersebut. Maka secara tidak langsung akan wujud kecuaian dan
pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak itu sendiri, dimana ibu bapa itu sanggup
membiarkan anak-anaknya dalam keadaan tidak terurus dan kelaparan setiap masa. Ada
juga, ibu bapa membiarkan anak-anka mereka mencari kelengkapan dan keperluan sendiri
di merata tempat tanpa menghiraukan dan memantau setiap perkara yang dilakukan oleh
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

kanak-kanak tersebut. Hail ini dengn berdasarkan peningkatan kanak-kanak jalanan yang
berlaku di Malaysia yang dapat diselamatkan iaitu 240 kes manakala 19 kes dibawa ke
mahkamah pada tahun 2014.

4.2 Kawalan Emosi Yang Lemah

Kawalan emosi yang lemah adalah antara ciri personaliti ibu bapa yang terlibat dalam kes
penderaan fizikal kanak-kanak. Menurut Thompson (1994) kawalan emosi didefinisikan
sebagai proses ekstrinsik dan intrinsik yang mengawal, menilai dan bertindakbalas terhadap
reaksi emosi terutamanya dalam mencapai sesuatu matlamat. ManakalaCloitre et al. (2002)
menyatakan seseorang yang mempunyai kawalan emosi yang lemah adalah seorang yang
kurang sabar, terlalu mengikut perasaan apabila bertindak, mudah berasa kecewa, tidak
mampu untuk mengawal kemarahan, sukar untuk menenangkan diri dan membenarkan
emosi seperti kemarahan menguasai dan mengawal tingkahlaku mereka. Ini dipersetujui
oleh Simon dan Carey (2002) yang menyatakan ibu bapa yang terlibat dalam kes penderaan
fizikal kanak-kanak sering menunjukkan kawalan emosi yang lemah seperti cepat marah
dan berang, kurang bertenang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah serta
mempunyai kawalan tingkahlaku yang lemah.

Potensi penderaan fizikal kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri personaliti


keibubapaan seperti kurang bertindak balas terhadap emosi yang positif sebaliknya
cenderung bertindak balas terhadap rangsangan emosi yang membangkitkan (Amdur et al.
2000), mempunyai tahap tekanan yang tinggi dan sering meluahkan atau mempamerkan
emosi yang negatif (Orsillo et al. 2004) serta menunjukkan tingkahlaku berbentuk
penindasan yang mengikut perasaan terhadap individu lain (Litz et al. 2000). Noremy Md
Akhir et al. merasakan kurang kawalan emosi dikalangan ibu bapa mempunyai perkaitan
dengan tingkahlaku agresif terhadap kanak-kanak sehingga berlakunya kes penderaan
fizikal.

4.3 Pengetahuan Agama Yang Lemah.

Kurang pengetahuan dan kefahaman agama juga merupakan faktor dalaman yang
mempengaruhi ibu bapa Melayu terlibat dalam kes penderan fizikal kanak –kanak. Noremyr
Md Akhir et al (2012) menyatakan bahawa pendidikan agama dan akhlak amat penting
dalam membentuk akal, peribadi dan kendiri seseorang individu itu. Menurut Mohd Ridhuan
(1994), manusia yang dikurniakan oleh Allah dengan akal, kini tidak lagi bertindak mengikut
rasional. Tindak tanduk mereka tidak lagi bersandarkan akhlak tetapi mengikut hawa nafsu.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Ianya disokong oleh Abdullah (1990) yang menyatakan peminggiran terhadap pendidikan
agama menyebabkan ibu bapa hilang panduan dalam mengurus keluarga. Begitu juga
sekiranya jiwa tidak dipupuk dengan keluhuran akhlak, maka mereka menjadi ketua
keluarga yang hilang matlamat dan tidak mempunyai pegangan agama. Noremyr Md Akhir
et al berpendapat didikan agama menjadi faktor terpenting dalam membentuk keperibadian
seseorang. Seandainya ibu bapa itu cukup didikan agamanya, maka baiklah peribadi dirinya
terhadap anak dan keluarganya dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, apabila ibu bapa kurang
didikan agamanya, maka mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan agama seperti melakukan penganiayaan dan kekejaman terhadap kanak-kanak.

4.4 Tekanan Kehidupan

Tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka telah
mempengaruhi mereka bertindak memukul sehingga menimbulkan kecederaan fizikal
kepada kanak-kanak. Ia lebih kepada perasaan yang wujud dalam siri seseorang individu
disebabkan oleh bebanan yang dipikul sehingga menyebabkan seeorang perlu bertindak
kadang kala di luar kawalan diri bagi melepaskan tekanan dan bebanan yang dirasainya.

Harskett et al (2006) di mana bagi menentukan sama ada seseorang ibu bapa itu berisiko
untuk menjadi seorang pendera atau pun sebaliknya, maka tahap tekanan yang dihadapi
oleh ibu bapa akan diukur di mana mereka yang mempunyai tahap tekanan yang tinggi
dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak. Holden
dan Ritchie (1991) berpendapat tekanan memberi kesan negatif terhadap ciri keibubapaan
dan ia boleh mempengaruhi ibu bapa bertindak di luar kawalan sekiranya tidak dapat
mengawal tekanan yang dihadapi. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Shawna
et al. (2008), mereka telah menggunakan kerangka ekologikal untuk melihat risiko
berlakunya penderaan fizikal dengan meramalkan faktor demografi, faktor persekitaran dan
juga aspek psikososial seperti tahap tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa bagi melihat risiko
kepada berlakunya penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa. Hasil
kajian mereka telah membuktikan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa mempunyai
perkaitan yang kuat 10 dengan masalah penderaan fizikal kanak-kanak. Ini juga bertepatan
dengan Model Tekanan Persekitaran di mana persekitaran merupakan faktor terbesar yang
memberi tekanan kepada seseorang individu.

The Child Abuse Potential (CAP) Inventory telah dibina oleh Joel S. Milner di Utara Amerika
untuk mengenal pasti potensi penderaan fizikal kanak-kanak di mana salah satu faktor yang
diukur adalah aspek psikologikal iaitu tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa (Chan et
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

al.2006). Sebagai tambahan, beberapa pengkaji bersetuju kesahihan kajian melaporkan


CAP menunjukkan wujud perkaitan yang kuat di antara tahap tekanan individu dengan
penderaan fizikal kanak-kanak (Haskett et al. 1995). Pelbagai kajian telah menunjukkan
wujudnya hubungan di antara tekanan dan penderaan fizikal kanak-kanak. Garbarino dan
Gilliam (1980) pula menekankan bahawa pengurusan tekanan yang tidak berkesan oleh ibu
bapa adalah merupakan faktor utama menyebabkan berlakunya kes penderaan fizikal
dikalangan kanak-kanak. Oleh itu, kajian empirikal menyokong hubungkait persepsi tentang
pengurusan tekanan dengan masalah psikososial seperti tekanan sehingga ia dianggap
sebagai faktor peyumbang kepada berlakunya penderaan kanak-kanak di kalangan ibu
bapa (Guterman 2001).

Noremyr Md Akhir et al (2012) menyatakan bahawa tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa
walaupun dengan pelbagai alasan tetap merupakan antara faktor yang mendorong
seseorang ibu bapa terlibat dalam penderaan fizikal kanak-kanak. Ini kerana apabila berada
dalam keadaan tertekan seseorang individu tidak boleh berfikir secara rasional lalu bertindak
mengikut emosi dan perasaan. Teori Freud menyatakan, tekanan hidup yang serius
dihadapi oleh manusia menyebabkan ia diekspresikan melalui perlakuan mengejut dan luar
biasa seperti memukul anak sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.

4.5 Pengalaman trauma penderaan

Pengalaman zaman silam ibu bapa turut memberi impak berlakunya penderaan. Menurut
Ehrensaft et al (2003) tanda –tanda mereka yang berisiko tinggi menjadi seorang pendera
adalah mempunyai pengalaman menjadi saksi kepada keganasan yang dilakukan oleh ibu
bapa atau menjadi mangsa penderaan fizikal ibu bapa itu sendri. Begitu juga dengan kajian
yang dilakukan oleh Straus el al (1980) iaitu apabila menjadi mangsa penderaan atau
pernah melalui pengalaman berlakunya keganasan keluarga dalam kehidupan sendiri maka
potensi untuk mengulangi perbuatan yang sama adalah lima kali ganda berbanding mereka
yang tidak mempunyai pengalaman sedemikian sewaktu kecil seperti mana yang dinyatakan
dalam Model Pembelajaran Sosial. Ini disokong pula oleh kajian Caetano et al (2000) yang
mendapati pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga sewaktu kecil
meningkatkan risiiko dan potensi untuk menjadi seorang pendera ddalam keluarga di Latino.
Manakala Aldarono et al (2002) mendapati peratusan yang tinggi dikalangan ibu bapa di
Mexico mempunyai pengalaman terlibat dalam keganasan rumah tangga telah mendorong
mereka menjadi pendera apabila dewaa dan seterusnya terlibat dalam kes penderaan
fizikal.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Selain itu, Straus (1994) telah menganalisis ‘National Family Violence Surveys (NFVS)’ iaitu
satu tinjauan yang dijalankan diperingkat kebangsaan berkaitan keganasan keluarga pada
tahun 1985. Hasil analisis yang dilakukan oleh beliau mendapati ibu bapa yang pernah
didera oleh ibu bapa mereka sewaktu kecil mempunyai 71% potensi untuk memukul anak-
anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidak pernah dipukul sewaktu kecil mempunyai 48%
kemungkinan untuk berbuat demikian. Pengkaji berpendapat pengalaman trauma
penderaan zaman silam yang dialami oleh ibu bapa ini mempunyai perkaitan yang positif
dengan hubungan konflik keluarga, tahap tekanan yang tinggi dan status ekonomi keluarga
yang rendah.

Sebaliknya Klevens et al (2000) mendapati mereka yang menerima asuhan dan didikan
daripada persekitaran keluarga yang positif akan lebih resilien berbanding mereka yang
pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Oleh itu Runyonet al (2004)
mencadangkan untuk memperbaiki hubungan di antara ibu bapa dan anak dalam keluarga
yang mempunyai sejarah atau pengalaman trauma penderaan maka terapi kognitif
tingkahlaku (congnitive-behavioral therapy) akan digunakan.

Menurut Noremyr Md Akhir et al (2012) , pengalaman trauma penderaan yang dilalui ibu
bapa juga merupakan salah satu faktor yang mendorong mereka memukul anak-anak
sehingga tanpa disedari berlakuan penderaan tehadap kank-kanak.

4.6 Membalas Dendam.

Dari sudut faktor membalas dendam ini, ia tidak kurang juga peranannya. Dalam faktor ini,
pendera kanak-kanak melakukan tindakan penderaan seksual terhadap kanak-kanak akibat
mungkin daripada perasaan dendam terhadap bekan kekasih, kemungkinan pelaku devian
pernah dikecewakan oleh kekasih mereka sebelum ini. Akibat tekanan yang dialami, mereka
menyimpan dendam mereka dan bagi melepaskan geram tersebut, kanak-kanak
perempuanlah yang sering menjadi sasaran mereka. Mereka seolah-olah akan merasa puas
denan melakukan tindakan sedemikian. Faktor ini boleh dikaitkan dengan teori dorongan.
Teori ini mengatakan bahawa tingkah laku agresif seperti penderaan kanak-kanak adalah
berpunca daripada keadaan dalaman yang membangkitkan motif untuk mencederakan
orang lain (Baron & Byrne2004).

4.7 Masalah Penagihan Dan Alkohol.

Faktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya
penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

individu tersebut setelah mengambil dadah atau arak. Hukum Islam sendiri telah
mengharamkan pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana alkohol dan dadah adalah
memabukkan dan mengkhayalkan minda seseorang. Individu yang menggunakannya tidak
akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar
batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan. Salah satu kes yang berlaku di
Malaysia dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak di
pondok kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal keselamatan tersebut
dibawah pengaruh alkohol. Faktor individu bertindak agresif seperti ini ialah disebabkan
pengaruh alkohol. Individu yang mengambil alkohol dengan dos yang signifikan akan
memberi respons yang melampau terhadap provokasi jika kita bandingkan dengan mereka
yang tidak mengambil alkohol. Bagi individu yang mempunyai personaliti agresif ini didapati
tahap keagresifan semasa mabuk adalah lebih rendah berbanding semasa tidak mabuk
(Baron & Byrne2004)

4.8 Gagal Mengawal Nafsu Seks.

Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan seksual
terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini. Hungan seks dengan
kanak-kanak adalah tingkah laku di luar norma masyarakat dan agama, bahkan jarang
dilakukan oleh kaum lelaki yang normal. Menurut Bentovim (1993) mereka yang melakukan
hubungan seks dengan kanak-kanak selalunya terdiri daripada lelaki yang kurang yakin
dengan kemampuan seksualnya. Tujuan mereka melakukan hubungan seksual ini adalah
kerana kanak-kanak mempunyai kurang daya menolak, tiadak kritikal dan mudah dipujuk.
Seoran lelaki dewasa apabila berdepan kanak-kanak dalam keadaan sedang bernafsu tidak
lagi menganggap kanak-kanak itu sebagai manusia tetapi merupakan objek atau alat untuk
memuaskan nafsu. Disamping itu lelaki yang melakukan hubungan seks dengan kanak-
kanak kerana kegagalan mereka mengadakan hubungan dengan wanita dewasa. Mereka
merasakan tahap umur kanak-kanak mempunyai persamaan dengan wanita dewasa yang
dikenalinya.

Di Malaysia, terdapat banyak kes yang sering kita dengar dan yang masih segar diingatan
kita dan masih diperkatakan adalah kes Nurin yang amat teruk, bahkan telah dibunuh dan
disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa
pelaku devian ini tidak mempunyai akal yang waras, tidak dapat berfikir dan seolah-oleh
otak mereka telah beku kerana berperilaku sedemikian. Faktor ini boleh dikaitkan dengan
bangkitan seksual. Bangkitan seksual yang sederhana dapat mengurangkan tingkah laku
agresif (Baron 1973), tetapi bangkitan seksual yang tinggi pula dapat meningkatkan tingkah
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

laku yang agresif (Zillman 1984). Menurut Zillman 1984, stimulus erotic seperti gambar lucah
dapat menghasilkan dua kesan iaitu meningkatkan bangkitan dan mempengaruhi keadaan
perasaan sama ada negatif atau positif pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bagi bahan
erotic yang kuat akan menghasilkan tahap bangkitan tinggi dan tahap perasaan negatif yang
tinggi dan akan menyebabkan berlakunya keagresifan itu meningkat.

4.9 Penyakit Mental Dan Gila

Merupakan salah satu punca atau faktor berlakukanya penderaan terhadap kanak-kanak.
Masalah mental atau dikenali sebagai penyakit mental berlaku atas sebab-sebab tertentu
dan kadang-kala tidak didapati punca berlakunya penyakit ini. Kebanyakkan masalah
penyakit mental ini sering dikaitkan dengan masalah-masalah yang pernah berlaku ke atas
ibu bapa yang trauma dengan kehidupan zaman silam mereka. Permasalahan mental yang
tidak sihat ibu bapa ini akan menyebabkan kanak-kanak sering didera dan diabaikan
walaupuan kesalahan yang dilakukan adalah satu perbuatan kecil. Sehubungan dengan itu,
permasalahan mental juga berlaku apabila keadaan ibu bapa itu sendiri yang menghadapi
dan mempercayai dengan perkara-perkara pelik sehingga anak menjadi korban. Hal ini
berdasarkan kejadian yang berlaku pada tahun 2014 di Bangi, seorang bapa dipercayai
masalah mental telah mengelar anaknya yang berumur tujuh tahun sehingga mati.
Manakala bagi ibu bapa yang menghadapi penyakit gila, kanak-kanak sering terabai dalam
pelbagai keadaan dan masa. Keadaan gila sama ada sekejap atau selama-lamanya, akan
sentiasa memberi kesan kanak-kanak dari segi keselamatan, kehidupan, keperluan diri dan
berbagai-bagai lagi. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sering terbiar di jalanan,
malahan juga mereka mudah terjebak dengan gejala-gejala social yang tidak sihat.

5.0 Kesan Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak

Terdapat pelbagai kesan-kesan yang akan berlaku akibat kes-kes penderaan. Kesan-kesan
ini terbahagi kepada dua iaitu kesan terhadap pendera dan terhadap mangsa penderaan.

5.1.1 Pendera

Jika dilihat daripada kesan terhadap pendera, pendera berkemungkinan akan bertindak
dengan lebih agresif dari semasa ke semasa. Hal ini kerana tindakannya dalam kes
penderaan yang dilakukannya terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang buruk ke atas
dirinya. Jadi, tidak mustahil pendera akan menjadi jauh lebih agresif dan tidak lagi mengenal
mangsanya. Pendera juga berkemungkinan merasa tekanan emosinya hanya dapat
dilepaskan dengan melakukan keganasan ke atas individu lain. Oleh itu menyebabkan
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

dirinya lebih cenderung untuk melakukan penderaan berulang-ulang kali. Selain itu, ini juga
mengakibatkan pendera lebih cenderung untuk melakukan kes-kes penderaan yang lebih
agresif dan melibatkan lebih ramai mangsa dan merebak ke dalam masyarakat.

5.1.2 Mangsa Penderaan

Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa
penderaan. Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka
tidak dapat membantah. Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu bapa
perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan menjejaskan perkembangan emosi
mereka. Apabila emosi mereka terjejas, ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas
perkembangan sahsiah mereka. Selain itu, hukuman deraan rotan seperti merotan dan
memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang, menimbulkan
rasa kecewa, hilang keyakinan diri sendiri, bersikap agresif, dan fikiran mereka sering
terganggu.

Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental


khususnya kepada mangsa itu sendiri. Ia juga akan membuatkan kanak-kanak tersebut
trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu
perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif. Bukan itu
sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot.
Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke
sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh
ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.

Penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan
perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek
atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya perasaan tidak berdaya
akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan
gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan
mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu. Pada masa
itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat
tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan
simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh
badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada kecederaan yang
boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri
terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan terutamanya dalam bidang
psikiatri.

Penderaan kanak-kanak juga menyebabkan kerosakan psikologi iaitu kerosakan dan


kecacatan yang berlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada potensi
perkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu. Proses perkembangan mental yang
penting ialah kecerdasan akal, ingatan, pengenalan, persepsi , fokus tumpuan,
penguasaan bahasa, perkembangan moral dan seterusnya. Apabila berlaku kerosakan,
kecacatan dan kerencatan pada proses perkembangan, tidak kira serta merta atau
kemudian, akan menyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif, afektif dan
fungsi fizikal kanak-kanak berkenaan. Kesemua ini menunjukkan bahawa perkembangan
emosi dan psikologi kanak-kanak, walaupun dihuraikan secara berasingan tetapi berhubung
kait antara satu sama lain dan perlu dinilai dalam pemeriksaan klinikal pada kanak-kanak.

Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialah kemurungan, gangguan
reaktif pertalian kasih sayang (reactiveattachment disorder), masalah salah laku dan aduan
psikosomatik. Gangguan negatif lain adalah gangguan tingkah laku seksual,
penyalahgunaan dadah dan cuba membunuh diri. Kanak - kanak yang mengalami pelbagai
jenis penderaan (emosi, fizikal,seksual) didapati mempunyai risiko tinggi untuk mendapat
kemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan kanak - kanak lain apabila umur
mereka meningkat . Dalam siasatan lanjut semasa kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka
didapati kerap datang ke klinik dengan pelbagai masalah tingkah laku dan emosi seperti
kerap kencing malam atau kerap meninggalkan tanda najis dalam seluar . Ada juga
menyebabkan keadaan yang lebih dikenali dahulu sebagai kanak-kanak yang tidak
membesar bukan kerana masalah organik (non-organic failure to thrive, NOFT).

Penderaan kanak – kanak akan menyebabkan gangguan perkembangan fizikal. Akibat


deraan emosi kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain.Ketinggian dan
berat badan mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga untuk umur kanak-
kanak (3rd centile for age) dan ini bukan disebabkan masalah organik. Ini dianggap sebagai
satu jenis kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism) yang dulunya lebih dikenali
sebagai non-organic failure to thrive. Ini kerana apabila kanak-kanak ini ditempatkan dalam
suasana yang sihat diperkayakan dengan kasih sayang serta mendapat kemudahan dan
keperluan fizikal yang lain, perkembangan mereka akan pulih seperti biasa. Penderaan
emosi seolah-olah telah merencatkan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Kajian juga
menunjukkan ada korelasi yang tinggi antara penderaan emosi dengan perkembangan
fizikal di kalangan kanak-kanak.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Selain itu, penderaan kanak – kanak juga menyebabkan gangguan pada perkembangan
emosi. Perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas.
Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Sistem
dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemar
mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-anakan dan
tidak mengikut tahap umur mereka. Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak
mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan
sebagai pandangan radar kerana mempunyai ciri-ciri pemerhatian yang sangat berhati-hati
tanpa mempunyai ciri-ciri penerokaan. Perkembangan emosi kanak-kanak ini juga tidak
stabil. Mereka tidak menunjukkan tindak balas emosi yang bersesuaian. Mereka mempunyai
harga diri yang rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Kesemua ini
menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik mereka dan kerencatan perkembangan
lain secara menyeluruh.

6.0 Langkah

6.1 Kesedaran

Umumnya terdapat dua persepsi masyarakat terhadap masalah penderaan kanak-kanak.


Pertama adalah golongan yang prihatin terhadap masalah penderaan kanak-kanak. Ini
adalah kerana terdapatnya kesedaran yang meningkat daripada golongan ini terhadap
kebajikan kanak-kanak iaitu dengan menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak,
melibatkan diri dalam pertubuhan dan perkhidmatan yang berkaitan. Di samping itu, liputan
yang meluas daripada media massa tentang penderaan kanak-kanak juga menunjukkan
bahawa terdapatnya kesedaran daripada setengah-setengah pihak terhadap permasalahan
ini (Mohamad Hassan,1991)

Dalam hal ini, pengurangan kes-kes penderaan kanak-kanak juga dikaitkan dengan
kesedaran yang meningkat dikalangan orang ramai dalam melaporkan kes penderaan
(Anita, 1993). Disamping itu, Mohamad Hassan (1995), berpendapat bahawa kes penderaan
kanak-kanak yang meningkat adalah berkait rapat dengan kesedaran orang ramai yang
semakin meningkat terhadap isu penderaan kanak-kanak. Keadaan ini mendorong mereka
untuk melaporkan kes pederaan yang berlaku di sekitar mereka. Kenyataan ini disokong
oleh Hamzah (1995), yang menyatakan bahawa peningkatan ke penderaan kanak-kanak
adalah disebabkan oleh peningkatan kesedaran masyarakat yang menyebabkan mereka
merasa bertanggungjawab untuk melaporkan kes kepada pihak berkuasa.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Mengikut Mohamad Hassan (1993) peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu


penderaan kanak- kanak ini juga mempunyai hubungan dengan langkah-langkah kerajaan
yang diadakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, kemudahan talian teledera yang
memudahkan orang ramai untuk melaporkan.penggunaan talian teledera yang
menggalakkan ini juga menyebabkan Jabatan Kebajikan Masyarkat bercadang untuk
bekerjasama dengan organisasi sukarela bagi meluaskan lahi penggunaan perkhidmatan
talian teledera seperti meningkatkan lagi tempoh perkhidmatannya selama 24 jam. Sebelum
ini perkhidmatan talian teledera ini hanya khususu pada waktu pejabat sahaja (Malay Mail,
12 Januari 1993).

Mohamad Hassan (1995) berpendapat bahawa kesedaran yang meningkat daripada


masyarakat ini juga dalah hasil daripada kempen masyarakat penyayang. Secra tidak
langsung kempen tersebut mendedahkan kepada orang ramai tentang tanggungjawab
mereka terhadap masalah penderaan kanak-kanak. Ramli (1993), pula menyatakan bahawa
kempen-kempen perlu dipergiatkan lagi untuk menyedarkan orang ramai tentang penderaan
kanak-kanak. Contohnya semua jabatan kerajaan dan swasta perlu menjalankan program-
program untuk mendidik masyarakat ke arah keluarga bahagia dan penyayang. Program ini
boleh diadakan dengan mengadakan kursus-kursus kesedaran sivik kepada ibu bapa.

Saham Kassim (1993), pula menyatakan aktiviti-aktiviti dalam menyedarkan orang ramai
juga penting agar masyarakat lebih peka terhadap penderaan kanak-kanak. Contohnya,
aktiviti untuk menyedarkan orang ramai tentang perbezaan di antara hukuman dan
penderaan ke atas kank-kanak. Ini adalah kerana masih ramai orang yang menganggap
penderaan adalah sebagai hukuman atau untuk mendisiplinkan kanak-kanak.

6.2 Kempen Keluarga Bahagia

Memandangkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat maka masalah ini perlu
dibendung dan diatasi dengan segera. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Salah satu
daripada cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “keluarga bahagia”
bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Selain itu, Kementerian
Pembangunan Wanita, Masyarakat dan keluarga telah mengadakan pelbagai program untuk
mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat. Kempen
Masyarakat Penyayang atau Kempen Semakin Hari Semakin Sayang dilaksanakan untuk
mengukuhkan institusi keluarga yang semakin rapuh sejak kebelakangan ini. Semestinya
setiap orang mengidam-idamkan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-
segalanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hiduup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

kita memerlukan insan-insan tersayang disamping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini
sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan kanak-kanak.

6.3 Pendidikan Keibubapaan

Dengan adanya pendidikan keibubapaan ini, mereka akan lebih jelas tentang cara-cara
untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri yang baik. Oleh itu,
masalah penderaan anak-anak secara tidak langsung akan dapat dikurangkan. Penderaan
kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini demikian
kerana, perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting
negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Oleh yang
demikian, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak.

Seterusnya, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab seharusnya sudah mengetahui cara-
cara hidup berkeluarga dan cara-cara untuk menjaga dan mendidik anak- anak. Untuk
menjayakan hal ini, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah sangat penting dijadikan
bahan pembelajaran di sekolah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam matapelajaran
tersebut berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani. Kanak-kanak merupakan generasi
muda yang akan meneruskan pembangunan negara dan mengharumkan nama negara
serta mencapai Wawasan 2020 yang merupakan propaganda mantan perdana menteri yang
keempat iaitu Tun Dr. Mahathir. Nilai-nilai moral seharusnya diaplikasikan oleh setiap
lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian disamping dapat membentuk warganegara
yang bertamadun dan bertauliah.

6.4 Peranan Masyarakat

6.4.1 Semangat Kejiranan Yang Tinggi

Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada berlaku, namun
tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila penderaan kanak-
kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung
masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak
bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk
membantu mengatasi gejala-gejala tersebut. Masyarakat haruslah membuang sikap “bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dengan mementingkan diri sendiri
sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah
menanamkan sikap “jaga tepi kain orang” untuk mengetahui apa yang telah berlaku di
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut


daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman moden ini.
Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal
ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta mengeratkan lagi
hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku
kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat.

6.4.2 Memberi Didikan Yang Sempurna

Selain itu, masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-
anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan
antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi
ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa
kepada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya
mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua
tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat
dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru,
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-
anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan
yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh
dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang
kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan
merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang
menyumbang kepada gejala penderaan kanak-kanak akibat kurangnya didikan agama
dalam kalangan masyarakat kini.

6.4.3 Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku, peranan


masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di
sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan
terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain
itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal
ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani mendera kanak-
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

kanak secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan
daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha
ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk
memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada
berlaku.

6.4.4 Menerapkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan Seharian

Masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta


amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi
tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala penderaan kanak-
kanak tetapi sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Kempen
Membanteras Penderaan Kanak-kanak. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan
diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya
kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat
dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala penderaan kanak-
kanak.

6.5 Penguatkuasaan Undang-undang

Menyedari betapa dahsyatnya masalah ini, langkah-langkah berkesan bagi mengatasinya


perlu diketengahkan. Penderaan terhadap kanak-kanak boleh dibendung melalui kuatkuasa
undang-undang. Keprihatinan pihak kerajaan melalui perancangan untuk menguatkuasakan
lagi undang-undang yang berkaitan. Mengikut Napsiah (1995), Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang dalam proses mengkaji untuk mengemaskini
undang-undang terhadap penderaan kanak-kanak iaitu kemungkinan akan mengenakan
hukuman sebat terhadap pendera kanak-kanak. Parlimen mesti menggubal rang undang-
undang bagi mencegah perbuatan mendera kanak-kanak. Mereka yang bersalah mesti
dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Anggota masyarakat
sepatutnya berani tampil ke muka pengadilan untuk menjadi saksi. Pesalah-pesalah ini perlu
dianggap sebagai penjenayah dan dihukum rotan atau dipenjara. Hanya hukuman seperti ini
yang dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Tanpa hukuman yang berat,
penderaan seperti ini akan terus berulang. Di samping itu, hukuman seperti ini juga memberi
pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak-anak mereka. Bagi
memastikan undang-undang ini berkesan, setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama
dan melaporkan kes-kes deraan kepada pihak yang berwajib, iaitu pihak polis dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

6.6 Memberi Didikan Agama Yang Secukupnya

Sehubungan itu, didikan agama juga haruslah dititikberatkan pada zaman yang serba
canggih ini. Pasangan yang akan berkahwin diwajibkan menyertai kursus-kursus persediaan
untuk berumah tangga. Dalam hubungan ini para ibu bapa pasangan itu perlu memainkan
peranan yang penting. Pasangan yang muda ini harus sedar bahawa agama melarang
keras ibu bapa menganiayai anak-anak. Perbuatan yang terkutuk ini akan mendapat
balasan di akhirat kelak. Pasangan ibu bapa patut menanamkan nilai-nilai agama di dalam
jiwa anak-anak. Jika pasangan suami isteri ini beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya
gejala ini tidak akan timbul. Pasangan yang hendak berkahwin perlu tahu tuntutan-tuntutan
agama dan menjadi pasangan yang saleh. Demikian juga terhadap agama-agama lain, yang
penting penganut-penganut agama tersebut perlu menghayati dan memahami agama
masing-masing dalam hal berumah tangga. Membina sebuah keluarga yang penyayang dan
baik merupakan tuntutan agama. Melalui pegangan agama yang kukuh akan terbina sebuah
keluarga yang bahagia. Ibu bapa harus menyedari bahawa anak-anak ialah rahmat daripada
Tuhan. Seandainya kita menganiayai anak-anak samalah seperti kita menghancurkan
rahmat yang dianugerahkan kepada kita.

6.7 Menghadiri Sesi Bimbingan dan Kaunseling

Satu lagi aspek penting dalam menangani masalah ini adalah melalui sesi bimbingan dan
kaunseling. Pasangan yang berhasrat untuk berumah tangga diwajibkan untuk menghadiri
sesi-sesi ini. Bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk menyedarkan mereka akan
tanggungjawab selepas berkahwin. Alam perkahwinan atau berkongsi hidup jauh berbeza
dengan kehidupan membujang. Hakikat ini harus difahami secara mendalam. Perkara yang
lebih utama ialah mereka harus sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila
mempunyai anak. Pendedahan seperti ini perlu agar pasangan yang baru berkahwin lebih
bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan. Selain itu, kemampuan dari segi kewangan
patut dititikberatkan. Kelas-kelas bimbingan dan kaunseling ini boleh membimbing pasangan
untuk menghadapi sebarang masalah. Pasangan yang baru berkahwin juga boleh
mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor-kaunselor atau pakar-pakar psikologi.
Dalam dunia yang serba canggih ini, bimbingan seperti ini sangat perlu dalam menangani
penderaan ini.

6.8 Media Massa

Media massa yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada orang ramai
juga bertangungjawaab untuk membendung gejala ini. Pihak televisyen boleh menyiarkan
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

kempen antipenderaan kanak-kanak dan sentiasa menguar-uarkannya agar masyarakat


sedar akan masalah ini. Kempen seperti Kempen Masyarakat Penyayang haruslah selalu
disiarkan melalui semua saluran televisyen. Begitu juga rancangan seperti Forum Perdana
dan Alkuliyah haruslah membicarakan topik ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.
Rancangan 999 atau Edisi Siasat wajar menyiarkan kes-kes penderaab kanak-kanak ini
agar masyarakat lebih peka dan mengambil berat terhadap isu ini.

7.0 Kesimpulan.

Penderaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak boleh terjadi dalam pelbagai bentuk sama
ada penderaan fizikal, seksual, pengabaian fizikal, pengabaian emosi ataupun penderaan
psikologikal. Selain itu, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan yang sangat keji
yang dilarang keras oleh setiap agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah
bertujuan untuk menjahanamkan atau mencalarkan aset penting negara pada masa akan
datang dan memusnahkan keturunan kita sesama sendiri.

Ingatlah anak-nak itu merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, ia
telah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik,
beradab atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif seperti
pengabaian semasa kecil lagi, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila
meningkat dewasa kelak.

Jadi sayangilah anak-anak dan sentiasa menjauhi kes penderaan kanak-kanak kerana ia
tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosalah yang akan kita dapat diakhirat
nanti. Kebiasannya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini
bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna dan harmoni. Ibu bapa juga
haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
kepada anak-anak disamping menanam sikap kasih sayang antara mereka.

Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlu
bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding
bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain dan
mengalahkan antara satu sama lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk
mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir
kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu, usaha baik
yang diambil oleh setiap pihak perlulah kerap dilakukan.
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Penderaan terhadap kanak-kanak menunjukkan runtuhnya nilai kasih sayang dalam


sesebuah institusi keluarga. Ia secara tidak langsung melemahkan hasrat negara dalam
usaha mencapai Wawasan 2020 di mana salah satu sembilan cabaran Wawasan 2020
adalah emupuk kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat
penyayang. Oleh itu, kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk bahaya
termasuk semua jenis penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Ini kerana
kesejahteraan kanak-kanak sebagai modal insan akan tergugat akibat menjadi mangsa
penderaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Lindungilah hak asasi kanak-kanak
kerana mereka adalah pewaris negara yang bakal menerajui masa depan sosial, politik dan
ekonomi negara.

8.0 Rujukan

Anisah Che Ngah. 2002. Penganiayaan Kanak-kanak: Satu Kajian Sosioperundangan.


Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Syahirah Abdul Shukor. 2016. Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-kanak
Menurut Undang-undang Malaysia : Satu Tinjauan Awal. Malaysian Journal of Syariah and
Law, Volume 3, 2016.

Zanariah Noor.1985. Penderaan Kanak-kanak oleh Ibu Bapa atau Penjaga dan Implikasinya
Mengikut Undang-undang Sivil Dan Undang-undang Keluarga Islam Di Malaysia. Jurnal
Perspektif (Jil 7.Bil 2 (66-80))

Noremy Md Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, M.Suhaimi Mohamad &
Nazirah Hassan. 2012. Hubungan Faktor Dalaman Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-
Kanak Oleh Ibu Bapa. Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 7, Number 1,
001-014, April Special -2012.

Alavi, K., Aizan Sofia Amin, Subhi, N., MoHamad, M.S & Sarnon, N. 2012. Kerja Sosial
Disekolah: Memahami Dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak. Journal of Social Sciences
and Humanities, Volume 7, Number 1, 17-37, 2012.

Chua Bee Seok & Adbul Halim Othman.1999. Pengaruh Faktor Personaliti, Kepuasan
Kehidupan, Bilangan Anak. Etnik Dan Jantina Ke Atas Potensi Penderaan Kanak-kanak.
Jurnal Kinabalu V(199) 177-191
PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong

Syahirah Abdul Shukor. 2016. Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Menurut Undang-Undang Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Malaysian Journal Of Syariah And
Law Volume 4, 2016

Mohammad Ramzi Zakaria. 2015. Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak oleh Ibubapa:
Kedudukan Di Bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan Prinsip Syariah. JUUM 37-49

Wickneswaran A/L Kaliaperumal. 2005. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kuala Lumpur.

Kasmini Kassim (1998). Penderaan Emosi Kanak-Kanak Trauma Terselindung. Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Amalina Binti Ab Manaf. 1997. Penderaan Kanak-kanak :Persepsi Masyarakat Kota


Samarahan. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia SArawak

Norliza Binti Mokhtar.(2015). Sokongan Psikososial Bagi Kanak-kanak Yang didera Seksual
Dirumah Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sarjana Sastera (Kerja Sosial)
Universiti Utara Malaysia.

Noor Zulaikha Binti Zulkhifili Merican & Ridzuan Bin Husin. (………..). Penilaian Terhadap
Penderaan Kanak-kanak Di Malaysia : Satu Kajian Kes Di Enam Buah Negeri. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Noor Mohamad Shakil Hamee. 22 Mac 2017. Ambil peduli kes penderaan kanak-kanak.
Harian Metro

Penderaan Kanak-kanak Di Malaysia. www.uniteagainstabuse.my

Zarislala. 6 Januari 2014. Penderaan Kanak-kanak.


https://zazalolopress.wordpress.com/2014/01/06/penderaan-kanak-kanak-7/

You might also like