You are on page 1of 7

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 MARKAH]

KATA GANDA

i. Belon-belon
Sempena hari jadi Siti, ayah menghiasi ruang tamu dengan belon-belon yang
cantik.

ii. Kuih-muih
Emak telah menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk jamuan sekolah saya.

iii. Cita-cita
Tanpa kerjasama daripada seluruh rakyat, cita-cita kerajaan hendak mendirikan
suatu masyarakat adil tidak akan berjaya.

iv. Onde-onde
Farhan membeli kuih onde-onde di warung Mak Limah. [8 MARKAH]

2) Ayat Perintah
Sila duduk di sini sementara menunggu majlis penutup

Ayat Tanya
Mengapakah fenomena ini terus berlaku?

Ayat Seruan
Cis, beraninya manusia! [6 MARKAH]

3) i. terpinga = terpinga-pinga
ii. kerana = sebab
iii. melayani = melayan
v. berasa = merasa
vi. lumpor = lumpur
vii. menyirap = menyerap
viii. dan = tetapi
ix. membeza = membezakan
x. dari = daripada
xi. dikota = di kota
xii. di langgar = dilanggar [9 MARKAH]
4) Setelah beberapa lamanya dalam perjalanan, maka Kertala Sari tiba di Melaka.
Dia singgah di luar kota, iaitu di tempat kampung orang Jawa. Kertala Sari menyamar
sebagai orang Jawa yang tinggal di situ. Dengan itu, dia dapat berjalan keluar masuk di
kampung orang-orang kaya dan saudagar.
[6 MARKAH]

5) i. Pucuk dicita ulam mendatang


ii. Masuk kendang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak.
iii. Hangat-hangat tahi ayam. [6 MARKAH]

BAHAGIAN B
PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

i. Maksud rangkai kata cukup penting [ 2 markah]


Sangat mustahak/ amat perlu

ii. Persamaan dan perbezaan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan
Permainan bahasa kurang dipraktikkan [ 3 markah]

Persamaan [ 1 markah ]
MB- ruang bilik darjah terhad
PB - tiada ruang di bilik darjah

Perbezaan
MB – bilangan murid yang ramai
PB - ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan [2 markah]

iii. Faedah-faedah PAK 21 kepada murid


P1 PdPc lebih menarik minat murid / PdPc lebih menyeronokkan
P2 Murid lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, sosial komunikasi dan
sebagainya.
P3 memberi kelebihan memahami kemahiran IT
P4 melahirkan pemikiran kritis
P5 murid lebih memahami isi muridan
P6 tidak bosan untuk belajar
P7 berpusatkan murid manakala guru sebagai fasilitator
P8 murid dan guru mengamalkan komunikasi pelbagai hala. [3 markah]

iv. Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut


dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan

P1 bermesyuarat/ berbincang dalam kumpulan


P2 membahagikan tugasan dalam kumpulan
P3 mengatur strategi /teknik yang berkesan / menyusun jadual
P4 menetapkan sasaran/matlamat permainan / menentukan fokus
P5 mengambil tahu perkembangan aktiviti permainan yang dijalankan [4
markah]

JAWAPAN CONTOH ITEM PETIKAN SASTERA

i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud menjaga adap


-Maksud menjaga adap memelihara kelakuan/perangai [2 MARKAH]
ii) Kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat perbuatan manusia termasuklah
-akan berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan juga ribut taufan.
-kemusnahan alam juga akan menyebabkan flora dan fauna akan terjejas akibat
pembalakan
haram.
-Pokok-pokok balak yang berharga juga akan musnah akibat kerakusan
manusia.
-jika kita memusnahkan alam sekitar kita juga perlu bersedia menghadapi
pelbagai musibah
-kehilangan nyawa
- keindahan alam juga akan turut musnah. [4 MARKAH]

iii) Kepentiingan memelihara alam sekitar termasuklah


-sebagai sumber makanan kepada manusia.
-Alam sekitar juga membekalkan oksigen kepada manusia.
- alam sekitar juga melindungi kita daripada bencana
-menyejukkan bumi
-mengurangkan kesan rumah hijau
-sebagai sumber pendapatan untuk pelancongan [3 MARKAH]
iv) Usaha untuk mengatasi masalah ini,
-melaporkan kepada pihak berwajib / pihak berkuasa tempatan/ Jabatan Alam Sekitar
-mengedarkan risalah tentang kepentingan sungai dengan kerjasama NGO tertentu.
-mengadakan gotong-royong bersama-sama dengan penduduk setempat.
-menyiarkan kesan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai di media sosial.

[4 MARKAH]

NOVEL [10 MARKAH]

i. Faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor berkurangan

-kedatangan pelancong yang ramai, hamper 100 ribu orang


-entiti yang datang bersama-sama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot,
-cahaya lampu di jeti
-pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok berembang Pemusnahan paya
bakau
-cahaya dari petempatan manusia
-cahaya roda ferris
[4 MARKAH]

ii. Sebab-sebab permulaan cerita menarik minat saya

a) Novel Jendela Mengadap Jalan

1. Peristiwa Lili akur dengan permintaan ibu bapanya untuk pulang ke kampung.
-Peristiwa ini menarik minat saya kerana seorang anak sepatutnya mematuhi perintah
ibu bapanya demi menggembirakan mereka.

2. Peristiwa Lili berkenalan dengan Geetha di dalam bas semasa perjalanan pulang ke
kampung.
-Peristiwa ini menarik kerana perkenalan ini telah membawa plot cerita ini menjadi lebih
menarik apabila Geetha menjadi sahabat Lili sepanjang dia berada di kampung.

3. Peristiwa Danel memulangkan kembali buku Lili yang tercicir di dalam bas.
Peristiwa ini menarik kerana perkenalan yang singkat ini membolehkan Lili mengenali
Danel yang akhirnya banyak membantunya sewaktu di kampung Sentosa.
b) Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Azhari telah datang berjumpa
dengan Dahlia di sekolah bagi meluahkan hasratnya untuk menjalinkan hubungan yang
serius dengan Dahlia.
-Peristiwa ini menarik minat saya kerana kita dapat melihat kesungguhan seseorang
dalam menjalih hubungan dengan seseorang.

2. Peristiwa Saleha yang diserang penyakit misteri.


-Peristiwa ini menarik kerana kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan
Saleha.

3. Peristiwa Dahlia menjaga adik-adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.


-Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat ketabahan seorang remaja dalam
menjalankan tanggungjawab menggantikan ibunya menjaga kebajikan adik-adik di
samping gigih menuntut ilmu.

c) Novel Leftenan Adnan


i. Peristiwa mimpi Leftenan Adnan sebagai seorang wira menyelamatkan kampungnya.
-Peristiwa ini menarik kerana saya ingin melihat kesudahan mimpi Leftenan Adnan
akan menjadi kenyataan atau tidak.

ii. Peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sehingga dicemuh oleh
orang kampung. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat seorang bapa yang
berpandangan jauh dalam mencorakkan masa depan anak mereka.

iii. Peristiwa Adnan belajar sihat dengan ayahnya. Peristiwa ini menarik kerana
pembaca dapat mengetahui bahawa didikan seorang bapa kepada anak-anaknya akan
membentuk keperibadiaan anak-anak.

d) Bimasakti menari

i. Peristiwa Taufik yang menjaga alam sekitar yang mengusahakan projek pembinaan
rumah mesra alam .
-Peristiwa ini menarik kerana kita ingin mengetahui sama dia berjaya dalam projek
yang diusahakannya.

ii. Peristiwa kecekalan Nurul Hafsa dalam melestarikan alam di Kuala Selangor
-Peristiwa ini menarik kerana kita ingin mengetahui sama ada dia akan berjaya atau
tidak dalam misinya.
e) Pantai Kasih
i. Peristiwa menarik dapat dilihat melalui peristiwa pembedahan sendi tulang pinggul
terhadap pesakit yang bernama Unong Sirong.
-Peristiwa ini menarik kerana mendedahkan kepada kita bahawa pegawai perubatan
perlulah mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang perubtan.

ii. Peristiwa Doktor Uwang yang sentiasa diganggu dengan bayangan kehadiran kanak-
kanak perempuan di rumahnya.
-Peristiwa ini menarik kerana pembaca ingin mengetahui kedudukan sebena bayangan
kanak-kanak yang mengganggu hidupnya.

f) Di sebalik Dinara
i. Peristiwa Farisha berjumpa dengan Aqram di Lab Cberjaya.
-Peristiwa ini menarik kerana kita dapat mengetahui tentang kecangihan Dinara
tersebut.

ii. Peristiwa tawaran Dr. Maxi kepada Farisha untuk mengodam computer Soft Lab.
-Peristiwa ini menarik kerana sebagai pembaca kita ingin mengetahui akan keputusan
yang diambil oleh Farisha di samping menunjukkan kepada kita tentang kecanggihan
sesuatu perkara itu pasti mempunyai kelemahan.

g) Silir Daksina
i. Peristiwa Haiqal yang ingin pulang ke kampun ayah kandungnya untuk mencari
kebenaran.
-Peristiwa ini menarik kerana kasih sayang seorang anak terhadap bapanya tidak
pernah pudar meskipun ibunya merahsiakan tentang bapa kandungnya.

ii. Peristiwa Haikal yang bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera namun
kurang direstui oleh ibunya.
-Peristiwa ini menarik kerana minat seseorang itu boleh mendorongnya untuk berjaya
dan melakukan apa-apa sahaja.

h) Tirani
i. Peristiwa pertunangan Waheeda dengan Zahid yang dibatalkan dan digantikan
dengan majlis pertunangan ringkas antar Ghazi dengan Fatimah.
-Peristiwa ini menarik kerana Waheeda berjaya menyelamatkan dirinya yang sedang
berada di Singapura untuk melakukan pembedahan plastic.

ii. Peristiwa Fadhil iaitu bapa Waheeda menghalangnya melakukan pembedahan


plastik kerana melanggar perintah agama.
-Peristiwa ini menarik kerana tanggungjawab seorang bapa dalam menasihati anaknya
dalam membuat sesuatu keputusan yang betul.
[10 MARKAH]

You might also like