You are on page 1of 1

BAB 1 : ARAH

1.1 Arah Mata Angin


I. Arah ialah hala tuju sesuatu tempat dari suatu
tempat yang lain.
II. Terdapat lapan arah mata angin. Empat arah
mata angin utama dan empat arah mata angin
perantaraan.

Foto 1.1 Kompas magnetic

III. Mengorientasikan kompas magnetik:


a) Berdiri menghadap objek yang anda
ingin tentukan arah.
b) Letakkan kompas pada permukaan yang
rata. Jauhi kompas daripada objek besi
seperti tiang besi dan tin.
c) Orientasi kompas dengan memusingkan
kompas perlahan-lahan sehingga jarum
kompas menunjukkan arah utara.

1.4 Bearing Sudutan


i. Cara mengukur bearing sudutan kurang 180°.
Rajah 1.1 Arah Mata Angin
a) Tentukan dua titik iaitu titik X dan titik
1.2 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Y dan lukis garisan lurus yang
Matahari menyambungkan kedua-dua titik.
I. Arah dapat ditentukan menggunakan matahari b) Tentukan titik rujukan X dari Y.
sebagai panduan atau menggunakan kompas. c) Letakkan pusat jangka sudut pada titik
II. Langkah-langkah: rujukan dan ukur. Nilai 0° mesti
a) Berdiri menghadap matahari terbit. bermula dari arah utara.
b) Arah di hadapan anda ialah timur ii. Cara mengukur bearing sudutan yang lebih
manakala belakang anda ialah barat. daripada 180°.
c) Depakan kedua-dua belah tangan anda. a) Lukis garisan lurus yang menyambung
Tangan kiri anda akan menunjukkan kedua-dua titik.
arah utara dan kanan akan menunjukkan b) Tentukan titik rujukan X dari Y.
arah selatan. c) Letakkan pusat jangka sudut pada titik
rujukan dan ukur. Nilai 0° mesti
bermula dari arah utara.
d) Seterusnya, ukur sudut dari arah selatan
(0°) ke titik X. ukurannya ialah 100°.
e) Bearing sudutan titik X dari titik Y ialah
280° (180°+100°).

Rajah 1.2 Menentukan arah menggunakan matahari

1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan


Kompas.
I. Kompas terdiri daripada perumah, pemuka dan
jarum kompas.
II. Jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara
kerana dipengaruhi oleh tarikan magnet dari
kutub utara bumi.

You might also like