You are on page 1of 15

TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/1

UNIT 3 : TEKNIK DIAGNOSIS


DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN
OBJEKTIF

Objektif am : Menganalisa kerosakan litar berdigit.

Objektif khusus : Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

 Mengenalpasti operasi litar bersepadu yang

di uji

 Menganalisa paras-paras voltan IC.

 Menganalisa voltan IC jenis TTL CMOS.


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/2

INPUT

3.0 PENDEKATAN SISTEM

Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya diketahui


dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai hierarki
yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu terutama
kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih
sesebuah sistem komputer.
Dalam sistem komputer, ia boleh dibahagikan
PA R A S SISTEM kepada 4 paras utama seperti
gambarajah di bawah :

i. Paras Sistem
Paras ini merupakan paras tertinggi di mana paras-paras lain berkerjasama
SISTEM KOMPUTER
supaya sistem komputer dalam menjalankan fungsinya dengan sempurna.

ii. Paras Subsistem.


Bahagian-bahagian yang terdapat pada paras ini merupakan bahagian-
PA R A S S U B S I S T E M
bahagian asas bagi sistem komputer. Sebagai contoh papan pemproses
utama, unit paparan dan pemacu cakera berada paras ini.
Sistem Unit Pemacu Cakera Unit Pencetak
(Papan Induk) Bekalan Kuasa
iii. Paras Sub-Subsistem
Bahagian-bahagian pada paras ini merupakan bahagian yang tersapat pada
sub-sistem. Sebagai contoh bahagian-bahagian yang terdapat pada paras
PA R A S bahagian-bahagian
ini. Mungkin merupakan S U B - S U B S I Suntuk
T E M satu unit paparan
seperti penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak dan bekalan kuasa
Ingatan,voltan tinggi.Pengawal motor Penukar AC Pengawal motor
Pengawal2, CPU pelangkah, kepada DC, pelangkah,
Pemasa, Slot Pengawal Penapis, Pengawal
iv. Paras
pengembangan kepala
Komponen baca tulis Litar pensuisan kepala baca tulis
dll dll dll
dll. Bahagian-bahagian pada ini merupakan komponen-komponen untuk satu-
satu sub sistem. Sebagai contoh untuk bahagian penguat video pada unit
paparan, paras ini mengandungi transistor, penapis dan lain-lain.
PA R A S K O M P O N E N

Perintang, Perintang, Perintang, Perintang,


Kapasitor, diod, Kapasitor, diod, Kapasitor, diod, Kapasitor, diod,
transistor IC transistor IC transistor IC transistor IC
dan lain-lain dan lain-lain dan lain-lain dan lain-lain
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/3

Rajah 3.0 : Hiraki Sistem Komputer

3.1 Langkah pengesanan kerosakan


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/4

Setelah mengetahui sistem hierarki tersebut maka langkah-langkah pengesanan


bolehlah dibuat seperti berikut :-

i. Menganalisa gejala-gejala kerosakan.


Untuk melakukan analisa ini, kefahaman yang menyeluruh mengenai
kendalian bahagian-bahagian satu sistem komputer adalah diperlukan.

ii. Menempat Kerosakan secara pemeriksaan


Sebagai contoh, mungkin terdapat kesan terbakar pada kapasitor atau
perintang. Pemeriksaan pada kabel-kabel juga selalu dilakukan. Dengan
ini penempatan kerosakan dapat ditentukan.

iii. Membuat pengujian dengan teknik-teknik pengujian


Sebagai contoh untuk satu unit paparan setelah ujian dibuat, bahagian
pemesongan ufuk yang telah rosak.

iii. Menempatkan Kerosakan pada peringkat yang rosak


Dalam contoh bahagian pemesongan ufuk tadi, peringkat yang rosak
mungkin pada peringkat penghasilan voltan tinggi.

iv. Menempat Kerosakan pada litar atau komponen


Untuk melakukan ini, litar skema amat diperlukan. Fungsi-fungsi
komponen-komponen di dalam litar perlu difahami sebelum penggantian
dilakukan. Ini dapat menjimatkan masa.

v. Penggantian atau pemulihan


Pada peringkat ini penggantian atau pemulihan untuk komponen yang
rosak dilakukan. Kendalian untuk litar ini diuji dan penyelarasan dibuat
jika perlu.

3.2 Keperluan Untuk Pengesanan Kerosakan.


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/5

Keperluan untuk pengesanan kerosakan yang dimaksudkan di sini adalah


maklumat-maklumat yang diperlukan dan pengetahuan asas bagi membantu
menjalankan pengesanan kerosakan dilakukan. Ini adalah perkara-perkara
seperti berikut:

i. Buku Panduan Khidmat Komputer.


Buku ini amat penting, terutama bagi penggunaan dan pemasangan
komputer tersebut. Dalam buku panduan dinyatakan perkara-perkara yang
perlu bagi satu-satu sistem komputer tersebut dan spesifikasi yang
diperlukan untuk menambah keupayaan komputer tersebut.

ii. Simbol / Litar Skematik


Litar skematik menunjukkan komponen-komponen yang terdapat pada
satu-satu sistem. Ia juga selalunya mempunyai titik-titik ujian di mana
paras voltan atau bentuk gelombang untuk keadaan normal diberi.
Berpandukan litar skematik, fungsi komponen-komponen dalam sistem
adalah mudah difahami. Sekiranya tidak ada litar skematik, sesuatu
komponen perlu disurih mengikut sambungan pada litar tercetak untuk
memahami fungsinya. Ini selalunya akan mengambil masa yang lama.
Oleh itu dengan bantuan litar skematik pengesanan kerosakan akan dapat
di uji. Lihat lampiran 1.

iii. Panduan litar terkamil


Panduan ini selalunya dikeluarkan oleh pekilang litar panduan tersebut.
Panduan ini menunjukkan ciri-ciri fizikal, fungsi had kegunaan dan had
keselamatan untuk litar paduan tersebut.
Tanpa panduan ini, fungsi untuk satu litar paduan tidak diketahui,
penentuan kaki litar paduan juga tidak dapat diketahui. Ini menyebabkan
nilai voltan atau bentuk gelombang pada satu titik tidak digunakan dengan
betul. Sebagai contoh untuk satu get kaki-kaki masukkan dan keluaran
hendaklah diketahui bagi membuat pengujian.Lihat lampiran 2.Rajah 2
menunjukkan paras voltan bagi IC TTL dan CMOS. Bagi membezakan
sesuatu IC teresebut TTL atau CMOS adalah melalui nombor siri yang
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/6

dipaparkan diatas permukaan IC. Bagi IC jenis TTL nombor sirinya


bermula dengan nombor 74XXX atau 54XXX, manakala CMOS pula
adalah 4XXXX. Rajah 2 menunjukkan paras voltan bagi IC TTL dan
CMOS. TTL mempunyai beberapa jenis dalam keluarganya iaitu regular
TTL (N) , HIGH POWER (H), LOW POWER (L), SCHOTTKY TTL (S)
dan LOW POWER SCHOTTKY (LS). Kesemuanya mempunyai fungsi
yang berbeza.Biasanya Keluarga IC TTL telah ditetapkan nilai bekalan
kuasa yang perlu iaitu +5 Vdc (0.025). Voltan yang melebihi boleh
merosakkan IC dan kekurangan voltan menyebabkan IC tidak berfungsi.
IC TTL tidak mudah rosak oleh cas-cas static berbanding IC CMOS.
Memerlukan kuasa yang rendah dan arus keluaran yang tinggi. CMOS
pula kritikel pada bekalan kuasa. Ia mempunyai nilai bekalan yang
berbeza bergantung kepada IC CMOS. Nilai-nilai tersebut adalah antara 3
hingga 18 Vdc. Ia sangat sensitif pada cas stastik tetapi lebih cepat
tindakbalas daripada TTL.

100
90
Penerimaan voltan tinggi CMOS ‘High’
80
70
60
50 Kawasan larangan bagi tenaga

40
30
20
Penerimaan voltan rendah CMOS ‘LOW’
10
0
Rajah 3.1a: Julat voltan IC
5V

4V
Penerimaan Voltan tinggi TTL ‘HIGH’
3V
2.5V
2V
Kawasan larangan bagi tenaga
1V
Penerimaan Voltan rendat TTL ‘low’
0.8V

0V
iv. Rajah Pemasaan
Rajah 3.1b: Julat voltan
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/7

Oleh kerana sistem digital adalah berjujukan dan berkaitan pemasaan


antara peristiwa, tempoh peristiwa dan masa peralihan di antara keadaan
satu dan sifar adalah genting.
Dengan membandingkan rajah pemasaan yang didapati daripada ujian
dengan yang diberikan oleh pekilang kerosakan dapat dikesan.

3.3 Teknik-Teknik Pengesanan Kerosakan

Dalam membuat pengesanan kerosakan beberapa teknik dapat digunakan.


Antara teknik-teknik itu adalah seperti berikut:
i. Gantian Kumpulan
ii. Analisa Logik
iii. Surihan Isyarat
iv. Bentuk Gelombang
i. Gantian Kumpulan.

Ia adalah satu cara yang paling senang tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Dengan cara ini kerosakan yang berlaku pada sesuatu paras dipastikan terlebih
dahulu. Setelah dipastikan tukarkan bahagian yang rosak tersebut dengan yang
baru. Contohnya sekiranya dipastikan pemacu disket yang rosak, maka
tukarkan dengan pemacu disket yang baru.

ii. Analisa Logik

Untuk satu litar logik yang senang, satu persamaan Boolean dapat dihasilkan
dengan menggunakan teorem –teorem. Dari sini, jadual hakiki untuk litar itu
boleh dibuat. Berpandukan jadual hakiki ini dan menggunakan masukkan
terkawal, kerosakan dapat dikesan sekiranya keluaran untuk itu berlainan
daripada jadual hakiki.

Bagi litar logik yang komplek, ujian analisa boleh dibuat dengan
menggunakan penganalisa logik. Dengan mengambil isyarat digital pada titik
masukkan dan keluaran tertentu, bandingkan keputusan yang diperolehi
dengan keputusan sebenar.

iii. Surihan Isyarat


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/8

Dalam teknik ini, isyarat terkawal disentuh ke dalam litar yang diuji dan
pengesanan untuk isyarat ini dibuat pada beberapa titik ujian yang mempunyai
hubungan dengan titik sentuhan tadi. Satu contoh jelas menggunakan teknik
ini ialah penggunaan kuar logik dan pendenyut logik.

iv. Bentuk Gelombang


Periksa bentuk gelombang pada titik tertentu dalam litar dan bandingkan
dengan gelombang sebenar litar tersebut.

3.4 Langkah-langkah Keselamatan Membaikpulih

Objektif membaikpulih dilakukan adalah untuk memastikan sistem komputer sentiasa


dalam keadaan yang baik. Ini membolehkan proses dapat dijalankan berterusan dan
memberikan keluaran maksimum kepada pengguna , contohnya kilang-kilang yang
mementingkan keluaran. Disamping itu ia juga, merupakan langkah-langkah awal
penjagaan sebelum kerosakan sebenar berlaku.

Sekiranya berlaku kerosakan sebenar, maka ia memerlukan kos membaikpulih yang


tinggi dimana terpaksa memanggil pakar dari luar. Jadi, penyelenggaraan dan
membaikpulih asas haruslah dilakukan sendiri oleh firma atau syarikat bagi
mengurangkan kos membaikpulih sebenar.
Langkah-langkah membaikpulih komputer komputer adalah :
a. Sebelum membaikpulih,
Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan baik dan sempurna:
i. Keadaan tempat membaikpulih
ii. Meja senggaraan
iii. Alat-alat senggaraan
b. Semasa membaikpulih,
Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan baik dan sempurna:
i. Tentukan tiada cas statik semasa membuka perkakasan dan
komponen komputer .
ii. Menggunakan alat–alat yang sesuai dan betul semasa membuka
perkakasan komputer.
c. Selepas membaikpulih:
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/9

Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan baik dan sempurna:


i. Pastikan semua sambungan telah dibuat dengan betul.
ii. Pastikan tiada lebihan pateri tertinggal.
iii. Pastikan casing yang sesuai dibuat atau dipasang dengan betul
supaya tidak berlaku litar pintas semasa pengujian dan berikan
bekalan pada system.
Dalam sistem komputer terdapat dua masalah utama yang menyebabkan kerosakan
iaitu masalah perisian dan perkakasan. Jadi, dalam mengesan kerosakan pada system
komputer masalah perisian perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membaikpulih
pada perkakasan dilakukan. Antara perkara yang perlu diambilkira dalam pengesanan
kerosakan komputer ialah:
a. Menganalisa gejala yang menyebabkan kerosakan.
b. Menempatkan kerosakan dengan cara pemeriksaan.
c. Lakukan pengujian pada kerosakan sebelum.
d. Menempatkan kerosakan pada tempat yang rosak.
e. Penggantian dan pemulihan
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/10

AKTIVITI UNIT 3

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input


selanjutnya ..
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman
berikutnya.

SOALAN :

a) Apakah tujuan baikpulih komputer?


b) Berikan tiga langkah keselamatan bagi setiap kerja-kerja sebelum
baikpulih, semasa baikpulih dan selepas baikpulih.
c) Berikan tiga punca asas kerosakan komputer dan dua contoh bagi
setiap punca tersebut.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/11

MAKLUMBALAS UNIT 3

JAWAPAN
a) Baikpulih komputer adalah bertujuan untuk menyelesaikan atau memperbaiki
masalah yang timbul pada sesebuah kompueter supaya ia dapat beroperasi
dengan baik sempurna.

a. Langkah-langkah keselamatan,
Sebelum baikpulih:
i. Bersihkan kesemua tempat yang hendak dijalankan baikpulih
komputer supaya tidak menggangu kerja-kerja baikpulih komputer.
ii. Sediakan Peralatan baikpulih komputer secukupnya seperti multimeter,
Kuar logik, Penganalisa logik dan lain-lain.
iii. Perhatikan tempat kerja mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti alat
pencegah kebakaran atau peti kecemasan.
iv. Jangan penik atau tergopoh-gapah sebelum melakukan baikpulih

Semasa baikpulih:
i. pastikan semua kabel kuasa telah di tanggalkan
ii. Pastikan komponen-komponen yang diperbaiki tersusun dan tidak
berselerak.
iii. Berhati-hati semasa menanggalkan setiap bahagian komputer,
iv. Pasangkan komponen-komponen dengan betul supaya tidak ada yang
rosak.

Selepas baikpulih:
i. Bersihkan tempat baikpulih komputer tersebut.
ii. Buangkan Komponen yang tidak dipakai atau tidak digunakan.
iii. Pasangkan komponen-komponen dengan betul serta perhatikan supaya
tidak ada yang tertinggal.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/12

b. Tiga punca asas kerosakan komputer:


i. Black out (terputus bekalan)
Menyebabkan komputer tidak beroperasi, kehilangan data dan kerosakan
pada komponen.
ii. Spikes(pakuan)
Sumber bekalan meningkat tiba-tiba dengan kadaran yang berbeza-beza
terdapat peningkatan voltan pada sumber bekalan. Contohnya yang
diperlukan ialah 220V tetapi peningkatan voltan kepada 280V.
iii. Transient(Ubahtika)
Sumber bekalan(Voltan) menjadi tidak stabil ketika sius ditutup(ON) dan
dibuka(OFF) .Ini menyebabkan komponen menjadi panas dan terbakar
atau kehilangan data yang disimpan.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/13

PENILAIAN
KENDIRI

SOALAN :

a. Nyatakan punca-punca kerosakan komputer :

i. Kesalahan penggunaan
ii. Kesalahan perisian
iii. Kesalahan Perkakasan komputer
b) Nyata dan lakarkan paras-paras sistem komputer.

MAKLUMBALAS
PENILAIAN
KENDIRI
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/14

JAWAPAN :
a) Punca-punca kerosakan kompoter
i. Kesalahan pengguna:
a. Pengguna tidak biasa dengan komputer tersebut.
b. Pengguna tidak biasa dengan perisisan(OS atau sokongan).
c. Arahan yang salah telah diproses oleh sesuatu perisian.
d. Tidak meletakkan Cakera kepada pemacu yang sepatutnya.
e. Lupa menutup picu pemacu disket
ii. Kesalahan perisian:
a. Versi DOS yang tidak bersesuaian dengan perisisan
b. Perisisan terlalu besar untuk dimuatkan dalam memori.
c. Virus
d. Porsedur pemasangan perisian yang tidak betul.
e. Arahan-arahan yang bertentangan diantara fail-fail arahan seperti
AUTOEXEC.BAT dan CONFIG.SYS.
f. Hardware driver yang tidak betul atau tidak setup pada CMOS.
ii. Kesalahan perkakasan komputer
a. Gangguan kuasa luaran seperti spikes, Blackout, Brownout dan
transient menyebabkan kerosakan pada komponen-komponen
komputer .
b. Debu yang berlebihan sehingga menghalang pengudaraan yang
baik, peranti komputer menjadi cepat panas dan rosak.
c. Komponen telah sampai tempoh hayat.
d. Komponen-komponen dipintas secara tidak sengaja oleh sisa-sisa
pateri, klip kertas dan benda-benda asing yang lain.
e. Getaran yang berlebihan menyebabkan head crash dan jajaran
terpesong.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 3/15

f. Tiada senggaraan cegahan.


b) Paras –paras sistem komputer:
i. Paras Sistem
Paras ini merupakan paras tertinggi di mana paras-paras lain berkerjasama
supaya sistem komputer dalam menjalankan fungsinya dengan sempurna.

ii. Paras Subsistem.


Bahagian-bahagian yang terdapat pada paras ini merupakan bahagian-
bahagian asas bagi sistem komputer. Sebagai contoh papan pemproses
utama, unit paparan dan pemacu cakera berada paras ini.

iii. Paras Sub-Subsistem


Bahagian-bahagian pada paras ini merupakan bahagian yang tersapat pada
sub-sistem. Sebagai contoh bahagian-bahagian yang terdapat pada paras
ini. Mungkin merupakan bahagian-bahagian untuk satu unit paparan
seperti penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak dan bekalan kuasa
voltan tinggi.

iv. Paras Komponen


Bahagian-bahagian pada ini merupakan komponen-komponen untuk satu-
satu sub sistem. Sebagai contoh untuk bahagian penguat video pada unit
paparan, paras ini mengandungi transistor, penapis dan lain-lain.

Gambarajah hiraki paras sistem adalah seperti dalam input.

You might also like