You are on page 1of 2

Nama :

Matrik No :

1. Merujuk kepada Jabatan masing-masing, adakah Pentadbir yang dilantik melaksanakan


tanggungjawabnya berdasarkan prinsip Undang-Undang Pentadbiran?

Pentadbir melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan prinsip undang-undang pentadbiran adalah


dengan mematuhi prinsip keadilan asasi. Sebelum sebarang tindakan diambil terhadap seseorang
individu notis yang lengkap tentang kes yang dihadapi perlu disampaikan kepadanya. Ini bertujuan
supaya individu teresebut tahu akan tuduhan yang dikenakan keatasnya dan beliau dapat bersedia
dengan pembelaan.

Dalam kes Urban Housing Co. lwn Oxford Council (1940) Ch. 70, Sir Wilfrid Green M.R menyatakan
“Pihak berkuasa mesti memberi notis kepada orang berkenaan bagi memaklumkan mereka sama ada
mereka bercadang menimbangkam perkara tersebut dengan maksud mencapai satu keputusan atau jika
mereka telah mencapai satu keputusan dan bercadang untuk mengikut keputusan itu dan memberi dia
satu peluang menunjukkan sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atasnya. ”Sekiranya notis yang
diberikan tidak lengkap atau tidak memadai, individu terbabit boleh membuat dakwaan menyatakan
pihak pentadbir telah bertindak melanggar keadilan asasi.

Tujuan pemberian notis boleh dibahagikan kepada dua sebab iaitu pertama supaya yang tertuduh tahu
kesnya dengan jelas. Dalam kes Surinder Singh Kanda lwn Government of Malaysia (1962) 2 MLJ 169
Lord Denning menyatakan “Hak untuk didengar hanya bermakna sekiranya tertuduh tahu apa tindakan
yang akan dikenakan ke atasnya.” Mahadevan lwn Anandrajan (1974) 1 MLJ 2 Dalam kes ini pengetua
sebuah sekolah menerima aduan bahawa seorang pelajar telah berkelakuan tidak baik. Pengetua
tersebut telah mengadakan dua pertemuan dengan pelajar tersebut dan akhirnya dia dibuang. Perintah
pembuangan dicabar atas alasan ketika pelajar dipanggil beliau tidak diberi notis pembuangan. Majlis
Privy menyatakan, oleh kerana semasa pertemuan diadakan pelajar mempunyai alasan untuk
mengetahui beliau akan dibuang, maka notis yang cukup lengkap tidak perlu diberikan bagi
memaklumkan bahawa beliau mesti dibuang. Apa yang perlu ialah sifat tuduhan yang dikenakan ke atas
dirinya. Jika tuduhan dapat dibuktikan, pelajar berkenaan dikatakan telah mengetahuinya.

Yang kedua ialah, supaya tertuduh ada masa yang munasabah untuk menyediakan pembelaan. Dalam
kes Phang Moh Shin lwn Commissioner of Police (1967) 2 MLJ 186, plaintif telah mencabar keputusan
pasukan polis yang memecatnya atas alasan tindakan dibuat bertentangan dengan prinsip hak untuk
didengar. Notis telah diberikan kepada Plaintif sejurus sebelum perbicaraan diadakan dan beliau
sebelum ini juga tidak pernah menerima salinan dakwaan yang dibuat keatasnya. Plaintif meminta
supaya perbicaraan ditangguhkan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tetapi
permohonan beliau telah ditolak. Plaintif akhirnya dipecat. Mahkamah dalam kes ini telah membatalkan
pemecatan plaintif dengan alasan bahawa plaintif diberikan notis yang tidak lengkap, tempoh masa
pemberian notis amat singkat sebelum perbicaraan bermula. Oleh itu, Plaintif tidak mempunyai masa
yang mencukupi bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan yang sempurna.
2. Bincangkan kelebihan dan kekurangan yang ada pada Pentadbir tersebut dan cara untuk
penambahbaikan.

Kelemahan definisi Davis ialah, penekanan cuma diberikan kepada kuasa perundangan deligasi
(delegated legislation) dan penghakiman (adjudication). Davis tidak menyentuh tentang kuasa
budibicara yang dimiliki pihak pentadbiran. Beliau Cuma menekankan tentang kawalan kehakiman
terhadap tindakan pentadbiran tanpa menyentuh kawalan-kawalan lain seperti kawalan oleh badan
perundangan, kawalan melalui Tribunal serta rayuan oleh pihak pentadbiran.

Kelemahan definisi Dicey ialah beliau meletakkan Undang-Undang Pentadbiran dalam skop yang amat
sempit dan terbatas. Beliau mengeluarkan banyak aspek yang patut ada pada jentera pentadbiran
moden seperti perbadanan awam dari skop Undang-Undang Pentadbiran. Dicey cuma menekankan
kepada permasalahan kawalan kehakiman terhadap penjawat awam tanpa mengambil kira mekanisma
kawalan yang lain yang boleh digunaan untuk mengawal kuasa pentadbiran.

Pendekatan moden British terhadap Undang-Undang Pentadbiran dijelaskan dalam definisi yang
diberikan oleh Jennings. Beliau menyatakan bahawa Undang-Undang Pentadbiran adalah undang-
undang berkaitan pentadbiran yang akan menentukan organisasi, kuasa dan tanggungjawab pihak
berkuasa pentadbiran.

Seterusnya menurut Wade & Philips, Undang-Undang Pentadbiran ialah cabang Undang-Undang Awam
(public law) yang menyentuh tentang komposisi, kuasa, tanggungjawab, hak-hak dan tanggungan badan
kerajaan yang terlibat dalam pentadbiran. Menurut Wade, Undang-Undang Pentadbiran adalah
berkenaan dengan kuasa pihak berkuasa awam khususnya cara perlaksanaan kuasa tersebut. Definisi ini
menekankan tentang kuasa sahaja. Objektif utamanya ialah melindungi rakyat dari salah guna kuasa
oleh pihak pentadbiran.

M.P. Jain (Administrative Law of Malaysia and Singapore, 1997) menggariskan empat perkara di dalam
membincangkan skop atau kandungan undang-undang Pentadbiran. Undang-Undang Pentadbiran
adalah undang-undang mengenai struktur, kuasa dan fungsi badan pentadbiran - Ia berkaitan dengan
penyusunan dan kuasa badan pentadbiran. Maksud badan pentadbir di sini adalah termasuk semua
jenis badan pentadbiran atau pihak berkuasa awam. Seterusnya, had kuasa badan pentadbiran. Had
kuada tersebut sama ada secara nyata atau tersirat - Kuasa nyata diperuntukkan di dalam Statut atau
mana-mana Akta yang berkaitan. Manakala kuasa tersirat pula datang dari hasil tafsiran mahkamah
dalam membuat keputusan.

Selain itu, cara dan prosedur yang diikuti dalam melaksanakan kuasa dan fungsi badan pentadbiran -
Prosedur pentadbiran yang adil adalah satu cara untuk mengurangkan berlakunya salah guna kuasa
budibicara yang diberi kepada pihak pentadbir dan cara bagaimana kuasa tersebut dikawal termasuklah
remedi kepada sesiapa yang merasakan haknya telah dicerobohi - Selain dari kawalan kehakiman,
kawalan lain juga diperaktikkanseperti kawalan dalaman sesebuah organisasi termasuklah pengolahan
satu prosidur yang adil bagi mengurangkan salah guna kuasa oleh pentadbir. Kawalan-kalawan lain
adalah seperti Ombudsman, Tribunal dan sebagainya.

You might also like