You are on page 1of 2

KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(PdP) SECARA

BERSEMUKA BAGI MURID TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6 SECARA


PENGGILIRAN
MULAI 01 NOVEMBER 2021

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua murid tingkatan 5 dan tingkatan 6

Terlebih dahulu cikgu ingin mengalu-alukan anda semua kembali PdP bersemuka di sekolah secara
penggiliran mulai 01 November 2021.

Sejak negara kita menghadapi pandemik Covid-19, kita semua terkesan dan terpaksa
menjalani kehidupan seharian dalam norma baharu. Guru-guru dan para pelajar terpaksa mengadakan
sesi PdP secara atas talian dan pendekatan lain yang belum pernah kita alaminya sebelum pandemik.
Walau bagaimanapun, guru-guru dan murid-murid menimba pengalaman baharu melalui kaedah-
kaedah berkenaan. Kini, tiba masanya PdP secara bersemuka.

Dengan itu, saya berharap semua murid perlu mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya
seperti berikut :
a) Sila baca dan telitikan isi kandungan surat edaran Surat Makluman Pemberitahuan
Pembukaan Semula Sekolah yang telah diedarkan oleh guru kelas sebelum ini. Pastikan
surat
berkenaan sampai ke pengetahuan ibu bapa.

b) Murid akan hadir ke sekolah secara penggiliran mengikut ketetapan dalam senarai nama
Kumpulan A dan Kumpulan B.

c) Pastikan anda menjaga penampilan diri apabila hadir ke sekolah demi menjaga imej diri
dan
imej sekolah. Cara pemakaian pakaian ada disebut dalam surat makluman sebelum ini.

d) Pastikan anda sentiasa menjaga SOP sepanjang tempoh berada di dalam atau di luar
sekolah
demi memutuskan rantaian Covid-19.

e) Sila beri kerjasama sepenuhnya kepada guru-guru demi mempermudah segala urusan
sekolah.

f) Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

Daripada

EN. SIM CHEE VUI


PENOLONG KANAN HEM
SMK ELOPURA 2

You might also like