You are on page 1of 3

Soalan 1

Syarikat Smile Berhad mengeluar dan menjual mesin kira. Salah satu komponen mesin ini,
dibeli oleh syarikat sebanyak 25,000 unit setahun dengan kos RM20 seunit. Syarikat
menghendaki 15% pulangan atas pelaburan. Kos-kos lain ialah kos pemegangan RM2 seunit
setahun dan kos pesanan ialah RM5 setiap pesanan. Masa menunggu setiap pesanan ialah
dua bulan.

Dikehendaki:
(i) Hitung KPE untuk komponen tersebut.
(ii) Hitung jumlah kos pesanan dan kos pemegangan pada KPE
(iii) Hitung titik pesanan semula

Soalan 2
Syarikat Rajin berhad ialah pengedar komponen elektronik. Pihak syarikat menjangka jualan
pada tahun hadapan ialah 40,000 unit. Maklumat lain tentang tempahan dan penyimpanan
komponen elektronik tersebut adalah seperti berikut:
Kos komponen elektronik adalah RM150 seunit. Kos pegangan inventori setahun adalah 30%
atas kos belian. Kos memproses setiap tempahan adalah RM30. Bahagian penerimaaan akan
menerima, memeriksa dan menyimpan komponen elektronik yang diterima daripada
pengeluar. Aktiviti ini memerlukan 4 jam bagi setiap tempahan kos yang terlibat ialah RM18
sejam untuk gaji kerani dan RM6 sejam untuk kos overhed berubah yang diserap. Masa
menunggu belian ialah 2 minggu. Syarikat Rajin Berhad dibuka 250 hari setahun (50 minggu
dengan 5 hari seminggu)
Dikehendaki:
(i) Jumlah kos tempahan bagi setiap pesanan
(ii) Hitung hingga integer terdekat, kuantiti pesanan ekonomi bagi komponen elektronik.
(iii) Hitung hingga integer terdekat, bilangan pesanan yang patut dibuat setiap tahun.
(iv) Hitung titik pesanan semula bagi komponen elektronik.

Soalan 3
Syarikat Setia Bakti mempunyai tiga jabatan perkhidmatan dan dua jabatan operasi. Maklumat
diperoleh untuk kelima-lima jabatan ialah seperti berikut:

Jabatan perkhidmatan Jabatan operasi

A B C 1 2

Kos overhed RM360,000 RM210,000 RM96,000 RM400,000 RM534,000

Bilangan 120 70 280 630 420


perkerja

Ruang lantai 10,000 20,000 40,000 80,000 200,000


(kaki persegi)

Jam mesin - - -
30,000 60,000

Syarikat mengagihkan kos jabatan perkhidmatan menggunakan asas-asas pengagihan berikut:

Jabatan A : Bilangan pekerja Jabatan B : Ruang lantai Jabatan C : Jam mesin


Dikehendaki: Tentukan amaun kos jabatan perkhidmatan yang diagih ke setiap jabatan operasi
dengan mengguna :

( i ) kaedah langsung
(ii ) kaedah bertingkat

Soalan 4
Mark ialah pekerja kilang D’Dell Berhad yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran
peralatan elektronik. Kadar upah asas Mark ialah RM20 sejam. Mengikut kontrak kesatuan
pekerja, syarikat akan membayar upah sebanyak 1½ kali upah asas bagi setiap jam kerja yang
melebihi 40 jam seminggu.

Dikehendaki:
i. Andaikan bahawa dalam minggu pertama bulan Mac, Mark bekerja selama 48 jam dengan
masa terbiar selama 5 jam disebabkan kerosakan mesin. Kirakan jumlah upahnya dengan
menunjukkan buruh langsung dan kos overhed kilang. [2½]

ii. Syarikat menawarkan faedah sampingan untuk masa biasa dan lebih masa pada kadar RM6
sejam buruh. Dalam minggu ketiga bulan Mac, Mark bekerja selama 50 jam tetapi 2 jam
daripadanya ialah masa terbiar disebabkan tiada bahan. Jika syarikat mengambil kira semua
faedah sampingan sebagai buruh langsung, berapakah upah Mark bagi minggu tersebut yang
diagihkan kepada kos buruh langsung dan kos overhed kilang.

Soalan 5

You might also like