You are on page 1of 16

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER APRIL 2021/2022 (JA211)

BPME1013- ASAS KEUSAHAWANAN

TAJUK TUGASAN:

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN-USAHAWAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :

PROF. MADYA DR. AZLAN BIN ALI

PENSYARAH, UUM

DISEDIAKAN OLEH :

MD. AFIZ BIN PUDIN (283204)

PACE UUM, KOTA KINABALU

TARIKH HANTAR :

27 JUN 2021
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEJARAH DAN PERNIAGAAN MELALUI MEDIA 2

3.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN 3

4.0 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA GLOBAL 6

5.0 TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA 7

6.0 CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 8

7.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 10

8.0 KESIMPULAN 11

9.0 RUJUKAN 13

: II
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, penggunaan internet tidak dapat disangkal lagi. Internet boleh
mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan seharian manusia. Melalui internet, segala
infomasi ibaratkan di hujung jari. Segala maklumat dan perkembangan semasa dapat
diperolehi dengan pantas, cepat dan mudah.

Usahawan diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris “Entrepreneur”, manakala


dalam perkataan Perancis adalah “entrepremde” yang bermaksud memikul atau
mengusahakan sesuatu perniagaan. McClelland (1961) mentakrifkan usahawan
sebagai bedaya inovasi dan keinginan mencapai sesuati yang tinggi (high need for
achievement). Ia juga boleh diertikan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah
bentuk perniagaan dan sanggup mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
Schumpeter (1934), menyatakan usahawan sebagai individu yang melakukan inovasi
atau sesuatu yang baru untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.

Secara asasnya E-dagang atau dikenali sebagai E-commerce merupakan


proses pembelian dan penjualan barang melalui cara elektronik seperti aplikasi mudah
alih dan internet. Ia merupakan satu proses menjual dan membeli-belah produk atau
perkhidmatan di alam maya atau di talian serta elektronik transaksi. Antaranya,
lelongan dalam talian, tiket dan tempahan dalam talian, perniagaan ke perniagaan
(B2) secara urus niaga dan perbankan internet.

Pada awal tahun 2000, kebanyakkan peniaga agak ragu-ragu memberi butiran
kad mereka kepada urusan perniagaan dalam talian. Sejak E-dagang diperluaskan,
ramai ahli perniagaan mempercayai urus niaga dalam talian seprti Paypal, Worldpay
dan Skrill telah membantu memberi keyakinan kepada usahawa. ragu-ragu untuk
menyerahkan butiran kad mereka kepada peruncit dalam talian.

Media sosial adalah sebuah medium yang berangkaian dimana pengguna dapat
menghubungkan dengan pengguna lain. Pada dasarmya, banyak laman sesawang yang
menggunakan variasi perkhidmatan.

1
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Dalam sektor perniagaan, usahawan-usahawan dan ahli perniagaan turut mengambil peluang
untuk mengembang serta mempromosikan keluaran produk dan perkhidmatan di dunia IT
global.

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai


"kumpulan aplikasi berasaskan web yang dibangun berdasarkan ideologi dan
teknologi Web 2.0, dan yang memudahkan pertukaran idea dan maklumat."Facebook,
Instagram, Whatsapp, Mudah.my dan zalora antara platform media sosial lain yang
digunakan dalam bidang perniagaan.

2.0 SEJARAH DAN PERNIAGAAN MELALUI MEDIA SOSIAL


Pada era tahun 1970-an dan 1980-an, pengguna internet menghabiskan
sebahagian besar masa mereka di rangkaian sosial seperti laman web temu janji dan
forum dalam talian, sebelum adanya media sosial. Antara terawal aplikasi media
sosial adalah LiveJournal and Friendster. Dot-com gelembung 1995-2002 merupakan
salah satu peristiwa yang dibenarkan internet untuk menjadi alat pemasaran yang
maju. Dot-com gelembung 1995 – 2002 bermula dengan carian pemasaran, yang
mana mewujudkan satu website bagi muncul kehadiran dalam talian. Pada ketika ini
syarikat-syarikat telah beralih kepada SEO kekal di bahagian atas hasil carian, seperti
Google, Yahoo, dan enjin carian MSN berkembang.

Pemasar mula menyedari potensi pemasaran kandungan apabila web 2.0


laman - blog khususnya - meningkat popular. Strategi lebih nilai ditambah untk
pelanggan dan perniagaan yang diperolehi dalam Pemasaran Inbound, telah mula
menggantikan cara tradisi "membeli, mengemis atau bug" strategi pemasaran keluar.

Pada 2003 - 2004, ketibaan laman media sosial seperti Facebook, LinkedIn
dan My Space memulakan peralihan pengguna internet daripada permainan berbilang
pemain dalam talian ke dalam laman rangkaian sosial. Akhirnya, perniagaan
meningkat mengenai kesan-kesan positif daripada media kehadiran laman web sosial
pada e-dagang dan mula mencipta profil mereka sendiri di laman rangkaian yang
popular.

2
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Laman media sosial seperti facebook, My Space dan LinkedIn pada sekitar
tahun 2003-2004, pengguna internet mula beralih minat dan perhatian daripada
permaianan berbilang pemain dalam talian ke dalam laman rangkaian sosial. Setelah
itu, impak daripada itu, kehadiran perniagaan dalam laman web sosial pada e-dagang
meningkat dan mula mencipta profil mereka seperti di laman rangkaian yang popular.

Sikap yang menggalakkan pelanggan ke arah pemasaran media sosial


perlahan-lahan berubah keutamaan pemasaran perniagaan dari pemasaran keluar yang
lebih agresif-proaktif untuk pemasaran inbound yang lebih reaktif pada tahun-tahun
berikutnya.

Tidak dapat dinafikan sebagai strategi pemasaran, lebih 90% daripada


eksekutif. Ini kerana kesemua perniagaan yang berjaya menggunakan strategi
pemasaran media sosial untuk penjenamaan, generasi memimpin, pengekalan
pelanggan, penyelidikan dan e-dagang. Malah media sosial digunakan usahawan
dalam menguruskan untuk mengurangkan perbelanjaan pemasaran dan masa yang
diperlukan untuk produk dan perkhidmatan pasaran, ia juga meningkatkan
keberkesanan pemasaran dan kepuasan pelanggan secara keseluruhan. Sebanyak 83%
daripada pelanggan yang menghantar aduan di laman sosial yang jenama seperti
Twitter dan mendapatkan maklum balas dari penlanggan mereka berpuas hati samada
produk dan prekhidmatan mereka berikan. Secara tidak langsung ia dapat membantu
syarikat mengekalkan lebih banyak pelanggan mereka, menyebabkan peningkatan
urus niaga pelanggan yang sedia ada.

3.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

Media sosial adalah medium penting dalam bidang pemasaran bagi banyak
perniagaan, Ia juga merupakan satu kaedah yang strategi untuk menarik perhatian
pelanggan terhadap produk-produk dan perkhidmatan keluaran sesuatu syarikat.

Platform media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter, Whatsapp dan


Instagram adalah bermanfaat dan sangat berguna bagi organisasi dan perniagaan
dalam merentasi format media tradisional seperti media cetak dan TV iklan, risalah,

3
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

brosur dan kempen e-mel. Kini media sosial adalah sebahagian besar daripada usaha
pihak IT yang mengetengahkan media sosial secara semula jadi yang mana ia dapat
menjana ke laman web anda. Antara kepentingan media sosial berbanding daripada
media tradisional adalah seperti berikut:

I) Mampu Layari Tanpa Had dan Sepadan


Dalam melayari internet tanpa mengira saiz syarikat, perolehan dan kenalan, terdapat
banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan. Ini kerana penggunaan media sosial
adalah luas dan terbuka kepada sesiapa sahaja jika dibandingkan dengan media
tradisional yang sering memerlukan banyak wang dan rangkaian yang baik. Ini
bererti, penggunaan media social menerusi internetdalam alam maya mampu
mendapat pulangan yang optimal kerana kelebihan dari segi penjimatan kos
pengiklanan dan modal untuk mempromosikan sesuatu produk.

II) Memerlukan Kos Rendah


Kos yang diperlukan oleh perniaga-perniaga kecil adalah rendah untuk menginputkan
produk-produk mereka ke media sosial dan ini dapat membezakan dengan
penggunaan media tradisioanal yang memerlukan belanja yang tinggi. Media sosial
digunakan oleh perniagaan untuk membuat dan mengedarkan bahan promosi seperti
artikel, video dan audio yang muncul dalam akhbar, di radio atau di TV. Selaian itu
dengan mengedarkan kandungan ini melalui media sosial, ia juga memberikan mereka
lebih banyak peluang untuk menarik orang lain untuk tertarik dengan produk-produk
mereka.

III) Capaian Global


Biasanya media tradisional boleh mencapai pengunjung global tetapi ia sangat mahal
dan memakan masa. Perniagaan boleh menyampaikan maklumat dalam sekelip mata
melalui media sosial, tanpa mengira lokasi geografi. Platform sosial media juga akan
menyesuaikan kandungan bagi satu segmen pasaran dan memberikan peluang
perniagaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai perniagaan mereka secara
lebih meluas berbanding sebelumnya.

IV) Penggunaan yang Mudah dan Menjimatkan

4
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Pengeluaran media tradisonal melibatkan tahap tinggi kemahiran, latihan, dan


kepakaran peralatan. Oleh itu, saluran social media merupakan kaedah mudah
digunakan, karena mempunyai pengalaman asas IT, yang diperlukan hanya sebuah
komputer dan sambungan internet. Penjimatan dari segi promosi dapat dijimatkan
dalam kuantiti yang berbanding media tradisional, oleh yang demikian.

V) Fleksibiliti
Penyesuaian media sosial ini menjadikan pengurusan kandungan biasanya lebih
fleksibel. Maklumat boleh dikemaskini, diubah, ditambah dan dibincangkan secara
terus. Ini tidak sama sekali dapat dilakukan oleh iklan bercetak, artikel akhbar atau
ciri majalah.

Pengurusan dan pengisian kandungan sesuatu keluaran produk dan perkhidmatan


akan lebih fleksibel karena penyesuaian media sosial ini. Segala informasi akan
dimaskini, ditambah, diubah dan dibincangkan secara terus. Penggunaan seperti iklan
bercetak, akhbar artikel, atau ciri majalah tidak sekali dapat dilakukan.

Kelebihan yang ada dalam media sosial ini adalah usahawan dan syarikat dapat
menerbitkan maklumat produk dan perkhidmatan mereka dengan pantas, cepat dan
tepat. Syarikat akan sentiasa memastikan maklumat dikemaskini hanya dalam
beberapa saat. Selain itu, segala maklumat dan data dapat disimpan. Kerisauan bahaya
syarikat terlupa untuk menjawab pertanyaan pelanggan sama sekali tidak akan
berlaku. Maka, punca terlupa untuk memberi maklum balas kepada pelanggan dapat
dielakkan tidak seperti media tradisioanal.

VI) Mudah Berkomunikasi


Saluran sosial media akan menawarkan peluang yang baik untuk berhubung dan
berinteraksi dengan pelanggan dan menjalinhubungan perniagaan. Ini bermaksud
syarikat-syarikat dengan mudah memperolehi sumber maklum balas, mendapatkan
idea-idea dan mengurus perkhidmatan pelanggan secara cepat dan terus dalam talian
berbanding kaedah dan cara media traditional media tidak mampu melakukannya. Ini
kerana media tradisional hanya membolehkan komunikasi sehala. Penggunaan
aplikasi seperti Facebook, Twitter dan sebagainya memberikan pelanggan peluang
yang sangat efektif bagi mendapatkan interaksi dalam dunia perniagaan global.

5
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Kecanggihan komunikasi media sosial dari segi perbualan dan rakaman video
dipraktikkan bagi membolehkan pelanggan dan pengguna yang ingin melihat produk
dan perkhidmatan berkenaan secara langsung. Promosi produk dan perkhidmatan
secara langsung dapat dimuatnaik dengan mudah, cepat dan murah.

4.0 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA GLOBAL

Perniagaan memerlukan anjakan terutama dari segi pemikiran tentang model


perniagaan dan memikir semula penciptaan nilai jenama untuk berjaya dalam dunia
jaringan sosial, berdasarkan penyelidikan global dijalankan McCann Worldgroup.
Satu kajian yang dijalankan, “The Truths About Social” disertai lebih 30 kumpulan fokus
yang merentasi 19 negara dan 12,000 talian respons mendapat maklum balas secara talian. Ia
telah membuktikan dan mendedahkan pandangan tentang semua berkaitan dengan dunia
sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan perniagaan sosial.

Pengarah Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi, McCann


Worldgroup Malaysia, Dr Milan Agnihotri berkata, rata-rata pengguna dan pelanggan
menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan jenama, produk dan
perkhidmatan serta mendapatkan khidmat pelanggan yang lebih baik. Maklum bals
yang diperolehi antaranya adalah mereka memuji sesuatu pengalaman, meluahkan
perasaan, mengutip maklumat dan mendapatkan tawaran lebih baik.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa kesemua kajian menunjukkan bahawa


kebanyakkan pengguna merujuk kepada jenama melalui pengguna atau blogger
berpengaruh. Dalam kajian beliau, golongan usia 16 hingga 30 tahun, 90 peratus
daripada mereka akan memberitahu kepada rakan, tentang sesuatu syarikat atau
jenama itu mampu meyakinkan mereka. Ini jelas sekali manfaat dan pengaruh media
sosial terhadap pengguna Internet semakin cepat memberi impak kepada dunia
perniagaan. Media sosial menjadi platform utama untuk berkongsi idea, menilai
jenama dan perniagaan yang tidak bertanggungjawab,

Pengguna mengubah perniagaan yang berorientasikan keuntungan kepada


perusahaan yang bermatlamat dalam mengubah perniagaan yang berorientasikan
keuntungan kepada perusahaan yang bermatlamat. Potensi ganjaran syarikat dan

6
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

jenama amat besar dan memainkan peranan utama, terutama peluang menjadi global
jenama yang dipercayai pengguna.

5.0 TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Dalam kajian yang dijalankan oleh Nielsen, membuktikan peningkatan


penggunaan Internet ialah sebanyak 41% dan sebanyak 22.4 jam digunakan untuk
melayari Internet. Manakala sebanyak 71% daripada masa ini ialah membuka laman
sosial khususnya Facebook.

Ia turut disokong oleh data SKMM Malaysia yang telah membuat kaji selidik.
Tujuan penggunaan Internet sebanyak 81.5% adalah bertujuan menggunakan
rangkaian sosial. Kesimpulannya, tujuan utama pengguna Internet menggunakan
Internet ialah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau infrmasi yang
dikehendaki. Selain itu, mereka juga berkomunikasi melalui teks dan meluangkan
masa yang lamadan kerap kali membuka halaman dalam media sosial terutamanya
rangkaian sosial seperti Facebook. Kajian menunjukkan pengguna Facebook di
Malaysia telah mencecah seramai 12 juta. Secara tidak langsung memberikan kita
gambaran dan impak jelas bahawa model pemasaran perniagaan telah berubah.

Secara tradisinya, perbincangan sesuatu perkara, isu, produk mahupun


perkhidmatan adalah secara bersemuka (F2F). Dalam suasana negara dilanda Covid-
19 dan situasi Lockdown pada ketika ini, banyak perbincangan mengenai produk atau
servis dilakukan melaui aplikasi Google Meet, dan Webex antaranya.

5.1 Kes Terbaru MacDonald Malaysia

Ini adalah contoh bagaiman medial sosial itu sangat penting dan memainkan
peranan. Kita ambil 1 kes yang mana terdapat aduan dibuat atau tidak berpuas hati
terhadap produk atau perkhidmatan hanya dapat dikongsi antara seorang dengan
seorang rakan yang lain, atau seorang dengan beberapa orang rakan.

Namum dengan adanya media sosial, apa yang berlaku adalah dianggarkan bahawa
seorang individu akan berkongsi dengan beribu rakan. Cuba kita kira kalau di atas 3, 000

7
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

shares (yang berkongsi maklumat), ini bermaksud 3,000 x 1,000 rakan (andaian 1,000 rakan
bagi seorang individu), maka sebanyak 30 juta telah tersebar.

Cuba fikirkan berapa banyak ‘like’ page sudah tidak mencukupi. Sebagai pengusaha keluaran
produk dan perkhidmatan, usahawan perlu perhatikan juga apa yang dikatakan oleh orang
ramai mengenai produk dan perkhidamatan syarikat. Dari sini kita memperoleh data dan
gambaransebenar perniagaan. Syarikat-syarikat boleh mengubah suai mengikut kesesuaian
semasa dengan mendengar apa kata pelanggan mengenai product atau perkhidmatan syarikat.

6.0 CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL E-DAGANG

Halangan ini dapat diertikan dan dijadikan sebagai pengalaman untuk menjaga
dan memajukan sesuatu perniagaan. Ungakapan yang kerap disebut menunjukkan apa
perlunya halangan dan usaha yang kita perlukan dalam sesuatu perkara, “bukan
senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah”. Ia adalah kata-
kata semangat yang harus disemaikan supaya halangan-halangan tersebut mampu
dikawal.

Kepesatan teknologi telah memberikan kesan positif dari aspek keusahawanan


dimana setiap pengusaha dapat mengadaptasikan teknologi terkini dalam menghadapi
cabaran pasaran dan perniagaan yang sangat kompetitif. Setiap usahawan perlu membuat
persiapan yang rapi khususnya dari segi teknologi maklumat, pengurusan strategik dan
penyelidikan dan pembangunan demi untuk bersaing dalam dunia perniagaan.

I)        Isu / cabaran / halangan penggunaan e-dagang dalam segi pendidikan


Pengetahuan yang cetek dalam teknologi maklumat menyebabkan pengusaha agak
ketinggalan dalam penggunaan teknologi terkini terutama dari segi pemasaran ke
peringkat global.

II)        Cabaran dalam strategi-strategi dalam perniagaan


Weston Food Product telah mengatur strategi perniagaanya dari segi
perancangan, promosi, pasaran serta pengagihan secara berhemah dan bijak bagi
memenuhi tuntutan pelanggan serta memenuhi perubahan dalam era globalisasi. Bagi

8
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

memastikan perniagaannya kekal dan bertahan lama pengusaha memastikan agar


perubahan secara bersepadu dapat diatasi dan seiring bagi memastikan perniagaan
relevan dengan perubahan semasa.

III)   Cabaran dalam kesanggupan menanggung risiko


Dalam dunia keusahawanan, pengusaha merupakan individu yang bertanggungjawab
dalam setiap risiko yang bakal dihadapi. Namun setiap risiko yang dihitung adalah
yang paling minima bagi memastikan kelangsungan perniagaan secara berterusan.
Setiap risiko yang diterima telah dihitung bermakna bukanlah semua risiko perlu
ditanggung atau diterima.

IV) Halangan penggunaan e-dagang dari segi faktor kebudayaan, perwatakan


dan keupayaan.
Proses penerimaan teknologi yang lewat diterima, merupakan isu yang di
hadapi oleh pengusaha ini, dimana keupayaan capaian penggunaan teknologi terhad
bagi pengusaha. Ini melibatkan perkhidmatan jalur lebar yang sangat lemah bagi
kawasan pengusaha, bukan sahaja masalah internet malah masalah capaian talian
telefon pintar juga menyebabkan masalah penggunaan e-dagang dalam
perniagaannya. Oleh itu keyakinan terhadap penggunaan e-dagang sangat rendah bagi
pengaplikasian teknologi yang sangat berguna ini. Ia juga melibatkan soal
keselamatan penggunaan e-dagang yang menjadi perhatian pengusaha.

Walaubagaimanapun pengusaha menekankan bahawa dia tidak akan tinggalkan


kemudahan e-dagang ini sekiranya pihak kerajaan menyediakan frasarana dan
infrastuktur yang terbaik dengan kos yang berpatutan antaranya fasiliti internet
berkelajuan tinggi yang dilihat menjadi nadi utama dalam perkembangan terhadap
penggunaan e-dagang.

Walaupun e-dagang merupakan sistem yang diwujudkan bagi memudahkan


pengguna tidak kira pengguna tersebut sebagai pembekal, pengurus, pembeli
mahupun pelanggan untuk menjalankan urusan seharian tanpa kerumitan. e-dagang
amat berguna kepada semua masyarakat yang mementingkan urusan yang telus dan
cekap untuk menjimatkan kos dan masa untuk sesuatu urusan . Penggunaan e-dagang
tidak tertumpu kepada soal perniagaan semata-mata, malah melibatkan kegiatan

9
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

aktiviti seharian seperti urusan kerajaan, pembayaran bil-bil, insurans dan sebagainya.
Pengguna e-dagang mendapat kelebihanyang ditawarkan kepada pengguna e-dagang.
Antaranya dapat menjimatkan masa dan kos. Pengguna e-dagang dapat mengelakkan
kesesakkan seperti di kaunter perkhidmatan yang tersedia, Pengguna dapat melayari
web e-dagang untuk kemudahan yang tersedia dan lebih cekap.

7.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Antara factor-faktor pendorong penggunaan media sosial dalam perniagaan adalah;

I) Interaksi secara langsung dengan pelanggan


Perniagaan yang menggunakan media sosial akan menyediakan ruangan khidmat
pelanggan mereka. Ruangan ini penting bagi berinteraksi dengan pelanggan adalah
dalam apa jua perniagaan, and kepercayaan pelanggan lain dengan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan lain
terhadap perniagaan tersebut. Dengan berbuat demikian, syarikat dapat memberi
khidmat pelanggan dengan kadar segera, cepat dan tepat malah ia dapat mengeratkan
lagu hubungan antara pelanggan sedia ada.

Pelanggan akan memberi maklum balas positif untuk perkhidmatan yang memuaskan
dan begitu sebaiknya. Maklum balas dalam media massa memainkan peranan utama dalam
sesebuah perniagaan. Ini kerana maklum balas tersebut dapat dibaca oleh pembaca maka
maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala maklum balas
yang negatif pula sebaliknya. Maklumat yang diperolehi daripada maklum balas ini akan
digunakan untuk panduan dan memperbaiki serta mempertingkatkan prestasi mereka sendiri
sebagai seorang usahawan dan perniagaan mereka. Makanya, media sosial ini memainkan
peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.

II) Tempat untuk meluaskan pemasaran


Dengan adanya kemudahan internet, kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai
kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Media Sosial juga menjadi
tempat untuk meluaskan pemasaran yang efektif. Misalnya, apabila kita memulakan
sesuatu perniagan membuka tapak jualan ataupun premis, pelanggan akan tertarikdan
tertumpu kepada orang ramai yang berkumpul di kawasan kita berniaga. Gambaran

10
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

yang sama berlaku kepada perniagaan di media sosial di mana pembaca akan tertarik
kepada “page” yang mendapat sambutan yang mengalakkan dan mempunyai ramai
“follower” malah mereka akan terus tertumpu apabila terdapat pelanggan yang
membeli produk yang sama berulang-kali dari peniaga yang sama.

III) Meminimakan kos pengiklanan


Kos pengiklanan dapat diminimumkan dan ini adalah merupakan di antara faktor-
faktor pendorong penggunaan media sosial. Dalam penggunaan media sosial sesuatu
ketika dulu hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang berkemampuan menggunakan
media sosial sebagai strategi pemasaran. Namum gelagat ini berubah. Iklan dan
promosi dari peniaga-peniaga kecil juga turut menghiasi laman media sosial sekarang.
Tidak dinafikan kos pengiklanan mereka berkurang ke tahap minima jika
dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial. Banyak perniagaan
besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk
memperkenalkan produk dan perkhidmatan secara global.

IV) Proses penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih mudah


Proses penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih mudah, tepat dan pants
kerana perniagaan media massa tersebut hanya perlu membuat artikel, tulisan,
gambar, video, atau apa jua bentuk informasi dan meletakkannya di media sosial
tertentu seperti forum online yang dapat mewujudkan medium komunikasi di antara
ahli forum yang lain.

8.0 KESIMPULAN

Asas transformasi ekonomi dalam aena media sosial sedang pesat berkembang
dari sudut seni bina perniagaan, komunikasi dan penyebaran maklumat. Perniagaan
yang terlibat dalam media sosial dan orang-orang yang aktif dalam mengendalikan
pernigaaan berasaskannya. Kebanyakkan mereka mempelajari cara berkomunikasi
dan memahami cara menyesuaikan diri dalam selok belok dunia perniagaan pada
masa kini, yaitu perbualan dan rangkaian. Mereka yang masih belum mengambil
peluang dan kelebihan untuk mempelajari dan memahami strategi pemasaran sosialis,
jualan, perkhidmatan, dan penjenamaan akan datang dalam menyesuaikan diri, dan
teknik memikat pelanggan, prospek dan juga pengaruh mereka.

11
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Apabila pasaran produk dan perkhidmatan dalam syarikat berkembang,


pengguna dan pelanggan akan mendapatkan sesuatu keinginan dan kehendak yang
diperlukan secara lebih cekap dan efektif. Dalam proses itu, individu dan masyarakat
perlulah mempunyai pemahaman yang lebih canggih dan celik IT, sokongan
masyarakat, dan kehebatan dalam komunikasi media baru. Pengguna mempunyai
pilihan dalam memastikan keperluan mereka mengikut kehendak dari segi penilaian
kuantiti, harga, kualiti, perkhidmatan dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mendapatkan suatu tempat di dalam masyarakat suatu


rangkaian medial sosial, adalah oenting bagi kita memahami dan mengenali
mendalam pelanggan dari perspektif kehendak dan keperluan pelanggan. Sehubung
dengan keadaan demikian, pencapaian dalam bidang perniagaan melalui sosial media
dapat meningkatkan taraf perniagaan yang ditawarkan mengikut kualiti kehendak
pelanggan dan meningkatkan tahap kemesraan pada setiap individu mahupun
organisasi yang terlibat secara langsung dan scara tidak langsung.

12
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

9.0 RUJUKAN

Wan Amalia Mohd Daud. (2014) “Lalui pelbagai cabaran sebelum kukuh dalam

bisnes”Sinar Harian.

Ahmad Fahmi Ishak. (2013) Artikel: “pilihan/konvensional/perniagaan”.

Azmi Abdul Manaf. (2012) “Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan”,

jurnal sains sosial dan kemanusiaan.

Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris. 2000. Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan
Publication and Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur

Rosdi. 2002. Faktor-Faktor Kegagalan Usahawan Melayu, Majlis Amanah Rakyat, Johor
Bahru.

Nurdin, G., Chan, G. K., Selvadurai, S., & Ishak, S. (2017). Hubungan sosial dan perniagaan
kecil-kecilan di Malaysia-Tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian (Social
ties and small-scale businesses in Malaysia-Innovative behaviour amongst online
women entrepreneurs). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(6).

13
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Mujahidin, S. (2018). Strategi pemasaran bisnis Paytren melalui media sosial: studi kasus
bisnis Paytren di Kabupaten Demak (Doctoral dissertation, UIN Walisongo
Semarang).

14

You might also like