You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Dalam era globalisasi, masalah pencemaran alam sekitar sering menjadi agenda utama yang
dibincangkan oleh pihak media elektronik mahupun media cetak. Masalah pencemaran alam
sekitar juga merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi dunia global termasuklah
negara membangun seperti negara kita Malaysia. Dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
(Akta 127), pencemaran membawa maksud apa-apa perubahan secara langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau mana-mana alam buangan.
Terdapat dua kategori yang menjadi penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar.
Kategori pertama ialah pencemaran yang disebabkan oleh kesan semulajadi iaitu
pencemaran yang berlaku dengan sendirinya apabila berlakunya bencana alam seperti ribut
taufan, gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya. Kategori kedua pula adalah
pencemaran yang disebabkan oleh tindak balas dan perbuatan manusia terhadap alam sekitar.
(Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily, 2010). Pencemaran yang disebabkan oleh tindak
balas dan perbuatan manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia secara sengaja
atau tidak disengajakan. Peningkatan taraf hidup masyarakat pada masa kini telah
meningkatkan pembangunan dalam Negara. Arus pembangunan yang berterusan tanpa
pengurusan dan perancangan yang baik ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju telah mencetuskan pelbagai situasi dan permasalahan dalam Negara.
Masalah pencemaran sebenarnya bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Arus
pembangunan yang pesat serta peningkatan taraf hidup telah memberi kesan langsung yang
negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar Pada asasnya,
kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat dengan pembangunan suatu
jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi berkemungkinan
menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan kebisingan.
Sungguhpun begitu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan wujudnya fenomena
hujan asid, jerebu dan pemanasan global. Fenomena jerebu contohnya memberi impak kepada
kesihatan manusia terutamanya sistem pernafasan seperti bronkitis, lelah, barah, paru-paru dan
masalah penglihatan. Keadaan ini boleh menjejaskan apa-apa faedah menyebabkan satu
keadaan yang merbahaya kepada keselamatan dan kebajikan awam serta kepada hidupan
binatang dan tumbuh-tumbuhan.

1
2.0 Pencemaran Udara
2.1 Definisi

Udara merupakan faktor yang penting dalam kehidupan manusia dan merupakan anugerah
daripada Ilahi yang amat berharga. Tanpa udara yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta,
tidak akan wujud sebarang kehidupan di muka bumi ini kerana hidupan memerlukan udara
untuk bernafas dan tumbuh-tumbuhan memerlukan udara bagi menjalankan proses fotosintesis.
Udara yang bersih berfungsi sebagai penyimpan dan pembawa oksigen yang amat diperlukan
oleh manusia. Jika udara dicemari bendasing yang tidak diingini dalam udara sehingga dapat
mengubah komposisi normal ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
Kini, pencemaran udara semakin serius dan mendesak serta disedari oleh kebanyakan
penduduk di negara maju dan negara yang membangun. Ini berkaitan dengan proses
pembangunan sesebuah negara terutamanya proses urbanisasi dan aktiviti perindustrian.
Justeru itu, masalah ini sudah menjadi isu global tanpa adanya sekatan ekonomi, politik dan
sempadan negara. Manusia bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar dengan cara yang
amat sistematik sejak berlakunya Revolusi Perindustrian.
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Dalam pada itu, pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan atau
kumpulan bahan-bahan terbebas ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan(Chan Ngai Weng et.al., 1993:55). Pencemaran udara juga
berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara
sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain
(Chambers, 1962).
Pencemaran udara boleh memberi banyak kesan negatif terhadap kehidupan. Dalam
beberapa tempoh masa tertentu ia akan menjadi bahaya kepada manusia, tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan bahan-bahan bernilai yang mengganggu taraf dan kualiti kehidupan. Ini sebabkan
bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk
pencemaran udara.

2
Punca utama yang mengakibatkan pencemaran udara khasnya di Malaysia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu sumber bergerak dan sumber tetap. Sumber bergerak merujuk
kepada pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan dan sumber tetap adalah hasil dari
pembakaran pembakaran bahan api dari stesen janakuasa elektrik, industri dan domestik
seperti pembakaran sampah sarap secara terbuka.

Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan
pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan
habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja. Pencemaran
udara juga boleh terjadi secara semulajadi menerusi penyerakan habuk atau debu akibat tiupan
angin, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

3.0 Jenis Pencemaran Udara


Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan
pencemaran udara sekunder.

3.1 Pencemaran Udara Primer

Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat
daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang
halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan
penggunaan dapur arang atau kayu.

3.2 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas
seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai
contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan
menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).

3
4.0 Bahan- bahan pencemaran
Bahan pencemaran ialah bahan-bahan yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
Bahan pencemar ini dikelaskan berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti sifat fizik, sifat
kimia dan punca bahan pencemar. Dari segi fizik, bahan pencemar boleh dikelaskan kepada
gas, asap, habuk dan sebagainya. Dari segi punca, bahan pencemar udara yang wujud adalah
dikelaskan kepada pencemaran primer dan pencemaran sekunder.
Selain itu, bahan pencemar juga boleh dikelaskan berdasarkan kompenen kimia iaitu
bahan pencemar organik dan bukan organik. Bahan pencemar organik merangkumi bahan
pencemar seperti hidrokarbon, aldihid, keton, alkohol dan eter. Bahan pencemar bukan organik
pula adalah seperti oksida- oksida sulfur, oksida-oksida nitrogen, hidrogen klorida dan hidrogen
florida.
Dalam pada itu, zarah  merupakan salah satu bahan pencemar yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara. Zarah ialah sebarang pepejal atau cecair yang terdapat di udara
yang biasanya melebihi ukuran garis pusat 0.002 mikron tetapi kecil daripada 500 mikron.
Zarah ini adalah berbeza dari segi sifat-sifat fizik, kimia dan biologi. Dari segi sifat fizik, zarah
berbeza dari segi saiz, proses pembentukan, ciri-ciri pengenapan dan kualiti optik. Zarah juga
mempunyai sifat-sifat kimia yang tertentu seperti titisan asid, oksida-oksida logam, silikat dan
jelagat. Dari segi biologi, zarah terdiri daripada bakteria, virus, spora dan debunga.
Selain itu, bahan pencemar lain ialah karbon monoksida. Karbon monoksida ialah
sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa. Gas ini dihasilkan daripada
pembakaran tidak lengkap melalui bahan hidrokarbon. Antara punca utama gas ini ialah
kenderaan dan kilang. Hidrokarbon juga merupakan bahan pencemar yang menyumbang
pencemaran udara. Di samping itu, masalah jerebu yang serius akan menghalang penglihatan
mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil daripada kajian pertubuhan kesihatan
sedunia atau WHO menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara iaitu tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan kenderaan.Selain daripada memberi kesan kepada manusia pencemaran udara ini
juga akan memberi kesan kepada tumbuhan iaitu pertumbuhan tumbuhan mengalami
kerosakan seperti nekrosis ataupun keguguran daun, klorosisataupun pertukaran warna daun
dan juga pertumbuhan akan terbantut. Manakala Kesan daripada kerosakan tumbuhan pada
jangka masa panjang akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk juga akan tergantung seperti petani.

4
Di samping itu, kehidupan haiwan juga turut terancam atau mati akibat daripada
pencemaran udara. Hal ini, disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan
makanan yang diperolehi dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan daripadapencemaran
udara.

5.0 Punca Pencemaran Udara

Punca pencemaran udara adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor aktiviti manusia itu
sendiri dan faktor semulajadi. Jika dilihat dari perspektif aktiviti manusia ia merangkumi aktiviti
pembakaran, aktiviti penyemburan dan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) . Dari aspek
semula jadi pula, ia telah lama berlaku iaitu sebelum kewujudan manusia lagi. Antaranya ialah
letupan gunung berapi, proses pereputan, ribut pasir dan semburan air laut.
Faktor aktiviti manusia iaitu penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang mana
berpotensi mengeluarkan gas CFC. Gas CFC yang dibebaskan oleh alat penyaman udara, alat
penyembur dan peti sejuk ke udara memberi kesan negatif berlakunya pemanasan global.
Apabila gas CFC terlalu banyak berkumpul di ruang udara ia akan memberi kesan yang amat
berbahaya kerana akan membawa kepada penipisan dan kebocoran lapisan ozon. Apabila
fenomena ini berlaku, sinaran matahari semakin terdedah dan memanaskan suhu di sekiling
ruang dan permukaan bumi.
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan
bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di
bandar. Pembakaran bahan api ini akan menghasilkan gas-gas pencemar seperti nitrogen
dioksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan karbon monoksida. Gas-gas ini seterusnya akan
terbebas dan berkumpul di ruang udara, apabila ia semakin banyak, ia akan berpadu dengan
awan dan akhirnya membawa kepada fenomena hujan asid.
Selain itu, pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran juga
merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran ini lazimnya akan sentiasa
berlaku di mana-mana, Contohnya, pembakaran hutan di Indonesia secara besar-besaran yang
pernah berlaku suatu ketika dahulu yang memberi impak yang amat buruk yang mana negara
kita juga tidak terkecuali daripada terkena kesan fenomena tersebut. Kesan yang paling ketara
ialah jerebu yang amat teruk berlaku di sekitar ruang udara.

5
Udara yang diliputi oleh bahan-bahan pencemar seperti gas karbon dioksida, debu dan
partikulat yang menyebabkan suasana udara menjadi kabus dan kabur. Begitu juga dengan
aktiviti penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia yang mana merupakan faktor
kepada pencemaran udara yang menghasilkan gas dan bahan kimia ke udara yang membawa
kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Di samping itu, masyarakat juga menyumbang
kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti membakar sampah, ada juga
segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan
sebagainya.
Secara umumnya, pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam
kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan
harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas(Karbon
Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa
kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Jumlah kenderaan di seluruh negara
meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana
karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga
menipiskan lapisan ozon.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada
stesen jana kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan
pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat
daripada tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan
alam sekitar. Perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di
kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.
Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia juga merupakan faktor yang
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk
tujuan penanaman semula banyak mempunyai partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh
diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubungi ruang udara Negara kita iaitu Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya. 

6
6.0 Isu Pencemaran Udara

Contoh isu yang berkaitan dengan pencemaran udara ialah isu jerebu yang melanda negeri-
negeri di negara kita iaitu di Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Bharu, Ipoh dan
Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak. Empat kawasan termasuk dua di Selangor
mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat akibat fenomena jerebu yang melanda negara kita.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Rosnani Ibrahim mengatakan bahawa kualiti udara di
Negeri Selangor khususnya di pelabuhan klang mencatat bacaan IPU yang tidak sihat akibat
daripada pembakaran di kawasan pertanian. Di Negeri Perlis juga berlakunya fenomena jerebu
adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka. Di Negeri Sembilan pula, pencemaran udara
yang menyebabkan kualiti udara di ibu Negeri sembilan ialah akibat daripada pembakaran
terbuka di kawasan pembinaan da kuari.
Dalam pada itu, di negeri Melaka IPU mencatat bacaan sederhana yang mana jerebu
yang berlaku di negeri tersebut adalah berpunca dari negara jiran. Di negeri Johor, pengarah
JAS negeri, Tengku Bakry Shah Tengku Johan, berkata JAS akan mengenakan tindakan yang
tegas terhadap mereka yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang menyebabkan
berlakunya jerebu di negeri terbabit. Selain itu, di negeri Perak, sekurang-kurangnya tiga kes
pembakaran terbuka membabitkan tapak pelupusan sampah haram yang dikesan oleh JAS
negeri. Pengarah JAS, Noor Alshurdin Md Salleh, berkata pihaknya sedang mengumpul
maklumat untuk merekod kekerapan aduan yang diterima membabitkan kawasan terbabit
sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
Selain itu, Pulau Pinang juga mencatatkan IPU yang tidak sihat akibat daripada
fenomena jerebu yang melanda negeri ini. Menurut Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan
Tempatan, Alam Sekitar dan Pengurusan Lalulintas, Dr Teck Hock Nan, keadaan masih
terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri akan mengambil langkah
secepat mungkin bagi mengawal keadaan itu.
Di negeri Kedah, kualiti udara mencatatkan keputusan yang tidak baik kerana
berlakunya sekurang-kurangnya lima pembakaran terbuka dikesan sejak bulan yang lalu yang
dikesan di daerah Padang Terap, Kota Star dan Kuala Muda. Maklumat satelit yang memantau
pembakaran terbuka di Malaysia, Indonesia dan Singapura turut mengesan kegiatan berkenaan
di Baling dan Kulim. Di negeri Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini mencatatkan IPU pada
tahap yang baik.( Berita Harian, 11 Julai 2001 )

7
Contoh isu lain yang berkaitan dengan pencemaran udara ialah masalah bau busuk di Jelutong,
Georgetown, Pulau Pinang yang mana tapak sampah yang menggunung dan pembakaran
terbuka yang menjadi punca pencemaran udara. Tapak pembuangan sampah di tepi pantai
bersebelahan dengan lebuhraya jelutong dikenal pasti sebagai punca pencemaran bau, udara
dan habuk di kawasan itu. Ini adalah disebabkan oleh tindakan petugas di tapak pembuangan
sampah milik Majlis perbandaran Pulau Pinang( MPPP) melakukan pembakaran terbuka. Tapak
pelupusan sampah yang menggunung ini telah menyebabkan bau busuk dan kejadian udara
yang berhabuk akibat ditiup angin ke kawasan penempatan. Asap tebal yang terjadi akibat
pembakaran sampah telah menyebabkan keadaan menjadi berjerebu yang memberi impak
negatif keatas kualiti udara di negeri Pulau Pinang. Pencemaran udara yang berlaku di jelutong
ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang tidak bertanggungjawab oleh pihak petugas (MPPP)
yang melakukan pembakaran secara terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara yang boleh menyebabkan terjadinya fenomena jerebu yang boleh
mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
(Berita Harian 17 Julai 2008)

6.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127)& Peraturan- Peraturan dan Perintah-
Perintah (Hingga 25 September 1997)

6.1.1 Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih),1978

BAHAGIAN III
Pembakaran Buangan

Peraturan 7

Pembakaran buangan tred dalam tempat bakar sampah sahaja


Tiada seorang pemunya atau penduduk premis perindustrian atau tred boleh membakar
atau menyebabkan pembakaran bahan-bahan yang boleh terbakar, sampah atau sisa
keluaran atau buangan kecuali dalam tempat bakar sampah dari jenis dan rekabentuk
yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

8
Peraturan 8

Mendirikan tempat bakar sampah hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu.


Tiada seseorang boleh mendiri, membina, memasang, menempatkan semula atau
mengubahtempat bakar sampah tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Ketua Pengarah.

Peraturan 9

Dokumen-dokumen yang hendaklah disertakan bersama permohonan


Tiap-tiap permohonan untuk mendapat kelulusan bertulis bagi mendiri, membina,
memasang, menempatkan semula atau mengubah tempat bakar sampah hendaklah disertakan
dengan:
a.) Pelan tapakbina dengan sekil yang diluluskan yang menunjukkan dengan jelas tempat di
mana tempat bakar sampah yang dicadangkan itu hendaklah didirikan dan bangunan-
bangunan yang ada dalam lingkungan 1,000 meter dari tempat bakar sampah.
b.) Lukisan binaan yang dicadangkan bagi tempat bakar sampah itu, cara pemuatan dan
peralatan kawalan, dan pengiraan dan rekabentuk parameter yang disediakan oleh
seorang jurutera berkelayakan: dan
c.) Jenis dan kuantiti buangan yang akan dilupuskan dalam tempat bakar sampah itu dan
jika diarahkan oleh Ketua Pengarah. Suatu laporan pembakaran mengenai buangan itu
yang diperakui oleh seorang ahli kimia yang berkelayakan.

Peraturan 10
Penduduk dikehendaki mematuhi arahan.
Apabila pada pendapat Ketua Pengarah suatu tempat bakarsampah adalah tidak mencukupi
dari segi rekabentuk atau binaannya, atau tidak cekap dari segi pengendaliannya, ia boleh
dengan notis bertulis yang disampaikan kepada penduduk menghendakinya-
(a) Memperbaiki, mengubah atau menggantikan tempat bakarsampah itu; atau

(b) Menghenti menggunakan tempat bakar sampah itu selama sesuatu tempoh yang
ditetapkan; atau

(c) Melupuskan buangan mengikut cara yang ditetapkan;

dan penduduk hendaklah mematuhi tiap-tiap kehendak itu.

9
Peraturan 11
Syarat-syarat bagi pembakaran terbuka
Melainkan jika dibenarkan menurut suatu kelulusan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah di bawah Peraturan 12, tiada seseorang boleh menyebab, membiar, membenar atau
mengizinkan pembakaran terbuka apa-apa bahan, atau sampah yang boleh terbakar kecuali
sebagaimana dibenarkan menurut perenggan-perenggan yang berikut :
(a) Pembakaran terbuka pada daun-daun, dahan-dahan pokok, atau pangkasan-
pangkasan halaman dari premis kediaman bersendirian dan dilakukan antara jam
8.00 pagi hingga 6.00 petang;

(b) Pembakaran yang sengaja dilakukan pada tanah-tanah pertanian untuk mengawal
penyakit dan serangga atau pembakaran yang dilakukan pada bangkai-bangkai
binatang dan ayam itik yang berpenyakit, atau untuk apa-apa amalan pertanian yang
biasa dijalankan;

(c) Pembakaran yang sengaja dilakukan untuk menjalankan penyelidikan mengenai


sebab-sebab atau kawalan kebakaran, atau bagi maksud memberi pengajaran dan
latihan kepada orang ramai dan kakitangan perusahaan dalam cara melawan
kebakaran.

Peraturan 12
Lesen untuk menjalankan pembakaran terbuka
Suatu lesen bagi menjalankan pembakaran terbuka boleh diberi jika Ketua Pengarah
berpuashati bahawa-
(i) pembakaran terbuka adalah hanya satu cara pelupusan ekonomi yang praktik;
dan
(ii) pembakaran terbuka itu tidak akan menyebabkan pencemaran.

Peraturan 13
Contoh dan laporan pembakaran
Tiap-tiap permohonan untuk suatu lesen bagi menjalankan pembakaran terbuka hendaklah
dalam borang yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan disertakan dengan satu contoh bahan
yang dicadangkan hendak dibakar dan satu laporan pembakaran yang diperakui oleh seorang
Ahli Kimia yang berkelayakan.

10
7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, udara merupakan sumber yang sangat penting dan berguna kepada
semua kehidupan di dunia ini. Udara yang tercemar akan membahayakan kesihatan di samping
memusnahkan harta benda. Daripada perbincangan di atas, jelaslah kita melihat bahawa
pencemaran udara adalah amat berbahaya terhadap ekosistem hidupan bumi termasuklah
manusia. Proses pembangunan negara khususnya dalam bidang perindustrian merupakan
punca utama merosotnya kualiti udara. Masalah pencemaran kian bertambah serius jika
langkah pengawalan yang ketat tidak diambil. Masalah ini bukan lagi menjadi isu diperingkat
sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu global. Ini adalah disebabkan oleh kesan yang wujud
dari pencemaran udara seperti hujan asid, rumah hijau dan jerebu yang sudah menjadi masalah
utama di semua negara di dunia. Pencemaran udara yang wujud dari stesen janakuasa bukan
lagi boleh dipandang remeh.
Dalam penjanaan kuasa elektrik ini sesebuah negara tidak boleh bergantung kepada
satu bekalan tenaga untuk menjanakan kuasa elektrik. Dasar untuk mempelbagaikan sumber
tenaga ini adalah baik tetapi dalam jangka masa yang panjang dikatakan bekalan gas dan
minyak akan habis terlebih dahulu berbanding arang batu. Jika pembaziran berlaku terhadap
sumber bahan api ini dan tiada langkah pengawalan, kemungkinan arang batu sahaja yang
berterusan terhadap bahan bakar akan memberi impak yang lebih buruk terhadap alam sekitar.
Jesteru itu, alternatif perlu dicari untuk menggantikan bahan bakar ini dalam proses penjanaan
kuasa elektrik. Salah satu langkah yang baik dengan menggunakan kuasa hidro elektrik untuk
membekalkan tenaga. Namun langkah pengawalan perlu juga diambil dalam pembinaan
empangan supaya alam sekitar yang mengandungi flora dan fauna tidak terjejas dalam proses
pembinaan tersebut. Dalam mengejar arus pembangunan, manusia tidak seharusnya
mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar,
disebalik arus pembangunan tersebut, tersirat kesan yang negatif dan berlaku kemerosotan
terhadap kualiti hidup mereka.
Manusia perlu sedar, ada caranya untuk berinteraksi dengan alam sekitar untuk
membentuk satu ikatan yang harmoni diantara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu
bertanggungjawab terhadap pencemaran yang dilakukan oleh mereka sendiri kerana tidak akan
wujud satu alam sekitar yang baru sekiranya alam sekitar yang ada kini terus dimusnahkan.
Secara umumya, memang ada sesetengah pihak yang masih melakukan aktiviti pencemaran
secara berleluasa, hal ini menyedihkan kita kerana kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh
itu,masyarakat perlulah sedar supaya bekalan udara bersih untuk kehidupan kita pada hari ini
dan generasi akan datang.

11

You might also like