You are on page 1of 3

`SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI (1)

57100 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KEWANGAN


Bil 1/ 2019

Tarikh : 16 APRIL 2019


Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. Pn. Norizian Bt Ismail PK Hem


2. En. Harman B. Othman KP Sains
3. En. John Napoleon A/L Kupusamy Kp Bahasa Inggeris
4. Pn. Siti Nor Rofidzah Bt Ahmad Khairi KP Agama
5. En. Mohamad Faizudin B. Abdul Latif KP TMK
6. Cik Siti Zayani Bt Mohd Zaki KP PSV
7. Cik Nithiyarubiny A/P Rathakrisnan KP Pendidikan Moral
8. Pn. Siti Aishah Bt Aiffin KP Pendidikan Jasmani
9. En. Mohd Al-Hafiz B. Awang Guru Kaunseling
10. Pn. Rosida Bt Mohd Supian Guru Prasekolah
11. En. Eddy Kusmizan B. Abd Manan Guru Pemulihan
12. En. Mohd Azlan B. Mohamad Azilani Setiausaha Sukan
13. Pn. Norhidayah Bt Saidin Penyelaras RMT
14. Pn. Rustimah Salim Pembantu Tadbir
15. Pn Nor Faiza Bt Mustaffa Kamal PPM Pra Sekolah

Agenda : 1.0 Perutusan Pengerusi


2.0 Pengesahan minit mesyuarat
3.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 Hal-hal lain
5.0 Ucapan Penangguhan mesyuarat

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
dalam mesyuarat kewangan kali pertama bagi sesi 2019. Beliau memaklumkan
bahawa mengikut Surat Pekeliling Kewangan (8) 2012 telah menetapkan garis
panduan kewangan bagi PCG dan yuran khas.
1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru KP supaya peka dengan senarai semak
audit sekolah. Surat kuasa kepada guru yang mempunyai murid bukan
warganegara perlu diedarkan. Buku kedatangan tidak boleh menggunakan
pemadam cecair. KP memainkan peranan bagi memastikan barangan yang
dibeli disimpan dengan baik.

Tindakan : Semua Guru

2.0 Pengesahan minit mesyuarat

En Eddy Kusmizan B. Abd Manan mencadangkan agar minit mesyuarat bilangan Ke


4/2018 disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh semua guru dengan sebulat suara.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Buku Stok

3.1.1 Barangan habis guna perlu direkodkan dalam kad hijau KEW- 4 iaitu untuk semua
panitia

3.1.2 Nota minta perlu diisi sebelum membuat pembelian

3.1.3 Pn. Rustimah Salim meningatkan agar semua KP mengemaskini buku stok panitia
.
3.1.4 KP perlu lengkapkan buku stok dan meletakkannya di pejabat serta kemaskini
buku penggunaan alatan dan bahan.

Tindakan : Semua K/P Panitia

3.2 Pembentangan PCG

3.2.1 Pn. Rustimah Salim membentangkan peruntukan PCG bagi tahun 2019
berdasarkan lampiran untuk semua ketua panitia.

3.2.2 Pn. Rustimah Salim mengingkatkan bahawa KP tidak boleh menghabiskan dan
merancang permbelian secara berperingkat kerana wang PCG diturunkan secara
berperingkat..

3.2.3 Pn. Rustimah Salim mengingatkan semula beberapa prosedur yang harus diikuti ;
a. Sebelum membuat pesanan, Ketua Panitia hendaklah berjumpa dengannya untuk
membuat perbincangan dan rujukan.
b. Mendapatkan beberapa sebut harga daripada beberapa orang pembekal sebagai
rujukan dan perbandingan harga.
c. Selepas mesyuarat bersama panitia, barulah ketua panitia memberikan nota minta
bagi senarai barang.
d. Kerani akan membuat pesanan barang
e. Setelah barang sampai, barulah ditanda tangan setelah meneliti dari segi kualiti
dan harga yang berpatutan.

Tindakan : Semua Guru

4.0 Pengurusan Aset

4.1 Mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Minit mesyuarat kewangan perlu difailkan dalam fail panitia untuk membincangkan
PCG.

5.2 Pn. Rustimah Salim meminta semua KP membuat pembelian barangan dan
bahan mengajar bagi peruntukan PCG sebelum bulan September.

Makluman ; Semua Guru

6.0 Penangguhan Mesyuarat

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tgh

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ………………………………………...

Pn. Rustimah Salim Pn. Norizian Bt Ismail


SETIAUSAHA PK HEM
SK JALAN SUNGAI BESI (1) SK JALAN SUNGAI BESI (1)

You might also like