You are on page 1of 1

Persatuan Pancaragam Murka Diraja (L/P),

Sekolah Kebangsaan Murka Diraja,


26700 Muadzam Shah,
Pahang. Tel: 06-5436874

____________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SK Murka Diraja


Tarikh :16 September 2017
Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Murka Diraja,
26700 Muadzam Shah,
Pahang.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN PANCARAGAM (L/P)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Pancaragam (L/P) memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Persatuan Pancaragam (L/P) SK Murka
Diraja berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan
(A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Persatuan Pancaragam (L/P)
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(Rabiatul Adawiyah Binti Rosli)
Setiausaha Persatuan Pancaragam,
SK Murka Diraja.

You might also like