You are on page 1of 2

TUGASAN BERKUMPULAN

TD 20303
PENDIDIKAN FIZIKAL DAN KESIHATAN UNTUK KANAK-KANAK
SEMESTER 1 SESI 2021/2022

PANDUAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini disediakan dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyediakan tugasan dalam format MsWord, ditaip dengan


menggunakan saiz font 11, Arial dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah tidak melebihi 25 muka surat termasuk rujukan. Jangan
menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada 00/00/21. Serahan


selepas dari tarikh ini tidak akan diterima.

6. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang
lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja
sendiri.

Pengenalan Tugasan
Aina kanak-kanak berusia 5 tahun yang berada di Tadika Little Bee. Cikgu Amira
mengajak Aina melakukan aktiviti membedah ikan kerisi untuk melihat bahagian-bahagian
pada seekor ikan. Aina memegang ikan dengan hujung jari tetapi apabila dirasakan badan
ikan yang licin dan berlendir, Aina kemudiannya melemparkan semula ikan
tersebut.”Eee…gelinya…!” Jerit Aina sambil berpaling. Cikgu Amira mengikis sisik ikan
kerisi dan memotong sirip ikan sambil menerangkan kepada kanak-kanak tentang
bahagian-bahagian ikan. Selepas mencuci tangan, Cikgu Amira mengajak kanak-kanak
menggunting gambar ikan untuk membuat kolaj ikan. Aina telah tergunting bahagian ekor
ikan hingga hampir putus. Hasil analisis anda terhadap keseluruhan peristiwa ini, apa
yang anda boleh nilaikan tentang perkembangan fizikal Aina? Bolehkah anda cadangkan
tindakan Cikgu Amira untuk membantu Aina? Hasilkan tugasan penulisan esei
berdasarkan kerangka tugasan yang diberikan di bawah.

Kerangka Tugasan
o Pengenalan mengenai motor halus.
o Perkembangan motor halus mengikut peringkat usia.
o Cadangan-cadangan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-
kanak.
o Hasilkan satu RPA bagi Taska dan satu RPA bagi Tadika. RPA yang dihasilkan
haruslah mencadangkan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus.
o Hasilkan RPA berpandukan KSPK dan Kurikulum Permata Negara.
o Hasilkan dua Alat Bantu Mengajar (PPT, video, artifak, model dll) bagi membantu
pelaksanaan aktiviti yang dicadangkan.

You might also like