You are on page 1of 17

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN PANCARAGAM SEKOLAH

KEBANGSAAN MURKA DIRAJA

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PERSATUAN PANCARAGAM MURKA DIRAJA

ALAMAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN MURKA DIRAJA 26700 MUADZAM SHAH PAHANG.

TARIKH :
6 SEPTEMBER 2017

ANJURAN :

PERSATUAN PANCARAGAM MURKA DIRAJA

1
1.0 LOGO PERSATUAN

1.1 COGAN KATA


Wasatiyyah, Berilmu, Berintegriti

1.1 MAKNA COGAN KATA


Penubuhan persatuan untuk mengeratkan hubungan antara murid yang berbilang
kaum untuk keharmonian sekolah. Melahirkan murid yang berilmu dalam bidang
muzik dan melahirkan siafat- sifat murni dalam diri.

1.2 LAGU
Di sini tempatku belajar,
Menuntut segala ilmu,
Menulis, membaca, dan juga mengira,
Panduan bimbingan guru.

Marilah semua kita memajukan sekolah yang dicintai,


Bidang pelajaran juga permainan,
Bersama kita jayakan.

Rukun negara dipandukan,


Curahkan taat setia,
Semoga menjadi satu kebanggaan

2
SKMD tercinta!
2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak
pentadbir SK Murka Di Raja bagi menubuhkan Persatuan Pancaragam dan memohon dana
untuk membeli kelengkapan persatuan pancaragam.

3.0 PENDAHULUAN
Kokurikulum yang melibatkan muzik contohnya persatuan pancaragam mempunyai
perkaitan yang jelas terhadap pembentukan modal insan dan semangat perpaduan antara
kaum. Hal ini telah dijelaskan dengan nyata dalam laporan Jawatan kuasa Kabinet (1980), yang
mengkaji dasar pelajaran (1979), yang menyebut bahawa penubuhan kelab atau persatuan
beruniform seperti pasukan pancaragam sekolah adalah penting untuk menanamkan semangat
perpaduan berbilang kaum. Perkara ini turut disokong oleh Noraidah Bt Mohammad Kasran
(1988) yang mendapati aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni, bahasa dan pengalaman
amali. Oleh yang demikian, aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
dasar Pendidikan Negara dan wawasan 2020 mampu dicapai melalui aktiviti kokurikulum
berbentuk muzik.

4.0 MATLAMAT
Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk
meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan inti- pati falsafah pendidikan negara iaitu
keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan
Persatuan Pancaragam sebagai medium penting untuk menjadi sumber modal insan yang
berupaya mencapai matlamat wawasan 2020 yang menjadi impian negara Malaysia.

4.1 OBJEKTIF BUKAN MUZIKAL

i) Meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang maksimum


ii) Melatih semangat bekerja secara berkumpulan
iii) Mewujudkan budaya toleransi sesama ahli
iv) Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang baik

3
v) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang
disertai

4.2 OBJEKTIF MUZIKAL

i) Menguasai kemahiran membaca notasi muzik dengan baik


ii) Dapat mengenal pelbagai alat muzik dengan lebih dekat dan berupaya bermain
sekurang-kurangnya satu alat muzik.
iii) Dapat memainkan lagu dalam pelbagai stail muzik
iv) Dapat mengenali aspek intonasi, adunan dan karektor bagi setiap alat untuk
mewujudkan satu pasukan pancaragam yang cemerlang.

5.0 KEAHLIAN
1. Ahli Biasa Pertubuhan ini terbuka kepada murid sekolah kebangsaan murka diraja yang
berumur antara 10 hingga 12 tahun.
2. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-
nama tanggungannya yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha.
3. Setiausaha hendaklah memproses permohonan keahlian dan membawanya untuk
pertimbangan Jawatankuasa. Mesyuarat.

5.1 TENAGA PENGAJAR


1. Sekurang-kurangnya 2 orang jurulatih akan mengendalikan latihan bagi setiap sesi
latihan.b)
2.  Untuk permulaan, 2 orang jurulatih atau lebih adalah diperlukan bagi mengendalikan
latihan yang berbentuk kumpulan, iaitu: woodwind,brass dan perkusi.c)
3. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada jurulatih dan pakar dalambidang masing-
masing.
4. Bayaran saguhati adalah sebanyak RM100 sejam untuk seorangtenaga pengajar.

5.2 LATIHAN
Sesi latihan akan dijalankan seminggu dua kali. Satu sesi latihan akanmengambil masa
dua jam. Salah satu daripada sesi latihan akan diambilalih oleh tenaga pengajar luar
yang berpengalaman.

4
6.0 SPEKSIFIKASI ALATAN
Bil Nama alatan muzik Bilangan Yang Diperlukan Harga
1. Picolo 4 Unit RM 400
2. Flute 10 Unit RM1000
3. Bb Clarinet 6 Unit RM 500
4. Alto Saxophone 5 Unit RM 1000
5. Tenor Saxophon 6 Unit RM600
6. Bb Trumpe 3 Unit RM 600
7. Snare Drum 2 Unit RM 400
8. Bass Drum 18 inci 1 Unit RM300
9. Bass Drum 20 in 1 Unit RM400
10 Bass Drum 24 inci 1 Unit RM500
.
11 Trio / Quad Tom 4 Unit RM 200
.
12 Note Stand 40 Unit RM 1200
.
13 Marching Bell 5 Unit RM 300
.
Jumlah 90 Unit RM 7400

5
8.0 JAWATANKUASA

PENAUNG
Tuan Haji Mohd Razman bin Kalsum
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Murka Diraja)

TIMBALAN PENAUNG
Hajah Zainab binti Aziz
(Penolong kanan Sekolah Kebangsaan Murka Diraja)

GURU PEMBIMBING
Encik Hurairah Bin Ibrahim
(Ketua Jabatan Pendidikan Muzik)

PENGERUSI
Suhazlan Bin Kamaruddin

NAIB PENGURUSI
Razlina Bin Syarman

SETIAUSAHA
Rabiatul Adawiyah Binti Rosli

NAIB SETIAUSAHA
Nur Afifah Binti Hilmi

BENDAHARI
Suzi Binti Sulong

NAIB BENDAHARI
Mohd Yusuf Bin Abu Zhar

6
9.0 BAHAN MENGAJAR
Penggunaan buku latihan amali daripada Yamaha. Hal ini kerana buku tersebut sangat
sesuai digunakan oleh pelajar yang baru mengenali alat muzik serta buku itu juga
mudah didapati dalam pasaran.

10.0 KEWANGAN
1. Permohonan bantuan tabung sekolah dan tabung PIBG untuk membeli alatan muzik
yang disenaraikana.
2. Mengutip yuran kemasukkan kepada murid sebanyak Rm 20
3. Duit kemenangan memasuki pertandingan pancaragam.
4. Duit jemputan majlis rasmi atau tidak rasmi.

11.0 PERANCANGAN LATIHAN 6 BULAN PERTAMA

Bulan Isi Kandungan Pengajaran Catatan


Januari 1. Pengenalan asas dan
pengendalian alatan
muzik.
2. Pengenalan asas
kawadkaki.
3. Pengenalan asas
teorimuzik.
Februari 1. Pelajar boleh
memainkan beberapa
not terdiri dari skel
C Major dan Bb
Major.

2. Pelajar dapat bermain


secaraseksyenal
dalam bentuk unison.

7
3. Pengenalan asas
kawadformasi.

Mac 1. Pengenalan bermain Pelajar dapat menguasai skel


secara ensemble C Major dan Bb Major
2. Pengenalan perisian Secara ensemble.
komputer untuk tujuan
formasi
3. Pengenalan membuat
formasimenggunakan
carta.

April 1. Bermain sebuah lagu Pelajar sudah menguasai


mudah secara pengendalian alat untuk
Ensemble berkawat.
2. Berkawatbersama
peralatanmuzik.
3. Latihan pengukuhan
danulangkaji
pelajaran terdahulu.

Mei 1.Bermain secara ensemble Bagi setiap sesi latihan,


dan tambahan sebuah lagu pengukuhan kepada teknik
baru. tiupan dan permainan akan
2. Teknik tiupan diperbaiki dititikberatkan.
dari masa ke semasa bagi
tujuan pengukuhan.
3. Pelajar dapat menguasai
skil G Major.

Jun 1.Tambahan lagu bagi tujuan Pasukan pancaragam


persembahan. bersedia mengadakan
2. Latihan pengukuhan. persembahan dihadapan.
3.Persiapan warga sekolah Penilaian
persembahansecara tahap kecekapan dari segi

8
terbuka. permainan alat dan kawad
4.Penilaian tahap akan dijalankan.
kecekapan.

12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Diraja merupakan satu
aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan
nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga,kemahiran dan
disiplin yang diterapkan dalam persatuan pancaragam mampu melahirkan kelompok
masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian matlamat negara
Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat ‘SATU
MALAYSIA’ dalam masyarakat boleh dicapai melaluipenubuhan persatuan pancaragam ini.
Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

...............................................................
(RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLI)
Setiausaha Kelab,
Penubuhan persatuan pancaragam Murka Diraja,
Sekolah Kebangsaan Murka Diraja.

Disemak oleh,

............................................................
ENCIK HURAIRAH BIN IBRAHIM
Ketua Jabatan Pendidikan Muzik,
Sekolah Kebangsaan Murka Diraja.
Disokong oleh,

9
....................................
(HAJAH ZAINAB BINTI AZIZ)
Penolong kanan,
Sekolah Kebangsaan Murka Diraja.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN,

...................................................................
(TUAN HAJI MOHD RAZMAN BIN KALSUM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Murka Diraja,
Muadzam Shah,
Pahang.

Ulasan :

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____

Bibliografi

10
Bibliography
Clouse, B. F. (2004). Patterns For A Purpose A Rhetorical Reader. New York: McGraw-hill Componies.

Masri, S. (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esai, proposal,tesis). Sg Besi Kuala
Lumpur: SANON PRINTING CORPORATION SDN BHD.

Zaharul Lailiddin Saidon, Omar Bin Baharuddin, Sajastanah Bin Imam Konong. (2000). Peranan Kegiatan
Muzikal Instrumental Di Sekolah Dalam Konteks Pembnaggunan Modal Insan. tanjung malim,
Perak: Seri Intan Sdn Bhd.

http://www.academia.edu/4660620/CONTOH_PERLEMBAGAAN_UNIT_PAKAIAN_SERAGAM_PERSATUA
N_KELAB_DAN_KELAB_SUKAN_PERMAINAN_SEKOLAH_KEBANGSAAN_BATU_LAUT_42800_TANJUNG_S
EPAT_SELANGOR_DARUL_EHSAN

http://www.slideshare.net/roiamah/penubuhan-dan-pengurusan-kelab-persatuan-unit-beruniform

11
PERLEMBAGAAN
(PERSATUAN PANCARAGAM MURKA DIRAJA)

FASAL 1. NAMA
Persatuan pancaragam ini dikenali dengan nama Pancaragam Murka Diraja atau
ringkasnya disebut sebagai SKPMD di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat Berdaftar

Alamat berdaftar Sekolah Kebangsaan Murka Diraja 26700 Muadzam Shah


Pahang.

Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab
dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada ahli masyuarat. Perubahan alamat berdaftar hendaklah
dimaklumkan kepada pengerusi.
2.2 Pemegang jawatan bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik
dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Jawatankuasa Induk
Kelab.
2.3 Ahli kelab bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.

FASAL 3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai …………………………………………………………


dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu, kemahiran dan memupuk semangat
bertanggungjawab serta disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli kelab akan sedaya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi
dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

FASAL 4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

FASAL 5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu sahaja.

12
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

FASAL 6. AHLI JAWATANKUASA

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab
layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat tersebut.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

FASAL 7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

7.1.5 7.2 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru
(jika ada) Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas.

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

13
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa. Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.3.6 Menyediakan surat memohon sumbangan (jika ada).

7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat.

7.3.8 7.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menurunkan


tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.5.1 Membantu setiausaha tanggungjawabnya. dalam menjalankan segala tugas dan


Membantu menyediakan tempat mesyuarat. Bendahari

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira/Kewangan bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatankuasa

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7 7.6 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan.


Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. di dalam Penolong
Bendahari

14
7.7 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Ahli
Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

. 7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat.

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan


bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

7.8.3 Menandatangani laporan kewangan.

FASAL 8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan kelab dan persatuan adalah melalui derma atau
sumbangan yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Kelab dan Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Suwa sekolah,


sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

FASAL 9. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

15
FASAL 10 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

FASAL 11. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

FASAL 12. PERATUR AN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


PERATURAN 12

FASAL 13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

Fasal 14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara

16
17

You might also like