You are on page 1of 2

Laporan Majlis Penutupan Program I’M Free SK Batu Anam 2021

Pada 12 April 2021 telah berlangsung Majlis Penutupan Program I’m Free bertempat di Dewan
An-Nawawi SK Batu Anam. Seramai 115 orang murid telah berjaya mengikuti Majlis yang
berlangsung pada hari berikut dengan pelbagai persembahan yang telah dilaksanakan oleh
murid-murid.

Program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan
kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kancah najis dadah dan rokok. Para pelajar merupakan pemimpin negara pada masa
hadapan. Rosaknya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada nilai-nilai dan
sikap generasi masa kini. Di sekolah, Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah
dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah dan kerajaan dalam hal meningkatkan
kesedaran tentang penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan murid, guru dan kakitangan
sekolah.

Majlis bermula pada jam 10.00 dengan bacaan doa oleh Ustaz Tengku Mohamad Anwar Bin
R.Ab.Rashid. Seterusnya, majlis ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid iaitu, Roainis Binti Mohamed Ali mewakili Tuan Guru Besar yang tidak dapat
bersama kali ini atas urusan mesyuarat. Di dalam ucapan beliau, beliau telah mengingatkan
supaya semua murid dan guru perlu menjauhi bahan terlarang yang akan merosakkan
kehidupan. Beliau juga menasihati murid agar mengekalkan disiplin yang baik sepanjang alam
persekolahan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para guru SK Batu Anam
yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Majlis Penutupan. Murid-
murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. Majlis turut
diserikan dengan persembahan murid setiap kelas Tahun 1 dibawah bimbingan guru kelas
masing-masing. Majlis bersurai pada jam 12.00 pagi.
Dokumentasi Bergambar

12 April 2021

Dilaporkan oleh:

 ____________________
(Mohd Shahridza bin Mustafar)
Penyelaras I’m Free 2021
SK Batu Anam.

You might also like