You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

BILANGAN 2 TAHUN 2021

Tarikh : 14 Januari 2021


Hari : Khamis
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. EN. AMIRUL (GPK KOKU )


2. EN. MOHD FAUZAN BIN ABD HALIM ( KETUA PANITIA)
3. EN. MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI (SETIAUSAHA PANITIA)
4. PN. NORSARINA BINTI MOHD NOOR AJK
5. PN. FADILAH BINTI BAHARUDDIN AJK

Tidak Hadir (Bersebab)

1. Tiada

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 SOP PJ
4.0 RPT Penjajaran
5.0 Jadual waktu penjajaran
6.0 Rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani
7.0 Pemantauan dan pencerapan PDP Pendidikan Jasmani
8.0 Hal-hal lain
9.0 Ucapan penangguhan

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli panitia
kerana dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat.
1.2 Pengerusi melantik Ketua Panitia baru iaitu Encik Mohd Fauzan Bin ABD Halim bagi menggantikan Encik Ahmad
Daudin Bin Ismail yang telah berpindah sekolah .Beliau juga melantik setiausaha baru iaitu Encik Mohamad
Anuar Bin Zainal Sepri bagi menggantikan Pn. Norsarina Binti Mohd Noor.

Tindakan : Makluman
2.0 PEMATUHAN SOP PENDIKAN JASMANI

2.1 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru dalam panitia memberikan


komitmen yang berterusan untuk terus mematuhi SOP yang telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan.
2.2 Susun atur peralatan di stor sukan serta laluan masuk dan keluar dari
stor sukan perlulah mengikut SOP semasa. Tatacara penggunaan
peralatan sukan dan pelaksanaan pdpc Pendidikan Jasmani & Pendidikan
Kesihatan juga perlu berpandukan SOP semasa.

Tindakan : Semua guru PJK

3.0 RPT PENJAJARAN

3.1 Pengerusi menggariskan beberapa langkah untuk meneruskan kembali pengajaran dan
pembelajaran yang tergendala disebabkan PKP.
3.2 Hasil daripada pemerhatian, rancangan pembelajaran tahunan mengikut silibus penjajaran akan bermula dari
minggu ke 26 hingga minggu ke 48
3.3 Jadi pengerusi menegaskan bahawa silibus haruslah disusun dengan teratur agar input
yang diberikan kepada murid adalah maksimum..
3.4 Pengerusi juga memaklumkan agar semua guru PJ & PK bersedia dalam
merancang pdpc yang bersesuaian dengan murid agar ilmu pengetahuan
& kemahiran dapat disampaikan sama ada secara teori atau kaedah yang
boleh dilaksanankan berpandukan sop.

Tindakan : Semua guru PJK

4.0 RPH PENDIDIKAN JASMANI

4.1 Selain itu juga, guru boleh memberi latihan berkala dengan penggunaan
lembaran kerja atau buku modul mengikut kesesuaian. Pengerusi mengharapkan agar semua guru sentiasa bersedia
untuk memberikan komitmen yang tinggi bagi meningkatkan lagi pembelajaran
murid sekiranya mendapat arahan atau makluman terbaharu daripada
pihak KPM, JPN, PPD & pentadbiran sekolah berkaitan pendidikan
di sekolah rendah.
4.2 Pengerusi memberitahu bahawa bahan-bahan pembelajaran untuk subjek
PJ & PK sememangnya lebih terhad berbanding subjek-subjek yang lain.
Walaubagaimanapun, kita sebagai guru PJ & PK boleh berusaha setakat
yang termampu untuk memastikan pengajaran kita dapat disampaikan
kepada murid.

Tindakan : Semua guru PJK

5.0 PEMATUHAN SOP PENDIKAN JASMANI

5.1 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru dalam panitia memberikan


komitmen yang berterusan untuk terus mematuhi SOP yang telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan.
5.2 Susun atur peralatan di stor sukan serta laluan masuk dan keluar dari
stor sukan perlulah mengikut SOP semasa. Tatacara penggunaan
peralatan sukan dan pelaksanaan pdpc Pendidikan Jasmani & Pendidikan
Kesihatan juga perlu berpandukan SOP semasa.
Tindakan : Semua guru

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru PJ boleh menggunakan


peralatan-peralatan yang terdapat di stor sukan untuk kegunaan
pengajaran & pembelajaran masing-masing. Sebagai langkah
keselamatan, keadaan peralatan perlu dipastikan disanitasi supaya selamat untuk
digunakan terlebih dahulu.
6.2 Guru-guru diingatkan untuk mencatat rekod penggunaan peralatan sukan
pada buku yang disediakan.
6.3 GPK KOKU bersetuju untuk meletakkan buku SEGAK di dalam kelas masing-masing supaya memudahkan
murid-murid mengisi dalam ruangan yang disediakan selepas aktiviti kurikulum. Beliau juga akan memastikan guru-
guru kelas telah menerima bilangan buku SEGAK yang mencukupi untuk semua murid.
.

Tindakan : Semua guru

7.0 PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.


7.2 Tarikh mesyuarat akan datang adalah mengikut keperluan dan merujuk
kepada takwim.
7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi .

Disediakan oleh:

……………….............................. …………………….............................
(ENCIK MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI)
Setiausaha Panitia PJPK
SK FELDA TRIANG 3

Disahkan oleh,

...........................................................
(ENCIK AHMAD ZAINI BIN ISMAIL)
GURU BESAR SK FELDA TRIANG 3

You might also like