Professional Documents
Culture Documents
NBHS1304 (Pathophysiology)
NBHS1304 (Pathophysiology)
NBHS1304
PATOFISIOLOGI
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan……………………………………………………..3-4
4.0 Kesimpulan…………………………………………………….13
5.0 Rujukan…………………………………………………………14
2
1.0 Pengenalan
Gangguan pernafasan adalah yang biasa berlaku di kalangan neonatal sama ada ia
berlaku sejurus selepas kelahiran atau pun dalam masa 24 jam selepas kelahiran.
Menurut Hermansen dan Mahajan (2015), kira-kira 7 peratus daripada kelahiran akan
berlaku gangguan pernafasan. Sindrom gangguan pernafasan (RDS) berlaku terutama
di kalangan bayi yang dilahirkan pramatang dan kira-kira 1 peratus daripada bayi
yang baru lahir akan terjejas. Sindrom gangguan pernafasan adalah istilah yang
digunakan untuk disfungsi pernafasan yang berlaku di kalangan neonatal iaitu bayi
yang baru lahir. Sindrom gangguan pernafasan juga dikenali sebagai penyakit
membran hyaline. Diagnosis penyakit membran hyaline diperolehi daripada kehadiran
membran hyaline dalam salur pernafasan yang ditemui pada epitelium yang rosak
yang melapisi alveoli. Warren dan Anderson (2010) menyatakan sindrom gangguan
pernafasan ini berlaku akibat daripada kekurangan penghasilan surfaktan dan paling
kerap dilihat pada bayi yang dilahirkan pramatang yang berkait dengan kandungan
kembar,ibu hamil yang mengalami masalah diabetes mellitus semasa hamil,kelahiran
secara pembedahan,asfiksia serta sejarah keluarga yang pernah mengalami sidrom
gangguan pernafasan, (petikan dari Hockenberry & Wilson, 2015, ms. 368). Menurut
Greenough dan Milner (2005), kira-kira 50% bayi yang dilahirkan sebelum usia
kandungan 30 minggu genap akan mengalami sindrom gangguan
pernafasan.Manakala 1% daripada semua jumlah bayi baru lahir berkemungkinan
mengalami sindrom gangguan pernafasan, (petikan dari Fraser & Cooper, 2009, ms.
850). Semakin awal bayi dilahirkan,peratusan kebarangkalian untuk bayi mengalami
sindrom gangguan pernafasan adalah semakin tinggi.Ini adalah kerana kekurangan
penghasilan surfaktan oleh paru-paru. Ang (2013) menyatakan dalam kajian secara
purata kematangan paru-paru bayi akan tercapai dan dapat berfungsi sepenuhnya
apabila usia kandungan mencapai 35 hingga 36 minggu. Sekiranya bayi dilahirkan
sebelum tempoh tersebut,ia akan menghadapi masalah gangguan pernafasan.
Selain daripada faktor kematangan, terdapat juga beberapa keadan yang boleh
menyebabkan bayi yang dilahirkan matang mengalami gangguan pernafasan seperti
pneumothorax. Pneumothorax disebabkan oleh tekanan kuat yang dihasilkan oleh
pernafasan bayi yang pertama menyebabkan berlaku tekanan dan kekoyakkan kepada
alveoli serta membenarkan udara memasuki ruang paru-paru. Transient tachypnoea of
newborn (TTN) yang mana kadar pernafasan bayi mencapai 120 kali seminit.
Kelahiran secara pembedahan adalah faktor pradispos yang biasa menyebabkan bayi
3
mengalami TTN. Sindrom aspirasi mekonium dan juga infeksi yang berlaku boleh
menyebabkan bayi baru lahir mengalami gangguan pernafasan.
4
cecair, air ketuban atau mekonium. Sindrom gangguan pernafasan berlaku di kalangan
bayi yang lahir pramatang yang mana ia disebabkan oleh disfungsi mekanikal kerana
paru-paru belum terbentuk sepenuhnya, kekurangan penghasilan surfaktan dan rangka
torasik yang masih lembut. Antara penyebab lain yang menyumbang kepada
berlakunya gangguan pernafasan seperti kesan ubatan yang diberikan kepada ibu
sebelum kelahiran. Contoh ubatan seperti Pethidine atau Diazepam. Cerebral hypoxia
yang berlaku semasa kelahiran yang disebabkan oleh abruptio placenta atau cord
prolapse. Membran yang pecah untuk suatu jangka masa yang lama seperti premature
rupture of membrane (PROM) akan berkemungkinan bayi mendapat intranatal
pneumonia di mana akan menghalang bayi bernafas dengan sempurna. Ibu hamil yang
mempunyai masalah anemia yang teruk menyebabkan pendarahan fetomaternal atau
ketidaksesuaian rhesus akan mengurangkan kapasiti bekalan oksigen dalam darah.
Kecacatan kongenital seperti tracheal atresia iaitu bayi dalam keadaan sihat semasa
menangis dan kebiruan semasa berehat.
3.0 Patofisiologi
Bayi pramatang dilahirkan sebelum paru-paru terbentuk dengan sempurna untuk
berfungsi sebagai organ yang cekap untuk pertukaran gas. Ini merupakan faktor
kritikal dalam perkembangan sindrom gangguan pernafasan yang mana ia berlaku
hasil daripada gabungan struktur dan fungsi paru-paru yang tidak matang. Oleh
kerana pembukaan terakhir septa alveolar yang mana ia akan meluaskan permukaan
paru-paru berlaku pada trimester terakhir semasa kehamilan, bayi pramatang
dilahirkan dengan kebanyakan alveoli yang kurang terbentuk dan tidak mengembang.
Di samping itu juga permukaan dinding dada bayi yang didominasi oleh rawan lebih
daripada tulang dan diafragma berperanan sebagai otot pernafasan yang utama
terdorong menjadi lemah.
Secara fungsinya, paru-paru bayi pramatang kekurangan surfaktan yang mana
fosfolipid dirembeskan oleh type II cell di epitelium alveolar. Permulaan penghasilan
surfaktan adalah pada usia kandungan 24 minggu,tetapi type II cell matang
sepenuhnya pada usia kandungan 36 minggu. Fosfolipid bertindak mengurangkan
ketegangan permukaan cecair yang melapisi alveoli dan salur pernafasan bagi
membolehkan keseragaman pengembangan dan mengekalkan pengembangan paru-
paru berlaku pada tekanan intraalveolar yang rendah. Perkembangan yang tidak
matang pada fungsi ini menjejaskan kecekapan pernafasan. Kekurangan penghasilan
5
surfaktan menyebabkan ketidakseimbangan pengembangan alveoli pada inspirasi dan
penguncupan alveoli di akhir ekspirasi. Tanpa surfaktan, paru-paru bayi tidak boleh
mengembang. Oleh itu ia memerlukan keupayaan yang tinggi untuk mengembangkan
alveoli pada setiap pernafasan. Ketidakupayaan untuk mengekalkan pengembangan
paru-paru menghasilkan rebakan atelektasis.
6
Kekurangan kepada perfusi dan ventilasi pulmonari menyebabkan hipoksemia
dan hiperkapnia. Lapisan otot yang tebal pada arteriol pulmonari sangat reaktif
terhadap kekurangan kepekatan oksigen. Oleh itu, penurunan oksigen menyebabkan
vasospasme pada arteriol pulmonari yang mana keterukannya bertambah dengan
penurunan pH darah. Vasokonstriksi ini menyumbang kepada peningkatan PVR yang
ketara. Dalam ventilasi yang normal dengan peningkatan konsentrasi oksigen,berlaku
penyempitan pada duktus arteriosus dan dilatasi salur pulmonari untuk menurunkan
PVR.
Hipoksemia yang berpanjangan mengaktifkan anaerobic glycolysis yang mana ia
menghasilkan peningkatan jumlah asid laktik. Peningkatan asid laktik menyebabkan
metabolic acidosis. Ketidakupayaan untuk paru-paru untuk menyingkirkan karbon
dioksida yang berlebihan menybabkan berlakunya respiratory acidosis. Penurunan
pH menyebabkan vasokonstriksi yang berterusan. Dengan berkurangnya peredaran
pulmonary dan perfusi pada alveolar,partial pressure of oxygen (PaO2) menurun, pH
menurun dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan surfaktan tidak disalurkan
kepada alveoli.
7
mengurangkan risiko RDS. Menurut Hallman dan Saarela (2012) kajian menunjukkan
bahawa kombinasi pemberian glokokortikoid kepada ibu sebelum bersalin dan
pemberian surfaktan kepada bayi selepas bersalin memberi kesan sinergistik kepada
paru-paru bayi yang mana boleh mengurangkan kematian bayi dan kejadian
pendarahan intraventrikular dan juga jangkitan (petikan dari Hockenberry & Wilson,
2015, ms. 375). Jika kelahiran tidak boleh ditangguhkan sehingga selepas 34 minggu,
ibu boleh diberi terapi suntikan kortikosteroid sebelum kelahiran.Kortikosteroid
seperti Dexamethasone boleh membantu dalam mematangkan paru-paru bayi.
Kortikosteroid sering diberikan kepada ibu mengandung yang mempunyai risiko
bersalin awal antara 24 dan 34 minggu kehamilan. Menurut Ang (2013) dua dos
kortikosteroid harus diberi dengan dos pertama diberikan sekurang-kurangnya 24 jam
sebelum kelahiran adalah paling berkesan. Rawatan ini akan mengurangkan kadar dan
keterukan RDS serta kadar komplikasi lain di kalangan bayi pramatang.
8
mengurangkan kadar kematian akibat daripada sindrom gangguan pernafasan dan
mengurangkan kadar mortaliti bayi.Pemberian surfaktan sangat membantu jika ia
dimulakan pada enam jam pertama kelahiran. Penggantian surfaktan dapat membantu
mengurangkan keterukan sindrom gangguan pernafasan. Pemberian surfaktan adalah
melalui tiub endotrakeal terus ke trakea bayi. Tanggungjawab jururawat dalam
pemberian surfaktan merangkumi bantuan dalam penghantaran produk, pengumpulan
dan pemantauan arterial blood gas, pemantauan oksigen yang teliti dan toleransi bayi
terhadap prosedur tersebut.
Oksigen terapi juga merupakan raatan yang diberikan kepada bayi yang
mengalami sindrom gangguan pernafasan. Terapi oksigen adalah bertujuan untuk
memberikan oksigen yang mencukupi kepada tisu,mencegah pengumpulan asid laktik
akibat daripada hipoksia dan mengelakkan potensi kesan negatif oksigen toxicity.
Banyak kaedah telah dirancang untuk meningkatkan pengoksigenan. Gas perlu
dihangatkan dan dilembabkan sebelum ia memasuki saluran pernafasan. Sekiranya
bayi tidak memerlukan bantuan pernafasan,oksigen boleh diberi melalui nasal
cannula untuk membekalkan variasi konsentrasi oksigen yang lembab. Sekiranya
saturasi oksigen tidak dapat dikekalkan pada tahap yang memuaskan dan tahap
karbon dioksida (PaCO2), bayi memerlukan bantuan pernafasan. Oksigen harus diberi
secara bijak pepada bayi pramatang yang stabil semasa proses kelahiran untuk
mengekalkan paras oksigen di Neonatal Infant Care Unit (NICU). Pemerhatian yang
lebih harus difokuskan kepada konsentrasi oksigen yang tinggi dan pengaruh radikal
oksigen bebas terhadap perkembangan keadaan seperti Necrotizing Enterocolitis
(NEC), Brochopulmonary Dysplasia (BPD) dan Retinopathy of Prematurity (ROP).
Garis panduan Neonatal Resussitation Programme (NRP) mengesyorkan penggunaan
kepekatan oksigen antara 21% dan 100% untuk mencapai saturasi oksigen yang
sesuai dengan usia bayi dalam beberapa minit (American Academy of Pediatrics and
American Heart Association, 2011). Finer dan Leone (2009) mengesyorkan
pemberian oksigen adalah untuk mengekalkan saturasi oksigen di paras 83% ke 93%
pada bayi pramatang bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti (petikan dari
Hockenberry & Wilson, 2015, ms. 373).
Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) menggunakan tekanan antara 3
hingga 8cm H2O (positif) masuk ke saluran pernafasan dengan menggunakan
pernafasan spontan bayi untuk meningkatkan pengoksigenan dan membantu
mencegah alveolar daripada gagal berfungsi dan meningkatkan masa difusi. CPAP
9
boleh digunakan melalui fitted facemask atau pun nasal prong. Ventilasi dengan
CPAP dilakukan sepenuhnya oleh bayi. Menurut Manley, Dold, Davis et al., (2012)
Penggunaan high-flow nasal cannulae (HFNC) pada kadar aliran lebih besar atau
sama dengan 2 liter per minit adalah penggunaan alternatif nasal cannulae untuk bayi
yang alami sindrom gangguan pernafasan.Bayi tersebut mungkin telah diberi
surfaktan sebaik sahaja selepas kelahiran dan kemudian digantikan sama ada dengan
CPAP atau HFNC. Walau bagaimanapun kajian lanjut adalah diperlukan pada HFNC
sebelum ia digunakan secara meluas.
Jika pengoksigenan tidak menunjukkan kemajuan dan bayi memerlukan bantuan
pernafasan, intermittent mandatory ventilation (IMV) digunakan dengan positive end-
expiratory pressure (PEEP). Ini membolehkan bayi bernafas dengan kadar sendirinya
tetapi memberi tekanan positif pernafasan dengan PEEP untuk mencegah daripada
alveolar untuk gagal berfungsi dan mengatasi rintangan pada salur pernafasan.
Teknologi yang lebih baik diberikan kepada bayi pramatang atau pun bayi yang sakit
adalah sebuah alat bantuan pernafasan mekanikal yang sebelum ini digunapakai
kepada pesakit dewasa iaitu synchronized intermittent mandatory ventilation (SIMV).
Dengan kaedah ini,pernafasan yang diberi melalui ventilator adalah diselaraskan
dengan pernafasan bayi yang dimulakan secara spontan. Kesannya adalah untuk
menghasilkan sepenuhnya pernafasan yang berlaku secara serentak berbanding
asinkronus yang lebih dikenali sebagai melawan alat bantuan pernafasan yang secara
signifikannya menghalang kemampuan untuk membekalkan oksigen yang mencukupi
kepada bayi tanpa rawatan ubat pelali. Menurut Gardner, Enzman-Hines dan Dickey
(2011) kebaikan SIMV adalah untuk meningkatkan pengoksigenan dan
mengurangkan kejadian BPD dan mengurangkan tempoh penggunaan ventilasi
mekanikal (petikan dari Hockenberry & Wilson, 2015, ms.375).
Selain pada kaedah-kaedah perawatan seperti yang dibincangkan,terapi medikal
juga merupakan rawatan yang perlu diberikan kepada bayi dengan gangguan sindrom
pernafasan. Rawatan kepada bayi yang mengalami sindrom gangguan pernafasan
adalah dengan memerlukan lebih daripada satu intravena kateter bertujuan untuk
mengekalkan hidrasi kepada bayi melalui pemberian cecair, memantau blood gas
artery dan pemberian ubatan. Ubatan antibiotik boleh diberikan semasa fasa akut jika
bayi disyaki mengalami sepsis. Kafein boleh digunakan untuk merawat apnea dan
juga sebagai persediaan untuk memberhentikan bantuan pernafasan mekanikal secara
perlaha-lahan kepada bayi yang very low birth weight (VLBW) dan juga extreme low
10
birth weight (ELBW). Pemberian inotrop seperti dopamin dan dobutamin mungkin
diperlukan bagi menyokong tekanan darah sistemik bayi dan mengekalkan
keberkesanan cardiac output semasa fasa akut penyakit.
11
Bayi juga memerlukan persekitaran yang mana boleh mengurangkan aktiviti
metabolisme bagi mengekalkan kestabilan suhu. Bayi yang dilahirkan pramatang
mempunyai kulit yang tidak matang kerana kekurangan keratin di epidermis yang
mana memudahkan kehilangan air dan haba badan. Penggunaan inkubator yang
mempunyai suhu yang sesuai membantu memberi kesuaman dan mengekalkan suhu
badan dan persekitaran bayi. Bjorklund dan Hellstrom-Westa (2000) menyatakan
dengan meletakkan bayi ke dalam beg plastik sebaik sahaja selepas kelahiran
berkesan dalam mengurangkan kehilangan suhu badan bayi.
Bayi juga akan mengalami tekanan di semasa di dalam persekitaran neonatal.
Bayi masih lagi menunjukkan tanda-tanda tekanan dan kegelisahan selepas ubatan
penenang dan analgesia diberikan yang mana boleh menyebabkan kepada perubahan
tingkah laku dalam jangka masa yang panjang jika tidak dikendalikan. Menurut Noerr
(2001), penggunaan opiod untuk menghilangkan rasa sakit dan penenang adalah rutin
dalam perawatan dan sukrosa menjadi pilihan bukan farmakologi untuk pengurusan
kesakitan. Keadaan ini telah mendorong sebilangan alat penilaian kesakitan bagi
membantu untuk mengenali tindak balas tingkah laku yang mungkin tidak
menggambarkan keparahan kesakitan. Suasana di neonatal seperti pencahayaan yang
terang,bunyi yang bising oleh alatan perubatan yang digunakan akan menambahkan
tekanan terhadap bayi.Oleh itu, penurunan pencahayaan dan juga bunyian sedikit
sebanyak membantu mengurangkan tekanan kepada bayi sepanjang tempoh
perawatan.
Menurut Klaus dan Kennel (1989), hubungan antara ibu bapa dan bayi adalah
penting sepanjang tempoh perawatan. Keperihatinan ibu bapa adalah penting dalam
kelangsungan hidup bayi mereka. Komunikasi harian antara bayi dan ibu bapa sedikit
sebanyak membantu dalam proses perawatan dan pemulihan bayi. Sokongan para
jururawat dan doktor yang diberikan terhadap ibu bapa bayi sedikit sebanyak
membantu memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang meneruskan
kehidupan. Segala maklumat dan juga prosedur yang dilakukan terhadap bayi
haruslah diinformasikan kepada ibu bapa bagi mengurangkan kebimbangan mereka.
Cox dan Bialoskursi (2001) menyatakan bahawa 99% daripada ibu, maklumat
mengenai status bayinya amat penting bagi mereka sepanjang rempoh perawatan di
NICU.
4.0 Kesimpulan
12
Kesimpulannya, belajar untuk mengenali sindrom gangguan pernafasan pada bayi
yang baru lahir dan memahami fisiologi yang berkaitan dengan setiap sebab akan
membantu dalam memberi pengurusan yang optimum. Walaupun mengurangkan
kejadian melalui langkah pencegahan adalah ideal, pengesanan awal dan rawatan
penyakit pernafasan neonatal akan membantu mengurangkan komplikasi jangka
pendek dan jangka panjang serta kematian pada bayi yang berisiko. Kemahiran dan
juga pengetahuan para pengamal perubatan dan juga paramedik berupaya
menyelamatkan serta memanjangkan jangka hayat bayi tersebut di samping memiliki
peralatan perubatan yang canggih
5.0 Rujukan
13
Fraser, D. M ., & Cooper, M . A . ( 2009 ). Myles textbook for midwives ( 15th ed. ).
Edinburgh; New York : Churchill Livingstone
Hockenberry, M . J., & Wilson, D . ( 2015 ). Wong’s nursing care of infant and
children ( 10th ed. ). Mosby : Elsevier Health Science
14