You are on page 1of 40

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI

17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASRAMA SMK JELI 2018

TARIKH
1 FEBRUARI 2018 - 8 FEBRUARI 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
RASIONAL
Minggu orientasi ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang baru tinggal
asrama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana tinggal diasrama.
Perubahan pengalaman dan persekitaran untuk menyesuaikan diri dan berdikari sepanjang
kehidupan di asrama perlu didedahkan kepada mereka untuk mengelakkan ‘home sick’ dan
tidak diterima dalam kalangan rakan-rakan asrama. Pelbagai aktiviti bermanfaat telah
dirancang untuk dijalankan selama orientasi dijalankan.

OBJEKTIF
 Mendedahkan persekitaran dan suasana kehidupan di asrama.
 Membantu murid-murid yang baru tinggal di asrama menyesuaikan diri dengan
kehidupan asrama
 Mengelakkan masalah disiplin dan pelanggaran peraturan yang ditetapkan asrama
 Mewujudkan hubungan mesra antara senior dan junior dan memperkenalkan
warden-warden asrama.

FOKUS DALAM TAH


Fokus 3

SASARAN
Semua Pelajar Asrama SMK Jeli

TARIKH
1 Februari 2018 hingga 8 Februari 2018

TEMPAT
Dewan Sekolah Dan Asrama SMK Jeli

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir SMK Jeli, Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Bekas Pelajar Asrama SMK Jeli
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
SAMBUTAN MAJLIS IHYA RAMADHAN 2018

TARIKH
4 JUN 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
RASIONAL
Program ini dijalankan bagi menggalakkan murid memahami dan melaksanakan ibadah
dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak serta mempertingkatkan lagi rasa tanggungjawab dan
menghormati perintah Allah.

OBJEKTIF
 Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan
ramadhan al-mubarak.
 Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus
berpuasa
 Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadah di bulan
ramadhan

FOKUS DALAM TAH


Fokus 3

SASARAN
Pelajar Asrama SMK Jeli

TARIKH
4 Jun 2018

TEMPAT
Dewan Makan Asrama SMK Jeli

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir SMK Jeli, Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Tiada
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
PROGRAM “GILAP PERMATA SPM 2018”

TARIKH
26 JULAI 2018 – 27 JULAI 2018
(JUMAAT – SABTU)

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
RASIONAL
Kem Kecemerlangan ini merupakan program yang dirangka khusus untuk membantu
meningkatkan lagi prestasi pelajar - pelajar harapan terutamanya pelajar asrama dalam
subjek-subjek yang tertentu. Program ini akan diterapkan dengan kemahiran dan teknik
menjawab soalan untuk memperolehi A. Dengan bantuan guru – guru pakar dan pemeriksa
kertas soalan yang dapat memberi memberi pengajaran dan perkongsian berfokus
peperiksaan sebenar SPM. Semoga dengan terlaksananya program kecemerlangan seperti ini
dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajar asrama SMK Jeli ke tahap yang maksimun.

OBJEKTIF
• Mengetahui teknik menjawab untuk mendapat skor yang lebih tinggi
• Memperkayakan motivasi pelajar dan membantu para pelajar memperolehi keputusan
cemerlang dalam peperiksaan 2018
• Membina keyakinan para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM kelak

FOKUS DALAM TAH


Fokus 2

SASARAN
80 pelajar asrama

TARIKH
26 Julai 2018 – 27 Julai 2018

TEMPAT
Tanjong Demong Beach Resort, Besut, Terengganu

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir SMK Jeli, Guru Tingkatan 5, Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Bekas Pelajar Asrama SMK Jeli
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
KEM PERDANA SPM

TARIKH
9 OGOS 2018 – 11 OGOS 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
RASIONAL
Kem pembelajaran yang dijayakan ini merupakan usaha kemuncak bagi memperkukuhkan
lagi tahap kesediaan pelajar untuk lebih konfiden menghadapi peperiksaan yang bakal tiba
tidak lama lagi. Ia juga merupakan rumusan terhadap apa yang telah diajar oleh guru-guru
selama masa proses pembelajaran di dalam kelas dengan harapan para pelajar secara
konsisten mengingati apa yang telah dipelajari oleh mereka disamping mendapat sentuhan
akhir pembakar semangat oleh guru mereka.

OBJEKTIF
1. Pelajar dapat memhami secara lebih jelas tentang kaedah dan teknik menjawab
soalan peperiksaan dengan betul.
2. Pelajar mendapat lebih pendedahan tentang kaedah pembelajaran berkesan dan
pengurusan masa yang cekap.
3. Melahirkan lebih ramai pelajar memperolehi keputusan cemerlang dalam
peperiksaan SPM 2018.

FOKUS DALAM TAH


Fokus 2

SASARAN
Pelajar Tingkatan 5

TARIKH
9 OGOS 2018 – 11 OGOS 2018

TEMPAT
Bilik PREP Asrama, Dewan Sekolah Dan Kelas

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir, Guru Matapelajaran, Kaunselor, Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Tiada
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT ASRAMA

TARIKH
28 OGOS 2018 - 31 OGOS 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
PENDAHULUAN
Asrama SMK Jeli akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim
Asrama bagi tahun 2018. Justeru, pihak asrama akan mengambil inisiatif mengadakan
aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 bertemakan ‘SAYANGI
MALAYSIAKU’. Aktiviti-aktiviti yang di jalankan mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan
pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik
serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pelajar dan warden-
warden.

RASIONAL
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar asrama serta meningkatkan
kesedaran warga asrama tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan
perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan
dianjurkan dalam peringkat asrama supaya dapat mencungkil bakat terpendam pelajar
asrama secara menyeluruh.

OBJEKTIF
i. Menanam sikap sayang dan cinta kepada negara.
ii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada negara.
iii. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
iv. Pelajar mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
v. Pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
vi. Pelajar mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas
jasa-jasa mereka.
vii. Pelajar dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema sambutan kemerdekaan.
viii. Mencungkil bakat pelajar.
ix. Menguji pengetahuan am para pelajar
x. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xi. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa
FOKUS DALAM TAH
Fokus 3

SASARAN
Semua Penghuni Asrama SMK JELI

TARIKH
28 Ogos 2018 Hingga 31 Ogos 2018

TEMPAT
Dewan Sekolah, Padang Dan Surau Asrama SMK Jeli

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir SMK Jeli, Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


IPD Jeli
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
JAMUAN AKHIR TAHUN PERINGKAT ASRAMA 2018

TARIKH
5 OKTOBER 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
PENDAHULUAN

Asrama SMK Jeli akan mengajurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2018. Majlis
jamuan akhir tahun ini merupakan acara tahunan asrama sekolah ini. Majlis ini akan
dihadiri oleh semua kakitangan, penghuni asrama dan beberapa jemputan kehormat
bagi memeriahkan majlis ini.

TARIKH : 5 Oktober 2018


MASA : 8.00 Malam - 10.00 Malam
TEMPAT : Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah

OBJEKTIF

i. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara warga Asrama
SMK Jeli di samping mengukuhkan perpaduan dan semangat kekeluargaan
yang telah sedia terjalin.
ii. Menghargai sumbangan dan meraikan pencapaian penghuni Asrama SMK
Jeli.

FOKUS DALAM TAH


Fokus 3

SASARAN
Pelajar Asrama SMK Jeli

TARIKH
5 Oktober 2018

PERSONEL TERLIBAT
Pentadbir SMK Jeli, Warden dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Tiada
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
17600 JELI, KELANTAN

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

TARIKH
25 NOVEMBER 2018 – 28 NOVEMBER 2018

ANJURAN
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI
RASIONAL
Program lawatan dan pendedahan kerjaya pelajar-pelajar Asrama SMK Jeli ke Kuala
Lumpur terdiri daripada 37 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Matlamat lawatan
sambil belajar ini adalah sebagai pendedahan kepada pelajar asrama kerana kebanyakan
pelajar ini terdiri daripada kalangan pelajar miskin atau tidak berkemampuan untuk
melancong seperti pelajar lain yang berkemampuan. Dalam usaha mencapai matlamat ini,
Asrama SMK Jeli mengambil insiatif untuk mengadakan lawatan dan pendedahan kerjaya
ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk pembelajaran secara tidak formal.
Untuk itu, Kuala Lumpur telah dijadikan pilihan untuk lawatan sambil belajar pada tahun ini
memandangkan banyak tempat yang bermafaat yang dapat dilawati yang boleh memberikan
input yang berguna kepada pelajar.

OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia luar selain dari Jeli dan
Kelantan.
2. Pelajar akan mendapat maklumat dengan lebih tepat mengenai tempat yang ingin
dilawati
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk
melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif.
4. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam berhadapan dengan
masyarakat luar Kelantan.
5. Memberikan satu suntikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha bagi
mencapai kejayaan yang diingini.

FOKUS DALAM TAH


Fokus 3

SASARAN
37 Pelajar Asrama SMK Jeli dan 3 orang guru pengiring

TARIKH
25 November 2018 – 28 November 2018
TEMPAT YANG AKAN DILAWATI
- Petrosains Dan Aquaria KLCC
- Dataran Merdeka
- ICT Shah Alam
- Masjid Negara
- Masjid Putrajaya
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- Politeknik Nilai

PERSONEL TERLIBAT
Warden Dan Penyelia Asrama

AGENSI LUAR TERLIBAT


Tiada

You might also like