You are on page 1of 7

SOALAN 1:

Empat faktor yang boleh mengakibatkan konflik antara etnik di Malaysia adalah seperti
berikut:

1. Rusuhan

Memandangkan setiap kumpulan etnik mempunyai budaya serta kepercayaan yang


berbeza, konflik mudah tercetus sekiranya berlaku insiden yang menyentuh sensitiviti
kumpulan etnik tertentu. Oleh itu, rusuhan etnik boleh dikatakan berlaku akibat terdapat
perbezaan dan percanggahan nilai atau kepentingan.

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan krisis perkauman yang
terbesar di Malaysia [ CITATION Uru16 \l 1033 ]. Ia membuktikan dengan cukup jelas
bahawa wujudnya perasaan syak wasangka dan perasaan permusuhan yang amat ketara
dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini (Mohamad Asrol Arpidi bin Mamat,
1985). Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman menjadi tema
utama sepanjang kempen pilihanraya pada 1969 dan telah membangkitkan semangat
prasangka dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.

2. Sikap stereotaip dan perjudis

Perjudis adalah imej mental yang bersifat negatif mengenai individu tertentu. Ia
berpandangan umum dan menilai individu berdasarkan ikatan emosi mereka terhadap
kumpulan etnik individu tersebut.

Individu yang mempunyai sifat prejudis ini juga seringkali bersifat stereotaip kerana
terdapat gambaran atau imej yang tidak tepat mengenai sesebuah kumpulan etnik.
Pandangan mereka yang berstereotaip tidak mudah diubah walaupun terdapat bukti yang
menafikan kebenarannya. Mereka bertanggapan bahawa cara dan nilai kumpulan mereka
adalah betul dan lebih tinggi kedudukannya daripada kumpulan etnik lain.
Sikap-sikap tersebut adalah tidak rasional kerana individu tidak dinilai secara objektif dan
adil. Ini akan membawa kepada kegagalan untuk memahami budaya serta kepercayaan
etnik yang lain dan seterusnya timbul ketegangan di antara kumpulan etnik dan punca
kepada rasisme iaitu konflik antara masyarakat yang berbeza.

3. Ketidakstabilan ekonomi dan politik

Ketidakseimbangan dalam lapangan ekonomi dan politik mampu mencetuskan konflik


antara etnik. Konsep penglibatan kegiatan ekonomi berteraskan kaum yang berpunca dari
zaman penjajah British menjadikan kedudukan sosioekonomi masyarakat tidak seimbang
dan berlanjutan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Kaum Melayu dan India
lebih kepada ekonomi sara diri, manakala kebanyakan kaum Cina adalah peniaga.
Kegiatan ekonomi yang berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan di mana kelompok
etnik tertentu memperoleh kejayaan manakala kelompok lain pula terpinggir. Ini
menimbulkan perasaan prasangka antara kaum dan persaingan ekonomi secara tidak sihat
dan seterusnya tentangan.

Dari aspek politik, kebanyakan sarjana yang membuat penyelidikan mengenai politik
Malaysia tidak menafikan bahawa orientasi kebanyakan parti-parti politik bersifat
perkauman. Setiap kaum menubuhkan parti kaum masing-masing kerana mereka mahu
menjadi jaguh untuk memperjuangkan kepentingan dan hak-hak masing-masing. Terdapat
parti-parti politik tertentu yang cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan
kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda
berkenaan dengan isu perkauman. Politik perkauman dan ideologi yang bersifat
perkauman adalah penyebab utama generasi muda mempunyai persepsi negatif antara satu
kaum yang lain (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2015).

4. Dasar pecah dan perintah yang diamali oleh penjajah British


Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menempatkan kaum-kaum
mengikut kegiatan ekonomi dan mata pencarian hidup yang serasi dengan cara hidup
mereka.
Orang-orang Melayu kebanyakannya terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di
kawasan kampung. Masyarakat Cina pula tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Manakala kaum
India kebanyakannya pula bekerja sebagai peladang di estet dan menetap di kawasan estet.

Akibat dasar pecah dan perintah terhadap masyarakat adalah amat ketara kerana ia
menyebabkan hubungan di antara kaum terbatas (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2011).
Interaksi di antara kaum adalah terhad dan ini membawa kepada kesukaran kaum Melayu,
Cina dan India untuk mewujudkan perpaduan dan bersepakat kerana mereka tidak
berpeluang berkomunikasi dan mempelajari untuk memahami satu sama lain.

Pada pandangan saya, langkah yang terbaik untuk mengatasi konfik etnik adalah dengan
membaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan ekonomi kaum. Jurang ekonomi
yang besar menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Oleh yang demikian, kerajaan
haruslah melalui dasar pendidikan melahirkan golongan yang berilmu dan berkemahiran untuk
mampu bersaing dalam pelbagai bidang. Golongan yang terpelajar berupaya merubah corak
kehidupan dan ekonomi di negara ini.

Sesuatu kaum tidak lagi monopoli ekonomi tetapi disebaliknya ekonomi Malaysia akan terbuka
luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, maka
jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan. Masyarakat yang berilmu dapat
menghapuskan pengenalan identiti melalui bidang ekonomi dan boleh mewujudkan sebuah
negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial.
SOALAN 2:

Tiga (3) kesan penjajahan Inggeris terhadap struktur masyarakat di Malaysia boleh dihuraikan
dari segi politik, ekonomi dan sosial.

1. Politik

Dari segi politik, kesan penjajahan British dapat dilihat dengan jelas dalam pengamalan
sistem pemilihan wakil-wakil rakyat dan pembentukan sesebuah kerajaan. Sistem ini
dikenali sebagai sistem Demokrasi Berparlimen di mana Malaysia menjadikan Parlimen
sebagai kuasa badan perundangan tertinggi persekutuan yang terdiri daripada Yang di-
Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sistem Raja Berperlembagaan yang dipratikkan di Malaysia berasaskan sistem dari Great
Britain. Hal ini bermula ketika penjajah British campurtangan dalam pemerintahan
tempatan melalui sistem residen dan penasihat British. Sistem perundangan di Malaysia
mengunakan undang-undang British dengan sepenuhnya dalam mahkamah sivil. Manakala
kuasa sistem perundangan Syariah adalah terhad dan kepada undang-undang Islam.

Pentadbiran British telah sedikit sebanyak menpengaruhi corak pentadbiran Malaysia pada
hari in. Namun begitu, Malaysia tidak mengikut sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi
mengubahnya secara beransur-ansur melalui pindaan perlembagaan untuk mengikut
kesesuaian semua masyarakat.

2. Ekonomi

Pada zaman pemerintahan British, banyak tumpuan diberikan kepada pengeluaran bahan
mentah seperti tanaman getah dan melombong bijih timah. Permintaan bahan mentah
tersebut meningkat ketika revolusi perindustrian dalam penghasilan automobil. British
memerlukan tenaga buruh yang ramai dan oleh itu pihak British membawa masuk buruh-
buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

Orang Cina ditempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran dengan
bandar-bandar, manakala tenaga orang India pula digunakan di ladang-ladang getah.
Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan
perikanan. Kesannya ialah terbentuk pelbagai kaum dan telah mengubah struktur
kependudukan di Tanah Melayu. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang
sehingga kini.

3. Sosial

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan
British. Pembentukan masyarakat majmuk adalah akibat kemasukan buruh-buruh dari
China dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan tenaga buruh dalam
pengeluaran bahan mentah seperti getah dan bijih timah. Kebanyakan buruh asing
akhirnya menjadi penduduk tetap di Malaysia sehingga kini. Pergaulan mereka dengan
penduduk tempatan wujudnya asimilasi dan amalgamasi di antara kaum.

Dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British dimana kaum-
kaum ditempatkan di kawasan kegiatan ekonomi masing-masing, sekolah-sekolah
vernakular telah diperkenalkan iaitu sekolah-sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Bahasa Inggeris dipelajari dan juga luas digunakan sebagai bahasa perantaraan oleh
penduduk tempatan. Pada masa yang sama, tulisan rumi telah menggantikan tulisan Jawi.
Sehingga hari ini, tulisan rumi dan bahasa Inggeris masih digunakan.

Lanskap atau demografi turut berubah daripada kawasan pendalaman dan kampung
menjadi kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan
penanaman getah. Minda penduduk di kawasan pendalaman menjadi lebih terbuka dan
boleh menerima unsur-unsur barat seperti dalam bidang muzik, reka bentuk bangunan,
perubatan dan sebagainya.
Pada pandangan saya, perpaduan dan kemakmuran masyarakat di Malaysia adalah amat
penting untuk negara terus membangun dan maju. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar
ke arah pembentukan integrasi nasional. Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990) diperkenalkan
untuk menangani isu-isu yang menyebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Dasar tersebut
bermatlamatkan pencapaian perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara [ CITATION Pri19 \l
1033 ] dan seterusnya memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dan
kawasan. Dasar tersebut disusuli dengan Dasar Pembangunan Nasional (1991 – 2000)
berobjektif untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah
masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan
dan rukun negara.

Disamping program-program yang diterajui oleh kerajaan, sekolah-sekolah turut memainkan


peranan untuk memupuk sikap penerimaan, persefahaman dan integrasi di antara kaum.
Generasi muda didedahkan kepada corak hidup masyarakat majmuk dan sikap toleransi dan
hormat terhadap budaya dan agama kaum lain.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dibawah naungan Jabatan Perdana Menteri
berperanan untuk memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah
perpaduan nasional dan juga mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama
[CITATION JAB19 \l 1033 ]. Kempen-kempen yang dianjurkan telah membina masyarakat
Malaysia yang lebih bertoleransi dan berinteraksi di antara kaum. Sikap-sikap ini dapat
diperhatikan semasa masyarakat yang berbilang kaum berpusu-pusu mengunjungi rumah
terbuka semasa perayaan. Rumah terbuka merupakan salah satu kaedah memupuk perpaduan
yang berkesan kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain.
Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat dapat
dijalin.
Malaysia yang kini masih dalam era pembangunan memerlukan kesatuan dari semua golongan
masyarakat tidak mengira bangsa dan agama untuk mencapai kemajuan dan kestabilan negara.
Oleh yang demikian, sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah berdedikasi dan berkomited
untuk mencapai perpaduan dan kemakmuran kepada negara tercinta.

Rujukan
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2011). Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahanan
Negara. Political Management and Policies in Malaysia, Perpustakaan Sultanah
Bahiyah, 444.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2019). Info Perpaduan. Retrieved from
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL:
https://www.perpaduan.gov.my/ms/pusat-media/berita-aktiviti-perpaduan

Mohamad Asrol Arpidi bin Mamat. (2018). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas Peningkatan
Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Jurnal Perspektis, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2015). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif
Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Parti Politik. Jurnal Hadhari, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.

Prime Minister's Office of Malaysia. (2019). Dasar Ekonomi Baru. Retrieved from Prime
Minister's Office of Malaysia:
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf

Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat). (2016). Peristiwa 13 Mei. Retrieved from Portal
Rasmi Polis Diraja Malaysia: http://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-
malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei

You might also like