You are on page 1of 4

Sesi Akademik 2019

Semester Kedua
Julai 2019

TMA 1 & TMA 2


MPU3113/03
HUBUNGAN ETNIK

TARIKH AKHIR TMA 1 : 6 September 2019


TARIKH AKHIR TMA 2 : 25 October 2019
TMA1 ( 100 markah)
Arahan:

1. Tugasan individu ini mewakili 35 % daripada markah keseluruhan kursus.


2. Sila serahkan tugasan anda ini pada waktu yang telah ditetapkan. Tarikh akhir
penghantaran ialah pada 6 September 2019.
3. Jawab semua soalan berikut. Jawapan yang diberikan perlulah mematuhi arahan
berikut:

• Format penulisan mestilah menggunakan format APA style.


• Tulisan Arial atau Times New Roman saiz 12
• Sertakan sumber rujukan yang berkaitan bagi menyokong hujah anda.
• Tidak melebihi 3 muka surat untuk satu soalan.
• Markah ditolak jika anda didapati meniru.
• Sila jawab mengikut kehendak soalan.

1. Jelaskan empat (4) faktor utama yang boleh mengakibatkan konflik antara etnik
di Malaysia. Pada pandangan anda, apakah langkah terbaik bagi mengatasi
konflik tersebut.
( 50 markah)

2. Jelaskan tiga (3) kesan penjajahan Inggeris terhadap struktur masyarakat di


Malaysia. Pada pandangan anda, apakah aspek positif yang membawa
perpaduan dan kemakmuran kepada masyarkat Malaysia hari ini.

(50 markah)
TMA2 ( 100 markah)
Arahan:

1. Tugasan individu ini mewakili 35% daripada markah keseluruhan kursus.


2. Sila serahkan tugasan anda ini pada waktu yang telah ditetapkan. Tarikh akhir
penghantaran ialah pada 25 Oktober 2019.

Tajuk Tugasan:
Anda dikehendaki menyediakan laporan mengenai salah satu mengenai kumpulan etnik
dan subetnik berikut sahaja. (pilihan perlulah yang berlainan daripada etnik anda
sendiri)

• Melayu-Kedah
• Minangkabau
• Sikh
• Orang Asli
• Peranakan Jawi

Tugasan anda ini hendaklah merangkumi latarbelakang kumpulan etnik ini, budaya,
adat resam dan dinamika identiti mereka. Lampirkan gambar-gambar yang sesuai bagi
memberi gambaran visual mengenai budaya dan adat resam kelompok etnik ini.
Tugasan ini hendaklah tidak melebihi 10 mukasurat, font 12, Times New Roman dan
langkau dua baris. Adalah diharapkan, anda akan lebih memahami budaya kumpulan
etnik lain dan meraikan kepelbagaian melalui tugasan ini.
Garis Panduan:
Tajuk
• Contoh: Masyarakat Orang Asli
Pengenalan
• Jelaskan mengapa memilih kumpulan etnik/subetnik ini
• Terangkan secara ringkas kerangka penulisan
Isi
• Latarbelakang etnik (etimologi dan sejarah asal-usul)
• Budaya (bahasa, agama, makanan tradisional, seni persembahan, pakaian dan
permainan tradisi)
• Adat resam (perkahwinan, kematian dan perayaan utama)
• Dinamika identiti (perubahan identiti, budaya dan kepercayaan)
Kesimpulan
• Nyatakan keunikan kumpulan masyarakat ini
• Nyatakan juga aspek budaya atau adat resam yang mempunyai persamaan
dengan kumpulan etnik anda
Rujukan
• Menggunakan sekurang-kurangnya lima rujukan dalam bentuk buku, artikel
jurnal.

You might also like