You are on page 1of 7

Nama: ................................................................. Nombor Kad Pengenalan: .......................

900/2 STPM

PRA PENTAKSIRAN SEMESTER 2 ( PENGAJIAN AM )

KERTAS 2

(SATU JAM SETENGAH)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, Untuk kegunaan


bahagian B, dan bahagian C. pemeriksa

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian A Bahagian A


dan satu soalan dalam bahagian B dan bahagian C. 1

Calon boleh memilih sama ada menjawab semua soalan dalam 2


bahagian A pada ruang yang disediakan atau pada helaian 3
jawapan.
4
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian B
Bahagian B dan Bahagian C. Mulakan setiap jawapan pada
helaian yang baharu dan susun jawapan anda mengikut tertib
berangka.
Bahagian C

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


Bahagian A
[15 markah]
Jawab semua soalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, 2013-2025 menggariskan enam ciri


yang perlu ada pada setiap murid agar bersaing pada peringkat global.

1. Huraikan dua ciri tersebut [4]

(i) __________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. Senaraikan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan dalam Dasar Teknologi
Hijau. [4]

(i) __________________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________________

(iii) __________________________________________________________________________

(iv) __________________________________________________________________________

3. Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan Malaysia. [3]

(i) __________________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________________

(iii) __________________________________________________________________________

2
4. Terangkan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. [4]

(i) __________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

(ii) _________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

3
Bahagian B
[20 markah]

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan terpilih di Malaysia antara tahun
2006 dengan 2007.

Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 telah menunjukkan sedikit
peningkatan berbanding dengan eksport pada tahun 2006. Setelah mencatat kejatuhan yang
ketara sebanyak 5.3% pada tahun 2006, eksport barangan elektronik, jentera dan perkakasan
elektrik terus merosot daripada RM300 787 juta pada tahun 2006 kepada RM288 326 juta pada
tahun 2007. Kemerosotan ini disebabkan oleh peningkatan nilai ringgit yang menyebabkan harga
barangan keluaran Malaysia menjadi agak tinggi di pasaran dunia.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan,


pengeksportan produk kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM14 791 juta pada tahun
2006 kepada RM14 391 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2007, pengeksportan produk getah
pula mengalami perubahan yang agak sedikit, iaitu daripada RM9332 juta pada tahun 2006
kepada RM10 588 juta pada tahun 2007. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan
kedudukannya sebagai pengeluar utama produk getah dengan menyumbang sebanyak 47 peratus
daripada keperluan dunia.

Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai


eksportnya. Pada tahun 2006, eksport produk petroleum bernilai RM23 930 juta dan telah
menokok sebanyak RM2159 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga turut
membantu perkembangan dalam pengeksportan kimia, produk kimia, dan plastik. Pada tahun
2006, nilai eksport kimia, produk kimia, dan plastik ialah sebanyak RM37 716 juta dan telah
melonjak kepada RM41 572 juta pada tahun 2007.

Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaan telah
mengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan daripada
negara pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006, nilai

4
eksport sebanyak RM8559 juta menyusut kepada RM8384 juta. Eksport besi, keluli, dan produk
logam telah mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk ini
ialah China, yang melakukan persiapan akhir untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik
Beijing 2008. Eksport pada tahun 2007 ialah sebanyak RM26 695 juta setelah mengalami
peningkatan sebanyak RM3774 juta daripada tahun sebelumnya.

Tekstil, pakaian, dan kasut antara barangan eksport Malaysia yang mendapat saingan
hebat daripada negara pengeluar lain, terutamanya negara China. Keadaan ini telah
menyebabkan nilai eksportnya mengalami sedikit kemerosotan, iaitu RM10 925 juta dan
RM10 631 juta.

( Disesuaikan daripada Laporan Tahunan


Jabatan Perangkaan Malaysia 2008 )

5
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah pinjaman yang diperuntukkan bank perdagangan
mengikut sektor-sektor terpilih di Malaysia pada tempoh yang dinyatakan.

Bagi menyokong transformasi kerajaan ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah dan
berpendapatan tinggi, keupayaan sistem kewangan memacu sektor ekonomi dengan
menyediakan pakej pinjaman jangka pendek dan sederhana.
Bagi sektor asas pertanian, pada bulan Julai 2010 mencatatkan peruntukan pinjaman
sebanyak RM16,230 juta daripada RM119,296 juta berbanding jumlah pinjaman yang
diperuntukan pada bulan Disember pada tahun yang sama sebanyak RM16,084 juta.
Pada bulan Julai dan Disember 2010, jumlah peruntukan pinjaman bagi sektor pembinaan
berjumlah RM62,227 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 51.15% adalah jumlah peruntukan
pinjaman bank perdagangan kepada sektor pembinaan pada bulan Disember 2010. Jumlah
keseluruhan peruntukan pinjaman pada bulan Disember 2010 adalah sebanyak RM124,236 juta.
Jumlah peruntukan pinjaman kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM30,558 juta pada
bulan Julai 2010, manakala pada bulan Disember 2010 pula jumlah pinjaman kepada sektor yang
sama berjumlah RM33,669 juta. Peruntukan pinjaman kepada sektor ini mencatatkan jumlah
paling tinggi ekoran berlaku sedikit perkembangan dalam urus niaga hartanah terutama di lokasi
strategik.
Sektor pendidikan dan kesihatan juga mencatatkan peruntukan yang ketiga tertinggi
sepanjang tahun 2010. Pada bulan Disember, jumlah peruntukan bank perdagangan sebanyak
RM24,108 juta, telah meningkat sebanyak RM509 juta berbanding peruntukan pinjaman pada
bulan Julai tahun 2010.
Pada tahun 2010 dan tahun 2011, iaitu selepas Model Baru Ekonomi dibentangkan dalam
Rancangan Malaysia ke sepuluh, beberapa bank perdagangan di Malaysia telah memberi
keutamaan dalam sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi. Pada bulan Disember
2010 pula peruntukan pinjaman kepada sektor ini berjumlah RM18,546 juta. Manakala pada
bulan Julai 2010 pula jumlah peruntukan pinjaman sebanyak RM18,511 juta.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi Kerajaan Persekutuan
Malaysia, Suku Ketiga 2010)

6
Bahagian C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan terbukti apabila mereka


berusaha untuk menjalani gaya hidup sihat. Bincangkan cabaran dan strategi dalam
melaksanakan penyediaan kemudahan prasarana perkhidmatan kesihatan awam secara
komprehensif.

8. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik sejak negara ini
mencapai kemerdekaan. Pelbagai kesan negatif mungkin berlaku sekiranya Malaysia gagal untuk
mengekalkan kestabilan politiknya. Huraikan.

You might also like