You are on page 1of 5

Pendidikan Pencegahan Dadah

Pengenalan
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk
member pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan
berupaya menentang ancaman dadah.

Pendidikan Pencegahan Dadah boleh:

a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan


Pencegahan Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dengan dadah.
b) Membangunkan modal insane yang memiliki ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental
dan rohani.
c) Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-
nilai murni di kalangan pelajar.
d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat
sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha
mencegah dadah.
e) Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat
murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.
Sejarah penubuhan PPDa
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim
Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)
disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan
Program SLAD pada tahun 1988 sehingga sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar
ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti
seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit Anti Dadah dimulakan pada tahun 1999 setelah
pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23).
Pelaksanaan Program 5 minit AntiDadah di sekolah. Program ini dijalankan
pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5
minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid
berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul
diterangkan kepada murid-murid.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2004 memperkasakan


pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan
ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa. Maka pelbagai
program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah,
Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah,
Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah,
Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal,
kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program
Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik /
lorong / sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah
ditubuhkan di perpustakaan.
Visi PPDa SKSK

“Sekolah Bebas Dadah dan Asap


Rokok”

Misi

Melahirkan murid bebas dadah melalui


Program PPDa yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek pengurusan
dan kepimpinan, kurikulum,
kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Peranan Untuk Mewujudkan Generasi Tanpa Dadah


Peranan Individu
Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah
melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya
dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka.

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak
melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.

Peranan Guru
Setiap masa, para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak
melibatkan diri dengan dadah.

Peranan Pemimpin Masyarakat


Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan
supaya semua anggota masyarakat berganding bahu, sepakat dan sekata untuk
bersama-sama membasmi dadah. Hanya pemimpin yang benar-benar komited
dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah.

Peranan Majikan
Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing
sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja
mereka bebas daripada dadah.

Peranan Pekerja
Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka
sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak
terlibat dengan dadah.

Peranan Belia
Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan
untuk memimpin Negara pada masa depan. Oleh itu, mereka perlu membuat
persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini.

Peranan Pelajar
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan
perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan
dadah. Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan
hidup kepada para pelajar.
Peranan Media Massa
Pihak media berperanan untuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai
penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran
am yang paling utama dan bahan yang mudah didapati oleh pelbagai lapisan
pembaca.

Peranan Pertubuhan Sukarela


Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk generasi tanpa
dadah perlu menyumbangkan masa, tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk
mencapai misi ini. Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segala apa
cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang
berat untuk dilakukan.

You might also like