You are on page 1of 3

MPU 24011

SUKAN

REPORT DRAFT TUNJUK CARA SUKAN


PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN
LECTURER: NORHAFEEZA BINTI BAMBANG SHAIDI

PREPARED BY:
THULASI A/P MUNIANDY(23DBS20F2036)
SEJARAH PERMAINAN BATU SEREMBAN

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain
oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih.
Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan
objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali
sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam
rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu
Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini
akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah
satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan
buah tujuh.

CARA PERMAINAN BATU SEREMBAN

 Buah Satu:

 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu
sama lain.
 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
 Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

 Buah Dua:

 Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.


 Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
 Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

 Buah Tiga:

 Buah tiga ada sedikit perbezaan.


 Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
 Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah Empat

Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.

 Buah Lima:

 Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.


 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah
diatas lantai dengan serentak.
 Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji
buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu
sahaja yang akan disambut.

 Buah Enam:

 Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.


 Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan
buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

 Buah Tujuh:

 Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.


 Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
 Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
 Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
 Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

You might also like