You are on page 1of 7

Apakah pediatrik? Bilakah anda perlu bertemu dengan Ahli Pediatrik?

Di dalam artikel ini, kami amat bertuah kerana diberi peluang untuk menemubual Dr. Melanie
Majaham yang sangat berpengalaman malahan seorang yang sangat penyayang untuk mengetahui isu
ini dengan lebih lanjut.

GetDoc: Hello Doctor, terima kasih kerana sudi untuk ditemubual. Bolehkah Dr. terangkan apakah
kepakaran Dr. kepada kami?

Dr. Melanie: Saya merupakan Ahli Pediatrik Umum. Saya merawat pelbagai jenis penyakit kanak-
kanak pada peringkat awal dan juga rawatan permulaan bagi pesakit dalam.

GetDoc: Bolehkah Dr. terangkan kepada pembaca kami apakah maksud pediatrik dalam satu ayat?

Dr. Melanie: Pediatrik ialah suatu cabang dalam bidang perubatan yang khusus untuk kumpulan
pesakit dalam julat umur kanak-kanak bermula daripada bayi yang baru dilahirkan sehinggalah
peringkat remaja, umumnya sehingga mereka berumur 18 tahun. Ianya melibatkan perawatan penyakit-
penyakit yang biasa dan yang jarang berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat umur mereka.
Malahan, kami juga meneliti perkembangan dan tumbesaran mereka sepanjang tempoh tersebut.

health screening

Getdoc: sejak bilakah Dr. mula menceburkan diri dalam bidang pediatrik ini?

Dr. Melanie: Saya memulakan karier perubatan saya sebagai ‘house officer’ di Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang. Seterusnya, saya menyambung latihan sebagai ‘medical officer’ di Hospital
Kuala Lumpur. Pada mulanya saya diberi tugasan di jabatan perubatan rehabilitasi. Semasa tempoh
tersebut, saya mula menguruskan segelintir pesakit perubatan kanak-kanak dan saya mula
mengembangkan minat dalam bidang pediatrik. Seterusnya, saya membuat keputusan untuk menukar
bidang dan bertugas ke jabatan pediatrik. Setakat ini saya sudah menghabiskan 8 tahun berada di dalam
bidang pediatrik.

pediatrik
Dr. Melanie bincangkan isu-isu mengenai pediatrik dengan GetDoc

GetDoc: Di dalam bidang pediatrik, aspek apakah yang paling menarik minat Dr. sehinggakan Dr.
bertukar jabatan dengan rela hati?

Dr. Melanie: Bagi saya, pediatrik bukan sahaja melibatkan sains tetapi ianya merupakan suatu bentuk
seni. Saya bahagia apabila melihat kanak-kanak. Pediatrik merupakan cabang perubatan yang
melibatkan penjagaan bayi baru lahir sehingga berumur 18 tahun malahan sehingga umur 21 tahun di
Amerika Syarikat. Di dalam cabang perubatan ini, ahli pediatrik berhadapan dengan penyakit-penyakit
biasa dan penyakit yang jarang berlaku dan dihidapi kanak-kanak malah ia juga melibatkan
pemerhatian terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Sekiranya ibubapa prihatin
terhadap perkembangan anak-anak mereka, contohnya seperti anak mereka hiperaktif atau mempunyai
masalah pembelajaran, mereka perlu membawa anak mereka yang mempunyai masalah kesihatan
kepada pihak terlibat untuk mengetahui sama ada anak mereka normal ataupun memerlukan
pemerhatian. Jadi, ahli pediatrik juga perlu membina hubungan jangka masa panjang dengan ibubapa
kanak-kanak tersebut.

GetDoc: Dr. ada memberitahu bahawa di Amerika, had umur pesakit pediatrik yang boleh
mendapatkan rawatan daripada ahli pediatrik dan bukannya daripada seorang ‘general
practitioner’(GP) ataupun doktor biasa adalah sehingga 21 tahun. Bolehkan Dr. terangkan dengan lebih
lanjut mengenai hal ini?
Dr. Melanie: Di Malaysia, had umur pesakit pediatrik adalah sehingga 18 tahun tetapi di klinik
kerajaan, sesiapa yang berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai Kad Pengenalan akan dirawat di
wad pesakit dewasa. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kanak-kanak berumur 12 tahun dan
tubuhnya bersaiz kecil, kanak-kanak tersebut akan dirawat di jabatan kami kerana para doktor mungkin
berasa risau tentang pengiraan dos ubat-ubatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak tersebut.

Sesetengah pesakit yang mungkin mempunyai masalah kesihatan semenjak kecil seperti asma,
talassemia, atau masalah jantung akan meneruskan rawatan mereka dengan kami sehinggalah berumur
18 tahun. Kadangkala apabila kanak-kanak ini dihantar ke wad dewasa, mereka akan merasa kejutan
budaya kerana mereka sekarang bertanggungjawab ke atas diri sendiri tanpa ada sesiapa yang ada
untuk sentiasa mengingatkan mereka tentang pengambilan ubat.

pediatrik
Sejarah perubatan sangat penting dalam proses perawatan.

GetDoc: Jika dibandingkan dengan pakar-pakar dari bidang perubatan yang lain, Dr. harus memberikan
penjagaan yang lebih rapi kepada pesakit Dr. dan adakah tugas itu mencabar dan memenatkan?

Dr. Melanie: Ya! Cabaran sebenar adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kisah atau sejarah
perubatan mereka kerana hal tersebut diceritakan daripada perspektif pihak ketiga seperti ibubapa
ataupun penjaga. Walaupun kanak-kanak tersebut mampu bercakap atau berkata-kata, mereka masih
tidak mampu untuk memberitahu simptom mereka secara tepat. Kadangkala mereka akan berkata
“tidak tahu” atau hanya menjawab “ya” dan mengiyakan segalanya!

Jadi, di dalam cabang pediatrik, cabarannya ialah memilih informasi penting dan relevan untuk
didiagnos sebelum memulakan rawatan. Ahli Pediatrik juga perlu menjadi lebih fleksibel kerana kanak-
kanak tidak akan duduk diam semasa pemeriksaan rawatan dan anda perlulah menjadi lebih terbuka,
banyak bersabar, dan belajar untuk mencuri perhatian dan bermain dengan kanak-kanak. Para ibubapa
selalunya akan berasa risau jika anak mereka tidak sihat, jadi komunikasi adalah sangat penting dan
anda juga perlu sentiasa meyakinkan mereka sepanjang rawatan dan melibatkan mereka untuk
berbincang dalam setiap keputusan yang berkaitan rawatan anak mereka.

GetDoc: Apakah kes yang biasa/jarang dijumpai yang telah Dr. rawat di Malaysia?

Dr. Melanie: Kes yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak adalah berkaitan dengan masalah pernafasan
atas (upper respiratory problem) seperti sakit tekak, asma, pneumonia (jangkitan paru-paru), cirit birit,
dan jangkitan virus seperti demam denggi yang semakin meningkat kebiasaannya.

Semasa latihan bersama kerajaan, saya merawat pelbagai penyakit yang serius seperti penyakit jantung,
jangkitan paru-paru yang sangat teruk, talassemia, HIV dan masalah ginjal.

GetDoc: Jadi, lebih banyak kes yang jarang berlaku terdapat di hospital kerajaan?

Dr. Melanie: Bagi saya, hal ini bukan disebabkan oleh pusat perubatan swasta tidak mampu untuk
menguruskan kes mencabar, tetapi ianya disebabkan kes-kes ini memerlukan penyiasatan lanjut dan
pesakit perlu tinggal lebih lama di hospital. Pembiayaan untuk kes ini mungkin tidak dapat ditanggung
sepenuhnya oleh penjaga pesakit jadi mereka lebih selesa memilih untuk pergi ke hospital kerajaan.

pediatrik

GetDoc: Dr. ada menyebut berkenaan kes HIV. Bolehkan Dr. terangkan dengan lebih mendalam
mengenainya?

Dr. Melanie: HIV adalah satu subjek yang sangat ‘taboo’ ataupun mengerikan sesetengah pihak untuk
bercakap mengenainya. Sebelum ini, saya telah merawat lebih kurang 20 kanak-kanak pesakit HIV dan
dibantu oleh Unit Penyakit Berjangkit Pediatrik dari Hospital Kuala Lumpur. Rawatan bagi pesakit
HIV adalah percuma bagi kanak-kanak HIV di hospital kerajaan Malaysia.

Ubat-ubatan sepanjang hayat dan perlu diambil pada masa yang ditetapkan (contohnya 8 pagi dan 8
malam) untuk menghalang rintangan virus. Kebiasaannya pesakit-pesakit saya datang daripada
keluarga susah kerana saya mendapati keluarga berpendapatan tinggi lebih memilih untuk pergi ke
hospital atau institusi swasta kerana lebih meyakini khidmat mereka. Kebiasaannya pesakit golongan
ekonomi rendah ini datang daripada keluarga yang berpecah-belah ataupun anak yatim yang dijaga
oleh ahli keluarga mereka yang lain dengan pemerhatian yang rendah. Apabila anda mengambil ubat
dengan betul, anda akan dapat menghalang jangkitan dan dapat menjalani kehidupan hampir normal
kepada kehidupan normal seperti pergi ke kolej dan berkahwin.

Namun begitu, kadangkala agak susah untuk memujuk kanak-kanak untuk mengambil ubat. Jadi, apa
yang paling kami inginkan ialah menghalang kanak-kanak ini dijangkiti HIV. Lebih 90% kanak-kanak
mendapat virus ini melalui ibu mereka iaitu semasa dalam kandungan dan penyusuan badan.
Walaubagaimanapun, para doktor sentiasa ada penyelesaiannya untuk mengurangkan kadar transmisi
sehingga 3%. Jika ibu mengandung tersebut didiagnos sebagai pesakit HIV dengan lebih awal, kami
boleh memulakan rawatan untuk ibu tersebut dan melakukan langkah pencegahan seperti melahirkan
dengan cara pembedahan (c-section) seterusnya melarang penyusuan badan sepenuhnya. Bayi tersebut
juga akan dipantau dan dikawal dengan ubat-ubatan untuk 6 minggu pertama selepas kelahiran bagi
menghalang transmisi. Sekiranya anda tidak berbuat apa-apa, terdapat lebih kurang 30-40% peluang
untuk kanak-kanak tersebut dijangkiti virus ini. Masalahnya terdapat segelintir ibu mengandung yang
mereka sendiri tidak mengetahui bahawa mereka menghidap HIV, maka mereka terlepas rawatan yang
penting ini. Maka, amatlah penting untuk para ibu mendapatkan diagnosis awal bagi masalah ini.

GetDoc: Jadi apakah akibatnya?

Dr. Melanie: Sekiranya rawatan awal tidak diambil, virus tersebut akan terus berkembang dan bayi
tersebut akan bertambah sukar untuk menghalang atau melawan virus tersebut. Kematian juga boleh
terjadi. Paling menyedihkan apabila perkara tersebut dapat dielakkan kerana ianya boleh dikawal
dengan regim rawatan yang sentiasa dikawal rapi.

health screening

GetDoc: Apakah nasihat Dr. kepada orang ramai berkaitan isu ini?

Dr. Melanie: Masa kini semua ibu mengandung yang menjalani rawatan susulan secara telus akan
menjalani beberapa ujian jangkitan virus- antaranya ialah HIV. Pada peringkat tertentu, ujian pra-
perkahwinan juga diterapkan. Bagi saya, apa yang paling utama ialah kesedaran diri sendiri mengenai
faktor risiko yang bakal dihadapi dan anda perlulah bertanggungjawab untuk pergi membuat saringan
kesihatan sekiranya perlu.

GetDoc: Dr. ada menyentuh berkenaan penyakit jangkitan pernafasan atas, adakah nasihat yang Dr.
ingin berikan kepada para ibubapa bagi menghalang anak-anak mereka daripada mendapat jangkitan?

Dr. Melanie: Mengembangkan jangkitan ini adalah sebahagian daripada cara tubuh kita membina
sistem imunisasi. Semasa peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka cenderung untuk tinggal
di rumah. Setelah mereka memasuki alam persekolahan dan terdedah dengan kanak-kanak lain, maka
jangkitan pernafasan atas adalah dianggap normal kerana boleh berlaku sehingga sekali setiap sebulan
sepanjang tahun pertama persekolahan. Pada pendapat saya, perkara utama untuk mencegah jangkitan
ini ialah penjagaan kebersihan asas. Membasuh tangan adalah cara terbaik untuk mencegah jangkitan
kerana penyakit ini berjangkit melalui titisan pernafasan dan boleh merebak melalui sentuhan dan
udara. Sekiranya kanak-kanak tidak sihat, ianya adalah tanggungjawab sivik bagi penjaga untuk
memberi mereka tinggal di rumah sehingga jangkitan berkurangan selagi boleh. Namun begitu, bukan
semua jangkitan dapat dielakkan kerana ianya adalah sebahagian dari proses untuk membina sistem
imunisasi kanak-kanak.
GetDoc: Kes apakah yang paling memberikan kepuasan kepada Dr. semasa perawatan sepanjang karier
anda?

Dr. Melanie: Bagi saya setiap kes memberikan satu bentuk kepuasan. Kanak-kanak kebiasaannya tidak
menipu. Sekiranya mereka tidak sihat, mereka akan menangis dan berasa tidak selesa seterusnya
mereka akan kelihatan lesu. Setelah mereka sihat kembali, mereka akan berlari, melompat, dan
bersembang dengan ibubapa mereka. Perkara inilah yang memberikan kepuasan kepada saya apabila
melihat mereka kembali normal seperti sediakala.

pediatrik
Damai Services Hospital

GetDoc: Penyakit Zika semakin merebak sejak kebelakangan ini; adakah ianya memberi kesan kepada
pertumbuhan kanak-kanak?

Dr. Melanie: Buat masa ini tiada ujian komersial yang dapat dijalankan. Cuma makmal yang spesifik
sahaja mampu untuk mengkaji virus tersebut. Jadi, anda mungkin dijangkiti virus Zika tanpa disedari.
Sekiranya ibu mengandung dijangkiti virus Zika, bayinya mungkin dijangkiti dan ada kemungkinan
bayi tersebut dilahirkan dengan kepala yang bersaiz kecil (microchepaly) disebabkan oleh
perkembangan otak yang terbantut. Hal ini akan member impak yang besar kepada kanak-kanak yang
menghidapinya- kesan buruk kepada perkembangan boleh terjadi pada mana-mana peringkat dan
memerlukan pertolongan jangka masa panjang dan pendidikan istimewa.

GetDoc: Itu merupakan satu penerangan yang sangat bernas. Baiklah, soalan terakhir yang tidak
berkaitan dengan kerja: bagaimanakah cara anda meringankan tekanan kerja?

Dr. Melanie: Kebiasaannya saya akan membaca bahan ringan seperti majalah untuk merehatkan minda
saya. Saya juga banyak meluangkan masa bersama 2 orang anak lelaki saya yang berumur 8 dan 10
tahun dengan menemani mereka menjalankan akitiviti di luar seperti kelas bola sepak. Kesemuanya
berkaitan keseimbangan, anda perlu bekerja dan juga menghabiskan masa bersama keluarga kerana
mereka sangat penting kepada kita.
Peranan Seorang Pediatrik
by Vincent Iannelli, MD, seorang doktor yang diperakui oleh lembaga
Peranan Seorang Pediatrik
Anda mungkin tertanya-tanya apa yang dilakukan seorang pakar pediatrik. Ia lebih mudah untuk
bertanya apa yang tidak dilakukan oleh pakar pediatrik kerana mereka boleh terlibat dalam banyak
aspek kritikal kesihatan dan perkembangan kanak-kanak dari lahir hingga 21 tahun. Oleh kerana jenis
pesakit dan masalah sangat berbeza-beza, pakar pediatrik utama terutamanya mempunyai banyak
variasi dalam masa mereka.

Apa yang dilakukan oleh Pediatrik


Pediatrik memberi tumpuan kepada kesihatan fizikal, emosi, dan sosial bagi bayi, kanak-kanak, remaja
dan dewasa muda sehingga usia 21 tahun. Kerana mereka bekerja dengan begitu banyak aspek
kesihatan kanak-kanak, mereka sangat terlatih dalam menilai, mengesan, menghalang dan
menguruskan isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak. Ini mungkin melibatkan apa-apa
daripada merawat jangkitan telinga untuk berbincang dengan ibu bapa tentang masalah sekolah atau
tingkah laku untuk melihat anak-anak untuk pemeriksaan anak yang baik dan memberi mereka vaksin
mereka.

Jenis Pediatrik
Sukar untuk mengamalkan apa yang dilakukan oleh ahli pediatrik kerana terdapat banyak jenis pakar
kanak-kanak. Terdapat ahli pediatrik am yang mengamalkan penjagaan utama , menjaga keperluan
umum kanak-kanak, dan ada orang lain yang pakar dalam bidang tertentu. Sebagai contoh, sesetengah
pakar pediatrik hanya merawat kanak-kanak dengan kanser, atau dengan masalah jantung atau masalah
buah pinggang, dan beberapa pakar dalam pembedahan pediatrik.

Di mana Pakar Pediatrik Berfungsi


Sesetengah pakar pediatrik bekerja di pejabat, sama ada bersendirian atau dengan sekumpulan doktor
lain, sementara ada yang bekerja di hospital, organisasi penyelenggaraan kesihatan, klinik, atau sekolah
perubatan. Namun, yang lain bekerja sebagai doktor tenem loket , mengembara di sekitar bandar atau
di seluruh negara, mengisi doktor lain secara paruh waktu.

Pediatrik Purata
Berikut adalah beberapa statistik cepat pada pakar pediatrik yang biasa:

Bekerja 54 jam seminggu, dengan kebanyakan masa dalam rawatan pesakit langsung
Melihat 95 pesakit seminggu
Bekerja dalam amalan kumpulan (hanya 10% pakar kanak-kanak dalam amalan solo)
Sama ada bekerja sendiri (47%) atau bekerja dengan amalan kumpulan atau hospital
Kerja di kawasan bandar
Mempunyai pendapatan purata $ 231,637 setahun
Sangat berpuas hati dengan kerjayanya
Satu Hari dalam Kehidupan Seorang Pediatrik Biasa
Kebanyakan pakar pediatrik dalam penjagaan primer mempunyai hari yang agak tipikal, yang biasanya
bermula dengan melihat pesakit di hospital sebelum memulakan hari mereka di pejabat mereka. Di
hospital, pakar pediatrik mungkin mempunyai bayi baru untuk melihat di tapak semaian yang baru lahir
atau dia mungkin perlu melihat pesakit yang sakit dimasukkan ke hospital.

Selepas membuat pusingan di hospital, pakar kanak-kanak biasanya mula melihat pesakit di pejabat
mereka pada kira-kira 8 atau 9 pagi. Pelantikan ini mungkin akan merangkumi banyak kunjungan
kanak-kanak, di mana kanak-kanak datang untuk pemeriksaan dan tembakan mereka, dan lawatan sakit
dengan anak-anak yang mempunyai sakit tekak, selsema, asma, dan sebagainya. Selepas rehat untuk
makan tengah hari, hari berlanjutan sehingga 4 atau 5 petang

Sesetengah pakar pediatrik tidak pergi ke hospital lagi, membenarkan ahli pediatrik atau pakar hospital
khusus untuk menjaga pesakit yang dimasukkan ke hospital, yang membolehkan mereka menghabiskan
lebih banyak masa di pejabat.

Di samping melihat pesakit di pejabat, pada siang hari, seorang pakar pediatrik mungkin perlu
meluangkan sedikit masa melakukan kerja pentadbiran, memberikan nasihat mengenai telefon, mengisi
borang dan melakukan kerja kertas lain, melakukan penyelidikan, dan kadangkala mengajar.

Sumber:

> Akademi Pediatrik Amerika. Pediatrik 101: Panduan Sumber . 2011.

> Biro Statistik Buruh. Buku Panduan Tinjauan Pekerjaan: Pakar Perubatan dan Pakar Bedah.
Dikemaskini 24 Oktober 2017.

Apakah Kelayakan Menjadi Pediatrik?


Pengarang: Jean Vaughn | Terakhir Dikemaskini: Januari 2021

Pediatrik melayan dan menyediakan penjagaan kesihatan pencegahan untuk kanak-kanak dari semua
peringkat umur.
Kanak-kanak boleh menjadi lucu, berwawasan dan kegembiraan terbesar dalam kehidupan. Kerjaya
dalam pediatrik adalah satu yang menggembirakan; ia membolehkan anda menghabiskan hari anda
membantu kanak-kanak untuk kekal sihat. Tetapi, kanak-kanak yang paling bahagia akan menjadi
marah dan sukar apabila mereka sakit atau sakit. Pediatrik mendiagnosa dan merawat kanak-kanak dari
semua peringkat umur. Untuk menjadi ahli pediatrik, anda perlu mendapatkan ijazah perubatan dan
melengkapkan pemastautin selama tiga tahun.

Ijazah Sarjana Muda


Pediatrik mesti melengkapkan ijazah sarjana muda empat tahun untuk dimasukkan ke sekolah
perubatan. Walaupun sekolah perubatan tidak memerlukan major tertentu, mereka mempunyai banyak
prasyarat dalam bidang kimia dan biologi. Cara termudah untuk memenuhi keperluan ini adalah untuk
meneruskan ijazah sarjana muda dalam salah satu bidang ini. Siswazah juga mesti mengambil Ujian
Kemasukan Kolej Perubatan, atau MCAT, ujian standard yang diperlukan untuk kemasukan ke sekolah
perubatan.

Ijazah Perubatan
Kebanyakan sekolah perubatan terdiri daripada empat tahun pengajian peringkat siswazah. Dalam
tempoh dua tahun pertama, pelajar mengambil kelas dan bekerja di makmal. Bidang pengajian
termasuk anatomi dan fisiologi, patologi, imunologi, farmakologi dan etika. Selama dua tahun terakhir,
pelajar melakukan rotasi di hospital dan klinik. Mereka bekerja di bidang termasuk pembedahan, ubat
dalaman, amalan keluarga dan psikiatri. Setiap putaran berlangsung satu hingga dua bulan. Pelajar
lulus dengan sama ada Doktor Perubatan (MD). atau Doktor Osteopathic Medicine (DO). Ijazah DO
termasuk kursus termasuk dalam ijazah MD, tetapi juga termasuk kajian tambahan dalam perubatan
pencegahan dan penjagaan holistik. Program sarjana DO memberi tumpuan kepada peranan sistem
muskuloskeletal dalam kesihatan keseluruhan pesakit.

Lesen untuk Amalan Perubatan

Selepas menamatkan pengajian dari sekolah perubatan, doktor mesti dilesenkan untuk mengamalkan
ubat. Keperluan lesen spesifik berbeza mengikut negeri, tetapi kebanyakan negara memerlukan
pengambilan dan lulus Ujian Perlesenan Perubatan AS.

Residensi Pediatrik
Untuk bekerja sebagai pakar pediatrik, doktor mesti melengkapkan kediaman selama tiga tahun selepas
sekolah perubatan. Program kediaman mesti diakreditasi oleh Majlis Akreditasi Pendidikan Perubatan
Siswazah atau Jawatankuasa Kajian Pediatrik. Semasa kediaman, doktor bekerja dengan pakar
pediatrik yang berpengalaman dan menerima tanggungjawab yang lebih progresif untuk merawat
pesakit dan menguruskan pelajar dan kakitangan perubatan.

Pensijilan Lembaga
Selepas melengkapkan pemastautin, ahli pediatrik mestilah disahkan oleh Lembaga Pediatrik Amerika.
Doktor mesti memegang lesen perubatan semasa untuk mengambil peperiksaan pensijilan, ujian empat
pilihan, tujuh jam pelbagai pilihan. Sebaik sahaja diperakui pada pediatrik umum, seorang doktor boleh
mengejar subspesial, seperti pediatrik penyalahgunaan kanak-kanak, kardiologi pediatrik atau
rheumatologi kanak-kanak. Semua memerlukan peperiksaan latihan dan ujian tambahan.

Kelayakan Lain
Pediatrik mestilah berkomunikasi dengan jelas dengan kanak-kanak, penjaga mereka dan kakitangan
perubatan lain. Doktor kerap bekerja dengan pesakit yang sakit atau cedera, jadi empati dan kesabaran
adalah kritikal. Di samping itu, pakar pediatrik mesti memberi kepimpinan kepada pesakit dan
kakitangan, dan teratur, berorientasikan terperinci dan penyelesaian masalah yang sangat baik. Mereka
juga mesti dapat beranjak panjang dan jadual tidak teratur.

You might also like