You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

TUGASAN
T1A1

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JANUARI 2016


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.........................................................................................................................3

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS...............................................................4

3.0 CARA UNTUK MENGENALI MURID BERKEPERLUAN KHAS......................................9

4.0 TEKNIK / KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG SESUAI..............11

5.0 KEPERLUAN FIZIKAL ATAU SOKONGAN INFRASRUKTUR KHAS..........................16

6.0 RUJUKAN...............................................................................................................................19

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini
mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang
pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-
cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama
dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran
nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding
dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal
( Lokman, 2009).

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan
inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini
diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”.
Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka
berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain
tanpa mengira status.

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia.
Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan
mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana
digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun
begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana.
Mereka ialah dalam kategori masalah :  
1. fizikal (cacat anggota)
2. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)
3. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)
4. penguasaan kemahiran 3M  

3
Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan  perkembangan rakan sebaya
yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar
kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang
dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik
darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010).

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Menurut modul Pengenalan Pendidikan Khas (2006), kanak - kanak berkeperluan khas in terdiri
daripada 8 kategori iaitu :

1. Masalah penglihatan
2. Masalah pendengaran
3. Masalah emosi dan tingkah laku
4. Masalah fizikal dan kesihatan
5. Masalah mental
6. Masalah komunikasi
7. Masalah pembelajaran
8. Kanak - kanak pintar cerdas.

2.1 Masalah penglihatan


Salah satu deria yang penting kepada kanak –kanak ialah penglihatan. kanak – kanak
mempelajari 80% daripada penglihatan. Oleh itu, masalah penglihatan merupakan masalah yang
utama yang mungkin memberi kesan terhadap perkembangan kognitif. Kanak -kanak yang
bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buta yang langsng tidak
dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak -kanak buta belajar melalui deria
sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan braille untuk membaca dan
tongkat untuk bergerak dari satu tempat ketempat yang lain. Kanak -kanak separuh buta pula
mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin
mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.

2.2 Masalah pendengaran

4
Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak.
Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh
mendengar. Tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar.
Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan
bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut
langsung tidak mendengar, sudah pasti ianya tidak dapat bercakap.

2.3 Masalah Emosi – Hiperaktif


Hiperaktif  merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif
dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal.
Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan
berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat
dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.

2.4 Masalah Fizikal dan Kesihatan – Palsi Serebrum


Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada
perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka.
Ini berbeza dengan mereka yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-
otot mereka gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan,
merangkak dan memegang barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada
kategori Spastik.

2.5 Masalah Mental

2.5.1 Terencat Akal

5
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal
yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.
Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara
hidup seperti menjaga diri.

2.5.2 Sindrom down


Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada
sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon
Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian
keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak
sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas.

Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom
Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor
21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap
satu sel yang biasanya hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai
Trisomy 21.

Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas
menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau
ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka
leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi.
Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya
mereka.

2.6 Masalah Komunikasi – Austime

Autisma  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara -perkara di


sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak

6
menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun
sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal. Tiada ubat dalam masalah autisma kerana
ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat
dikurangkan.Autisma  melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. 

2.7 Masalah pembelajaran

2.7.1 Lembam (Slow Learner)


Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek
sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan
melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan
mengingat dengan berkesan.

2.7.2 Disleksia
Menurut Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak - kanak yang tidak
dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang - lambang bertulis
sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Kanak - kanak
disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi
masalah dalam mengingati huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf - huruf
yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang
hamper serupa ejaaannya.

Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai
pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih dan butang baju sentiasa salah
butang.mereka juga mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.
Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

7
2.8 Pintar Cerdas dan berbakat

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak - kanak yang mempunyai
kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal
kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan
telah menguasai pengajaran guru.

Perkembangan kanak - kanak pintar cerdas ini menunjukkan ciri - ciri luar biasa pada umur yang
sangat muda berbanding kanak - kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat
dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas.
Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap
mengingati semula maklumat. Kanak - kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai
menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak - kanak lain, mudah
kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

3.0 CARA UNTUK MENGENALPASTI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Untuk mengenal pasti sama ada seorang individu itu berkeperluan khas, penaksiran perlu
dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam
bilik darjah dan response to intervention (RTI).

3.1 Penaksiran Formal

8
3.1.1 Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk
dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu
ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan
supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang
melakukan tugasan yang sama.

3.1.2 Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan
kriteria yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di mana pelajar perlu menunjukkan
kecekapan yg telah ditetapkan sebelum dia diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan
dibandingkan dengan prestasi orang lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang
telah ditetapkan terlebih dahulu.

3.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah

3.2.1 Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM)

Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement) difahamkan secara


umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang
digunakan dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah.
CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan
datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan
kurikulum berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah
bersesuaian. Ia dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi
kandungan serta dikatakan ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar
yang sama. Namun begitu CBM ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar
kerana ia diuji berdasarkan kurikulum, berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan
murid mengetahui apa yang hendak dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga
berkesan untuk merekod kemajuan pelajar.
3.2.2 Portfolio

9
Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan dikumpulkan
untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan
kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. . Ia merupakan satu
koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi
produk ini menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke
atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang
boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya.

3.2.3 Pemerhatian

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, pemerhatian akan


dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia
dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus
pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa
diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-
aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti
secara berkumpulan dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya
merekodkan apa yang dilihat sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama
atau berbeza.

3.3 Response To Intervention (RTI)


Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar bermasalah
pembelajaran bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui penilaian respon
pelajar mencapai matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI iaitu penyaringan pelajar berisiko
(screening for at-risk students), memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of
responsiveness to instruction) dan Penentuan arah tindakan (determination of the course of
action).

4.0 TEKNIK / KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG SESUAI

4.1 Masalah penglihatan


Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun
bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya

10
hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu
banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru boleh
menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-
kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”.

Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-
kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan
pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada
dalam bahan-bahan pembelajaran.

4.2 Masalah pendengaran


Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah
khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru
diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa
memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk
memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara.
Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan
bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.
Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan dimana ia melibatkan pertuturan,
pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

4.3 Masalah Emosi – Hiperaktif


Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di
sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan
tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi

11
peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. Guru
juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif
apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru
perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan
dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu
ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas.

4.4 Masalah Fizikal dan Kesihatan – Palsi Serebrum


Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti
mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering
menghadapi masalah penyesuaian.

Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak
cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan
tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku
(‘book holders’) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya
memegang buku.

4.5 Masalah Mental ( Terencat Akal dan Sindrom down)


Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah
Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut
kebolehan kanak-kanak tersebut.

Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka
yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang
dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-
kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap

12
dengan butiran yang terpenciri. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan
bawa buku itu kepada cikgu.”

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses
maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh
mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka
sukai.

Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah
supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai
apabila tamat persekolahan nanti.

4.6 Masalah Komunikasi - Austime


Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar,
misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya
penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya,
membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan. Bimbing kanak-kanak ini
mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan
menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan
mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin.

13
Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di
dalam bilik darjah.

4.7 Masalah pembelajaran

4.7.1 Lembam (Slow Learner)


Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh
diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan
pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa
kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan
manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007). Tugasan
dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk
tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh
diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang
diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan
boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

4.7.2 Disleksia
Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh
digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan
yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan
menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau
menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh
dibantu melalui terapi.

4.8 Pintar Cerdas dan berbakat


Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: pengasingan, pemecutan
(acceleration) atau pengayaan.

14
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.
Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
mebantu perkembangannya secara optima.

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-
kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka
dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar
yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan
rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang
kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada
di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau
perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan
murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid
secara bersendirian.

5.0 KEPERLUAN FIZIKAL ATAU SOKONGAN INFRASTRUKTUR KHAS

Peralatan kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang
pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas. Melalui
pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk  berdikari di
samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah
suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran
utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan pembangunan insan
selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan. Pendidikan adalah satu wacana yang
penting bagi merealisasikan matlamat negara maju. Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar
masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar
berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar belakang.

15
Keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur khas kanak - kanak berkeperluan khas ialah
menyediakan bilik keperluan khas, bilik kedap bunyi, bilik sensori, alatan teknologi bantuan,
sumber multimedia serta penilaian murid berkeperluan khas (n.d. ,2009). Bilik keperluan khas
haruslah dilengkapi dengan bahan teknologi canggih untuk pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya televisyen, Lcd projektor dan skrin. Selain itu, bahan bantu belajar seperti model
mata, telinga dan otak, serta alatan untuk melatih kemahiran motordan kemahiran manipulatif.

Di samping itu, bilik ini juga boleh dilengkapi dengan alatan teknologi bantuan perisian untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya mesin braille, mesin embossor,
perisian JAWS dan Duxbury (n.d. ,2009) adalah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang masalah penglihatan. Bagi bidang masalah pendengaran pula, alatan seperti kit
pendengaran (hearing kit), mesin audiometer, serta alat tala bunyi amat perlu disediakan. Bahan
untuk bidang masalah pembelajaran termasuk Intellitools, SOLO, Co - writer, Board Maker dan
suis. Altan walker dan kerusi roda juga perlu disediakan.

Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal pelajar
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik
darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar.
Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai
mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya. Pelajar
berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan kemudahan
pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang terdiri daripada
mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan,
kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang
diberi mengenai kesamarataan bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah
meningkat dan perkara ini tidak lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu
golongan ini seperti menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang
Kurang Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan.

16
Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran,
penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana,
kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain
yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004),
golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur
diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka.

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan infrastruktur di
sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-sekolah. Usaha-usaha
sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti bilik darjah pendidikan
khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang standard diperlukan agar semua
bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai infrastruktur yang sesuai serta memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Bagi tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat
sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal
dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi
pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan
dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri
pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa
dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara
amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72
meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di
bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan
lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung
kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith
(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan seseorang pelajar. Dengan ada infrastruktur ini, ianya dapat membantu kanak - kanak
keperluan khas membina pengetahuan dan kemahiran asas.

17
6.0 RUJUKAN

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. :Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Mohs Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-kanak. : Pahang : PTS Publisher and Distributor
Sdn Bhd.

n.d. (2009). Buletin Pendidikan Khas. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.: USM.

Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006). Pengenalan Kepada Pendidikan
Khas. Kuala Lumpur: OUM.

18

You might also like