You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

TUGASAN
T1A3

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JANUARI 2016


REFLEKSI

Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan HBEF 3503 saya bersyukur kerana secara tidak
langsung saya berpeluang untuk mengkaji secara mendalam mengenai pendidikan inklusif ini.
Ianya sangat memberikan pengalaman yang tiada tolak bandingnya. Walaupun sekolah saya
tidak mempunyai murid berkeperluan khas, namun saya berjaya juga menyiapkan tugasan T1A1
T1A2 dan T1A3 walaupun dalam kekangan masa serta tugas lain yang memerlukan kesabaran
yang tinggi.

Berbalik kepada aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti pertama T1A1 dan T1A2 di mana
saya perlu mengajar murid berkeperluan khas. Saya bukanlah guru option pendidikan khas. Oleh
itu, saya tiada pengalaman dalam mengajar murid berkeperluan khas ini. Saya perlu
memenuhkan ilmu berkaitan dengan beberapa persoalan berkaitan murid berkeperluan khas.
Beberapa persoalan perlu dijawab. Saya perlu mencari maklumat antaranya Siapakah yang
dikategorikan sebagai berkeperluan khas?, Bagaimanakah mengenalpasti murid berkepeluan
khas?, Apakah teknik/ kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan murid
berkeperluan khas?, serta Apakah keperluan fizikal atau sokongan infrastuktur yang mesti
disediakan untuk murid berkeperluan khas?. Tugasan ini agak rumit kerana saya bukan dalam
bidang ini namun berkat perkongsian ilmu dengan rakan-rakan ilmu yang lain semua ini dapat
ditempuhi. Saya amat berterima kasih kepada guru pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan
Manong Puan Hjh Noor Hayati Binti Yeop Nordin kerana sudi membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini di sekolah yang ada kelas pendidikan khas iaitu SK
Manong, terlintas dalam hati saya adakah sekolah saya yang tiada kelas pendidikan khas bersedia
untuk melaksanakan program pendidikan inklusif?. Persoalan ini perlukan kesediaan dan
kesedaran bahawa pendidikan khas juga perlu untuk memastikan murid-murid berkeperluaan
khas ini mendapat pendidikan sewajarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan. Secara jujur saya
katakan bukan semua guru mampu untuk mengajar murid berkeperluan khas ini kerana untuk
mengajar mereka yang terpilih ini perlukan kesabaran yang tinggi serta sanggup menghadapi
karenah murid-murid yang berkeperluan khas ini yang terdiri daripada perbagai kategori masalah

2
pendidikan. Tugas guru dalam dunia pendidikan adalah memberi perkhidmatan dan
menyumbang dalam perkembangan individu.  Murid yang dididik menggunakan ilmu yang
diperolehi untuk menghadapi cabaran baru dalam hidupnya. Murid Pendidikan Khas juga tidak
terkecuali dalam hal ini.  Mereka juga perlu ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang
sesuai dengan tahap keupayaan dan kebolehan mereka.  Guru yang bertanggungjawab menggalas
tanggungjawab ini ialah guru Pendidikan Khas.  

Bagi guru Pendidikan Khas, setiap hari adalah hari baru bagi mereka, iaitu hari yang
penuh cabaran dan menyeronokkan.  Pengalaman mendidik murid Pendidikan Khas sukar dicari
dalam bidang lain.  Guru dapat melihat nilai dan cabaran dalam  diri murid dan cara mereka
berusaha mencapai perkara yang ditetapkan.  Guru akan merasa puas apabila melihat murid
berjaya dan perasaan ini sukar digambarkan.  Hubungan guru dan murid menjadi rapat dan tiada
garis pemisah antara guru dan murid.   Guru yang ingin menjadi guru Pendidikan Khas perlulah
mempunyai minat dan berasa bangga dapat menyumbang bakti dan tenaga pada murid
Pendidikan Khas. Mengajar murid biasa sudah tidak mencabar lagi dan ingin mencari kelainan.
Hubungan sebelumnya iaitu guru mungkin mempunyai anggota keluarga atau pun jiran  yang
tergolong daripada insan istimewa. Perasaan ingin membantu mendorong kita membuat
keputusan terlibat dalam dunia Pendidikan Khas.

Akhirnya, pelbagai pihak termasuk guru, pentadbir, PIBG, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling perlu berganding bahu bagi memastikan Pendidikan inklusif yang dijalankan di
sekolah terlibat dapat berjalan dengan lancar dan seiring dengan kemajuan yang dikecapi.
Pengalaman yang berguna ini, insyaallah dapat membantu saya dalam mengendalikan murid-
murid yang seperti ini di masa akan datang.

You might also like