You are on page 1of 1

CARA BINA PENUTUP KARANGAN

Ayat kesimpulan + ayat huraian berkaitan topik/tema + ayat cadangan +


ayat pendapat/harapan   

      (1) Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di
negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. (2) Dalam hal
ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan
raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang
sedia ada. (3)  Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua
pihak agar kesannya menyeluruh. (4) Pihak berkuasa pula haruslah tidak memilih
bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula
hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab
bersama.

1) Ayat kesimpulan, ayat (2) ayat huraian, ayat (3) ayat cadangan dan ayat (4)
ayat pendapat/harapan.   

P/S: Boleh tambah peribahasa berkaitan jika ada.

 Penanda wacana ayat penutup karangan

(a)    Sebagai intiha,
(b)   Akhir kalam / Akhirulkalam,
(c)    Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
(d)   Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…
(e)    Secara tuntasnya,
(f)    Sebagai konklusinya
(g)   Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar
untuk menafikan bahawa
 f)   Sebagai penghias bicara akhir,

LATIHAN
Bina satu contoh penutup karangan berkaitan amalan menabung.

You might also like