You are on page 1of 3

Salam Sejahtera,

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan perkembangan dan kemajuan pesat pendidikan


negara, dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibilitii yang diakui dan
diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Oleh itu, pelbagai langkah yang perlu di atur
memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang
tinggi.

Saranan yang terbaik yang dapat saya nyatakan untuk melaksanakan tranformasi
pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara yang bertaraf dunia ialah guru
hendaklah memastikan setiap pelajar di malaysia menguasai sepenuhnya kebolehan
berkomukasi di dalam bahasa inggeris. Ini kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa utama
dunia, bahasa inggeris juga merupakan bahasa perantaraan yang digunakan oleh seluruh
manusia didunia ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika pelajar-pelajar Malaysia
menpunyai penguasaan bahasa inggeris yang sangat tinggi mereka akan di pandang tinggi
oleh masyarakat dari negara lain kerana kebolehan mereka menguasai bahasa inggeris
sebagai bahasa utama dunia selain mempunyai nilai ilmu yang sangat tinggi. Penguasaan
bahasa inggeris yang tinggi juga akan memudahkan mereka jika mereka melanjutkan
pelajaran di luar negara nanti untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar dari negara lain
sekali gus menunjukan kepada masyarakat dari negara lain bahawa sistem pendidikan di
Malaysia adalah bertaraf dunia.

Selain itu, setiap guru-guru di Malaysia memastikan setiap pelajar menguasai soft
skill yang tinggi seperti menguasai kemahiran bercakap ataupun kemahiran berucap di
hadapan orang ramai. Ini kerana dapat diperhatikan kebanyakan pelajar di Malaysia sangat
cemerlang di dalam peperiksaan tetapi lemah ketika mereka diminta untuk berucap dihadapan
orang, kelemahan mereka dapat dikenalpasti seperti pengunaan ayat yang kurang sesuai
ketika berucap seperti terlalu pekat dengan dialek negeri masing-masing, intonasi yang
kurang jelas dan kebanyakkan pelajar-pelajar tidak yakin ketika diminta berucap dihadapan
mungkin mereka malu ditertawakan oleh rakan-rakan mereka jika tersalah memberi ucapan.
Oleh itu tugas guru hendaklah memberi nasihat ataupun motivasi kepada pelajar supaya
setiap pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai soft skill yang sangat
baik. Kemahiran soft skill yang tinggi serta mempunyai ilmu yang tinggi yang dimiliki oleh
pelajar Malaysia dapat membezakan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain sekali gus
mereka akan dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar dari negara lain dan padamasa yang sama
sistem pendidikan Malaysia di pandang tinggi dan akan dilabelkan sebagai bertaraf dunia.

Seterusnya, guru-guru hendaklah menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia menguasai


sains dan teknologi. Penguasaan sains dan teknologi yang tinggi, dapat dimanfaatkan pada
masa akan datang untuk memajukan teknologi di dalam bidang pendidikan negara. Jika
Malaysia menpunyai teknologi yang canggih di dalam bidang pendidikan, Malaysia akan
tumpuan dunia kerana dijadikan sebagai rujukan untuk memajukan teknologi pendidikan di
negara-negara mereka.

Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia akan dijadikan sebagai contoh terbaik


dan akan menjadikan ikutan bukan sahaja negara-negara serantau malah negara-negara
besar seperti Amerika Syarikat, Australia, British dan sebagainya kerana kebolehan sistem
pendidikan yang diamalkan di Malaysia yang bersifat bertaraf dunia dalam melahirkan
pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang di dalam akademik malah mempunyai soft kill
yang sangat tinggi dan pada masayang sama menguasai pelbagai bahasa terutama bahasa
inggeris sebagai bahasa utama dunia serta menguasai sains dan teknologi di pentas dunia.

Sekian, Terima Kasih.

Salam Sejahtera,

Saya kurang bersetuju dengan saudari kerana hanya menyenaraikan hanya satu kemahiran
iaitu kemahiran menguasai pelbagai bahasa. Ini kerana untuk melaksanakan tranformasi pendidikan
ke arah kecemerlangan pendidikan negara yang bertaraf dunia kita hendaklah mempunyai banyak
kemahiran seperti kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ICT serta
pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin . Kemahiran berfikir aras
tinggi dapat membantu pelajar menyelesaikan ataupun menjawap persoalan yang dikemuka dengan
yakin dan tepat serta dapat membantu pelajar mencipta sesuatu yang sangat menarik dan dapat
memberi manfaat kepada orang ramai.

Sementara itu, kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang menggabungkan


kecekapan seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi
yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat. Kemahiran komunikasi yang tinggi dapat
membantu pelajar mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam
berkomunikasi juga memberikan ruang kepada pelajar tersebut memperluas pelbagai kemahiran.
Melalui interaksi yang baik pada pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila mereka
menceburi bidang kerjaya kelak. Seterusnya, kemahiran ICT tinggi akan memudahkan mereka untuk
menyiapkan kerja mereka dan menghasilkan hasil kerja yang sangat baik dan sempurna.

Selain itu, pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin adalah
antara faktor seseorang pelajar itu mudah dijadikan contoh oleh pelajar lain. Contohnya, apabila
pelajar berada didalam alam pekerjaan, kebolehan menyesuaikan diri dalam khalayak menjadi
sumber terpenting untuk seseorang itu berjaya. Sewajarnya, sebelum melangkah ke alam kerjaya,
pastikan setiap pelajar memperloleh suatu kemahiran yang paling penting, iaitu kemahiran
membuat penampilan diri. Penampilan diri adalah berhubung kait dengan cara berpakaian, gaya
bertutur dan bijak menyesuaikan diri dalam pebagai lantai khalayak. Kemahiran ini perlu dipelajari
semasa pelajar masih pada peringkat sekolah dan lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi.
Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan ko akademik membolehkan individu belajar cara-
cara bergaul, kebolehan membuat keputusan dan sentiasa mesra khalayak.

Sekian, Terima kasih.

Salam Sejahtera,

Saya sangat tertarik dengan hujah yang dikemukan oleh saudari mengenai kerajaan Malaysia harus
menambah baik fasiliti, infrastruktur dan pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar serta
mengecilkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Ini kerana dapat diperhatikan fasiliti dan
infrastruktur yang terdapat di sekolah luar bandar terutama di pendalaman sabah dan Sarawak
sangat daif dan ini menyukarkan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, pihak
kementerian pendidikan hendaklah mengambil peka terhadap permasalahan yang dihadapi oleh
skeolah-sekolah diluar bandar kerana untuk melahirkan sebuah negara yang mempunyai pendidikan
bertaraf dunia di Malaysia, kecangihan ataupun kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian
hendak menyeluruh dan sama rata sama ada sekolah yang berada di luar bandar mahupun di dalam
bandar. Di sini juga saya ingin menambah saranan saya supaya pihak kementerian memberikan
penekanan terhadap bidang sains dan teknologi, ini kerana jika bidang sains dan teknologi di
Malaysia berkembang sangat pesat masalah seperti kekurangan fasiliti ataupun kekurangan
insfrastruktur di kawasan luar bandar dapat diatasi dengan sangat mudah. Berkenaan dengan hujan
saudari mengenai mengecilkan jurang akademik antara sekolah yang berada diluar bandar dengan
bandar,sebenarnya salah satu punca masalah ini berlaku ialah kekurangan guru-guru di sekolah
yang berada di luar bandar. Dapat diperhatikan jumlah guru-guru yang mengajar di sekolah bandar
lebih ramai jumlahnya berbanding gur-guru yang mengajar disekolah luar bandar. Jika masalah
kekurangan guru di kawasan luar bandar dapat di atasi sudah tentu ia dapat mengurangkan sedikit
demi sedikit jurang antara pelajar luar bandar dengan pelajar yang berada di bandar.

You might also like