You are on page 1of 169
* Edisi Kemas Kini ¢ Panduan bagi individu yang berminat memasuki dunia bisnes hari ini dan menjadi usahawan berjaya. NTO VCoe a KANDUNGAN Daripada Pengarang xi Bahagian 1 Sebelum Memulakan Bi Sendiri Bab1___ Kisah Benar Seorang Jutawan 3 Bab 2 Bakat Bisnes 11 Bab3___Calon Isteri untuk Calon Usahawan 13 Bab4 _ Halangan Keluarga 15 Bab5 __Rekod Sebelum Berniaga 17 Bab6 Menyediakan Anak Menjadi Usahawan 19 Bahagian 2 Mitos dalam Dunia Bi Bab8 _ Usahawan, Cinta dan Seks Bab9 Formula Berjaya dalam Bisnes Bab10 Orang Bisnes dan Risiko Bab11__Pandai Bersaing Bab 12 Bisn rt Bab 13 Semua Orang Boleh Bab 14 _Imej Penting dalam Bisnes Bab15_Pelanggan Kaya Bab 16 Usahawan Cina Bunuh Melayu Bab17__Berniaga dengan Keluarga Bab 18 Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar VES aesasis Memulakan Bisnes Sendiri Bahagian 3 Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes Bab19 Memilih Jenis Syarikat 61 Bab 20 Mencari Nama Syarikat 63 Bab 21 Memilih Jenis Bisnes 67 Bab 22 _Bisnes Pengeluaran 69 Bab 23 Bisnes Berdagang 71 Bab 24 Bisnes Perkhidmatan A Bab 25 Mulakan S: Kecil-kecil 6 Bahagian 4 Perkara Baik yang Membahayakan Bab 2 Duit Banyak 81 Bab 27 _Bisnes Terlampau Baik 84 Bab 28 Barang Terlalu Laku 86 Bahagian 5 Motivasi Memulakan Bi Bab 29 Sebab Hendak Berniaga 93 Bab 30 Pandai Membuat Produl 05 Bab 31 Menyelesaikan Masalah Kewangan 98 Bab 32__Hendak Menjadi Jutawan 100 Bab 33 _Peluang Mendapat Bisnes 102 Bab 34 Mempunyai Modal Berniaga 106 Bab35 Berniaga kerana Diajak Berniaga 109 Bahagian 6 Latar Belakang Usahawan Baru Bab 36 Orang Pandai Memulakan Bisnes 115 Bab 37 Pekerja Cemerlang Membuat Bisnes 117 Bab 38 Orang Korporat Membuka Bisnes 120 Bab 39 _Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes 123 Bab 40 Isteri Orang Kaya Hendak Berniaga 125 Bab41 Anak Orang Kaya Hendak Berniaga 127 Bahagian 7 Politik dan Usal Bab 42 Berkawan dengan Orang Politik 133 Bab 43 Bantuan Orang Politik 136 Bab 44 Aiskrim Orang Politik 139 Kandungan Bahagian 8 Memilih Rakan Kongsi Bab45 Mencari Rakan Kongsi 143 Bab 46 Memilih Rakan Kongsi 145 Bab 47 Dua Rakan Kongsi 147 Bab 48 Rakan Kongsi RM1 149 Bab 49 Rakan Kongsi Tanpa Modal 152 Bab50_Rakan Kongsi Tidur 155 Bab51 Rakan Kongsi Suami Isteri 157 Bab52_Majikan Sebagai Rakan Kongsi 161 Bab 53 Rakan Kongsi Nasi Padang 163 Bab 54 __Bercerai dengan Rakan Kongsi 166 Bahagian 9 Bagaimana Syarikat Dirompak? Bab55__Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri 171 Bab 56 Dirompak oleh Pengerusi Sendiri 173 Bab 57 Dirompak oleh Kakitangan Sendiri 175 Bab 58 Dirompak oleh Konsultan Sendiri 178 . Bab 59 Merompak Syarikat Sendiri 180 Bahagian 10 Perniagaan Gerai dan Restoran Bab 60 _Membuka Kedai Makan 187 Bab 61__Kalah Bersaing 191 Bab 62 Menjaga Pembekal 192 Bab 63 Menolong Jiran Niaga 195 Bab 65__ TV, Radio dan Anak-anak 198 Bab 66 Méeja Restoran Cina 200 Bab 67 __Pinggan Restoran Cina 201 Bab 68 Pinggan Restoran Nasi Padang 203 Bahagian 11 Gol Sebagai Senjata Kejayaan Bab 69 Gol yang Bermakna 207 DARIPADA PENGARANG Sn A NO A RE ED K csanyatan orang yang mengambil kursus pengurusan per- niagaan tidak membuka bisnes sendiri. Kebanyakan orang yang berniaga tidak membaca buku-buku panduan perniagaan. Namun buku ini ditulis juga, dengan andaian akan ada kekecuali-an di kalangan mereka yang mahu membaca buku seperti ini se-belum memasuki dunia perniagaan. Jika saudara ke kedai buku bagi mencari buku panduan memulakan bisnes sendiri, ada tiga kategori buku yang dapat saudara beli dan baca: * Buku panduan memulakan bisnes yang ditulis oleh ahli-ahli akademik, yakni pensyarah universiti yang mengajarkan subjek itu. ¢ Buku biografi dan autobiografi berkenaan tokoh-tokoh usaha- wan yang berjaya. * Buku motivasi keusahawanan yang ditulis oleh pakar-pakar motivasi. Buku-buku motivasi keusahawanan ditulis dan diterbitkan supaya laku dalam pasaran, oleh sebab itu buku-buku motivasi bisnes hanya menyiarkan cerita-cerita positif berkaitan individu-individu Memulakan Bisnes Sendiri yang sudah berjaya dalam bisnes mereka. Tidak ada buku motivasi yang menyiarkan cerita-cerita usahawan yang muflis, tergadai harta, ditarik ke mahkamah, menanggung hutang, kena tipu, hilang kawan, bergaduh dengan adik beradik, bercerai-berai, ataupun gagal dan terpaksa menutup bisnes dengan menanggung kerugian dan malu besar, malah yang bunuh diri. Kebanyakan buku motivasi keusahawanan yang ada dalam pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya mencerminkan realiti. Buku-buku itu mengatakan semua orang boleh berjaya dalam dunia perniagaan, suatu hal yang tidak benar. Realitinya, bukan semua orang mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, muzik ataupun politik. Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memula- kan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya meng- andaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar. Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini di- tulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri. Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu. Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes. 1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes. 2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes. 3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar. Siapakah yang paling perlu membaca buku ini? Jikalau saudara tidak mempunyai bakat bisnes tetapi saudara sedang merancang memasuki dunia bisnes, maka saudara termasuk orang yang perlu Daripada Pengarang ral buku ini sebelum mengorak langkah memasuki dunia snes. Jika saudara mempunyai bakat, saudara juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Jadi, bacalah. Mudah-mudahan saudara tidak melakukan kesilapan seperti yang dilakukan oleh ramai orang lain, yang ceritanya diterangkan dalam buku ini. Selepas membaca buku ini saudara perlu membaca buku- buku panduan pengurusan perniagaan lain yang ditulis oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang itu. Zaman orang ber- niaga dengan berdasarkan strategi agak-agak dan cuba-cuba sudah tidak ada lagi. Cara itu dilakukan pada zaman tidak ada buku-buku panduan perniagaan ditulis khusus bagi kegunaan para usahawan. Bacalah buku-buku itu dan amalkan prinsip- prinsip dan teknik-teknik yang diterangkan. Selamat Maju Jaya. Ainon Mohd. BAHAGIAN 1 Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri BAB 1 KISAH BENAR SEORANG JUTAWAN Enx. Jamaluddin (bukan nama sebenar), sejak kecil sudah bercita-cita mahu berniaga sendiri. Apabila wang simpanannya cukup RM40,000, iaitu selepas lapan tahun bekerja dengan sebuah cawangan syarikat pendingin udara luar negara dalam jabatan khidmat lepas jualan, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan bisnes servis pendingin udara rumah dan bangunan. Di tempat kerjanya beliau mendapat penghargaan daripada pengurusan syarikat dan pernah menerima bonus galakan atas mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan di bawah jagaannya. Enam bulan sebelum meletakkan jawatan, beliau dilantik menjadi jurutera kanan di bahagian akaun pe- langgan korporat yang bertanggungjawab menguruskan kontrak pemasangan dan penjagaan sistem pendingin udara melebihi RM650 juta. Sebelum menghantar surat peletakan jawatannya, beliau sudah mula pergi dari satu kedai ke satu kedai mencari penjual pendingin udara yang bersedia memberikan potongan harga paling baik apabila beliau membeli daripada mereka. Dalam fasa Memulakan Bisnes Sendiri pertama beliau berniaga, disebabkan modalnya kecil, beliau cuma merancang mahu membuat kerja-kerja memasang unit-unit pen- dingin udara kecil bagi pelanggan kecil dan rumah-rumah per- sendirian sahaja. Beliau membelanjakan RM3,000 bagi mendaftarkan syarikat sendirian berhad. Ini kerana, bagi mendapatkan kontrak kerajaan, beliau perlu mempunyai syarikat sendirian berhad. Kemudian beliau membelanjakan RM8,000 lagi bagi menyewa ruang pejabat kecil di Petaling Jaya dan membeli peralatan pejabat manakala RM2,000 bagi alat-alat kerja profesionalnya. Beliau membayar RM3,000 wang pendahuluan membeli sebuah van yang akan digunakannya bagi mengangkut unit-unit pendingin hawa dan alat-alat kerja. Kemudian beliau mengambil seorang kerani dengan gaji RM700 sebulan bagi menjaga pejabat dan seorang juruteknik ber- pengalaman dari majikannya dahulu dengan gaji RM1300 sebulan bagi melaksanakan kerja-kerja memasang dan menservis pen- dingin udara bakal pelanggannya. Beliau sendiri akan membuat kerja-kerja pemasaran. Beliau membayar RM3,000 bagi menaikkan papan iklan besar di luar pejabatnya. Beliau membelanjakan RM2,000 bagi mencetak kad bisnes, kepala surat, sampul, invois, resit, dan brosur per- khidmatannya. Beliau membelanjakan RM7,000 bagi membeli komputer dan memasang internet di rumah dan pejabatnya. Kemudian beliau membayar RM500 kepada orang yang diupah membuka laman webnya sendiri bagi mengiklankan per- khidmatannya. Pada bulan pertama Encik Jamaluddin memulakan bisnesnya, beliau berjalan kaki dari rumah ke rumah, dari sekolah ke sekolah dan dari kedai ke kedai di sekitar tempat tinggalnya bagi meng- edarkan brosur perkhidmatannya. Di mana sahaja beliau ter- nampak peti surat, di situlah beliau memasukkan brosurnya. Beliau juga meletakkan brosurnya di surau-surau dan di masjid- masjid sekitar tempat tinggalnya. Beliau kemudian membeli tiga keping kadbod, gergaji kecil, cat putih dan hitam, berus, tukul dan paku lalu menyuruh juru- tekniknya supaya membuat papan iklan kecil ya1g hendak di- pakukannya pada pokok-pokok di tepi jalan bagi dibaca oleh Kisah Benar Seorang Futawan E pemandu kereta yang lalu-lalang. Pada papan iklan itu dituliskan, ‘SERVIS AIRCON 012-6503413’. Pada bulan kedua, beliau membayar RM1,200 kepada tiga orang pengedar surat khabar supaya menyelitkan brosurnya ke dalam surat khabar yang diedarkan dari rumah ke rumah. Pada bulan ketiga, beliau pergi dari satu kilang ke satu kilang, dari satu jabatan kerajaan ke satu jabatan dan dari satu bangunan ke satu bangunan bagi memperkenalkan dirinya dan perkhidmatannya. Setiap hari beliau memeriksa laman : webnya, tetapi tiada sebarang pesanan Promosi dalam kerja yang masuk. Telefon di pejabatnya bentuk iklan juga tidak menerima pesanan kerja. Ada sahaja belum beberapa panggilan, tetapi tiada satu pun cukup bagi yang berakhir dengan sebarang pesanan kerja. Begitulah keadaan bisnesnya selama menggerakkan tiga bulan pertama. bisnes. Pada bulan keempat, tiga kerja kecil mula masuk, iaitu menservis pendingin udara daripada rumah- rumah sekitar tempat tinggalnya, tetapi selama sembilan bulan pertama, beliau hanya menerima tidak sampai 20 kerja menservis pendingin udara rosak. Beliau tidak mendapat kerja memasang walau sebuah pun pendingin udara baru. Sepanjang tempoh sembilan bulan itu, beliau menggunakan duit simpanannya bagi perbelanjaan sewa pejabat, gaji dua orang pembantunya dan lain-lain keperluan. Pada bulan keempat, keraninya berhenti kerja kerana bosan duduk di pejabat tanpa banyak kerja dan sudah mendapat tawaran kerja di tempat lain. Pada bulan kelima pula, jurutekniknya pula berhenti kerja atas alasan yang serupa. Dari satu segi, beliau malu pada dirinya sendiri apabila ditinggalkan pekerjanya, tetapi dari satu segi yang lain, beliau bersyukur kerana beliau tahu tidak mampu lagi hendak membayar gaji mereka. Pada bulan keenam, Encik Jamaluddin mengeluarkan wang simpanan Tabung Hajinya bagi membayar sewa. Semasa meng- hampiri bulan ketujuh, beliau mengeluarkan wang simpanan bank yang dahulu dibuka atas nama anak sulungnya, waktu itu jumlahnya hanya RM640. Terlintas juga di hatinya hendak me- ngeluarkan wang syiling dalam tabung, tetapi beliau malu kepada Memulakan Bisnes Sendiri isterinya. Pada bulan itu juga, beliau menutup pejabatnya d-n beroperasi dari rumahnya sahaja, cara itu lebih murah. Masuk bulan kesembilan, beliau tidak mampu lagi membayar sewa rumah. Sewa rumah dan susu dua orang anak-anaknya terpaksa bergantung pada gaji isterinya, seorang guru. Bagi menambah pendapatan, isterinya menawarkan tuisyen matematik dan sains waktu petang kepada anak-anak jirannya yang datang ke rumahnya dengan yuran RM40 sebulan seorang. Masuk bulan ke-11, isterinya terpaksa memujuk pembantu rumahnya supaya bersetuju dibayar separuh gaji sahaja buat sementara waktu dan selagi keadaan mendesak. Beliau berjanji, apabila sudah mampu nanti beliau akan membayar lebih daripada jumlah gaji yang terhutang. Mujurlah bibi Indonesia itu baik dan memahami keadaannya. Masuk bulan ke-12, wang dalam akaun banknya tinggal RM27. Masuk bulan ke-13, beliau sudah tidak dapat membayar duit ansuran keretanya. Selepas tiga bulan tertunggak, bagi meng- elakkan keretanya ditarik, beliau terpaksa menebalkan muka ber- jumpa seorang kawannya dan minta kebenaran menyimpan keretanya di rumah kawannya itu. Beliau kemudian membeli motosikal terpakai bagi menghantar dan mengambil isterinya ke stesen LRT tiap-tiap hari. Bagi berjimat, isterinya membeli kain-kain lampin bagi anak keduanya bagi menggantikan lampin pakai buang. Kain-kain lampin itu digunakan sehingga nipis dan koyak, baru diganti dengan yang baru. Baju dalam dan seluar dalam yang sudah longgar getahnya tidak mampu ditukar dan terus dipakai oleh isterinya. Seminggu sekali, pada pagi Ahad, selepas sembahyang subuh, beliau dan isterinya naik motosikal pergi ke pasar borong mem- beli ikan selar, sardin dan pelalin sebagai lauk. Di dapur sudah lama tidak ada beras siam, yang ada beras murah. Tidak ada lagi botol sos cili, tomato, nescafe ataupun jus oren. Sekiranya ada tetamu berkunjung, hanya teh-o yang dihidangkan oleh bibi. Milo bungkusan kecil dibeli semata-mata untuk anak sulungnya. Sabun basuh, ubat gigi dan syampu yang dibeli pun saiz kecil sahaja dan jenama paling murah, digunakan berdikit-dikit. Kisah Benar Seorang Futawan Talian telefon rumahnya sudah dipotong, maka tamatlah riwayat laman webnya. Kemudian telefon bimbitnya pula di- potong dan tamatlah riwayat papan iklannya di pokok-pokok. Estimnya jatuh parah. Hendak keluar rumah pun beliau be- rasa malu. Berat badannya sudah banyak susut, begitu juga berat badan isterinya. Hubungan intim dengan isterinya terjejas teruk. Beliau mula tidak berani bercakap apa-apa dengan isterinya disebabkan beliau tahu nasi yang disuapnya itu adalah pembelian isterinya. Apa yang disuruh oleh isterinya, terus dibuatnya tanpa bercakap se- patah pun. Beliau takut tersalah cakap, khuatir isterinya akan me- nempelaknya. Bagi menunjukkan beliau bertimbang rasa atas kesusahan yang turut ditanggung oleh isterinya, beliau melakukan kerja-kerja rumah seperti membuang sampah, menukar lampin anak dan me- ngemas katil. Mujurlah isterinya anak sulung dan berasal dari kampung yang susah dan mempunyai ramai adik-beradik, jadi isterinya memang pandai hidup cara orang susah. Perkara paling sukar dikendalikan adalah perasaannya apabila memandang kedua-dua orang anaknya yang masih kecil. Hatinya paling ter- tekan apabila beliau ternampak kain lampin anak keduanya basah. Sepanjang masa itu, apabila ada kenduri-kendara saudara- mara di kampung, mereka tidak mampu balik. Malah pada tahun itu, beliau dan isterinya tidak mampu pulang berhari raya di kampung. Pada suatu masa, ayah mertuanya di Perlis dimasukkan ke hospital, isterinya terpaksa meminjam duit daripada rakan se- kerjanya bagi belanja minyak dan tol. Mereka memulakan per- jalanan jam dua pagi kerana hendak mengelak daripada ber- tembung dengan JPJ ataupun polis disebabkan keretanya sudah tidak mempunyai cukai jalan dan insurans kemalangan. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh membawa lari pelanggan-pelanggan bekas syarikatnya yang dahulu berada di bawah jagaannya, tetapi beliau tidak berani kerana perbuatan itu akan menyusahkan dirinya sendiri dan pengurus pemasaran bekas syarikatnya pasti akan membalas dendam sekiranya pe- langgannya dicuri. Beliau memang mempunyai rancangan mahu membawa mereka lari, tetapi tidak secara serentak dan tergesa- Memulakan Bisnes Sendiri gesa, sebaliknya secara perlahan-lahan sehingga perkara itu tidak menimbulkan curiga kepada bekas majikannya. Encik Jamaluddin adalah bekas murid sebuah kolej terkenal. Isterinya pernah menggesanya supaya menghubungi bekas rakan- rakan sekolahnya dan cuba bertanya sekiranya mereka ingin men- servis pendingin udara di rumah-rumah ataupun di pejabat mereka. Cadangan isterinya itu susah hendak ditelannya kerana ia melibatkan maruahnya sebagai seorang jurutera lulusan luar negara. Di mana hendak diletakkan mukanya sekiranya beliau mencari makan dengan mencuci pendingin udara di rumah kawan-kawannya itu? Dalam keadaan jiwanya yang Ada masanya dalam _tertekan itu, beliau terfikir mahu keadaan tertekan kembali mencari kerja makan gaji . semula, tetapi jiwanya tidak sanggup dengan bisnes yang mengaku kalah. Beliau masih me- merundum, nyimpan keyakinan beliau dapat ber- usahawan itu berfikir tahan sedikit lagi dan yakin dapat hendak makan gaji manga tempoh Payal itn. Dalam ; waktu yang sama, jau mem- ra semula tetapi banyakkan sembahyang sunat dan jiwanya tidak mahu doa-doanya, meminta bantuan Tuhan mengalah. supaya diberi rezeki yang baik dalam bisnesnya. Beberapa kali, selesai ber- doa, beliau tunduk menangis. Seumur hidupnya beliau tidak pernah menangis. Pada suatu hari, beliau ternampak dalam siaran ‘televisyen pagi, presiden persatuan bekas pelajar kolejnya ditemu ramah berkaitan perjumpaan tahunan dan hari keluarga semua bekas pelajar kolej itu yang akan diadakan di Bukit Jalil. Agenda utama hari itu adalah bergembira sambil menderma bagi tabung ke- bajikan kolej kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu. Beliau teringat pada gesaan isterinya supaya menghubungi rakan-rakan di kolejnya dahulu. Beliau segera menaiki motosikalnya dan pergi ke pondok telefon awam lalu menghubungi setiausaha persatuan dan men- daftar mahu hadir serta menawarkan diri bagi membantu secara sukarela sebarang tugas pada hari itu. Sehari sebelum tarikh itu, Kisah Benar Seorang Futawan B dengan muka tebal, beliau meminjam wang daripada adik lelaki- nya bagi membayar yuran penyertaan sebanyak RM60. Pada hari perjumpaan itu, awal-awal pagi beliau sudah pergi ke Bukit Jalil menaiki motosikalnya, terus pergi ke khemah urus setia, mendaftar dan bertanya apa yang boleh ditolong. Kebetulan seorang bekas rakan sekelasnya bernama Encik Asraf (bukan nama sebenar) bertugas menjaga kebersihan pada hari itu, lalu beliau serta-merta diambil bertugas membantu membersihkan sampah-sarap, berkemas dan membuka khemah selepas tamat perjumpaan. Semasa hendak balik, Encik Asraf ternampak Encik Jamaluddin menuju ke motosikalnya. Beliau segera mendekati rakannya itu dan bertanya mengapa beliau datang menaiki motosikal. Selepas mendengar penerangan Encik Jamaluddin itu, Encik Asraf, seorang usahawan yang sudah tujuh tahun membuka bisnesnya sendiri, serta-merta memberi tugas menservis 16 buah pendingin udara di bangunan pejabatnya. Keesokan harinya, Encik Jamaluddin datang dan dengan tangannya sendiri beliau menservis pendingin udara pejabat Encik Asraf. Tiada seorang pun daripada 46 orang kakitangan di pejabat itu menyangka, lelaki yang tangannya kotor mencuci mesin-mesin pendingin udara itu adalah seorang jurutera lulusan United Kingdom. Dalam masa tiga hari kerja-kerja itu selesai dan beliau terus menerima bayarannya. Selepas melihat sendiri kesungguhan Apabila ramai Encik Jamaluddin bekerja, Encik Asraf meng- | kawan, maka ambil langkah memberitahu rakan-rakannya banyaklah ruang dalam persatuan dan di luar persatuan ke- dan peluang dudukan Encik Jamaluddin. bisnes. Dari situ, sedikit demi sedikit, hari demi hari, bermulalah perubahan nasib Encik Jamaluddin. Beliau terus aktif membantu kerja-kerja rendah dan remeh apabila persatuan bekas pelajar sekolahnya mengadakan sebarang aktiviti. Di situlah beliau berjumpa dengan ramai senior sekolahnya yang sudah menjadi orang-orang penting. Di situlah beliau mendapat banyak kontrak kerja-kerja pemasangan dan penjagaan sistem pendingin udara bagi pelanggan korporat dan kerajaan. Memulakan Bisnes Sendiri Semasa kisah ini ditulis, syarikat Encik Jamaluddin adalah salah sebuah kontraktor sistem pendingin udara milik Bumiputera yang terbesar. Nilai tahunan bisnesnya sudah melebihi RM15 juta. Pada waktu yang sama, beliau sudah mempunyai tiga buah cawangan kedai barangan elektrik yang dibuka dengan meng- ambil tiga orang pekerjanya yang paling rajin dan amanah sebagai rakan kongsinya. Itu adalah cara beliau membantu mereka men- jadi usahawan. Kisah benar Encik Jamaluddin mencerminkan sifat-sifat dan kualiti peribadi individu yang mempunyai bakat menjadi usaha- wan berjaya. BAB 2 BAKAT BISNES S ehingga hari ini, pakar-pakar masih berselisih pendapat dalam isu ‘bakat bisnes’ atau ‘bakat keusahawanan’. Sesetengah pakar percaya aktiviti berniaga adalah suatu kemahiran, maksud-nya semua orang dapat dilatih menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti bisnes, manakala ada pula yang percaya bakat berniaga itu memang wujud tetapi bukan semua orang mempunyai bakat itu. Oleh hal yang demikian, pakar-pakar dalam kumpulan kedua ini berpendapat tidak semua orang dapat dilatih menjadi usahawan yang berjaya, hanya mereka yang me- miliki bakat semula jadi sahaja yang sesuai diberikan latihan ke- usahawanan. Antara tanda-tanda seseorang itu tidak mempunyai bakat bisnes adalah sekiranya mereka sudah 40 tahun, tetapi baru hendak memulakan bisnes. Bagi orang yang mempunyai bakat bisnes, semenjak masih di sekolah rendah lagi, mereka sudah pernah menjalankan ‘bisnes’ mereka sendiri. Sebagai contoh, apa- bila musim buah-buahan, mereka pernah menjual langsat ataupun rambutan kepada rakan-rakan di sekolah. Memulakan Bisnes Sendiri K | . Terdapat dua jenis bakat keusahawanan, enal pasti yang pertama disebut entrepreneur manakala bakat yang kedua disebut intrapreneur. Kedua-dua keusahawanan bakat ini berbeza. Mereka yang mempunyai is bakat entrepreneur berkebolehan memula scene dan memimpin bisnesnya sendiri. Encik Ramli bin Mokni, pengeluar produk Ramly keputusan. Burger adalah contoh seorang entrepreneur. Dalam bahasa biasa, golongan entrepreneur pandai menjalankan duit mereka sendiri. Golongan intrapreneur adalah mereka yang pandai menjalan- kan duit orang lain. Mereka pandai bekerja makan gaji dalam syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh para pemegang saham. Mereka berbakat menjalankan tugas-tugas sebagai pengurus kanan dalam syarikat-syarikat itu sehingga perniagaan syarikat berkembang besar. Ramai intrapreneur tidak memahami perbezaan antara kedua- dua jenis bakat keusahawanan itu. Akibatnya, mereka percaya disebabkan mereka pandai mengembangkan perniagaan majikan mereka, maka mereka yakin mereka juga dapat menubuhkan syarikat mereka sendiri dan menjadi usahawan berjaya. Terbukti apabila mereka berhenti kerja dan memulakan bisnes mereka sendiri, mereka menghadapi pelbagai masalah. Bakat bersifat genetik, yakni keturunan. Bagi mengetahui ada- kah saudara memiliki sesuatu jenis bakat, saudara lihat ibu bapa dan saudara-mara saudara, apakah jenis bakat yang mereka miliki. Kemungkinan saudara memiliki bakat yang serupa adalah lebih tinggi. Sekiranya bakat itu ada pada sebelah ibu dan juga bapa, kemungkinan saudara mewarisi bakat itu adalah lebih tinggi lagi. Persekitaran memainkan peranan penting memupuk bakat semula jadi. Saudara mungkin memiliki bakat, tetapi disebabkan saudara berada dalam persekitaran yang tidak memerlukan bakat saudara itu, akibatnya bakat saudara tidak berkembang. BAB 3 CALON ISTERI UNTUK CALON USAHAWAN Tan Zainuddin adalah seorang peguam terkenal di Kuala Lumpur. Anak-anak guamnya terdiri daripada semua bangsa dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang bisnes. Salah seorang anak guamnya adalah Encik Tan, seorang usahawan Cina yang berjaya. Tuan Zainuddin menceritakan apa yang pernah didengarnya daripada usahawan Cina itu berkaitan persediaan menjadi usaha- wan. Menurut Encik Tan, di kalangan orang Cina, mereka mem- punyai petua memilih perempuan yang sesuai bagi lelaki yang hendak menjadi usahawan. Menurut Encik Tan, bagi calon usahawan Cina, berkahwin dengan gadis yang lulus sekolah aliran Cina adalah pilihan yang baik berbanding gadis yang lulus aliran Inggeris. Rasional di se- balik pilihan gadis aliran Cina ataupun Inggeris adalah mereka mempunyai pengharapan berbeza ke atas tingkah laku suami- suami mereka. Mengikut Encik Tan, gadis-gadis Cina yang berpendidikan Inggeris mempunyai nilai-nilai kekeluargaan seperti wanita- wanita kulit putih, iaitu mereka mahu suami-suami mereka Memulakan Bisnes Sendiri Calon usahawan _Pekerja sama seperti orang yang ber- perlukan calon isteri {828 di Korporat. antarabangsa, iaitu ‘4 kerja perlu mengikut waktu, pulang yang sesuai kerana kerja cepat, malam perlu berada di isteri mempunyai — rumah dan hujung minggu bersiar-siar pengaruh besar dengan isteri dan anak-anak. pada kejayaannya. Ini berbeza dengan gadis-gadis yang mendapat pendidikan aliran Cina. Mereka kurang mengharapkan suami-suami mereka pulang cepat, apa yang penting suami-suami mereka pulang membawa wang yang banyak untuk keluarga. Petua yang serupa juga digalakkan bagi mereka yang terlibat dengan profesion jurujual, khususnya jurujual dalam sektor produk-produk harga tinggi dan mahal seperti kereta, rumah, hartanah dan lain-lain yang seumpama itu. Bakal pembeli produk- produk seperti itu pergi ke showroom ataupun membuat lawatan ke lokasi selepas waktu pejabat, pada hari-hari cuti dan hujung minggu. Bagaimana pula sekiranya saudara seorang pemuda Melayu? Saudara digalakkan memilih gadis yang datang daripada keluarga usahawan. Nabi Muhammad menggalakkan umatnya berkahwin dengan orang yang sekufu, ertinya orang yang banyak persamaan. BAB 4 HALANGAN KELUARGA Sscanys saudara berasal daripada keluarga makan gaji, apa- tah lagi makan gaji dengan kerajaan, saudara berdepan dengan nilai-nilai kerja yang berbeza daripada nilai-nilai kerja sektor swasta dan keusahawanan. Lazimnya, pilihan ibu bapa yang makan gaji dengan kerajaan adalah supaya anak-anak mereka makan gaji juga, sebaik-baiknya dengan kerajaan dan sekurang-kurangnya dengan syarikat besar. Tekanan ini lebih dirasakan apabila anak-anak mereka mem- punyai kelulusan diploma ataupun ijazah. Di kalangan ibu bapa yang makan gaji, anak-anak mereka sudah ‘mendapat kerja’ sekiranya mereka ‘makan gaji’. Mereka malu apabila anak mereka tidak makan gaji disebabkan bagi mereka, orang yang tidak makan gaji serupa dengan orang yang ‘belum ada kerja’. Ini kisah benar. Mazlan Hamzah (bukan nama sebenar) mem- punyai ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Ayahnya adalah seorang pegawai di sebuah ke-menterian mana- kala ibunya pula seorang guru. Beliau memang berminat hendak menjadi orang bisnes. Sehari selepas tamat peperiksaan beliau terus mencari kerja dengan dealer kereta Kia dan diterima. Baru tiga bulan bekerja, beliau sudah mampu membeli kereta baru sendiri dan pada bulan kelima, pendapatan komisennya sudah mencecah lebih RM3000 sebulan, berbeza dengan rakan-rakan se- kuliahnya yang majoriti masih menganggur. Ibu bapanya mahu beliau segera menamatkan chambering supaya dapat menjadi peguam. Tekanan lebih kuat datang dari- pada ibunya yang menekan beliau supaya mencari kerja di sektor guaman ataupun sekurang-kurangnya bekerja sebagai pegawai undang-undang dengan korporat. Bapanya mahu beliau menjadi majistret ataupun peguam. “Tidak guna ada ijazah undang-undang kalau cuma hendak menjadi salesman kereta,” kata ibunya. “Sia-sia ada ijazah tetapi tidak dipakai,” kata ayahnya. Sikap malu itu juga terdapat di kalangan gadis-gadis Melayu, meskipun yang sudah berpendidikan tinggi iaitu pilihan utama mereka adalah calon suami mereka makan Apabila mencari _gaji. Tekanan supaya beliau ‘mencari kerja’ bakal teman juga datang daripada teman wanitanya, ‘ . ang belajar sekuliah den; a tetapi hidup, carilah Ek chambering dengan elaun RMG600.00 yang bersedia sebulan. Ibu bapa teman wanitanya juga menjadi isteri tidak selesa dengan kemungkinan anak usahawan dan perempuan mereka, bakal peguam, hendak memberi berkahwin dengan jurujual kereta. Ayah teman wanitanya adalah seorang posmen sokongan. manakala ibunya kerani. Cerita-cerita seperti ini biasa berlaku. Ramai usahawan muda yang terpaksa memilih antara kekasih ataupun meneruskan per- juangannya menjadi usahawan. Lebih ramai pula yang tidak diberi pilihan, kerana teman wanita mereka sudah membuat ke- putusan sendiri iaitu mencari bakal suami lain yang mempunyai jawatan tetap. BAB 5 REKOD SEBELUM BERNIAGA S exicanya saudara bercita-cita hendak mempunyai bisnes sen- diri, saudara dinasihatkan supaya menjaga kewangan peribadi saudara mulai sekarang. Pada masa ini, hanya individu-individu yang mempunyai rekod kewangan bersih sahaja yang dapat me- mulakan bisnes dengan bantuan institusi kewangan. Pada tahun 1976, Puan Tom (bukan nama sebenar) pernah menjadi penjamin bagi pinjaman pendidikan seorang pelajar tajaan MARA. Pada tahun 2003, Puan Tom hendak membuka akaun bank tetapi diberitahu oleh pegawai bank yang per- mohonannya ditolak kerana namanya tercatat dalam senarai CITOS sebagai orang yang berhutang dengan MARA dan sudah 27 tahun tidak membayar hutangnya! Pelajar yang dijamin itu sukar dikesan di mana beliau berada sekarang. Bagi mengeluar- kan namanya daripada senarai hitam CITOS, Puan Tom perlu membayar nilai jaminan itu sebanyak RM32,000 kepada MARA. Selagi tidak membayar, Puan Tom tidak dapat membeli walau kereta baru sekalipun kerana semua bank dan syarikat kewangan menyemak dahulu senarai CITOS ataupun FIS sebelum melulus- kan sebarang permohonan pinjaman. Memulakan Bisnes Sendiri we ttt at Nama saudara boleh tercatat dalam Bantuan institusi senarai CITOS dan FIS sekiranya saudara kewanganhanya tidak membayar pelbagai jenis hutang diberikankepada _ saudara termasuk hutang bank, syarikat mereka yang Kewangan dan kad krodit eee sekira- : nya saudara mempunyai bil telefon lapuk mempunyal sekalipun, wismia "saci ada terentat rekod kewangan dalam CITOS ataupun FIS. Akibatnya yang bersih. saudara tidak dapat memohon talian telefon baru dengan menggunakan nama saudara sendiri. Jika memohon talian telefon dan membuka akaun bank pun sudah tidak dapat, apatah lagi memohon pinjaman bagi membeli kereta, van, lori, kedai dan lain-lain keperluan per- niagaan. Dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini, saudara tidak dapat lari daripada membayar hutang saudara. Sebarang hutang lapuk saudara boleh menyebabkan saudara sukar hendak me- mulakan sebarang perniagaan pada masa hadapan. Barangkali saudara tidak tahu, pada masa ini ramai individu yang gajinya berbelas-belas ribu sebulan tidak dapat memohon kad kredit baru disebabkan nama mereka tercatat dalam CITOS ataupun FIS. Bagi saudara yang masih menuntut dan menggunakan wang biasiswa ataupun pinjaman tabung PTPN, pastikan saudara tidak mengingkari syarat-syarat dalam perjanjian saudara kerana nama saudara pun akan dimasukkan ke dalam CITOS dan FIS. BAB 6 MENYEDIAKAN ANAK MENJADI USAHAWAN LA genta saudara mahu menyediakan anak-anak saudara men- ceburi bidang keusahawanan, ada beberapa perkara yang patut diberikan perhatian daripada awal-awal lagi. Pertama adalah, di mana anak-anak saudara disekolahkan. Pada masa ini, orang Melayu memberi nilai yang tinggi kepada pendidikan di luar negara. Bagi orang Melayu, bersekolah di luar negara adalah suatu simbol status yang menunjukkan anak-anak mereka pintar dan pandai. Semakin ramai dan semakin lama anak-anak mereka berada di luar negara, semakin bangga ibu bapa Melayu. Di kalangan orang Melayu, masih ramai yang percaya, universiti luar negara menawarkan pendidikan yang lebih ber- mutu daripada universiti-universiti dalam negara. Oleh sebab itu, mereka percaya anak-anak mereka yang belajar di luar negara mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan lebih baik. Pemikiran seperti itulah barangkali yang mendorong bekas-bekas pelajar luar negara (nampaknya hanya pelajar Melayu yang belajar di Amerika menunjukkan tingkah laku ini) cenderung me- nampalkan plastik nama universiti mereka di belakang kereta Memulakan Bisnes Sendiri mereka bagi memberitahu orang ramai mereka adalah lulusan universiti luar negara walaupun mungkin universiti mereka itu duduknya di tengah-tengah ladang jagung! Sekiranya saudara mahukan anak- Anak-anak yan anak menjadi usahawan, ada beberapa ke- belaiar di dee, tugiannya apabila saudara menghantar elaj mereka belajar di luar negara. Kerugian negara yang paling besar adalah kerugian sosial berpeluang khususnya peluang bersahabat sejak muda 4 iaitu hilan; luang membina persahabat- membina 5 pemmang Pe ‘ an dengan sebanyak-banyak rakan se- lingkungan panjang masa seseorang itu belajar di persahabatan universiti. yang lebih besar. Dalam dunia bisnes, ijazah kelas satu tidak banyak kegunaannya, sebaliknya mempunyai ramai sahabat dan kenalan kelas satu memberikan kesan besar kepada kejayaan dalam bisnes. Semakin besar jumlah sahabat dan kenalan seseorang usahawan itu, semakin banyak urusan bisnes yang dapat dikendalikan dengan cepat dan mudah. Apabila seseorang itu belajar di universiti dalam negara, beliau berpeluang berkenalan dengan beribu-ribu pelajar lain dari- pada semua fakulti, pelbagai kaum, masing-masing dengan latar belakang kekeluargaan yang berbeza-beza. Setiap universiti tempatan melatih ribuan pelajar, antaranya termasuk anak-anak menteri, pengarah dan tokoh-tokoh korporat yang suatu hari nanti bakal menjadi perdana menteri, menteri- menteri, para pentadbir dan usahawan. Dengan menjalin per- sahabatan sejak di bangku sekolah lagi, anak-anak saudara sudah berpeluang menyediakan jaringan sahabat dan kenalan yang berada di mana-mana. Kerugian sosial kedua pula adalah hilang peluang berlatih menjadi pemimpin melalui pelbagai persatuan dan kelab-kelab yang ada di universiti-universiti dalam negara. Organisasi pelajar adalah tempat yang paling penting melahirkan bakal-bakal pe- mimpin politik negara. Bandingkan perkara ini, pelajar-pelajar dalam negara berpeluang belajar cara-cara mengadakan aktiviti dan majlis-majlis yang membolehkan mereka mencipta pe- ngalaman berinteraksi secara langsung dengan perdana menteri Menyediakan Anak Menjadi Usahawan u dan menteri-menteri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalan- kan, manakala pelajar-pelajar yang belajar di universiti yang ter- letak di tengah-tengah ladang jagung tidak mendapat peluang berharga seperti itu. Justeru tidaklah menghairankan apabila, kecuali beberapa orang, seluruh kabinet Malaysia terdiri daripada lulusan universiti dalam negara. Walaupun anak saudara akan menjadi usahawan dan bukan ahli politik, tetapi dengan memimpin pertubuhan-pertubuhan pelajar itu, anak saudara sudah ‘pasang khemah’ awal-awal lagi dalam landskap dan peta politik masa depan negara ini, di mana sahabat-sahabatnya akan mempunyai banyak kuasa membuat pelbagai keputusan yang penting bagi orang bisnes. Menghantar anak-anak saudara belajar di universiti luar negara adalah persediaan yang baik sekiranya memang saudara mahu supaya anak saudara bekerja dengan syarikat milik asing. Hantar anak saudara belajar di Jepun apabila saudara mahu anak saudara bekerja dengan orang Jepun, begitu juga hantar anak saudara belajar di Jerman apabila saudara mahu anak saudara bekerja dengan orang Jerman. Apabila anak saudara belajar di Jepun, beliau akan belajar bahasa dan kebudayaan Jepun, apa yang disebut cultural education iaitu dua perkara yang penting apa- bila mahu bekerja dengan bangsa Jepun. (Semasa buku ini ditulis, lulusan Jepun menerima gaji sehingga tiga kali lebih tinggi di- bandingkan dengan pemegang ijazah dari Amerika sekalipun.) Tetapi, sekiranya saudara mahukan anak saudara menjadi usaha- wan, belajar di luar negara boleh menyebabkan anak saudara tidak berpeluang mendapatkan pendidikan budaya tempatan yang secukupnya. Nilai-nilai budaya asing yang diperoleh dan diamalkan se- panjang seseorang itu berada di luar negara boleh menyebabkan individu itu mengalami kesukaran dalam urusan bisnesnya yang melibatkan orang-orang tempatan yang berpendidikan tempatan. Maioriti jentera pentadbiran kerajaan dipegang oleh orang Melayu lulusan tempatan. Dengan itu nilai-nilai personel mereka amat Melayu. Pengetahuan berkaitan jiwa dan sanubari Melayu diperlukan apabila berurusan dengan para pentadbir kerajaan. Sekadar me- nyebut satu contoh, dalam sanubarinya, orang Melayu meng- anggap orang yang datang dan berdiri di hadapannya dengan

You might also like