You are on page 1of 36

Edisi pertama 2002

Edisi kedua 2003


Edisi ketiga 2004
Edisi keempat 2005
Edisi kelima 2006
Edisi keenam 2007
Edisi ketujuh 2008
Edisi kelapan 2009
Edisi kesembilan 2010
Edisi ke-10 2011
Edisi ke-11 2012
Edisi ke-12 2013
Edisi ke-13 2014
Edisi ke-14 2015
Edisi ke-15 2016
Edisi ke-16 2017
Edisi ke-17 2018 / Versi Dalam Talian 2018
Edisi ke-18 2019 / Versi Dalam Talian 2019
Edisi ke-19 2020 / Versi Dalam Talian 2020

Tarikh Berkuat kuasa : 22 Jun 2020

© Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman
atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan oleh
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel : +603-88844083
Fak: +603-88844028
Laman sesawang : http://www.moe.gov.my

Buku Peraturan Pelajar


Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi 2020/2021

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

MISI
BAHAGIAN MATRIKULASI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains,


teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang
berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

VISI
BAHAGIAN MATRIKULASI
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian
tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

OBJEKTIF BAHAGIAN MATRIKULASI

1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi


keperluan Universiti Awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan
profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan,


kreatif dan berdaya saing.

ii
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Visi, Misi dan Obejktif Bahagian Matrikulasi ii

BAHAGIAN A : PERATURAN AM

PERKARA 1 : Pemakaian Dan Tafsiran 1

PERKARA 2 : Disiplin Am 2

PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, 3


Bengkel, Aktiviti Kokurikulum,
Aktiviti Rasmi Kolej

PERKARA 4 : Kad Matrik 4

PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 4

PERKARA 6 : Peperiksaan 4

PERKARA 7 : Pakaian Dan Penampilan Diri 5

PERKARA 8 : Potongan Rambut, Misai, Janggut 6


Dan Bauk (Berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil.2/1976)

PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum 7

PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan Dan 7


Peralatan

PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan 7

PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 8

PERKARA 13 : Lawatan 8

PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej 9

PERKARA 15 : Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar 9

PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan 10


Diadakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 10

PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan 10


Memperdengarkan Penerbitan Bercetak
dan Bahan Bukan Bercetak

PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej 11

PERKARA 20 : Makanan Dan Minuman Yang Dilarang 11

PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah 11

PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah 11


Berbahaya 1952)/ Racun (Akta Racun 1952)

PERKARA 23 : Larangan Merokok 12

PERKARA 24 : Membuli Atau Mencederakan 12

PERKARA 25 : Bahan Letupan 13

PERKARA 26 : Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek 13

PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah 13

PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan 13

PERKARA 29 : Berkahwin 13

PERKARA 30 : Rujukan Perubatan/ Hospital 13

PERKARA 31 : Keingkaran 14

BAHAGIAN B : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

PERKARA 1 : Pemakaian Dan Tafsiran 15

PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 15

PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan Bilik Dan 17


Kemudahan-Kemudahan Di Dalamnya

PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, 17


Cuti Hujung Minggu dan Cuti Am

PERKARA 5 : Barang Kepunyaan Sendiri 18


KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 6 : Masa Memadamkan Lampu 18

PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan Elektrik 18

PERKARA 8 : Menerima Tetamu 19

PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain 19

PERKARA 10 : Aktiviti Di Blok Kolej Kediaman 20

BAHAGIAN C : PERATURAN KAFETARIA

PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan Dan Tambahan 21

PERKARA 2 : Pakaian Semasa Di Kafetaria 21

PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti 22

PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli 22

BAHAGIAN D : PERATURAN PERPUSTAKAAN

PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 23

PERKARA 2 : Pendaftaran 24

PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman 24

PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 25

PERKARA 5 : Kehilangan Dan Kerosakan 26

PERKARA 6 : Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan 27


Perpustakaan

PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan 27

BAHAGIAN E : JENIS-JENIS HUKUMAN 29


PERATURAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN A
PERATURAN AM

PENDAHULUAN

Buku peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan
oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
membantu pengurusan pelajar di kolej Matrikulasi KPM. Peraturan yang ditetapkan
perlu diguna pakai oleh semua pelajar demi kesejahteraan pelajar, nama baik kolej
khususnya dan Program Matrikulasi KPM amnya.

PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang
mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM.

1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya


menghendaki makna yang lain;

(a) “Pegawai Hal Ehwal Pelajar” bermaksud Pengarah kolej matrikulasi

(b) “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan


Pelajar bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kolej
kediaman.

(c) “Ketua Felo” bermaksud ketua warden iaitu pegawai yang


bertanggungjawab ke atas kolej kediaman dan dilantik dalam kalangan
pegawai/ pensyarah dan mengetuai felo kolej kediaman.

(d) “Felo” bermaksud warden iaitu pegawai utama yang menjaga sesuatu
kolej kediaman dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan
sewajarnya untuk bertindak bagi pihak pengurusan kolej.

(e) “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia kolej
kediaman.

(f) “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia


Asrama mengurus selia kolej kediaman.

(g) “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan


oleh institusi untuk kediaman pelajar.

1
(h) “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk
bangunan yang ada di dalam kolej.

(i) “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam kolej


seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan
luar di sekeliling bangunan.

(j) “Kolej” bermaksud institusi pendidikan yang menjalankan Program


Matrikulasi KPM.

(k) “Lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-
mana jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan Matrix Excellence
Programme (MEPro), kumpulan tutorial, persatuan, kelab dan badan-
badan kebajikan.

(l) “Pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi KPM.

(m) “Pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar yang tinggal dalam


sesuatu kolej kediaman.

(n) “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam
bangunan dan di kawasan kolej.

(o) “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam rombongan yang
mewakili sesuatu institusi kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi
kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan serta
kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan Negara
1966.

(p) “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara terdekat yang datang
mengunjungi pelajar di kolej.

1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan
dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian
daripada peraturan ini.
(Akta 174: Kaedah 3b)

PERKARA 2 : Disiplin Am

2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar
kolej demi menjaga nama baik pelajar, kolej, Bahagian Matrikulasi dan KPM.
(Akta 174: Kaedah 3a)

2.2 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai
melebihi RM300.00 dan barang kemas bernilai tidak melebihi RM300.00 pada
satu-satu masa.

2
2.3 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan, perniagaan atau
perdagangan sama ada sepenuh atau separa masa pada sepanjang
pengajian.
(Akta 174: Kaedah 14)
2.4 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya dengan sebab-sebab di bawah
Fasal 7 Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program
Matrikulasi KPM akan dikenakan tindakan sebagaimana yang dinyatakan
dalam fasal tersebut.

2.5 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi sesuatu kesalahan
jenayah di mana-mana mahkamah, pelajar itu akan diberhentikan serta-merta
daripada menjadi pelajar Program Matrikulasi.
(Akta 174: Seksyen 14.2)

2.6 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki atau


membawa peralatan elektronik yang berharga dan bertanggungjawab
mendaftar peralatan tersebut di kolej kediaman. Setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan tersebut.

PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, Bengkel, Aktiviti


Kokurikulum Dan Aktiviti Rasmi Kolej

3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, bengkel aktiviti kokurikulum
dan semua aktiviti rasmi kolej.

3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri


kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum dan semua aktiviti rasmi
kolej.

3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu kuliah,
tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum, pelajar akan dikira tidak hadir
bagi kuliah, tutoran, amali, aktiviti kokurikulum berkenaan.

3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang
sah atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada
pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej
dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran, amali, bengkel, kokurikulum dan
aktiviti rasmi kolej.

3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
memaklumkan seberapa segera kepada pegawai yang berkaitan.
(Akta 174: Kaedah 4)

3.6 Kehadiran pelajar bagi setiap subjek yang tidak mencapai 90 peratus boleh
diambil tindakan termasuk dihalang dari menduduki peperiksaan akhir
semester Program Matrikulasi.
(Akta 174: Kaedah 4)

3
PERKARA 4 : Kad Matrik

4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan


mempamerkan kad matrik yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada
di dalam kolej.

4.2 Kad matrik tidak dibenarkan untuk dipindah milik.

4.3 Kad matrik yang hilang/ rosak mesti dilaporkan kepada pegawai yang
berkaitan untuk diganti dan kos ditanggung oleh pelajar.
(Akta 174: Kaedah 25)

PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej

5.1 Pengawal Keselamatan kolej adalah pegawai yang diberi bertanggungjawab


menyelia dan melaporkan keselamatan keseluruhan kolej.

5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen
pengenalan diri seperti kad pengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen
memandu apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Felo, Ketua Felo
atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh pengarah kolej.

5.3 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam 7.00 malam perlu
mendapat kebenaran daripada Pengarah atau pegawai lain yang diberikan
kuasa oleh Pengarah kolej.

5.4 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar masuk kolej di pondok


pengawal pada masa-masa yang dibenarkan oleh kolej.
(Akta 174: Kaedah 3b)

PERKARA 6 : Peperiksaan

6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan luar kecuali


dengan kebenaran Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM sepanjang
tempoh pengajian.
(Fasal 4e: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program
Matrikulasi)

6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penyelewengan akademik dalam


peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh diberi markah 0
bagi kertas peperiksaan berkenaan atau diberi gred F bagi kursus
berkenaan. Rayuan berhubung perkara ini tidak akan dipertimbangkan.
(Akta 174: Kaedah 3j dan 7A)

4
PERKARA 7 : Pakaian Dan Penampilan Diri

7.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej
bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

7.1.1 Pelajar lelaki;

(a) dikehendaki berpakaian kemas dan sopan;

(b) dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan


berseluar panjang (slack), tali pinggang berwarna hitam/ gelap,
tidak bercorak dan tidak melebihi 3 sentimeter lebar serta
memakai kasut kulit/PVC bertutup; dan

(c) dilarang:
i. berseluar pendek,
ii. berseluar jeans,
iii. berkemeja ‘Hawaii’,
iv. berbaju ‘T’,
v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal,
vi. tali pinggang yang berkepala besar dan berlambang.

7.1.2 Pelajar perempuan;

(a) dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk


tubuh;

(b) dikehendaki memakai kasut kulit/ PVC bertutup; dan

(c) dilarang:
i. berbaju ‘T’,
ii. berseluar jeans, berskirt pendek dan berseluar pendek,
iii. memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut
susuk tubuh).
iv. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal,
v. memakai sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan
bahagian muka.

7.2 Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan
pelindung mata (sekiranya perlu) sepanjang sesi amali/ bengkel.

7.3 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum;

(a) bagi unit beruniform, pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang
ditetapkan; dan

(b) bagi sukan dan permainan atau kelab dan persatuan pelajar dikehendaki
memakai seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh
pihak kolej.

5
7.4 Pakaian semasa lawatan keluar kolej

Semasa mengikuti lawatan rasmi ke luar atas nama mana-mana pihak di kolej,
pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada Peraturan 7.1.1
dan 7.1.2 serta mempamerkan kad matrik.

7.5 Pakaian semasa keluar kolej (outing).

(a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk
tubuh; atau

(b) pakaian formal/ baju ‘T’ kolej/ p a ka ia n ya n g d i b e n a r ka n o le h


p ih a k ko l e j .

7.6 Sebarang penambahan, pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan ini


adalah berdasarkan makluman/ arahan kolej berkaitan dengannya.
(Akta 174: Kaedah 6)

PERKARA 8 : Potongan Rambut, Misai, Janggut Dan Bauk (Berdasarkan


Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976)

8.1 Pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang ialah
seperti berikut;

(a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua
telinga;

(b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi;

(c) di sisi - rambut menutup kedua-dua cuping telinga atau sebahagian


daripadanya dan bauk melebihi paras tengah hidung; dan

(d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang.

8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya
dengan kemas.

8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan mengikat atau


mendandankannya supaya kelihatan kemas.

8.4 Mewarnakan rambut dilarang sama sekali.

6
PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum

9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum.


(Akta 174: Kaedah 4)

9.2 Pelajar boleh memilih jenis kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Walau
bagaimanapun, Unit Kokurikulum kolej berhak membuat ketentuan terhadap
pengagihannya.

PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan Dan Peralatan

10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolej selepas waktu pejabat,
pada cuti hujung minggu dan pada hari-hari cuti hendaklah mendapat
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.

10.2 Setelah menggunakannya hendaklah diaturkan kembali segala perabot dan


peralatan seperti keadaan asalnya.
(Akta 174: Kaedah 31)

10.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa pulang peralatan milik kolej tanpa
kebenaran pihak kolej.

10.4 Kehilangan/ kerosakan peralatan perlu dilaporkan segera kepada pegawai


yang bertanggungjawab. Jika berlaku kehilangan peralatan, pelajar
dikehendaki untuk membuat bayaran ganti rugi mengikut nilai barang tersebut.

PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan

11.1 Kenderaan Kolej

(a) Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak hendaklah


mendapat kelulusan daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang
diberi kuasa oleh pengarah kolej.

(b) Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa membatalkan


sebarang tempahan terhadap penggunaan kenderaan kolej sekiranya
terdapat keperluan lebih penting oleh pihak kolej.

11.2 Kenderaan Luar

(a) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan luar tanpa


pengetahuan pihak kolej termasuk penyewaan kenderaan persendirian.

7
PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej

12.1 Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan


bermotor di dalam kolej.

12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara juga atau
melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau mengganggu
pergerakan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 45)

PERKARA 13 : Lawatan

13.1 Lawatan ke luar kolej

(a) Permohonan untuk membuat lawatan ke luar kolej hendaklah


dikemukakan kepada pengarah kolej dalam tempoh seperti berikut;

i. bagi lawatan dalam negara - satu bulan sebelum tarikh lawatan; dan

ii. bagi lawatan ke luar negara - tiga bulan sebelum tarikh lawatan.
(Akta 174: Kaedah 13)

(b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen pengenalan diri


seperti kad pengenalan, pasport dan kad matrik hendaklah dibawa
bersama dan keselamatannya terjaga semasa membuat lawatan.

13.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej

(a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan ke kolej perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.

(b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang ingin menerima
dan membawa pihak luar melawat ke dalam kolej perlu memohon dan
mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai
lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.

(c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi
kuasa oleh pengarah kolej.

(d) Pihak luar yang melawat ke dalam kolej yang ingin menjalankan sebarang
aktiviti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej. Salinan surat
kebenaran berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar.

8
PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej

14.1 Sebarang aktiviti/ program pelajar sama ada di dalam atau di luar kawasan
kolej mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.

14.2 Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar hendaklah diiringi oleh
penasihat/ pensyarah sepanjang aktiviti/ program pelajar dijalankan.

14.3 Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan, menganjurkan dan menyertai;

a) sebarang aktiviti yang bercanggah dengan keputusan yang telah


dipersetujui oleh pengarah kolej; dan
(Akta 174: Kaedah 9)

b) aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang menyalahi undang-
undang negara sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3a)

14.4 Masa menamatkan semua aktiviti/ program dalam perkara 14.1 pada sebelah
malam ialah tidak lewat daripada jam 11.00 malam. Sebarang aktiviti yang
melewati masa tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada pengarah
kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
(Akta 174: Kaedah 29)

14.5 Aktiviti riadah pada waktu petang perlu tamat 30 minit sebelum waktu
Maghrib.

PERKARA 15 : Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar

15.1 Mana-mana kelab/ pertubuhan/ persatuan pelajar yang ingin menjemput


perceramah/ pensyarah luar hendaklah mengikut peraturan;

(a) Kebenaran daripada pengarah kolej hendaklah diperolehi terlebih dahulu


sebelum penceramah/ pensyarah luar itu dijemput memberi ceramah di
kolej.

(b) Penceramah/ pensyarah yang dijemput hendaklah terdiri daripada


pegawai kakitangan di Kementerian/ Jabatan Kerajaan dari Institusi
Pendidikan/ Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan;

(c) Penceramah/ pensyarah yang dijemput tidak boleh dari kalangan ketua/
pemimpin atau ahli sebarang perkumpulan/ persatuan/ pertubuhan yang
tidak disetujui oleh KPM;

(d) Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara
yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab/ pertubuhan/

9
persatuan yang menjemput dan tidak bercanggah dengan peraturan kolej
dan undang-undang negara; dan

(e) Semasa ceramah/ syarahan diadakan, pensyarah atau penasihat kelab/


badan/ persatuan yang berkenaan hendaklah hadir bersama dan
bertanggungjawab menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada
pengarah kolej atau Bahagian Matrikulasi.

PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan Diadakan Oleh


KPM

Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah/ syarahan yang bukan


anjuran KPM kecuali dengan kebenaran pengarah kolej atau pegawai lain yang
diberi kuasa oleh pengarah kolej.

PERKARA 17 : Rawatan Perubatan

17.1 Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan hendaklah


mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain
yang telah diberi kuasa oleh pengarah kolej.

17.2 Kemudahan pengangkutan disediakan kepada pelajar bagi mendapatkan


rawatan kesihatan ke klinik kerajaan.

17.3 Pelajar dikehendaki menanggung sendiri kos keseluruhan perubatan jika


ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik/ hospital swasta dengan
persetujuan ibu/ bapa/ penjaga.

17.4 Pelajar dibenarkan berada di bilik sakit setelah mendapat kebenaran secara
bertulis dari pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa oleh
pengarah kolej.

PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan Memperdengarkan


Penerbitan Bercetak Dan Bahan Bukan Bercetak

18.1 Tiada seorang pelajar dan tiada suatu pertubuhan, kelab atau kumpulan
pelajar boleh menyimpan, mendengar, menayang, menampal dan
memperdengarkan sebarang penerbitan sama ada bercetak atau bukan
bercetak seperti filem, kaset, audio, video dan lain-lain bahan bukan cetak
yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan Undang-Undang Negara.
(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan bercetak yang
hendak diedarkan atau ditontoni atau diperdengarkan kepada pelajar
Program Matrikulasi perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada
pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.

10
18.3 Semua urusan surat-menyurat yang menggunakan nama dan logo kolej yang
hendak dibuat edaran sama ada di dalam atau luar kawasan kolej hendaklah
dibuat melalui pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
pengarah kolej.

18.4 Percetakan sebarang jenis kad yang menggunakan nama dan logo kolej
yang hendak dibuat untuk edaran perlu mendapat kebenaran daripada
pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.
(Akta 174: Kaedah 12)

PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej

Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibat dengan apa-apa jua
cara dalam sebarang aktiviti perjudian di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 17)

PERKARA 20 : Makanan Dan Minuman Yang Dilarang

20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam miliknya atau
jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman beralkohol di dalam kolej.

20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kolej
adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada dalam miliknya atau
jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman, makanan dan bahan-bahan
yang tidak halal di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 18 dan 3b)

PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah

Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau dibawa jagaan
atau kawalannya, atau mempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar
secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 19)

PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah Berbahaya 1952)/


Racun (Akta Racun 1952)

22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa dadah atau racun.

22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat
pihak berkuasa tatatertib adalah direkabentuk bagi memakan atau meminum

11
atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya
secara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau
racun.

22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau


menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau
menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada sesiapapun.

22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap atau
menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau
dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang
seorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang
pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorang pelajar untuk
menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan perubatan.

22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau


menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah
atas suatu kesalahan tatatertib.
(Akta 174: Kaedah 20)

PERKARA 23 : Larangan Merokok

23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah


Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.

23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaannya
atau kawalannya apa-apa hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik
(vape).

23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat
pihak berkuasa tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau meminum
atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya
secara suntikan dengan apa-apa jua cara lain apa-apa hasil tembakau atau
rokok.
(Akta 174: Kaedah 26)

PERKARA 24 : Membuli Atau Mencederakan

24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuli seorang pelajar
lain sama ada secara lisan, bertulis dan atau perbuatan.

24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh mendatangkan
kecederaan atau kemudaratan kepada diri sendiri dan atau orang lain.
(Akta 174: Kaedah 3a dan 3b)

12
PERKARA 25 : Bahan Letupan

25.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api.

25.2 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau


menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan
atau menawarkan apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepada
sesiapapun mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957.
(Akta 174: Kaedah 3b dan 22)

PERKARA 26 : Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek

Tiada seorang pelajar boleh mencuri/ mengalih/ meminda/ mengubah objek, harta
benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu tanpa kebenaran.
(Akta 174: Kaedah 3h)

PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah

Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau mencacatkan harta benda
kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu lain atau harta benda yang
berada di dalam kawasan kolej.
(Akta 174: Kaedah 3g)

PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan

28.1 Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap mana-mana
pegawai, kakitangan yang bertugas di kolej atau pelajar lain.
(Akta 174: Kaedah 3a)

28.2 Tiada seorang pelajar dibenarkan berkelakuan tidak sopan pada setiap masa
dan di mana-mana tempat di dalam atau luar kawasan kolej.

PERKARA 29 : Berkahwin

Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh pengajiannya.


(Fasal 5h: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi KPM)

PERKARA 30 : Rujukan Perubatan/ Hospital

30.1 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang
pihak kolej merujuk mana-mana pelajar jika didapati perlu menjalani apa-apa
rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971.

13
30.2 Seseorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan serius perlu
mengistiharkan status kesihatan kepada Pengarah kolej atau pegawai yang
diberi kuasa oleh pengarah kolej.

PERKARA 31 : Keingkaran

Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa-apa arahan atau
kehendak yang dikeluarkan oleh pengarah kolej atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa olehnya.
(Akta 174: Kaedah 26)

14
BAHAGIAN B
PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

PERKARA 1 : Pemakaian Dan Tafsiran

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ialah semua pelajar
Program Matrikulasi KPM.

1.2 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan
dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian
daripada peraturan ini.

PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman

2.1 Semua pelajar Program Matrikulasi diwajibkan tinggal di kolej kediaman.

2.2 Tiada sesiapa boleh memasuki, menetap atau berada dalam bilik yang
diduduki pelajar kecuali pelajar menetap itu sendiri;

(a) dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seseorang
kakitangan, pegawai, pekerja kolej yang memasuki bilik itu dengan
maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau
bagi sesiapa yang memasukinya atau berada didalamnya mengikut
sesuatu kebenaran secara lisan atau secara bertulis oleh pengarah
kolej; dan

(b) dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai
melarang seseorang pelajar menetap lain daripada jantina yang sama
untuk lawatan sosial.
(Akta 174: Kaedah 27)
2.3 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk
menghalang, menentang atau menahan seseorang pegawai, kakitangan,
pekerja kolej daripada memasuki mana-mana bilik di kolej kediaman bagi
tujuan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab di bilik itu.
(Akta 174: Kaedah 28)

2.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar blok kolej kediaman
masing-masing selepas jam 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang
diberi oleh pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa.
(Akta 174: Kaedah 29 & 30)

2.5 Pelajar yang menetap di sebuah kolej kediaman yang berkaitan tidak boleh
berada dalam premis kolej kediaman lain, melainkan dengan kebenaran Ketua
Felo/ Felo dan kebenaran itu direkodkan.

15
2.6 Penggunaan premis dan larangan-larangan;

(a) seseorang pelajar menetap hendaklah menggunakan premis kolej


kediaman dengan cermat yang sewajarnya dan tidak melakukan sesuatu
yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan
benda atau kelengkapan yang ada di dalamnya;

(b) seseorang pelajar bertanggungjawab untuk membuat aduan secara


bertulis terhadap sebarang bentuk kerosakan di kolej kediaman kepada
Penyelia Asrama.

(c) sepanjang tempoh menggunakan premis kolej kediaman dan kemudahan-


kemudahan di dalamnya, seseorang pelajar menetap hendaklah
berhemat dan cermat bagi memastikan supaya ia tidak menyebabkan
apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau gangguan kepada orang
lain.
(Akta 174: Kaedah 31)

(d) seseorang pelajar menetap sama sekali dilarang memasak di dalam


biliknya kecuali dalam bilik yang disediakan.
(Akta 174: Kaedah 31 (3))

(e) seseorang pelajar menetap tidak boleh ada di dalam miliknya atau di
bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam
biliknya atau premis kolej kediaman.

2.7 Seseorang pelajar menetap yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak
boleh menukar tempat tinggalnya ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman.
(Akta 174: Kaedah 32)

2.8 Menjadi tanggungjawab pelajar menetap memaklumkan kepada Felo


sekiranya rakan sebilik tidak berada/ bermalam di bilik penginapan lebih
daripada sehari (24 jam) tanpa sebab.

2.9 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah;

(a) seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu kolej kediaman mengikut


budi bicara dan kuasa mutlak pihak kolej;

(b) pihak kolej boleh menghendaki seseorang pelajar menetap


mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat lain yang
disediakan oleh kolej pada bila-bila masa tanpa memberi sebab; dan

(c) jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan atau


berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam
tempoh yang ditetapkan oleh pihak kolej dan hendaklah dalam tempoh
itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya daripada tempat tinggal

16
yang ia dikehendaki mengosongkan atau dari tempat ia dikehendaki
berpindah.
(Akta 174: Kaedah 33)

(d) Pelajar perlu menyerahkan semula kunci dan peralatan yang diterima
dalam keadaan sempurna kepada penyelia asrama atau pegawai yang
diberi kuasa.

2.10 Semua pelajar wajib mengosongkan kolej kediaman semasa cuti semester
atau selepas menamatkan pengajian.

2.11 Borang Daftar Keluar Kolej Kediaman perlu diisi, disahkan dan mesti
diserahkan di pondok pengawal keselamatan sebelum meninggalkan kolej
kerana tangguh pengajian/ berpindah/ berhenti pengajian/ selepas tamat
pengajian.

2.12 Felo atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej
boleh, dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa
perintah atau arahan yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk
memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam kolej kediaman, dan
perintah atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau
seseorang pelajar tertentu, dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar
menetap yang diberi perintah atau arahan itu mematuhi dan
melaksanakannya.
(Akta 174: Kaedah 34)

PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan Bilik Dan Kemudahan-


Kemudahan Di Dalamnya

3.1 Semua pelajar dikehendaki mengisi borang pengesahan kesempurnaan bilik


dan kemudahan asas yang disediakan. Borang tersebut hendaklah
dikembalikan dalam masa tujuh hari dari tarikh menetap di kolej kediaman.

3.2 Sebelum seseorang pelajar menyerahkan balik kunci biliknya kepada


penyelia asrama, ia hendaklah memastikan dan mengesahkan yang
keadaan bilik dan kemudahan asas yang disediakan dalam keadaan
sempurna.
(Akta 174: Kaedah 31)

PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, Cuti Hujung


Minggu Dan Cuti Am

Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas waktu
pejabat, cuti hujung minggu atau pada cuti am hendaklah memberitahu Ketua Felo/
Felo dan jika perlu akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

17
PERKARA 5: Barangan Kepunyaan Persendirian

5.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barang-barang kepunyaan


sendiri di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang kehilangan.

5.2 Segala pakaian (termasuk kasut) yang basah hendaklah disidai atau dijemur
ditempat yang disediakan. Sebelum dijemur di ampaian pastikan pakaian
basah diperah supaya air di pakaian tidak menitik pada pakaian orang lain di
tingkat bawah.

5.3 Semasa cuti semester atau semasa tidak lagi menetap di kolej kediaman
semua barang persendirian hendaklah dikeluarkan dari bilik.

5.4 Sekiranya pelajar hendak menumpangkan barang-barang persendirian


semasa cuti semester di dalam stor blok kolej kediaman perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada pengarah kolej atau Pengetua Kolej Kediaman.
Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan barang persendirian yang
ditumpangkan.

PERKARA 6: Masa Memadam Lampu

6.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan selewat-


lewatnya pada jam 12.00 tengah malam pada tiap-tiap malam. Walau
bagaimanapun lampu meja boleh digunakan jika diperlukan.

6.2 Penggunaan bilik-bilik khas selepas jam 12.00 t e n g a h malam perlu


mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo.

6.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas


angin jika tiada sesiapa di dalam bilik atau apabila meninggalkan bilik
masing-masing.

6.4 Pelajar terakhir menggunakan bilik khas bertanggungjawab memastikan


semua suis elektrik dan kipas di bilik berkenaan dimatikan.

6.5 Pelajar menetap dilarang membuat bising terutama selepas masa lampu
padam.

PERKARA 7: Penggunaan Peralatan Elektrik

7.1 Pelajar menetap dilarang menggunakan peralatan elektrik seperti peralatan


audio visual, peti televisyen, perakam dan pemain video, peti sejuk, cerek,
dapur, periuk, pemanas air dan seterika di dalam bilik kolej kediaman.

7.2 Pelajar yang menggunakan cerek elektrik dan seterika elektrik hendaklah
menggunakannya di bilik ‘pantri’ atau bilik rehat blok kolej kediaman.

18
7.3 Pelajar menetap dilarang sama sekali membuat sambungan haram di
dalam bilik masing-masing untuk sebarang peralatan elektrik.

7.4 Radio dan peralatan audio hanya boleh digunakan sebelum jam 12.00 tengah
malam dan tidak mengganggu penghuni lain.

7.5 Pihak kolej akan mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab
menyebabkan kemalangan yang berpunca daripada sambungan haram dan
kerosakan alatan elektrik yang digunakan di bilik kolej kediaman masing-
masing dan apa jua kemalangan terhadap pelajar menetap lain yang
disebabkan oleh kecuaian atau mengingkari peraturan-peraturan kolej
kediaman yang telah diperuntukkan.
(Akta 174: Kaedah 31)

PERKARA 8 : Menerima Tetamu

8.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu memasuki mana-mana


kawasan blok kolej kediaman dan hanya boleh menerima tetamu di tempat
yang ditetapkan.

8.2 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya meninggalkan


kawasan kolej sebelum jam 7.00 malam.

8.3 Kenderaan tetamu hendaklah diletakkan di medan letak kenderaan yang


disediakan sahaja.

8.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya tidak menjalankan


aktiviti dalam kawasan kolej tanpa kebenaran bertulis daripada pengarah kolej
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej.

8.5 Seseorang pelajar menetap adalah bertanggungjawab terhadap kelakuan baik


tetamu mereka dan memastikan semua peraturan kolej dipatuhi semasa
mereka berada di dalam kolej.

PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain

9.1 Pelajar menetap dibenarkan bercuti dan berada di luar kolej dalam sesuatu
semester untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara mengikut tempoh
yang ditetapkan oleh kolej. Permohonan untuk tujuan itu hendaklah diisi
dalam borang khas/ dalam talian yang disediakan.

9.2 Borang permohonan/ permohonan secara dalam talian tersebut hendaklah


disampaikan kepada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang bertanggungjawab
untuk kelulusan pada masa yang ditetapkan.

9.3 Jika berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan seseorang pelajar


menetap itu berada di luar kolej, pelajar menetap yang berkenaan hendaklah

19
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang
bertanggungjawab.

9.4 Ibu bapa atau waris yang ingin membawa pelajar keluar bermalam khas
perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang
bertanggungjawab.

PERKARA 10 : Aktiviti Di Blok Kolej kediaman

10.1 Semua aktiviti blok termasuk mesyuarat jawatankuasa blok kolej kediaman
hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Felo/ Felo.

10.2 Sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan orang luar,


aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan lain-lain hendakla diberitahu kepada
Ketua Felo/ Felo bertugas dengan seberapa segera.

10.3 Sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni kolej


kediaman yang melibatkan bunyi bising dan tingkah laku di luar kawalan
adalah tidak dibenarkan.

20
BAHAGIAN C
PERATURAN KAFETARIA

PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan Dan Tambahan

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang
sah berdaftar dan menetap di kolej kediaman.

1.2 Mereka yang mendapat kebenaran bertulis bagi menggunakan kafetaria atas
sesuatu tujuan seperti mengadakan majlis-majlis yang tidak bercanggah
dengan peruntukan peraturan kolej.

1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam
bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
peraturan ini.

PERKARA 2 : Pakaian Semasa Di Kafetaria

2.1 Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh.

2.2 Pelajar lelaki dilarang ;

(a) berkain pelikat sarung,


(b) berseluar jeans,
(c) berseluar pendek,
(d) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan,
(e) pakaian tidur (pijama),
(f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku),
(g) leggings,
(h) tuala.

2.3 Pelajar perempuan dilarang;

(a) berseluar jeans,


(b) berseluar pendek,
(c) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut susuk
tubuh),
(d) berkain batik atau pario,
(e) pakaian tidur (pijama),
(f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku),
(g) leggings,
(h) tuala,
(i) skirt pendek,
(j) berkain telekung.

21
PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti

3.1 Mana-mana persatuan, kelab dan pihak lain di kolej yang hendak
menggunakan kafetaria sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti hendaklah
memohon dan mendapatkan kebenaran daripada pengarah kolej atau pegawai
yang diberi kuasa.

3.2 Pelajar lelaki/ perempuan dibenarkan berada di kafetaria kolej kediaman


pelajar perempuan/ lelaki dari jam 7.00 pagi sehingga jam 7.00 malam.
Sekiranya penggunaan premis kafetaria ini melebihi waktu yang ditetapkan,
pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ Penolong
Pengarah Hal Ehwal Pelajar/ Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

3.3 Selepas menggunakan kemudahan di kafetaria, semua perabot hendaklah


disusun atur semula seperti asalnya.
(Akta 174: Kaedah 31)

3.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik masing-masing kecuali


untuk rakan yang sakit.

PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli

Pelajar tidak dibenarkan berhutang dengan pihak pengurusan kafetaria.


(Akta 174: Kaedah 3b)

22
BAHAGIAN D
PERATURAN PERPUSTAKAAN

PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan

1.1 Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik di dalam perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada kad matrik.

1.2 Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang berbual-bual dalam


kawasan perpustakaan melainkan di bilik perbincangan.

1.3 Merokok, makan dan minum adalah dilarang sama sekali.

1.4 Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh dibawa masuk ke dalam
perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut
disediakan di pintu masuk. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut. (Laci-laci berkunci
boleh ditempah di Kaunter Perkhidmatan).

1.5 Pihak perpustakaan memerlukan kerjasama semua pelajar untuk memelihara


susunan perabot supaya kemas dan teratur.

1.6 Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang


disediakan.

1.7 Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan sebaik-baiknya ke


tempat asal atau di atas troli yang disediakan. Jangan longgokkan buku di atas
meja/ tempat membaca.

1.8 Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang
ditinggalkan di atas kerusi dan meja akan dipungut oleh pegawai bertugas.
Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang
hak milik perseorangan.

1.9 Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat. Pakaian lain yang kurang
sesuai tidak dibenarkan di dalam perpustakaan.

1.10 Pegawai yang bertugas berkuasa mengarahkan seseorang pelajar


meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman
perpustakaan.

1.11 Ketika hendak keluar dari perpustakaan, pelajar hendaklah menunjukkan


semua buku dan fail kepada pegawai yang bertugas di pintu keluar untuk
pemeriksaan.

1.12 Buzzer akan dibunyikan sepuluh minit sebelum masa perpustakaan ditutup
dan semua pelajar dikehendaki meninggalkan perpustakaan apabila

23
mendengar isyarat tersebut. Urusan pinjaman dan mengembalikan buku tidak
dibenarkan selepas buzzer dibunyikan.

1.13 Waktu rasmi untuk sebarang urusan perpustakaan adalah mengikut jam
kaunter perpustakaan.

1.14 Masa perkhidmatan perpustakaan boleh dipinda dari semasa ke semasa.


Pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.

1.15 Perpustakaan dibuka kepada pelajar jam 8.30 pagi. Bagaimanapun sekiranya
kuliah diadakan awal daripada waktu tersebut, pensyarah berkenaan boleh
memohon kepada pustakawan supaya membenarkan pelajar masuk.

1.16 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari
semasa ke semasa.

PERKARA 2 : Pendaftaran

2.1 Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pensyarah,


kakitangan sokongan dan pelajar kolej sahaja.

2.2 Semua pelajar adalah ahli perpustakaan secara automatik.

2.3 Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan pinjaman dan
pemulangan dibuat.

2.4 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari
semasa ke semasa.

PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman

Kemudahan pinjaman bagi pelbagai kategori pembaca adalah seperti berikut :-

3.1 Buku Rak Terbuka dan Buku Bertanda Kuning boleh dipinjam dua buah buku
selama seminggu.

3.2 Buku bertanda merah

Sebuah buku dibenarkan untuk dipinjam selama dua jam. Pinjaman


semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam 9.00
pagi pada keesokan harinya.

3.3 Bahan-bahan terbitan bersiri

Terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan di perpustakaan


sahaja.

24
3.4 Bahan rujukan

Bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Peminjaman


bahan-bahan rujukan yang tertentu selama satu minggu hanya dengan
kebenaran pustakawan.

3.5 Alat pandang-dengar

Hanya pensyarah sahaja boleh meminjam alat pandang-dengar. Tempohnya


akan ditetapkan oleh pustakawan. Pelajar-pelajar lain hanya boleh
menggunakanya di dalam perpustakaan sahaja. Pustakawan boleh
menggunakan budi bicara untuk membenarkan pinjaman alat pandang-dengar
dibawa keluar dari perpustakaan atas alasan-alasan tertentu.

3.6 Peralatan

Peralatan seperti OHP, projektor filem slaid, radio, pemain video, kamera video
dan sebagainya boleh dipinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan dengan
mengisi borang khas dan mendapat kebenaran pustakawan.

3.7 Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam
perpustakaan kolej sahaja.

PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman

4.1 Peraturan am pinjaman buku rak terbuka

(a) Bawa buku yang hendak dipinjam kepada kaunter pinjaman.

(b) Tunjuk kad matrik untuk identifikasi.

(c) Pastikan tarikh pulang dicop di dalam buku.

(d) Kembalikan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan seperti yang
dicop pada buku.

(e) Peminjam boleh diminta untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam


sekiranya diperlukan.

(f) Pinjaman antara perpustakaan boleh diuruskan tetapi dikenakan


bayaran.

4.2 Buku-buku bertanda merah

(a) Bagi buku-buku yang permintaannya tinggi, seseorang pelajar tidak


dibenarkan menempah sesebuah buku yang sama lebih daripada sekali
pada hari yang sama.

25
(b) Bahan-bahan yang ditempah mesti diambil oleh pelajar yang membuat
tempahan.

(c) Buku yang ditempah akan disimpan selama sepuluh minit dan akan
dipinjamkan kepada pembaca lain jika tidak diambil dalam jangka masa
tersebut.

(d) Penempahan untuk pinjaman satu malam boleh dibuat pada waktu-waktu
yang ditetapkan oleh perpustakaan, iaitu setengah jam sebelum
perpustakaan ditutup. Buku tersebut mesti dipulangkan dalam masa
setengah jam selepas perpustakaan dibuka.

4.3 Membaharui Pinjaman

Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tarikh


pinjamannya kecuali ia telah ditempah oleh pelajar lain. Kembalikan buku yang
dipinjam supaya tarikh baharu dapat dicop.

4.4 Tempahan

(a) Bahan-bahan di perpustakaan boleh ditempah

(b) Bahan-bahan yang telah ditempah akan disimpan selama lima hari dari
tarikh notis penempahan dikeluarkan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan
tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan
kepada pelajar lain.

(c) Pelajar boleh membaharui pinjaman melalui telefon.

(d) Berikan butiran yang dikehendaki seperti nombor ahli dan judul buku.
Membaharui pinjaman melalui telefon mesti dibuat sebelum tempoh
pinjaman seperti dicatat di buku tamat.

4.5 Buku-buku yang melewati tarikh/ masa pemulangan

Pelajar didenda sekiranya lewat memulangkan buku pinjaman.

4.6 Panggilan balik

Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjam tertakluk kepada


panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja
notis-notis untuk berbuat demikian diterima.

PERKARA 5 : Kehilangan Dan Kerosakan

5.1 Buku

5.1.1 Pelajar yang menghilangkan/ merosakkan buku perlu melaporkan


kepada pustakawan dengan segera.

26
5.1.2 Pelajar perlu mengganti buku atau membayar harga buku mengikut
harga pasaran bagi setiap buku yang hilang/ rosak.

5.1.3 Jika buku yang hilang/ rosak terdiri daripada satu set/ siri, pelajar perlu
mengganti buku atau membayar dengan harga set buku tersebut.

5.1.4 Sekiranya pelajar mengganti buku judul yang sama (bukan fotokopi),
denda lewat masih dikenakan tetapi bayaran pengurusan tidak
dikenakan.

5.2 Peralatan/ Perisian

5.2.1 Pelajar yang menghilangkan peralatan/ perisian perlu membayar kos


peralatan/ perisian yang sama mengikut harga pasaran.

5.2.2 Kos pembaikan peralatan/ perisian yang rosak semasa dipinjam oleh
pelajar ditanggung oleh pelajar sendiri.

PERKARA 6 : Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan Perpustakaan

Mencuri atau mencacatkan buku dan bahan-bahan lain di Perpustakaan merupakan


satu kesalahan dan akan didakwa di bawah peruntukan Akta 174.
(Akta 174: Kaedah 3h dan 3i)

PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan

7.1 Peraturan menggunakan internet

(a) Semua pelajar kolej dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini.

(b) Kad matrik akan disimpan semasa menggunakan perkhidmatan internet


ini.

(c) Penggunaan dihadkan kepada masa satu jam sekali atas dasar ‘siapa
datang dahulu’.

(d) Lengkapkan borang pendaftaran perkhidmatan internet di kaunter


sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

(e) Penggunaan perkhidmatan ini atas tujuan pembelajaran, pengajaran dan


penyelidikan sahaja.

(f) Pengaksesan kepada bahan lucah atau berupa ancaman tidak


dibenarkan dan akan dikenakan tindakan.
(Akta 174: Kaedah 19)

27
(g) Muat turun hanya dibenarkan dengan menggunakan pemacu pena/
pemacu jari yang telah diimbas.

(h) Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.

7.2 Hak/ Keistimewaan

(a) Akses internet bukanlah hak tetapi satu keistimewaan sahaja.

(b) Keistimewaan ini akan ditarik balik sekiranya pelajar didapati


menyalahgunakannya.

7.3 Tingkah laku musnah (Vandalisme);

(a) Tingkah laku musnah ialah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa ke
atas perisian atau perkakasan komputer.

(b) Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah.
(Akta 174: Kaedah 3g)

28
BAHAGIAN E
JENIS-JENIS HUKUMAN

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh
dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-
mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali;

(a) amaran;

(b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

(c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-


kemudahan kolej selama tempoh yang ditentukan;

(d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di kolej selama tempoh


yang ditentukan;

(e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan


peperiksaan di kolej;

(f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian kolej selama tempoh yang


ditentukan;

(g) pembuangan daripada kolej oleh pihak berkuasa tatatertib.


(Akta 174: Kaedah 48)

29

You might also like